Bagaimana Menjimatkan Bandwidth Imej Menggunakan FlickR
Blog Tutorial

Bagaimana Menjimatkan Bandwidth Imej Menggunakan FlickR

Tutorial-mendapatkan-url-gambar-di-flickr
Tutorial mendapatkan url gambar di flickr

Salam ceria, seperti anda semua sedia maklum, penggunaan imej dalam sesebuah artikel memaInkan peranan penting terutama dalam proses penyampaian artikel yang kita tulis kepada umum. Namun sama juga seperti penggunaan Javascript pada template, penggunaan gambar juga mempengaruhi penggunaan bandwidth hosting anda dari masa ke masa.

Saya bagi situasi sebegini: anda cuba bayangkan, jika anda mempunyai satu artikel yang hangat cariannya di laman pencari maklumat seperti Google dan sebagainya, dan dalam masa yang sama, artikel yang dicari tertumpu kepada artikel yang anda tulis serta di dalamnya terdapat banyak gambar!!! Setiap satu gambar pula bersaiz tak kurang dari 300KB. Itu baru satu imej, kalau dua? Tiga? Itu belum campur lagi dengan Javascript pada template. File CSS?

Nah nampak? Dari sebab itulah rata-rata blogger yang tahu bahawa artikelnya akan meletup pada enjin carian, akan menyimpan gambar atau apa-apa sumber dari blognya kepada pembekal storan atau pihak ketiga. Ianya lebih kurang sama konsepnya dengan CDN, tapi tutorial pada kali ini saya nak berkongsi, bagaimanakah mendapatkan URL imej dari FlickR untuk anda gunakan pada artikel di blog anda.

Dah ada ke akaun flickr? Kalau tak ada, baik la daftar sekarang :D
Dah ada ke akaun flickr? Kalau tak ada, baik la daftar sekarang 😀

Permulaan

Sebelum kita memulakan tutorial ini, sila pastikan anda mempunyai akaun FlickR. Jika belum ada, sila daftarkan dengan klik pautan ini – flickR.

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-2Seterusnya daripada FlickR, katakan anda telah memuat-naik gambar anda, pergi ke menu You -> Photostream. Sekarang pilih gambar yang anda ingin dapatkan URLnya.

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-3Kemudian, klik-kanan pada gambar tersebut, selepas itu, pilih dari mana-mana set saiz yang anda kehendaki untuk digunakan di blog anda.

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-4Laman FlickR seterusnya akan membawakan anda kepada halaman gambar berdasarkan saiz yang telah anda pilih tadi.

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-5Selepas itu, klik-kanan pada gambar tersebut sekali lagi. Kali ini, menu pintas pelayar web pula akan muncul. Sila pilih Copy image location (Firefox) atau Copy image URL (Chrome)

cara-mendapatkan-url-imej-di-flickr-6Sekarang pautan gambar tersebut sudah anda salin secara virtual. Seterusnya, taip artikel di blog WordPress anda seperti biasa, ketika anda ingin masukkan imej, pilih Insert from URL. Seterusnya tampal (paste) URL yang disalin tadi (copy) ke dalam ruangan Insert from URL. Kemudian, tekan Insert into post.

Penutup

Ok, dah siap! Mudah kan? Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan penggunaan bandwidth anda akibat dari imej anda letakkan dalam HOT ARTICLE. Selain daripada itu… psssttt… FlickR sekarang ni kan bagi 1TB imej storan percuma kepada penggunanya. Rugi la kalau awak tanak guna. 😀

Nota tuan tanah  : entri hujung tahun ini ditulis oleh blogger yang pernah membuat Tetanda Air [klik ]

Mr. Kreuger atau nama sebenar beliau adalah Muhamad Azman B. Ishak. Telah berumah tangga dan mempunyai dua orang putera. Ikuti kisah perjalanan hidup beliau di:- Amaran: Ini adalah blog orang dewasa

38 thoughts on “Bagaimana Menjimatkan Bandwidth Imej Menggunakan FlickR

  1. Rasanya kalau dari segi SEO image mungkin ianya beri kelebihan pada flickr..sebab hosted kat sana kan. Mintak tolong diperbetulkan kalau info ni salah. Sekadar logik sendiri je ni. hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Permohonan FiTMy Profile

  2. oho..tamau ada relationship ngan Yahoo dah..ahaha..hurm..Flickr pun malas mau masuk..tengok-tengok kekadang je pun gmbar..:D BTW..tips bagus ni..
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Cabaran 2014My Profile

  3. sesuka hati jer abang man tukar trademark jenama Flickr kepada FlickR…boleh kena saman ni…haha.
    belum terbuka hati lagi nak guna flickr ni, mungkin kalau menulis sesuatu dari laptop yang ada banyak gambar akan dipertimbangkan flickr ini, sekarang selesa update terus dari henfon dan letak gambar terus di hosting.
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Cop Mudah Bawa Ke Mana Saja.My Profile

    1. Semalam buka akaun Flickr , last login 24 bulan lepas.
      Register tapi tak guna… Pakcik Man suruh guna.

      Masalah mula-mula tu, nak copy url mana nak letak kat insert from url tu…dua tiga kali buat letak url yang ambil kat search bar..tak jadi jadi

      tu yang terhasil tutorial ni, Pakcik Man malas nak ajar banyak kali..sekali dia rajin terus up entri.

      boleh share dengan orang lain
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bagaimana Menjimatkan Bandwidth Imej Menggunakan FlickRMy Profile

Comments are closed.