Sejarah Jalur Gemilang

Satu Pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama ialah lambing keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan reka bentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam bulatan mengelilingi Keris bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan Johor iaitu Encik Mohamed bin Hamzah.

Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara.

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King Gerge VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Persuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selnagor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

Hak mengibarkan bendera

Bendera adalah hak mutlak rakyat Malaysia. Sesiapa juga boleh mengibarkannya asalkan ianya dikibarkan mengikut amalan-amalan biasa mengibarkan bendera seperti tempat, masa, kedudukan saiz, tiang dan bendera serta susunan bendera sekiranya dikibarkan lebih daripada satu jenis bendera.

Pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan, badan-badan Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan Persekutuan diwajibkan mengibarkan bendera Persekutuan seperti diarahkan melalui Surat Pekeliling Am Bil. 3 tahun 1994.

Selain dari agensi-agensi Kerajaan dan rakyat biasa, pertubuhan dan persatuan sukarela, syarikat-syarikat gedung-gedung perniagaan, kedai-kedai dan gerai-gerai juga digalakkan mengibarkan Bendera Persekutuan sama seperti agensi-agensi Kerajaan.

Allahyarham Mohamed Hamzah ,seorang pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah meninggal dunia pada tahun 1993 adalah pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang.

JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

* Nama “Jalur Gemilang” juga diterjemahkan secara langsung dari nama “Stripes of Glory” nama bendera Amerika Syarikat- betulkan jika saya salah.

EDIT :

Angah telah membaca entri saya ini dan membetulkannya . Bukan “Stripes of Glory” tetapi “Stars and Stripes”,katanya.

The national flag of the United States. Its fifty stars represent the fifty states; its thirteen stripes represent the thirteen colonies that became the original states.

Nicknames for the flag include “the Stars and Stripes” and “Old Glory

- wikipedia

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. Biar Berakal says

    Perbezaan bendera Jalur Gemilang n Bendera Amerika?
    Hanya bintang dan bulan di Bendera Jalur Gemilang , bintang yang banyak di Bendera Amerika.

  2. Anonymous says

    :!: SEBELUM MENULIS PE2 INFO, PASTIKAN IANYA BETUL DAN TEPAT. SEGALA INFO YG ANDA TULIS D BACA OLEH SEMUA TERMASUK MURID-MURID SEKOLAH YG BARU NK BELAJAR TNTG NEGARA MEREKA DAN BR NK MULA MENYAYANGI NEGARA MEREKA. INFO ANDA TNTG MAKSUD ‘JALUR’ DIAMBIL DR BENDERA AMERIKA TU HARUS DIPERBETULKAN. KAJI DAN SELIDIKI DULU ADAKAH INFO ANDA ITU BENAR2 BETUL DAN SAHIH. JGN BERI INFO YG MENGELIRUKAN! KADANG KALA KEBIJAKSANAAN YG INGIN DITUNJUKKAN AKAN MENEMPAKKAN DIRI ITU KEKURANGAN ILMU SEBENARNYA! GENG2 LAIN PN MENGIYAKAN SHJ KERANA SEMEMANGNYA MEREKA PN TIDAK TAHU SEJARAH SEBENARNYA DAN TIDAK PERNAH MAHU AMBIL TAHU! MAAF JIKA PERNYATAAN INI MENYAKITKAN TP PERCAYA LA SY SEORG WARGA YG SGT CINTAKAN NEGARANYA DAN TAHU SEJARAH NEGARANYA DENGAN SAHIH! DAN YG PALING PENTING SY ADALAH SEORG GURU! SY AMAT TERPUKUL MEMBACA INFO ANDA KERANA ANDA HANYA MENULIS UNTUK SUKA2

  3. intan says

    Lah..code dia ada kat sini pulak. Jenuh geledah gobok lama & jerit2 kat shoutbox. Jgn marah K.Jie, intan dah kemas balik tu…

    Bila birthdate si intan payung pengarang jantung tu? :lol:

    >>> aha…. copy paste je…tau sgt korang ni…. :lol:

  4. says

    Kat blog saya pun belum berkibar lagi Jalur Gemilang ni. Takut nak tampal k.jie punya code… takut kena sabotaj, nanti terbalik pulak bendera..nanti kes tak patriotik pulak.
    :mrgreen:

    >>>ngehhh….. masih ada akal utk buat benda2 mcm tu…. :lol:

  5. smaelz83 says

    Huhu… semangat bendera berkibar di bloq saya jer.. xder beli bendera pon untuk kibar di rumah..

    anyway, mmg good info nih…

    >>> kak jie dah kibar bendera kt rumah..mmg tiap tahun pun kibar

  6. aeropama dot com says

    kak jie punya semangat patriotik. entri2 kebelakangan ini bersifat patriotik je…kool!

    >>> yup…. kita adalah apa yang kita pilih…hehehehe :lol:

  7. perindu says

    salam kakjie :) err pinjam gambar jalur gemilang tu boleh tak malas mahu redesign ihiks.

    erm biasanya tiap tahun keluarga saya kibar jalur gemilang hingga 16 September ;)

    >>>ambil je..kakjie mmg suruh kawan2 kibar bendera…
    kak jie dah letak bendera kt gate rumah… :lol:

  8. says

    Huhu…
    complete info nih..
    saye pun hapal bende ni dulu…Mohamed bin Hamzah..
    sebab beriye2 nak masuk kuiz kat astro tu…

    dpt masuk, tapi menang nye idok…hampes… :cry:

    >>> ini entri tahun lepas kt forum
    kemudian ada keyword orang cari info dtg sini
    sbb tu kak jie publish lagi…
    wahh….sempat masuk kuiz juga tu :lol:

Trackbacks

  1. Sejarah Jalur Gemilang | Hidup Biar Sedap…

    JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka….

  2. [...] telah membaca entri saya Sejarah Jalur Gemilang dan membetulkannya .  Bukan “Stripes of Glory” tetapi “Stars and Stripes”,katanya. [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published.