Berita Terkini Kemalangan Bas Di Genting
Isu Semasa

Berita Terkini Kemalangan Bas Di Genting

kemalangan genting highlands
Gambar dari : Bahagian Udara Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Petang tadi ada kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bas henti-henti dari Genting ke Kuala Lumpur telah berlaku di KM 3.6 3.5 3.3 Jalan Genting – Kuala Lumpur berdekatan Tokong Chin Siew. Kemalangan berlaku sewaktu bas bergerak turun dari puncak Genting Highlands  pada jam 2:26 petang.

Bas yang membawa lebih 50 penumpang itu terjunam lebih kurang 50 meter ke dalam gaung. Bas  ulang alik dari Genting Highlands ke Hentian Pekeliling ( Jalan Tun Razak ) ini macam bas Rapid yang boleh membawa 48 penumpang duduk dan 20 berdiri.

Pada 29 Oktober 2010, 7 mangsa maut dalam satu kemalangan Lebuh Raya Karak selepas mengunjungi Genting Highlands dan mangsa adalah berasal dari kampung saya di Baling, Kedah. Baca di sini – 7 Maut Kemalangan Lebuh Raya Karak

Maklumat terkini mangsa kemalangan Genting Highlands ( pada jam 9.30 malam )

Semua mangsa telah dikeluarkan dengan jumlah mangsa 53 orang dan 37 orang daripadanya terkorban termasuk warga Bangladesh, Thailand dan China.. Unit Anjing Pengesan (K9) kini menjalankan pemantauan di sekitar tempat kejadian.

maklumat terkini kemalangan genting highlands
Sumber : Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia ( terima kasih Tuan )
  • Jumlah Mangsa Yang Dinaikkan –  53 orang
  • Mangsa Meninggal Dunia – 37 orang
  • Bangsa : Melayu ( 2 ) , Cina ( 32 ) dan India ( 3 )
  • Mangsa Cedera – 16

Kemalangan ini berlaku  di Kilometer 3.3  dari puncak Genting Highlands sebelum Gohtong Jaya bukan di Lebuh Raya Karak.

Takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat.

Bila baca berita-berita seperti ini, teringat pengalaman menaiki bas ekspress 2 tingkat  melalui Lebuh Raya Karak dan saya duduk di keresi paling depan ditingkat atas – Pengalaman naik bas 2 tingkat

Pemandangan Genting Highlands di waktu malam
Pemandangan Genting Highlands di waktu malam

Rumah saya dengan Genting ni 45 minit dah sampai, hari-hari nampak puncak dengan kilauan bangunan disimbah cahaya matahari atau kadang-kadang disapu awan.  Bila hujung minggu atau cuti umum, berderet kereta mendaki atau menuruni puncak sehingga persimpangan Batang Kali jadi sesak.

Trivia : Julai 1996, 17 orang termasuk 6 kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada pusat peranginan Genting Highlands

Rujukan :  Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Berita Terkini Kemalangan Bas Di Genting

  1. Jarak rumah saya dengan Genting tak jauh. Memang kedengaran siren ambulans bermula sekitar jam 3 sampai la malam… tak putus-putus bunyi…

    Semua pihak harus mengambil pengajaran dari peristiwa ini agar ianya tidak berulang pada masa akan datang.
    Jom terjah post menarik dari Eddie ..Doa Minum Air Zam ZamMy Profile

  2. Dari rumah di PJ dulu Genting Highland ni lampu2 dia nampak macam UFO di waktu malam.

    Terkejut dengan kemalangan ni. Lesen perniagaan syarikat bas tersebut perlu ditarik balik dan diharamkan beroperasi.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Apakah itu sunnah Allah?My Profile

Comments are closed.