salam-media

SalamMedia Pilihan Blogger Berlandaskan Syariah

salam-media

Pernah dengar tentang SalamMedia?

SalamMedia adalah satu platform pengiklanan perintis yang memfokuskan kepada iklan berlandaskan syariah  ( Islamic Blog Advertising ) untuk semua pengguna media sosial.

Begitu banyak agensi pemasaran pengiklanan di Malaysia, apa berbezanya SalamMedia?

  • Antara salah satu ciri yang menarik mengenai SalamMedia ialah mereka hanya lebih menumpukan kepada advertorial sahaja. Oleh itu mutu penulisan sangatlah penting bagi memastikan pelanggan mendapat reviu yang terbaik dan SEO yang mantap. Seperti semua sedia maklum, masa depan pemasaran zaman sekarang banyak bergantung kepada media digital dan kemantapan kandungan blog.
  • SalamMedia juga hadir dengan satu jenama yang memfokuskan pemasaran yang patuh syariah. Ciri ini adalah antara keunikan SalamMedia yang paling menonjol yang membezakan mereka dengan agensi yang lain. Contoh yang diberikan adalah mengenai gambar wanita tidak menutup aurat atau jenama yang mengeksploitasikan kanak-kanak dan wanita, bank yang mengenakan riba atau produk makanan yang tidak mendapat logo Jakim tidak akan diterima.

Pihak SalamMedia juga telah mengambil langkah lebih kukuh untuk memantapkan profit mereka dengan menjemput pihak Jakim dan Jais untuk menjadi panel penasihat SalamMedia.

Salam-Media

Saya  sempat berkunjung ke booth SalamMedia sewaktu majlis Blogrrr di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) dan bertemu  saudara Muhammad Edwin Masripan selaku Business Development Manager SalamMedia.

Syarikat-syarikat yang berminat untuk meningkatkan kesedaran jenama mereka bagi mendapatkan lebih pelanggan dengan cara yang paling berkesan boleh turut sama menyertai SalamMedia kerana kini sosial media berkemampuan untuk menjana aktiviti sedemikian.

Rakan-rakan blogger semua, bolehlah mendaftarkan blog masing-masing dan saling menyokong SalamMedia bagi mencapai impian mereka untuk menjadi perintis platform pengiklanan Islam untuk semua pengguna media sosial di seluruh dunia. Klik sini – SalamMedia dan laman web SalamMedia yang mesra pengguna memudahkan proses pendaftaran. Tak ambil banyak masa dan mudah juga ringkas untuk sesiapa sahaja.

Anda juga boleh mengikuti SalamMedia melalui facebook mereka di facebook/salammediamy

blogger-popular-malaysia

Sesiapa sahaja boleh mendaftar dengan SalamMedia dengan syarat anda mempunyai blog, Facebook, Instagram atau akaun Twitter.

Saya sangat suka konsep seperti ini kerana blogger dinilai berdasarkan penulisan blog  bukan semata-mata kepopularan personaliti  fizikal sahaja. Pengiklanan sepatutnya sedar bahawa reviu yang baik dihasilkan bukan untuk jangka pendek tetapi  kelebihan jangka panjang yang dihasilkan daripada kandungan blog yang berkualiti dan teknikal SEO yang mantap.

Jomlah mendaftar, tak rugi apa-apa pun kerana konsep SalamMedia tidak memerlukan kita memasukkan code ke dalam laman blog, jadi tak timbul masalah loading atau pertindihan kepentingan dengan syarikat lain yang pernah disertai.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “SalamMedia Pilihan Blogger Berlandaskan Syariah”

  1. Salam Kak Jie,

    Terima kasih atas reviu yang baik dari Kak Jie. Kami di SalamMedia sedang mengemaskinikan proses pendaftaran. Ini bagi memastikan kami tidak berat sebelah atau memilih kasih dalam pengagihan kerja.

    Kami sangat menekankan penulisan yang baik kerana ia mencerminkan peribadi yang indah. Jika menggunakan bahasa SMS atau ejaan gedik ITTEW dan sebagainya, SEO mungkin tidak baik dan cubalah martabakkan bahasa sendiri atau pelajari bahasa Ingerris. Ini melambangkan budaya kita.

    Popular vs Penulisan Baik?

    Tengok Aman Firdaus, beliau tidak popular dahulu. Oleh kerana penulisan yang sangat baik, beliau melonjak satu tahap lebih atas. Kunci beliau adalah penulisan yang baik.

    Popular itu akan hilang satu hari, tetapi mutu yang baik, hampir pasti tiada berganti.

    Panjang celoteh kami. Sekian.

    1. Terima Kasih.

      Kak Jie memang mengharap ada feedback macam ni dari founder SalamMedia supaya pelawat boleh dapat lebih input, betulkan mana yang salah tambah mana yang kurang.

      Untuk hasilkan entri ni agak sukar sebab ramai blogger dah menulis mengenai SalamMedia, jadi Kak Jie gunakan cara kutip info dari komen yang SalamMedia tinggalkan di blog peserta lain.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Tuol Sleng Genocide Museum Phnom PenhMy Profile

    1. tak apa… daftar saja
      salah satu usaha kita
      kadang2 kita tak tahu macam mana kehendak pengiklan, tiap produk ada target yang berbeza
      ada produk utk remaja, sudah tentu blog makcik2 tak sesuai
      ada produk untuk lelaki,
      ada produk untuk wanita bekerluarga
      ibu-ibu..dah macam-macam
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Tuol Sleng Genocide Museum Phnom PenhMy Profile

  2. Tu yang menarik tentang salam media ni..blogger tak perlu pening kepala terikat dengan agensi lain utk beriklan dan tak perlu risau langgar term n condition dr yg lain..peace of mind

    P.s : nanti jap lg ada la pakcik tu dtg sini haha
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Salam Media suka-suka sahut cabaranMy Profile

  3. Maaf kak Jie, saya ada sedikit kekeliruan berkenaan ayat ni “SalamMedia adalah satu platform pengiklanan perintis yang memfokuskan kepada blog berlandaskan syariah (Islamic Blog Advertising) untuk semua pengguna media sosial.”

    Adakah maksudnya, blog yang berlandaskan syariah sahaja yang boleh menyertai SalamMedia? Dan bagaimana pula dengan ungkapan untuk semua pengguna media sosial?
    Jom terjah post menarik dari Mohd Isa ..Wordless Wednesday – Nikah SudahMy Profile

    1. Ada sedikit keliru di sini.

      1. Misi – untuk menjadi platform perintis Islamic no 1 dunia.
      2. Terbuka kepada semua pengguna media sosial, tidak hanya bertumpu kepada blog, facebook fan page boleh, instagram pon boleh, tetapi buat masa ini masih fokus kepada blogger, kerana mereka hampir pasti menggunakan FB, instagram dan sebagainya.

      Harap cukup terang saya explain di sini.

Comments are closed.