Gambar Percutian di Guilin China

Minggu ni dapat inbox 2 orang bertanya tentang percutian di Guilin, China. Sebenarnya saya bercuti dah 2 tahun dulu, kebetulan juga di bulan April. Ada banyak gambar yang tidak pernah saya siarkan di blog.

Sesekali dah belek fonder, uploadlah untuk kenangan dan panduan rakan-rakan lain yang berhajat mencari sedikit maklumat sebelum bercuti ke sana.

Selepas terbang 4 jam, kami selamat mendarat di Liangjiang International Airport Guilin pada jam 10:30 pagi. Sepanjang kami di Guilin, suhu antara 17° C hingga 20°C waktu siang. Waktu malam lagi sejuk. Waktu di Guilin sama dengan di Malaysia ( GMT +8 ) , tak perlu ubah jam.

Salah satu tempat lawatan di bandar Guilin

Motorsikal di sini gunakan elektrik…walaupun banyak, tak bising. Comelkan payung membujur macam ni :p

Jalanraya lebar dan cantik. Di persimpangan jalan utama, ada khemah untuk motorsikal berteduh sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Read more “Gambar Percutian di Guilin China”

Kisah Beemo si Kucing Kaki Tiga

Ini kisah Beemo.

30/3/2015 Seorang rescuer post di group kucing mencari penjaga kucing cedera yang dia jumpa. Tanpa letakkan gambar, saya sedia ambil kucing tersebut.

Kawasan kami tak ada klinik yang boleh buat major operation. Klinik kerajaan cuma spray ubat biru dan bagi ubat tahan sakit, suruh cari klinik swasta. Rawatlah dia dengan apa yang ada tetapi pemotongan tak sempurna menyebabkan luka susah nak sembuh. Luka jahitan tak kering.

Saya bawa Beemo ke klinik lain, sekali lagi dia kena bius dan proses membetulkan jahitan dilakukan. Keadaan luka tetap tak sembuh… tulang kaki yang berbaki tu makin susahkan pergerakkan dia. Nak salahkan operation pertama pun tak boleh sebab kami di Hulu Selangor ni tak banyak pilihan yang ada. Klinik haiwan tak ada. Saya pun tak banyak pengalaman mencari klinik yang terbaik. Read more “Kisah Beemo si Kucing Kaki Tiga”