Cara Buat Alternate Ad Untuk Innity

alternate adcara create alternate ad5

Tutorial ini untuk pengguna code iklan innity, tak kira  blog yang dihost pada  Wordpress atau Blogger.

Apabila Alternate ad ini dipasang ,  sekiranya tiada kempen yang ‘run’ di blog, iklan ini akan menggantikan banner  default innity berwarna hijau.
Kita boleh letak code syarikat pengiklan lain atau dibiarkan ruang tersebut kosong apabila tiada kempen yang ada. Sebab tu, hijau innity tak kelihatan di blog saya.

Mari kita mulakan.

  • Login ke Dashboard.

alternate adcara create alternate ad1

  • Manage ad -> Alternate Ad Management -> buat alternate ad dengan klik New Alternate Ad.  Saya gunakan jenis headbanner sebagai contoh.
  • Kalau nak letakkan banner,  upload di bahagian Ad Type .  Asasnya saya gunakan HTML Code dengan letak <center> dan tutup code tersebut seperti contoh dalam gambar di atas.
  • Kalau ada code untuk iklan lain, boleh letak di sini.
  • Save

alternate adcara create alternate ad2

  • Kemudian pada Manage Ad -> Manage Ad Zone -> klik Create New Zone.  Saya gunakan jenis Head Banner sebagai contoh.
  • Save

alternate adcara create alternate ad3

  • Kemudian, klik Menaga Ad -> Manage Ad Zone ->  klik View Zones
  • Klik Edit Zone pada Zone Name yang telah kita buat tadi.  Contoh di sini Head Banner

alternate adcara create alternate ad4

  • Kat ruang Alternate Ad ada nama ad  yang kita create awal tadi.
  • Select

alternate adcara create alternate ad5

  • Save.
  • Dapatkan code seperti biasa dan letakkan pada blog.

 

Buat alternate ad untuk setiap jenis banner iklan yang berbeza.

Saya dapat idea untuk buat tutorial ini selepas blog walking ke blog jiran tetangga dan melihat warna hijau dimana-mana.   Rasanya khas untuk Blogger Munir Ardi.  Moga dapat membantu kawan-kawan meminimizekan view blog masing-masing.

 

31 Replies to “Cara Buat Alternate Ad Untuk Innity”

  1. Pingback: Cara Buat Alternate Ad Untuk Innity| Hidup Biar Sedap
  2. makaseh kak jie ini jawaban untuk blog aku telah lama browsing untuk mencari tutorial ini tapi tak ade satupun sangat bertuah mendapat langsung tutorial dari Anda

  3. Untuk yang punya iklan innity bisa dipakai tips tutorial ini.
    Pernah mencoba daftar belum juga diluluskan. Pernah juga mencoba tanya sama Bang Munir kemungkinan kalau mendaftar sekarang ini bisa diluluskan.
    Hanya belum berani untuk mendaftar kembali. Menunggu traffik meningkat pula rasanya

    1. Ada beberapa blogger yang kak jie tengok gak gunakan alternate ad ni, tak berani nak tegur…harap depa baca dan cuba buat pelan²… diam²

Comments are closed.