Cara Buang Broken Link Di Blog

Sebagai blogger, ramai yang telah mengetahui mengenai Link atau Pautan ( bukan paultan.org ye… ) . Link atau pautan adalah penghubung satu halaman ke satu halaman yang lain sama ada berbentuk  internal link atau external link. Hasil dari link tersebut dipanggil backlink.

Internal link adalah backlink dari blog kita sendiri kepada entri di dalam blog yang sama. External link adalah link kepada blog lain.

Dalam backlink kadang² akan berlaku kes Broken Link atau Dead Link. Broken link boleh berlaku sekiranya laman web tersebut tidak aktif lagi, telah dihapuskan oleh pemiliknya atau domain tersebut telah tamat tempuh. Broken link atau dead link juga dikenali sebagai error 404 ( Page Not Found )

Menurut  pakar  SEO , broken link memberi kesan buruk kepada sesebuah blog dimata Search Engine . Sebab itulah pemilik  blog disarankan memeriksa link yang terdapat di dalam blognya dari masa ke semasa. Sekiranya berlaku link yang telah mati ( bila klik dah tak ada lagi sumbernya ) link tersebut perlu dibaiki atau dibuang.

Macam mana nak tahu link yang ada di dalam blog kita ini telah mati? Bukan senang nak semak satu persatu semua post di dalam blog.

Bagi pengguna wordpress, mereka boleh menggunakan plugin Broken Link Checker. Plugin ini akan monitor link pada post, page, comment, blogroll yang tidak berfungsi.

Kebanyakkan broken link di blog saya datangnya dari link di Commentluv

Bagi pengguna blogspot , anda boleh menyemak broken link menggunakan Tool Link Checker di toolsforest.com

Masalahnya di sini, link yang telah rosak tersebut perlu dibaiki secara manual berbanding pengguna wordpress yang  menggunakan Plugin Broken Links Checker.  Hanya scroll dari Dashboard dan pilih option yang dikehendaki.

Nota : Boleh juga menggunakan brokenlinkcheck.com atau beberapa sofware seperti Xenu’s Link Sleuth , Free Link Checker atau Links Checker Firefox add-ons.

©kujie – selamat mengodek blog masing².

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Cara Buang Broken Link Di Blog”

  1. oh… banyak jugak laa broken link tatakala membuat pengechekan secara totalnya… tapi tak terbuang lagi link2 broken tersebut…

Comments are closed.