Bila Jumpa Blog Seperti Ini, Saya Nak Buat Apa?

Bila saya buka sesuatu blog, dan paparan ini memenuhi skrin komputer, saya terkedu.    Sebagai blogger yang membaca post entri, saya dinafikan hak tersebut.

Beliau hilang seorang blogger yang berkemungkinan menjadi pengunjung tetap atau pembaca setia. Pembaca blog mungkin bukan sasaran keutamaan beliau.

Kadang² ruangan komen pun tertutup dengan iklan atau icon comel gedik². What you give, you will get back, tak boleh nak salahkan orang tak baca atau tak komen.

Tapi tiap orang mungkin membina blog dengan sebab berbeza. Beliau mungkin ada sebab tersendiri dan kerana itulah apa yang dipamirkan untuk  ‘pandangan pertama’  pertemuan dengan pengunjung. Beliau bukan buat blog untuk saya – saya faham.

Saya terlalu kerap bertemu dengan layout blog seperti ini .  Warna background blog ini bukan warna asal, saya telah tukar dan padam entri yang mungkin boleh mencetuskan rasa tidak selesa blogger tersebut.  Entri ini bukan ditujukan kepada seseorang tetapi sebagai hebahan umum.  Image sekadar contoh.

Iklan header tu bukan tetap kat header…. dia duduk kat header skrin, ikut je mouse jatuh tergolek!

p/s – entri ini bukan nak mengata sesiapa , cuma nak tunjukkan gambaran yang mungkin kita sebagai tuan blog tak sedar.  Tiap orang gunakan browser yang berbeza.  Cantik lawa depan skrin kita belum tentu sama dengan komputer orang lain.  Kalau blog saya juga mempunyai cacat cela herot sana sini, sila bagi tahu ye…  nak membaiki diri dari teguran orang.

saya tak tulis tips ‘jangan’

Edit :

Untuk memudahkan pembangun laman untuk melihat kesesuaian laman web dengan kepelbagaian pelayar ( baca browser ) ( tak semua pengguna menggunakan pelayar yang sama ). Pembangun laman web boleh menggunakan laman web http://browsershots.org/ sebagai rujukan

86 Replies to “Bila Jumpa Blog Seperti Ini, Saya Nak Buat Apa?”

  1. haha..
    dayah cam nak gelak kuat kuat..
    betul..betul..betul..
    dayah sangat geram dengan blog yg cam gini bila bw biasanya
    dayah “x” je kat atas sekali belah kanan tu..
    😛
    tak mau sakit kepala tgk ikon lebih byk dari cerita..

  2. Pingback: PageRank blog salah faham | Denaihati
  3. Saya masih ingat lagi bahawa kak jie ada mengatakan tidak dapat komen didalam blog saya disebabkan iklan di sidebar itu saya jadikan ia float di sebelah kiri. Memang betul pun. Apabila kita menggunakan google chrome untuk melayari sesebuah blog itu, maka kita tidak mampu memberikan komen didalam blog disebabkan ada benda yang menghalang untuk komen.

    Apa-apapun saya berterima kasih kepada Kak Jie kerana banyak menolong saya untuk berblog.

  4. iklan header dia tu, ikut mouse kita scrol down….tutup entri nak baca…bukan statik dok kat header je 😆

  5. psg iklan float ni selalu mengganggu pembacaan.. lg satu krg sesuai sbb tak semua org guna skrin yg sama.. oleh itu paparan tak sama..

    p/s: ikut jer mouse jatuh tergolek.. maksudnya ape ek? hehe..

  6. 👿
    nanti user pening kang, blog tu nak sampaikan iklan ke info..
    adehh, kat mna la kak terjah blog tu…

    tak ke sshkan user nak baca entri² dia nanti, kalau la user tu pkai pc yang 9 inci tu konpom tertutup semua entri² tu

    mungkin blog ni perlukan $$ kot…
    Jom terjah post menarik dari KA™ ..selamatkah password andaMy Profile

  7. Dulu pernah pasang iklan terapong ni.. tapi bila dah kena tegur dengan eyriqazz.. kata susah nak komen n tutup entri.. terus buang fungsi terapung tu.. memang betul tak semua browser support iklan terapung ni.. kekadang kita set sebelah kiri bila orang view guna sesetengan browser terus ke tengah kesudahannya entri tertutup takboleh nak baca.. n apa lagi tekan butang X lah.. hehehe

  8. baru2 nih saya ada pakai theme hijau , nampak cantik dan lawa dengan google chrome tau2 ada seorang pengunjung tetap tegur kenapa berselerak nih ? saya terfikir kenapa ? saya tengok ok jer…pastu try tengok blog gune browser lain ..guna firefox…ya allah terkejut den! memang berselerak blog tu ..cepat2 di tukar theme ,sbb tu kalau ada yg perasan theme sy selalu di tukar sbb nk puas hati semua pihak …
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Apa Kata Mereka Tentang Wordless Wednesday – BelacanMy Profile

  9. Assalamualaikum,
    Saya selalu guna IE baca blog kak Jie, dua tiga menjak ni aje guna firefox sebab ada konflik komputer dan IE. Setakat ni guna IE ok je baca blog kak Jie. Orang lain tak tahulah pulak
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Puisi Hari IbuMy Profile

  10. Mungkin pemilik blog ini masih baru lagi dalam dunia blogging. So, masih terpangaruh dengan cara sesetengah yang dah lama dalam dunia blogging.

    Harap pemilik blog ini berubah.
    Jom terjah post menarik dari shaharil ..Selamat Hari EmakMy Profile

  11. Saya takkan tunggu lama, terus tekan butang pangkah kalau jumpa blog macam nih.

  12. Kujie,
    “mungkin kita sebagai tuan blog tak sedar…” tu memang sering terjadi. Mungkin teguran daripada yang tahu dapat membaiki keadaan ini. Kak Long suka kalau ada orang beritahu apa kesilapan pada blog kita tu, sebab kadang-kadang tu, terlampau menggodek sana-sini, tak sedar pula tercuit yang tak patut dicuit. Terima kasih kerana pernah tegur dan tolong tegur lagi ya! 🙂
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..ChiengmaiMy Profile

  13. saya pun tak suka org letak benda2 yg boleh lindung entry dia…lansung keluar blog tu..hilang mood nak baca.lagi satu saya rimas kalau cursor macam2 bentuk…besar2 plk tu…menggangu pemandangan.

  14. Salam kakjie 🙂

    sekadar berkongsi ilmu disini…

    bagi seseorang pembangun laman web sejujurnya mereka kena mengambil tahu layout sesuatu laman itu bergantung kepada jenis iklan atau cara susunan.

    Untuk memudahkan pembangun laman untuk melihat kesesuaian laman web dengan kepelbagaian pelayar ( baca browser ) ( tak semua pengguna menggunakan pelayar yang sama ). Pembangun laman web boleh menggunakan laman web http://browsershots.org/ sebagai rujukan 🙂

    selamat membangun laman web yang menarik 🙂

    *nota*
    – Selamat hari ibu kepada kakjie dan semua ibu di seluruh dunia ( selamat hari ibu bapa juga kepada penduduk korea 🙂 )

  15. lain padang lain belalang..blog aku blom ada iklan tapi aku orang susah kak hehehe tak caya meh jalan blog aku ye..sekian terima kasih..selamat hari ibu puan2
    Jom terjah post menarik dari Mehmed ..Jiwalogy TeksimanMy Profile

  16. Kak Jie, dah lama tak singgah blog ni..tapi tajuk ni sangat-sangat la membuatkan saya sama-sama bersetuju dengan pandangan pengomen2 di atas..saya langgan broadband murah, jadi bila banyak sangat iklan seperti yang disebutkan di atas, page jadi lambat sangat loading..tak boleh nak letak komen pulak tu sebab tertutup dek shoutbox dan widget pempuan comel suruh follow blog..

    Apa pendapat Kak Jie tentang ticker banyak2 ya..i.e. ticker yang terlalu banyak sampai 10 ticker as if nak beritahu semua orang semua benda. contohnya meh saya bagi ikut turutan 1. declare as couple ticker, 2. engagement ticker, 3. wedding ticker 4. try-to-conceive ticker 6.pregnancy ticker (sampai 2,3 ticker megikut baby development 7. anak-berapa-bulan ticker 8. breastfeeding ticker 9. guna Madela breastpump ticker 10. weight-to-loss ticker….

    comel betul confirmation “saya bukan alien, saya ok!”

    saya bukan pengiklan tegar,saya ok!.. 😆 😆
    Jom terjah post menarik dari Lina Rahim ..@ Kuching- Sarawak 3My Profile

Comments are closed.