5 Sebab Blog Tidak Berkembang Dan Cara Mengatasinya

pemandangan kemboja

Mengapa hanya beberapa blogger yang berjaya? Mengapa tidak semua blogger?

Ada orang cakap, senang saja jadi blogger. Tulis dan tulis. Tetapi kenapa kita boleh nampak dalam komuniti blogger ada yang begitu menonjol dan ada yang tidak. Bagaimana mereka boleh berada dikedudukan tersebut. Apa cara yang mereka lakukan.

Kita teringin nak tahu, kan.

Kebanyakan blogger gagal kerana beberapa sebab.

  1. Pertama, mereka berfikir bahawa blog adalah cara yang mudah untuk membuat duit dengan cara mudah, tetapi sebenarya  ia memerlukan  komitmen yang tinggi.
  2. Kedua, mereka tidak mempunyai apa-apa matlamat yang jelas. Tidak ada semangat untuk menulis dan akhirnya kehilangan minat.

Kenapa saya masih menjadi blogger sehingga ke hari ini? Hampir 7 tahun. Kalau beranak waktu tu, anak dah nak masuk sekolah tahun ni.

Antara sebab utama saya masih aktif berblog adalah kerana saya suka membantu orang jadi saya tidak bosan dengan blog saya.  Setiap hari sentiasa ada sesuatu yang baru untuk belajar dan berkongsi. Pembaca yang sentiasa memberi feedback setiap yang saya tulis walaupun hanya perkara remeh menjadi satu semangat untuk terus berkembang.

Untuk menjadi seorang yang bersemangat, jadilah diri sendiri yang bersederhana. Orang sekeliling akan  mudah tertarik kepada  kita  apabila mereka melihat diri kita yang semulajadi bukan terlalu menonjol.  Ini adalah apa yang dimaksudkan dengan perkataan “organik”.  Hebahan dari mulut ke mulut. Kita tidak perlu menjerit dari puncak gunung.

Ok, sekarang kita kembali fokus kepada topik hari ini.

pemandangan cantik

Mengapa blog tidak berkembang?

  • Tidak Berkomuniti

Aktiviti blogging bukanlah  aktiviti solo.  Seorang blogger mesti keluar dan memperkenalkan jenama diri sebagai seorang blogger. Jika tidak, bagaimana orang lain boleh tahu tentang blog kita?

Melabur masa yang berkualiti untuk berhubung dengan blogger lain. Komen di blog mereka ( maaf , saya pun kurang buat yang ni ) , berbual secara peribadi dengan mereka dalam media sosial  seperti Twitter atau Facebook.

  • Menulis Semua Perkara

Blog yang tidak mempunyai fokus. Apabila kita menulis tentang setiap topik, kita tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada apa -apa pun.

Jika mahu berjaya dalam bidang yang sesak seperti blogging, pilih niche yang lebih kecil dan fokus secara mendalam. Dengan cara ini kita boleh menjadi seseorang yang sangat berbeza dalam masa yang singkat!

Sebagai contoh, jika  mahu membina sebuah blog pemasaran, bukannya menulis tentang semua perkara tentang pemasaran.  Kecilkan skop,  contoh –  pemasaran digital, media sosial atau jualan affiliate.

  • Tidak Peduli Tentang SEO

Buat  beberapa kajian mengenai apa yang ingin ditulis. Tanpa analisis kata kunci, kita tidak boleh membawa trafik enjin carian untuk sampai ke blog. Ramai yang tak  berapa suka ambil tahu mengenai SEO  , tetapi ia adalah perkara penting yang boleh menukar  momentum blog dengan lebih cepat.

Belajar sekurang-kurangnya asas-asas SEO untuk membawa trafik berkualiti dari enjin carian. Tidak perlu  mengoptimumkan kandungan keterlaluana semata-mata untuk SEO , tetapi pastikan kita jangan mengabaikan beberapa  cara SEO untuk  pengoptimuman enjin carian.

  • Target hanya nak update

Kandungan blog  perlu menonjol daripada orang lain, kenapa orang perlu membaca blog kita sedangkan tiada apa-apa yang unik dalam kandungan  blog?

Ambil masa untuk menerbitkan kandungan baru, buat  penyelidikan dengan baik sebelum menulis sesuatu. Jangan sekali-kali  menulis tanpa penyelidikan yang betul, yang boleh membawa kepada info yang disampaikan itu tidak lengkap atau tergantung.

  •  Kekerapan posting  yang tidak menentu

Saya tidak akan membincangkan mengenai sama ada blogger perlu  menulis setiap hari atau tidak.  Apa yang saya cadangkan  adalah untuk mengekalkan konsisten menulis blog.

Jika biasa menulis 3 entri seminggu, teruskan

Jika kerap menulis 3 entri  sebulan, teruskan secara konsisten.

Bilangan tidak penting, yang penting adalah usaha berterusan secara konsisten.

  •  Entri tidak mempunyai sentuhan peribadi

Bagaimana pembaca  perlu mengenali penulis blog?

Cara terbaik untuk melakukannya adalah: mempunyai gaya penulisan tersendiri. Ia tidak mustahil jika kita mempunyai amalan menulis dan membaca yang baik.

Ia mengambil masa, tetapi ia bernilai sekirannya diamalkan!

  •  Kurang Motivasi

Sebagai seorang blogger, semua orang memerlukan motivasi yang betul untuk berjaya. Baca wawancara penulis blog yang berjaya, menonton cerita-cerita kejayaan mereka untuk dijadikan motivasi kepada diri sendiri untuk berjaya.

Bandingkan diri dengan diri sendiri. Bukan dengan orang lain.

 

Eh…. bukan 5 tetapi 6 sebab.  Ada bonus Tahun Baru Cina!

Panduan ini hanya untuk blogger yang serius , bukan untuk blogger yang akan cakap “saja suka-suka”.  Tiap orangkan berbeza kehendak dan impian.  Orang lain nak berjaya, kita kena doakan mereka berjaya.

Nota : entri ini terlalu lama di dalam draft.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. salam kenal kak ku jie,,,terima kasih infonya,,sangat bermanfaat bagi saya,,,sudi2 singgah dan be my friends…tq ^_^

  2. Assalamualaikum…

    Kak Kujie…terima kasih di atas tips2…saya dapat link aka dari Blog Bin Muhamamad…

  3. saya sangat setuju dengan kak jie
    saya blogger br
    br berjinak2 nak aktif semula berbloging
    mintak kak jie n kawan2 support blog saya….

    Jom terjah post menarik dari nuraini ..kawan alam mayaMy Profile

  4. sharing yg sangat memberi input pada saya…
    Jom terjah post menarik dari Nurul Huda M S ..Kenapa Perlu Vitamin Tambahan?My Profile

  5. Terima kasih kak…tips yang sangat berguna bagi saya yang newbies dalam dunia blogger..
    Jom terjah post menarik dari Maziah ..Simptom Dan Cara Mencegah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)My Profile

  6. terima kasih kak jie…sy ni masih mentah dlm berblog..n bsyukur sgt ade tips2 yg mcm kak jie saran kan…sy akn cuba lakukan nya… 🙂

  7. tq kongsi tips kak kujie… mood beblog tu sebenarnya yang tenggelam timbul hehehe
    Jom terjah post menarik dari KesumaAngsana ..Bila Dengar Cerita Adik !My Profile

  8. Nampak macam mudah saja nak buat semua yang kak jie sarankan…tapi bukannya mudah sebenarnya. Semuanya makan masa. Terima kasih berkongsikan tips di atas
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Semua usahawan cemerlang ada kualiti iniMy Profile

  9. Assalamualaikum..kak kujie. Sangat bermanfaat tips yang akak berikan. InsyaAllah, akan cuba dipratikkan.

  10. Betul kata kak jie tu, saya dalam usaha menetapkan niche..
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Blog sudah ada Contact FormMy Profile

  11. Ini tips yang saya cari saat ini soalnya blog saya bukannyan berkembang malah menurun. Sepertinya faktor utamanya ada di saya yang perlu menjaga konsistensi dalam berblogging
    Terima kasih, benar2 membantu lo Kak Jie 🙂
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Create A Form Validation With jQuery Without PluginsMy Profile

  12. sebab ramai yang tak kreatif dan tak usaha keras. Kena rajin belajar dan sentiasa berusaha selalu tanpa kenal putus asa.
    Jom terjah post menarik dari Encik Seminar ..Buat duit dengan pelaburan saham. Bagaimana?My Profile

  13. apabila blog kita ada niche tertentu adalah lebih mudah untuk kita fokus dan berikan tumpuan untuk hari-hari mendatang
    Jom terjah post menarik dari hazman aka species1980 ..Menu Hidangan Juara MasterChef Malaysia All StarsMy Profile

  14. Pernah jumpa ramai blogger yang suka cakap “saja suka-suka”..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Genesis Framework Blog Lebih Mesra SEOMy Profile

  15. setuju dengan entri kak kujie. tahun nih fyna mula nak fokus kembali dengan blog.
    Jom terjah post menarik dari fyna ..Wordless Wednesday #16 | Jagalah HatiMy Profile

  16. Motivasi diri dalam berblogging memang perlu digalakkan agar tidak moody dalam menjalankan aktivitas blogging sehingga blog bisa berkembang dengan baik
    Jom terjah post menarik dari Elly ..Free Download – River Retina Multi-Purpose WordPress ThemesMy Profile

  17. Terima kasih kak jie utk perkongsian ni. Nyata, entri ni ‘masak’ betul…banyak yg dapat saya ambil utk tingkatkan mutu blogging diri…

    terima kasih kak jie
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #50 Sel-Sel Neuron, Bersambung!My Profile

  18. Kawan-kawan Blogger sekeliling saya pasti ada terdengar saya bercerita isu ini dalam 2-3 minggu ini … kenapa tak ada Blogger baru yg boleh jadi lebih hebat dari Blogger yg dah biasa kita dengar namanya dalam industri ni.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Harga sebenar iklan di blogMy Profile

  19. Boleh dikatakan hari terima mesej broken link untuk blog yang tidak lagi aktif dan wujud.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Topup ilmu pengetahuan pada awal bulan Januari 2014My Profile

  20. Terima kasih dengan perkongsian yang berguna ni kak jie,secara keseluruhannya saya amat bersetuju dengan sebab-sebab tersebut
    Jom terjah post menarik dari wazy ..Komisyen Pertama Dari Job Di RumahMy Profile

  21. Tips yang sangat berguna dan berinformasi nih… thanks…
    Jom terjah post menarik dari Alongxp ..Ilmu Blogspot Blogger MalaysiaMy Profile

  22. betul tu kak jie..xsalah lagi:)
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Komisen Ke 30-41 Dari KlikjerMy Profile

  23. blog saya sentiasa slim.
    slim dari trafik. slim dari komen. slim dari update. slim dari spam.
    gittew.
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Jam TanganMy Profile

  24. info yang baik untuk panduan semua blogger
    Jom terjah post menarik dari ajumohit ..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

  25. wah, tips yang diperam lama dan dikeluarkan pada waktu yang sesuai… walaupun peram lama, namun masih lagi relevan! huhu~
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.comMy Profile

  26. sy pun ada ciri2 blogger yg tak berjaya.. huhu
    Jom terjah post menarik dari mama maman aka yana ..Company Dinner at Thirsty8 Grand Hyatt KLMy Profile

  27. Saya masih mencari arah. Saya menjadikan penulisan sebagai tempat meredakan tekanan.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Jelly Bunny KLCC SaleMy Profile

  28. Dapat suntikan semangat hari ni… 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Program Saringan Kesihatan PERKESOMy Profile

  29. Tips dari kak jie akan saya praktikkan sebaik mungkin..saya masih baru..kena banyak belajar..hoho
    Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Tempat Jatuh Lagi DikenangMy Profile

  30. Terbaik dari sifu..totally agreed ngan kata kak jie…kagum dengan kakjie, sudah ramai yang gulung tikar berhenti berblog, kak jie masih maintain menulis.. Memang living legend dlm arena blogging Malaysia…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Harga Promosi Berani MatiMy Profile

  31. Salam Kak Jie,
    Dah lama tak dapat tip blogging dari Kak Jie. Sungguh menarik ilmu yang diberi.
    Bukan semua blogger mampu mengusai ilmu teknikal blog dengan mendalam tetapi tidak bermakna blog tidak mampu berkembang.
    Jelas…dr tips yg diberikan, kualiti/originaliti sesebuah entri disamping konsistensi adalah amat penting. Perlu juga kemesraan dan pergaulan dalam komuniti…jika tidak ianya bukanlah media sosial namanya…
    Terima kasih pemberian ‘angpau’ ini. Selamat bercuti di Tahun Baru Cina nanti… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Bila Suami Isteri Bergurau…My Profile

  32. Jarang berkomunikasi di alam maya seperti fb dan twiiter lagi-lagi bila kita tak kenal, hanya melakukan blogwalking untuk mengetahui perkembangan blogger lain. Anyway, terima kasih di atas perkongsian yang memang cukup berguna.
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Custom Made Sticker KeretaMy Profile

  33. saya setuju apa yang point Kak Kujie berikan.. memang ada blogger macam itu termasuk diri saya sendiri.. Bermula dengan suka-suka juga, lepas itu datangnya minat.. dan dari minat itu akan explore lebih mendalam lagi dalam bidang yang dia minati, bukan dalam blogging sahaja..
    Jom terjah post menarik dari Irwan Alessa ..Dah Ramai RupanyaMy Profile

  34. Salam KakJie,
    Terima kasih atas tips2 yang dikongsikan.
    Sangat bermanfaat untuk saya.
    Jom terjah post menarik dari Syuhada ..Pantang Larang Bisnes Baru BangunMy Profile

Trackbacks

  1. […]       AkuPenghibur 19. 5 Sebab Blogger Gagal Menjana Income Dengan Blog / SeriusBlogger 20. 5 Sebab Blog Tidak Berkembang Dan Cara Mengatasinya / […]

  2. […]   AkuPenghibur19. 5 Sebab Blogger Gagal Menjana Income Dengan Blog / SeriusBlogger20. 5 Sebab Blog Tidak Berkembang Dan Cara Mengatasinya / Kujie2Ok, cukuplah 20 tips blogging untuk hari ini. So, jangan lupa untuk blogwalking ye. […]

  3. […] promosi, komunikasi, sosial media dan sebagainya. Kalau kita tak bijak mengurus itu yang banyak blog tak mampu berkembang dan berada pada takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun. Tiada kejayaan tanpa usaha yang […]