Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20
Rumahtangga

Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20

Giveaway ni sebenarnya dah lama rancang , sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang ke 20 pada 18 September lepas. Tetapi September jatuh pada bulan Syawal yang semua orang agak sibuk mengembangkan perut dan merapatkan silaturahim menyebabkan tuan blog sendiri lemau macam biskut semperit.

Sempena ulangtahun perkahwinan saya yang ke 20 dengan Abang Ann , saya nak giveaway homemade macaron yang dihasilkan oleh blogger rakan sebaya ( mak² tetapi dia lebih muda ) , Cik Min.

Syarat mudah

Tulis satu entri dan link ke entri ini .  Entri mesti mempunyai 2 perkara  :

  1. Perkara yang disukai  yang terdapat di  kujie2.combanner, loading time
  2. Kelemahan dan cadangan untuk dibaiki di kujie2.com perlu letak chatbox,  widget, tukar theme ,  tukar banner  atau letak lagu ( ?) .

Pemenang

  1. 5 pemenang akan menerima  1 box  20pcs  Almond Macarons with Variety Fillings setiap seorang .
  2. Pemenang ditentukan melalui random.org
  3. Semua yang mengambil bahagian berpeluang untuk menang , bukan berdasarkan referrer, ranking atau entri lemak berkrim .

Tarikh giveaway berakhir pada 18 Oktober 2011.  Senarai peserta akan diupdate dari masa ke semasa di sidebar blog.

Inilah macaron, kalau nak tau lebih jelas – kena baca kat blog Cik Min

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

132 thoughts on “Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20

Comments are closed.