Salam Kujie, you mentioned in your postings and at your blog pages, interesting places like Baling (Throw), Serendah (As Low), Rasa (Taste), Kota Tinggi and more, in which country are these…? I hope to visit these places soon.
Menarik sangat pertanyaan tersebut dah saya dengan sengaja mengodek² menyiasat biodata si empunya diri..owh…bukan calang² orang. Mungkin orang hebat² tak pernah menjejak kaki ke tempat² seperti ini, jadi hari ini kita akan masuk kelas Geografi..sesiapa yang rasa mengantuk, dilarang sama sekali menyertai pengembaraan ala National Geografi ini..he he he
Hari ini kita akan ke Baling. Baling adalah sebuah bandar/daerah di, Kedah DarulAman di utara semenanjung Malaysia.
Negeri Kedah terbahagi kepada 11 daerah iaitu :-
- Baling
- Bandar Bahru
- Kota Setar
- Kuala Muda
- Kubang Pasu
- Kulim
- Langkawi
- Padang Terap
- Pendang
- Sik
- Yan
Cara mudah untuk sampai ke Baling dari Kuala Lumpur adalah melalui Lebuhraya Utara Selatan dah keluar melalui Kuala Kangsar. Dari Kuala Kangsar kita boleh meneruskan perjalanan ke Gerik dan terus ke Pengkalan Hulu( Kroh), Perak. Baling terletak 16km dari Pengkalan Hulu, Perak. Baling terkenal dengan air terjunnya, seperti Lata Bayu dan Bukit Hijau, sertaa buah-buahan tempatannya, seperti durian,langsat dan dokong. Selain itu, baling juga terkenal dengan perkampungan asli yang terletak di Mukim Siong, dimana terletaknya kolam air panas yang dipanggil Kolam Air Panas Legong.
Nama Baling dipercayai berasal dari peristiwa seperti yang tercatat dalam Hikayat Raja Bersiong. Ada berbagai cerita tentang kemunculan nama Baling, termasuk yang dikaitkan dengan Raja Bersiong, raja ke-4 daripada keturunan Merong Maha Wangsa. Raja Bersiong gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. Akibat kegemaran itu, gigi beliau telah ditumbuhi siong atau taring. Baginda melarikan diri setelah kegemarannya yang menjijikkan itu diketahui rakyat. Ketika Raja Bersiong lari daripada kepungan menteri dan rakyatnya, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi taring atau siongnya. Apabila kesakitannya itu tidak reda-reda, baginda mengambil keputusan untuk mencabut siongnya itu. Namun siong itu masih kejap dan tidak mudah dicabut. Sudah beberapa kali baginda menjerit kesakitan ketika cuba untuk mencabutnya. Apabila siongnya itu akhirnya berjaya dicabut baginda terus membalingnya jauh-jauh, tanda marah. Tempat siong itu jatuh dinamakan ‘Baling’.
Dari peristiwa Raja bersiong tersebut, lahirlah nama-nama tempat seperti Merbau Pulas, Kuala Pegang dan Kuala Ketil.
Dalam cerita kedua, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Nyanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ.
Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama kerana diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka Ban-Lin yang bererti ‘kera’. Ban bererti kampung dan Lin bermaksud kera. Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi ‘Baling’.
p/s..loceng dah bunyi..esok kita sambung ye….
No related posts.



btulker camtu sejarah baling…..yang saya tahu merong mahawangsa tu tahulah…..ttg raja bersiongpn pernglh dgr tapi yg org thai tu tak penh pula…
baling kalau kat penang bermaksud lempar…menarik juga ye kisah ttg nama asal usul tempat tu….kisah sejarah lama….hikayat merong maha wangsa..
suatu saat aku harus kesana..tapi entah kapan..
he he he….bila ada pertanyaan baru terfikir, menarik gak tempat2 saya tinggal Baling (Throw) Serendah ( As Low )…cute la tempat ni..
dusssssppp…baling pemadam kt cik zura…tido dlm kelas erk..
Terus baling buku geografi..hahahahahahahaha…
walaupun geografi bukan peberet subjek n slalu kene tanye dgn cikgu sbb tertidur dalam kelas..tp kene saiddd…wowww gak..nice info..
hehehehe… baca pun dah nak ngantuk..dulu kat skool boikot gak subjek nie..ape taknyer.. cikgu yang mengajar garang sangat..asyik suruh wat kajian ..hampeh tull..dah ler kita nie malas hahahaha..
wah, terlopong mulut Am baca sejarah pasal baling ni, kali pertama Am tahu, ini baru betul2 orang baling ni hehehe