4 Perkara Asas Perlu Diketahui Oleh Blogger

Walaupun masa untuk aktiviti blogging agak terhad, saya juga masih blogwalking sekurang-kurangnya 20 blog sehari. Mungkin agak kurang meninggalkan komen tetapi masih tetap memerhati dan mengikuti isu semasa trend blogger zaman sekarang.

Setiap hari ada saja blogger baru yang muncul samaada menambah bilangan atau mengantikan blogger senior yang bersara. Saya saja makcik blogger yang belum ambil opsyen persaraan awal. Selapas habis SPM, saya paling banyak menerima email dari bakal blogger muda yang meminta panduan membina blog. Proses ini akan berputar , yang baru yang lama saling berganti.

Setiap kali saya blogwalking, kerap kali saya terjumpa blog yang mengabaikan beberapa perkara asas yang mudah seperti dibawah.

( 1 )  Justify post

Secara default, text align biasanya kiri ( left) .  Saya jumpa ramai blogger yang tidak perasan benda ni.  Memanglah perkara kecil ini tidak mencacatkan keseluruhan penampilan blog tetapi perubahan kecil sudah cukup menampakkan perbezaan yang ketara.

justify

Kiri : text-align:left; Kanan : text-align:justify;

Nampak bezanya? Saya pasti semua akan cakap entri yang dijustifykan seperti disebelah kanan itu lebih cantik susunannya.

Untuk blogspot,

  • login ke Dashboard -> Template -> Edit Html -> cari text-align  (guna Ctrl+F )
  • contoh : text-align:left;
  • tukar left menjadi justify . Save dan Preview.

Kalau tak jumpa , buat cara ini  :

Template  -> Edit HTML dan tambah code ini
.post-body {text-align:justify;}
sebelum
]]></b:skin>

  • Kalau wordpress, cari kat  stylesheet (style.css)

 

( 2 )  Perenggan

Perenggan ialah blok teks dalam badan dokumen yang terdiri daripada beberapa ayat.

Saya terjumpa seorang blogger yang menulis satu entri 191 perkataan dengan dua perenggan sahaja. Perenggan kedua dengan 171 perkataan. Saya copy dan paste entri tersebut di sini untuk ‘word count’.

Perenggan sangat penting untuk menghasilkan pembacaan yang selesa. Untuk penekanan kepada point yang lebih penting, satu atau dua baris sudah cukup untuk satu perenggan.

Kita menulis untuk pengunjung membaca sebab itulah kita menulis dalam talian, bukan dalam diari atau buku nota peribadi. Selain memberi keselaaan pembacaan, setiap perenggan bertujuan memberi ruang otak kita memahami setiap point dengan teratur dan jelas.

Apa guna menulis isu menarik berjela-jela sedangkan apa yang hendak diterangkan  tidak dapat diterima sepenuhnya oleh pembaca.

 

( 3 )  Biodata Pemilik ( About Me )

Paling ringkas pun tak apa  supaya pembaca tahu pemilik blog lelaki atau perempuan.  Saya letakkan biodata dan gambar pun, masih ada yang panggil saya ‘bro’, apalagi kalau saya tidak letakkan pengenalan diri.

Maklumat tambahan seperti nama pena ( nickname ) yang digunakan atau beberapa ayat ringkas menerangkan kategori blog.  Komunikasi bersama akan menjadi lebih terkesan jika kita mengetahui dengan siapakah kita berhubung.

Elakkan meletak alamat email secara terbuka.  Kalau anda tak kisah untuk dispam, abaikan amaran ini!

 

(4 )  Contact Form

Bila saya terjumpa tiga  kes seperti diatas, sebagai blogger yang  pernah bertegur sapa , saya ingin menghubungi beliau bagi menerangkan keadaan ini. Mungkin beliau terlepas pandang.

Saya tak boleh menulis teguran mengenai blog orang lain secara terbuka.   Belum tentu perkara yang betul bagi kita adalah hal yang betul juga bagi dia.  Tiap orang berbeza minat  dan pandangan.

Saya akan cari Contact Form untuk menghubungi pemilik blog

Sesekali saya terasa juga gatal tangan ingin menegur itu ini tetapi saya risau takut disalahtafsirkan. Memandai² nak komen. Macam bagusss sangat!

 

oopa gangnam style

Lokasi : Satun , Thailand

 

Empat perkara ini adalah  asas dan  nampak remeh.  Ramai blogger yang telah menerangkan dan memberi panduan sebelum ini tetapi masih kerap juga saya terjumpa blogger yang mengabaikan asas penting tersebut.

Perkara ini akan terus diulang-ulang kerana blogger baru sentiasa akan muncul setiap hari.  Blogger senior pun ada yang abaikan 4 perkara asas ini…!  Keep Calm! Perkara ini bukan wajib, cuma satu panduan untuk menambah baik teknik berblogging.

p/s – eiela, kak jie dah terdelete email username dan password tu…

 ©kujie – selamat bercuti kawan-kawan… erk… selamat membeli belah sesi ‘back to school’ !

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. benar juga ya kalau kita bisa memanfaatkan lebih baik dari script text-align hasilnya akan makin sedap dipandang. mungkin ukuran hurufpun juga harus diperhatikan juga sebab bila terlalu kecil juga akan sulit untuk kita baca
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Cikarang Telp. 021-9466-8989 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  2. Banyak benda yang saya tidak ada dekat blog. Kena revamp balik lepas ni.
    Jom terjah post menarik dari Farah ..1 Tahun 10 BulanMy Profile

  3. Ohhh, Myra letakkan email secara terbuka dalam blog, sebab ada jual barang online sebab tu letak senang 🙂

    Contact Form pun nampak gaya nak kena letak ni..

    TQ kak Jie 😀
    Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Power Bank untuk dimenangiMy Profile

  4. saya sudha lama tiak masuk di blogger dan mengedtit templatenya
    terima kasih atas tutorialnya, bis jadi referensi bagi saya
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Sejarah Perkembangan Toilet Dari Masa ke MasaMy Profile

  5. TQ Kujie.
    Lama dah nak buat tapi malas nak godek html blogspot template. Baru dpt idea, letakkan kod tu dlm Dashboard -> Template -> Customize -> Advance -> Add CSS
    paste kat dalam tu code:
    .post-body {text-align:justify !important;}
    Tak payah nak godek html… Hahaha…
    Jom terjah post menarik dari Cenangau ..Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam ‘si anjing Umno’ ni?My Profile

  6. Thanks kak jie !
    Bertambah lagi satu ilmu baru 🙂
    Jom terjah post menarik dari Zqah ..Gambar-gambar Banjir Hari Kedua di Kemaman , TerengganuMy Profile

  7. akhirnya, baru berjaya buat justify. Mula-mula ingatkan memang ikut theme. Jadi, biarkanlah. Alhamdulillah, dah betulkan. Tapi, saya punya macam kena buat secara manual je. Letih juga ni.

    Ke ada cara lain Kak Jie?
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..5 Teknik Gaya Belajar Tok KenaliMy Profile

    • apa maksud manual, buat justify setiap kali tulis entri?

      boleh buat sekali je, tukar kat css style.

      kat dashboard – Appearance – Editor, cari css style. Guna Ctrl + F , taip text align.
      Tengok text align tu left ke justify. Kalau left, tukar saja jadi justify

      bial tukar kat css style…kita tak perlu justifykan lagi setiap kali menulis entri.

  8. setuju.
    sy pernah ulas entri 5 pages perlu ada pada blog.
    BW 20 blog sehari secara konsisten? mungkin lepas ni leh keluar tips cara konsisten utk BW. hehe
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..3 Kali Pusing di Big Bad Wolf Books 2012My Profile

  9. baru juge letak contact form dlm 3-4 bulan ni 😉

    ramai sangka nama sy “ummi”. hehe… no problem ~
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Wordless Wednesday #60 : Bagaikan kembarMy Profile

  10. Terima kasih kak jie =)
    1. Yg justify tu mmg saye akui kadang2 terlupa, padahal mmg cantik dan kemas kalau entri kita di’justify’kan.
    2. Contact form mmg kena ada. Tujuannya macam yg kak jie nyatakan. Lagipun, manalah tau tiba2 ada pengiklan nak tempek iklan kat blog.

    p.s-kalau kak jie nak komen apa2 pasal blog saye, amatlah dihargai =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok KecilMy Profile

  11. tips yang bermanfaat kepada blogger…tq kak…
    Jom terjah post menarik dari Farid Adam ..Wordless Wednesday – Duit SyilingMy Profile

  12. Banyak lagi sebenarnya yang perlu HP ketahui.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Bloglist Blog Hati PuteraMy Profile

  13. tq for the info. sgt berguna esp utk saya. saya take note bab perenggan tu

  14. Perkongsian yang bagus..blog saya masih belum ada yang no3 dan no4..
    Jom terjah post menarik dari shokrijay ..Senarai 5 blog pilihan sepanjang 2012My Profile

  15. alamak..saye letak email add… kene remove le ni takut spam…
    contact form pun xde…nak kene buat la cenggini, nanti boleh la kak jie contact untuk bagi advice untuk blog..hehehe…
    Jom terjah post menarik dari Nadot ..2012 Tahunku Yang CantikMy Profile

  16. bagus 4 perkara ni.. 🙂

  17. Akhirnya dah tahu dah macam mana nak buat jadi auto justify kak. Tak payah susah-susah. Pening jugak kalau post guna mobile dah tak pasal-pasal kena main coding semua tu.
    Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Worldless Wednesday | Kenapa Lelaki Menipu ?My Profile

  18. Saya tak hensem dan popular.
    Tak ada siapa rasanya nk kenal diri saya ini, sebab tu tak letak about me.
    Jom terjah post menarik dari Amirul ..Blog Paling Best 2012My Profile

  19. Setuju dengan 4 perkara asas tu. 🙂 Suka baca blog yang tersusun cantik tulisan.

  20. baru perasan la kak jie..saya pun takdak langsung about me mahupun contact me.walaupun personal blog , rasanya perlu ada .bertaun-taun blog..bila kak jie sebut , baru saya perasan.tq kakak manes.
    Jom terjah post menarik dari arin ..Oh my kids..My Profile

  21. Ramai yang takde no.3. Saya pun sekadar linkkan ke profile Google+.
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..The Importance of Internal Linking for SEOMy Profile

  22. ruangan about me saya blank je..hehe

    begitu juga contact form
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  23. ada antara yang kat atas tuh saya cuma 1 dan dua tuh kot-kot ada silap plak.

    ,,dah hantar surat dah tadi =)
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Resepi Rendang Ayam Mak SayaMy Profile

  24. no 1 je yang belum buat lagi. pernah terlintas, tapi abaikan
    Jom terjah post menarik dari ciknor ..Senyumlah sikit………My Profile

  25. sgt betul..3 ngn 4 je blom ada..hikhik
    Jom terjah post menarik dari Joe Kabuna ..Pantang Larang Orang MelayuMy Profile

  26. kena buat contact form lepas nih…terima kasih atas teguran tuh kak…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Selesai Sudah Majlis Bertunang Adik IparMy Profile

  27. Alamak..Contact form/biodata pemilik belum buat lagi..yg 1-3 tu pun masih dalam improvement..almaklumla, baruje berpindah..banyak yang kena kemaskan dan solek2kan..hik3…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?My Profile

  28. terima kasih kak jie atas nasihat dan panduan yang diberikan..

    sy memang menanti2kan andai ada rakan2 blogger yang dapat berkongsi tips untuk penambahbaikan blog..

    p/s : biodata lum siap lagi..hehehe..sibuk jaga melayan anak..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Bertukar domainMy Profile

  29. dua tiga empat dah memang buat.. cuma nombor satu je tak terbuat. hentah.. bila terai adjust justify dengan font… tiba-tiba macam tak comey. mungkin kene carik font lain yang sesuai dengan justify supaya memenuhi ruang. saya tak suka terlampau spacing atau terlampau penuh. nak baca sendiri pon nanti jadi malas. hehehe.. ape pon.. thanks for the tips!
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Rindu anak atau maknyeMy Profile

  30. Honestly masa mula2 berblog pun aku pernah juga kurang buat perenggan..
    tapi tidak ler sampai buat ayat 100++ baru masuk perenggan kedua.. hik3

    nice sharing here sis. Masih ada ramai juga blogger yang melakukan kesilapan
    begini..

    “Aku masih belajar…”
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..IPHONE 5 GADGET IMPIANMy Profile

  31. so far semua 4 perkara asas tu ada dlm blog sha.. huhu tapi bilangan pelawat tak banyakkk heheheee
    Jom terjah post menarik dari sha ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  32. yang pasal post justify tu masih xtahu lah macam mana nak buat dekat blog wordpress ni
    Jom terjah post menarik dari jal ..Tarikh pelancaran Samsung Galaxy S4My Profile

  33. contact form saya kejap ada kejap takde, tiap kali tukar theme, tiap kali tu la semangat lain2.. hehe
    Jom terjah post menarik dari Azah ..They Were Born That WayMy Profile

  34. Zarul Umbrella says:

    alamak saya nyer contact form tak de…
    Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Tips Menjual Di Mudah.myMy Profile

  35. UpProfits says:

    Kekemasan blog mencerminkan pemiliknya..kalu sendiri pun serabut nak baca, apatah lagi orang lain.. 😉
    Jom terjah post menarik dari UpProfits ..Cameron Highlands destinasi menarikMy Profile

  36. tq for sharing, byk perlu saya perbaiki
    Jom terjah post menarik dari ajumohit ..Tonton Adam dan Hawa Episod 69 ~ 72My Profile

  37. syaifuddin alias says:

    sangat bermanfaat ni kak kujie…semoga jadi panduan kepada yang lain termasuk saya :]
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Apa Yang Perlu Elak Semasa BanjirMy Profile

  38. Terima kasih…
    Saya akan buat camtu…
    Jom terjah post menarik dari fazrol ..Pelajaran dari contest Iphone 5 gadget impian dari Denaihati!My Profile

  39. Memang penting 4 point tu….masa baru mula tulis blog memang abaikan benda2 ni semua,tapi bila dah lama baru tau penting nya semua tu.Kalau tulisan yang tak ada justify memang tak minat sangat baca,rasa serabut.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Ombak Rindu Teluk Cempedak KuantanMy Profile

  40. Perkara asas no 1 tu kan, mesti penggemar typografi web tak setuju. 😛

  41. Ibu Mifzal Arsyad says:

    rs cam blog sy dah ada 4 perkara asas ni…tp byk lg ilmu blogging yg kena belajar…

  42. hoho..pagi-pagi sudah sound. haha..
    Jom terjah post menarik dari titan ..iPhone 5 gadget impian – Ditunda pulak.My Profile

  43. tips yang bernas , tapi kak patut tambah lagi satu . Kalau kita ambik gambar ke , atau gunakan sumber orang lain , jgn ciluk macam itu sahaja , kita patut letak linkback

  44. belum berkesempatan pasang contact form
    Jom terjah post menarik dari lensablogger ..Homestay Ungu Di Teluk Batik, Kelainan Yang MenarikMy Profile

    • kalau blogger yang dah biasa bertegur sapa di sini.. kak jie biasanya akan contact dia bagi tahu apa² yang tak kena dengan blog dia

      tapi kalau blogger yang tak pernah bertegur sapa, tak berani nak hubungi…. ada gap antara tetamu dan kawan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tiba Di TerengganuMy Profile

  45. menggunakan justify post blog nampak kemas dan “tenang”
    Jom terjah post menarik dari lensablogger ..ServerFreak Web Hosting Berintegriti Bagi Yang Mementingkan KualitiMy Profile

Trackbacks

  1. […] sape yang terlepas tips penting Kak Jie. Jangan risau, Kak Jie ada sebut beberapa tips kat entri INI dulu. Ni entri wajib […]

  2. […] sape yang terlepas tips penting Kak Jie. Jangan risau, Kak Jie ada sebut beberapa tips kat entri INI dulu. Ni entri wajib […]

  3. […] upahan. Penatnya memanglah sakan. Terubat bila ada balasan. Ada juga edisi kenangan. Jangan dilupa pesan asas cendiakawan. Meraih populariti murahan bukan […]