Cara Bertanya Soalan Yang Baik
Blog Tutorial

Cara Bertanya Soalan Yang Baik

Rasulullah s.a.w bersabda: “Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan EMPAT orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka.” (Riwayat Ali bin Abi Tholib r.a)

bekas peluru

Masalah bagi saya pula, sering ditanya soalan yang paling asas dan berulang-ulang. Perkara yang ditanya adalah perkara-perkara yang telah saya tulis di entri blog. Saya pula yang jadi serba salah untuk jawap atau tak jawap. Sekali dua rajin juga saya balas, tapi kalau dah sepuluh kali dapat soalan macam ni, mulalah naik angin..hihi

Antara teknik untuk bertanya adalah biarlah soalan tersebut terperinci.

Contohnya ,

Kak Jie, saya nak ambil kete api kt kl sentral sblh malam..prjlanan dr kl sentral trus smpai ke bterworth ke atau ada stesen prtukran nt sblm smpai ke bterworth?

Soalan ini jelas dan senang untuk kita beritahu. Saya boleh jawap dengan senang hati walau pun ketika ini saya berada di kawasan talian terhad ( Tasik Kenyir, Hulu Terengganu ) dan sangat bersyukur kerana dia membalas ucapan terima kasih selepas diberi penerangan.

Contoh ,

Kak Jie, mcm ne nak buat blog dan jadi blogger bagi org kenal mcm kak jie, dpt trafik dan seo baik?

Soalan ini saya dapat jawapan selepas 3-4 tahun menjadi blogger. Sudah tentu saya tak boleh balas dengan 2-3 perenggan. Dan lagi, semua persoalan tu ada dalam entri, perlu membaca, membaca dan membaca sebelum bertanya.

Bertanya juga ada skilnya, kita perlu membaca atau membuat homework mengenai topik yang akan ditanya, barulah jawapan yang akan diperolehi lebih berkembang. Adakah perkara yang ingin ditanya itu telah dibincangkan di dalam blog?  Guna kotak carian di sidebar blog untuk membuat carian kata kunci yang sepadan.

Pertanyaan yang baik adalah selepas mencuba dan berusaha mencari. Beritahu kalau dah mencuba cara itu, mencuba cara ini tetapi tetap tidak berjaya barulah saya tahu kemampuan dan tahap kefahaman yang bertanya. Di peringkat manakah masalah itu timbul.  Saya bukan manusia ajaib yang boleh membaca fikiran orang lain.

Ada seseorang yang bertanya sesuatu function di dalam blog ini, bila diberitahu saya menggunakan plugin , dia tak tahu apa itu plugin dan keadaan menjadi semakin rumit apabila saya terangkan blog ini menggunakan WordPress kerana dia anggap semua blog adalah blog.  Bila dah sampai ke tahap ini, apa yang perlu saya terangkan?

Pertanyaan yang baik juga boleh diselesaikan dengan sekali jawapan bukan perlu menjawap kembali  soalan-soalan yang terkeluar topik dan perlu membalas email 3-4 kali.  Masa saya sangat berharga dan ada banyak urusakan rutin kehidupan yang perlu disiapkan.

Jangan andaikan pertanyaan tersebut akan dijawap sekelip mata.  Kita tidak tahu pemilik blog itu bagaimana kehidupan sebenar.  Kemungkinan dia sibuk, berada di luar daerah, talian internet yang terbatas, sedang terlantar sakit perut cirit birit , sedang memandu atau mempunyai masalah peribadi yang membuatkan beliau kurang fokus kepada urusan online.

penoreh getah

Bertanya bermaksud  orang yang bertanya itu adalah seseorang yang sentiasa menyerap ilmu yang disampaikan melalui jawapan kepada pertanyaannya.

Bukan senang untuk mendapatkan kunci yang sesuai bagi membuka gudangnya!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Cara Bertanya Soalan Yang Baik

  1. tanya biar terang…hehe
    suka picture pertama tu macam bekas peralatan hardware, aruah ayah saya bekas army ada benda tu untuk isi sebagal bagai hardware spanner, ragum, screwdriver
    dan pelbagai peralatan kecil, tapi bekas besi tu sebenarnya bekas isi peluru….
    ada lagi saya simpan kat stor….. hehe……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHAMy Profile

  2. Cara bertanya soalan menunjukkan adab.

    Kak Jie, mcm ne nak buat blog dan jadi blogger RETIS bagi org kenal mcm kak jie, dpt trafik dan seo baik?

    Kak Jie, mcm ne nak buat blog dan jadi blogger kenal mcm kak jie, trafik berjuta-juta?

    Kak Jie, mcm ne nak buat blog dan jadi blogger mcm kak jie, seo power terbabooom?

    😆
    Jom terjah post menarik dari Affan ..Busuk.org Memperkenalkan Sistem Baru – AutopingMy Profile

  3. Asalamualaikum…Salam Aidilfitri…buat KakJie

    Tak salh bertanya? Kalau tak tanya masakn perlunya blogwalking di blog mereka. Sepeti yang Kakjie katakan…fikir dulu dan buat carian di blog apa yang ingin dicari, jika tiada jawapan bolehlah mula bertanya. Kadang-kadang nak carian di google search sukar jugak, apa yang dikehendaki tidak mencapai apa yang dikehendaki.
    Jom terjah post menarik dari sensasi2020 ..Aku Yang Dulu Bukanlah Yang SekarangMy Profile

  4. Biasanya saya akan mencari maklumat tentang suatu perkara dahulu menerusi google.. Walaupun tak banyak, serba sedikit saya pasti akan dapat jawapan, sebab apa yang kita cari itu terkadang ianya takkan habis.. Saya juga pernah mengalami situasi yang sama seperti Kak Kujie, soalan yang terkadang sukar faham dan akhirnya saya bertanya soalan kembali kepada dia.. Semuanya perlukan skill dan kemahiran..
    Jom terjah post menarik dari Irwan Alessa ..Sekerap mana anda membuat entriMy Profile

  5. betul tu kakJie. Dulu masa mula2 jadi blogger, ada juga terima soalan yg mcm rasa nak tampar je sebab tanya banyak2 kali benda yg sama. Bila sy ajar, tak pulak mencatit. Geram sesangat. Tp sekarang ni, dah sgt2 bz, tak terlarat nak layan. Tu yg sekali buat entri, habis semua topik nak disangkutpautkan. Pening kepala readers nak membaca. hehe. Harini, saya cuba jadi suri rumah sepenuh masa & berblogging. Baru tahu, mmg penat jadi blogger ni sebenarnya… tapi berbaloi2 bila ada entri yg dikongsi ramai dan ada masyuk… Sayang kakJie, blogger yg tak sombong dan tak kedekut komen apatahlagi ilmu 🙂
    Jom terjah post menarik dari ieta ..KEISTIMEWAAN MENGGUNAKAN SIMKAD TUNETALK TONE EXCELMy Profile

  6. Biasanya bila ditanya soalan rumit begitu saya akan jawab basic dan suruh dia buat itu dulu. Contoh dalam bab macam mana nak jadi blogger macam kak Ujie, saya akan jawab buka satu blog dan tulis…buat itu dulu.

    Satu lagi contoh bila ditanya macam mana nak tulis dengan baik dan bla-bla…saya akan jawab…mula menulis dan buat itu dulu…stop.
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..7 tips ringkas “Pemasaran” Usahawan kecilMy Profile

  7. Masa mula2 blogging, terlalu inginkan maklumat segera…bertanya adalah cara paling mudah tanpa mengira bagaimana dan cara soalan diajukan. Bila tidak berbalas…mulalah ingatkan blogger tersebut sombong dan kedekut ilmu.
    Bila dah lama blogging..dan bila blogger lain bertanya soalan kpd kita barulah kita faham…Ya! Pengalaman mengajar kita…dan itulah yg saya dapat dari Kak Jie (terima kasih Kak Jie…kalau anda masih ingat lagilah)
    Buat blogger yg dahagakan ilmu, membaca dan mencari maklumat sendiri adalah jalan terbaik. Bukan bermakna bertanya itu tidak boleh tapi, bak kata Kak Jie biarlah bijak mengajukan soalan…
    Jom terjah post menarik dari Bin Muhammad ..Aksi dan Gelagat KucingMy Profile

  8. Dayah sayang akak. Nak bgtau tu je.. (walaupun komen tak kena mengena dayah baca entry akak sampai habis tau..walaupun jarang komen dayah baca sebanyak yang boleh entry akak tau.. siap qada entry lepas..)

    Motip nak bagitahu blogger kesayangan saya pesan banyak membaca.. bekas PM malaysia kata bangsa membaca bangsa berjaya..

    Ok..kategori komen panjang lebar nih.. (macam kita dua orang la kan kak jie kan) hehe.. ^_^

    Sayang kak jie sayang kak jie sayang kak jie..
    Jom terjah post menarik dari dayah ..Raya ke4, lunch kat KFCMy Profile

Comments are closed.