Bagaimana Nak Tahu Bila Blog Down?

NOTA : kujie2.com dalam proses perpindahan server, segala plugin – commenluv, top commentators, random post, recent post, related post, social blogroll, contact form dsbnya tidak diaktifkan. Maaf atas kesulitan ini – ©kujie

Rupanya ada juga peminat segmen Hari Bertemu Pelanggan.

kak jie, baru explore blog nie. macam-macam ada. tapi yg tak bestnya kenapa tak dapat komen dalam entri-entri lama termasuk entri cuti-cuti malaysia. lagi satu, saya ternanti-nanti hari bertemu pelanggan volume 6! terima kasih kak jie..

Sebenarnya segmen Hari Bertemu Pelanggan telah masuk Vol 7

Mengenai sistem komentar di blog kujie2.com, memang saya telah setting untuk ditutup secara automatik selepas 100 hari. Blog saya adalah blog

peribadi – tempat saya menulis hal persekitaran, pendapat peribadi mengenai sesuatu dalam hidup dan kawan-kawan terdekat. Isu tersebut hanya relevan untuk tempoh tersebut sahaja dan mungkin berubah dari masa ke semasa. Jadi entri tersebut hanya untuk diulas pada masa tersebut sahaja.

Segmen Hari Bertemu Pelanggan – Walaupun saya tak buat segmen Hari Bertemu Pelanggan secara formal, tetapi banyak email / aduan yang telah saya balas secara individu.

Tak buka ‘kaunter pertanyaan ‘ pun setiap hari saya mesti share sesuatu dengan pembaca blog. Saya tak pandai untuk buat entri tutorial lengkap atau tips dalam berblog tetapi saya sering tinggalkan sikit-sikit info untuk dikongsi. Kalau sesiapa yang ikuti blog saya dari tahun 2007 ( saya ada blog sejak tahun 2005 ) mesti faham bahawa saya akan selitkan sikit info atau tips dalam setiap entri.

Hari ini saya nak kongsi satu laman web yang akan inform bila blog kita down. Daftar di freewebmonitoring.com . Create akaun dan email kerana setiap kali blog down, freewebmonitoring akan hantar email pemberitahuan.

Email pertama dihantar untuk beritahu mengenai server hosting saya yang bermasalah semalam 29-04-2010.

Email kedua untuk memaklumkan masalah telah selesai dan blog saya down selama 1 jam 19 minit 52 saat.

Perkhidmatan ini untuk blog berdomain dan selfhosted. Kalau yang menggunakan hosting percuma tak perlulah risau kalau blog down, kan?

‘Blog down” dalam bahasa melayu apa ye?

©kujie – pagi² otak dah berselirat fikir macam² – saya ada kelas jam 9 pagi…out dulu!

40 Replies to “Bagaimana Nak Tahu Bila Blog Down?”

  1. oooo. patutla kdg2 nak komen entri2 lama x boleh…
    .-= Amir´s last blog ..2 Pengulas Tegar Bakal Menerima Hadiah Istimewa Dari Australia =-.

  2. monitor web..kene cuba juga ni~ =)
    .-= Flying Pixel´s last blog ..Im using Delicious! =-.

  3. satu perkongsian yang menarik kak jie. dah reggister dah sebelum ni. memang terbaiklah, dia bagitau semua detail bila blog down. 🙂

    1. rasa selfhostedlah yang selalu down sebab bergantung dgn server web hosting kita sewa sendiri
      tak macam blogspot yang bapa punya besar tu..hehe

      2 hari blog down sebab dalam proses tukar server dari US balik ke M’sia

  4. kena cuba nie..manalah tahu satu hri blog sya pulak down..sekurang2nya dah prepare awal2..terima kasih Kak G kerana berkongsi…

    1. tak pandai, tak cukup hebat utk tulis tentang tips dan info…

      selik sikit2 je – jgn nmpk sgt entri ‘sampah’ hehehe

Comments are closed.