Compress Blog Supaya Ramping Dan Ringan

Blog yang sihat adalah blog yang mengembirakan pelawat. Kebanyakkan pengguna WordPress mempunyai banyak pilihan melalui plugin bagi mengoptimumkan kecemerlangan prestasi blog mereka.  Tetapi penggunaan plugin juga akan menyebabkan prestasi dan responsif blog terjejas.

Kalau kita rajin membaca,  kita akan temui pelbagai tips yang dikongsi oleh blogger bagi mendapatkan blog yang laju capaiannya.

Antara tips yang sering dicadangkan  ( ada banyak sebenarnya, ini sekadar contoh )

    • Optimize dan resize fail imej. Boleh guna plugin Smush.it
    • Guna plugin yang up- to- date
    • Guna plugin yang perlu sahaja. Ada plugin yang ‘memakan’ bandwidth. Boleh scan plugin yang digunakan menggunakan P3 (Plugin Performance Profiler)
    • Guna theme yang responsif
    • Compress blog atau mampatkan kandungan blog.

Malam tadi saya buat semakan samaada  blog saya dah compress atau belum. Kadang-kadang bila  tukar theme, ada setting yang berubah dan terlepas pandang. Blog saya memang telah dimampatkan.  Ramping dan ringan untuk diakses.

Alang-alang dah buka, saya cuba semak blog lain secara random yang saya ambil dari ruang komentar di blog ini. Kebanyakkan blog memang telah dimampatkan tetapi ada beberapa blog lagi masih tidak

Boleh semak blog anda di sini Check GZIP compression

gzip compression

Angah – sila kompres blog ye! Dia sepupu saya, saya ada lesen untuk  tegur dia di sini. :)  WanMus Sifu Adwords pun kena check kerampingan dan keseksian blog dia juga tu.

Ada beberapa cara untuk mampatkan laman web kita.  Kalau zaman dulu, saya gunakan plugin.  Sekarang ada beberapa cara untuk compress .

compression at cpanel

1. Cpanel

  • Pada Home,  klik Optimize Website di bahagian Software/ Services
  • Pada kedudukan Compress Content klik Compress all content.  Update settinsgs.

compres blog w3

2. Plugin Wp Super Cache

  • Kalau guna plugin WP Super Cache, pada bahagian Advanced
  • Bahagian Miscellaneous , tick untuk compress pages

 

3. CloudFlare – Saya menggunakan CloudFlare di blog dan blog ini telah sedia dimampatkan.

Dengan memampatkan fail  blog, kita dapat  mengurangkan jumlah data yang dimuat turun dan dapat mengurangkan masa yang digunakan oleh pelawat untuk ‘loading’ .

Dah semak blog masing²?  Dah ramping ke belum?

 

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    Salam,

    Kalau blog Ada Pasang AdSense kena hati2 juga. takut bila compress nanti code adsense akan berubah. google tidaK membenarkan publisher mengubah script sama ada sengaja ataupun tidak.

    semak semula code adsense, takut2 code berubah, nanti google akan disable ad. bab google disable ad, mereka tidak mengambil masa yang lama, jadi baik cepat2 keluarka code adsense yang dah dicompress.

    Untuk blog kakjie, Yan dah tgk kat source, code adsense berubah. baik kakjie compress blog semula tanpa meletakkan code adsense. dah compress blog baru letak code adsense. kemudian cek semula betul atau tidak. takut2 auto compress bila masukkan script. google memang memandang serius bab ad script targetting ni.

    Kalau disable ad je takpe lagi boleh buat appeal, takut kena banned akaun adsense aje
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Berkaki Ayam Di AirportMy Profile

    • says

      k sya tk compress pun blog….rasanya dah dekat setahun tk sentuh apa2..just update post…bila check dah compress…tapi adsense still berjalan….camne nak tengok eh…..

Trackbacks

  1. […] Semalam, aku sempat uji kerampingan dan keringanan blog ni selepas baca 1 perkongsian terbaik oleh Kak Jie. Ianya tentang Gzip compression. Sila baca di sini: Compress Blog Supaya Ramping dan Ringan! […]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge