Hidup Biar Sedap

Sebuah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti

Subscribe to Hidup Biar Sedap
Technorati
del.icio.us
Oct-29-09

Hari Bertemu Pelanggan Vol – 5

posted by Kujie
Pagi-pagi buka inbox kaunter customer service dulu. Jawap beberapa aduan pengguna pengunjung …:lol:

A Letter From Heaven 1

hi k jie,
nak tanyer sket..
camne nk buat entry dlm blog tu ade password protected?

——————————————————————————-
User Information
CikLilyPutih
Email: xxxxx@mw-zander.com
IP: 193.138.113.22 IP Location: Leonberg ( Germany )

Huh…orang Germany tu !

Dah balas email dia, tapi senyap sunyi , Tak dapat email ke tak faham tak taulah ,   jadi kita buka soalan secara terbuka.

Cik Lily tak pula beritahu nak buat post berpassword tu di blogspot atau wordpress. Kalau guna wordpress,  cuma setting pada Visibility – pilih Public / Stick this post to the front page atau pilih Password protected atau pilih Private .

Kalau nak buat post berpassword di blogspot. Ikut langkah seperti dibawah. Langkah hati-hati , baca arahan dan faham

1. Copy code di bawah, pergi pada Layout -> Edit HTML dan letak dibawah <head> atau di atas </head>

<script type=”text/javascript”src=”http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js”></script>

Save.

2. Pergi ke laman web ini – http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/
Masukkan secret key kat Key Box – ini sebagai password.

3. Pada Plain Text ( kotak warna hijau ) tulis ayat power tahap gaban  ( entri yang nak di sembunyikan dan hanya boleh dibaca jika dimasukkan password tadi )

4. Klik Encrypt . Dan copy code yang terdapat dalam kotak Html Code .

5 Untuk mempastikan code dan step yang dibuat adalah betul, pada kotak HTML TEST ( kotak paling bawah ) klik Show encrypted text dan masukkan password tadi.  Kalau keluar ayat seperti yang kita taip di kotak hijau ( Plain Text ) , kira dah pandai dah tu….!

Untuk Post di entri blog.

6. Create new entri, (pastikan dalam posisi Edit Html bukan Compose ), paste code yang di copy dari tadi. (   Code dalam kotak  HTML Code )

7. Publish entri seperti biasa.

Kalau gagal, sila rujuk di sini -> : Instructions

©Kujie ~ tak semestinya keseluruhan entri yang kita perlukan password, kadang² hanya beberapa ayat atau perenggan yang ingin kita letak password.

A Letter From Heaven 2

Im interested to enrol my son (15 yrs old) for to join the camp. Who to contact? – ahmad fuad osman

Puas juga saya recall memori saya yang dah low ini, apa yang Encik Ahmad Fuad maksudkan. Salah blog ke salah soalan ke? Saya bukanlah penganjur mana-mana kem motivasi.   Otak saya pun dah berkarat macam motibesi.

Kemudian teringat tentang Angah yang pernah ikuti kem Smart Al-Quran cuti sekolah tahun lepas. Klik [link]

Sebenarnya saya tiada nombor contact pihak Darul Quran Nurul Hasanah kerana proses pendaftaran diuruskan oleh abang ipar saya yang anak beliau adalah penuntut sepenuh masa di situ.  Tahun ini dia daftarkan Angah lagi untuk kem yang sangat berfaedah itu.

Encik Ahmad Fuad jangan risau, saya akan tanya abang ipar saya untuk dapatkan nombor telefon Darul Quran Nurul Hasanah. Abang ipar saya pun tengah sibuk buat persiapan untuk ke Mekah tunaikan haji tahun ini ( mak mertua saya pun pergi ). Dapat nanti saya email Encik Ahmad Fuad ye.

Nombor telefon Pengetua Darul Quran Nurul Hasanah ada pada saya, sesiapa yang berminat  klik  ’Hubungi Saya’  ( diatas ).

Sebut pasal camp ni, hati-hatilah pilih camp untuk anak-anak.   Saya pernah hantar kedua-dua anak bujang saya tu satu camp motivasi.  Balik dari camp, kedua-dua anak saya cakap ” Kem Kafir”

Terkejut?  memang saya terkejut.  Dia cakap Instruktur kat kem tu tak sembahyang. Waktu dia orang solat berjemaah , instruktur main gitar nyanyi-nyanyi.

Yang ini saya tengok dengan mata, kepala, dan ber saksi telinga . Waktu Isyak saya memantau dari kegelapan melihat anak-anak di kem tersebut. Beberapa peserta kem sedang solat bejamah dalam satu khemah dan beberapa orang instruktur sedang bermain gitar menyanyi hampir dengan tempat solat.

Tak sangka pula boleh keluar dari mulut dia Kem Kafir. Dia kata bukan dia sorang² yang cakap macam tu tapi ramai kawan-kawan dia pun cakap macam tu.

A Letter From Heaven 3

Assalamualaikum, nak tanya. Web ni pakai hosting apa? berapa bayarannya? Mungkin boleh jelaskan secepat mungkin. – Faridrashidi

Saya gunakan hosting di Serverfreak [ link ] Customer service yang tiptop dan very friendly!

Bayaran tu bergantung kepada package yang diambil mengikut keperluan masing-masing yang berbeza. Klik [sini] untuk lihat apa yang ditawarkan.

A Letter From Heaven 4

Hi, i bace u nye cuti2 KK..i & family akan ke KK this Dec..Landing d KK @ 10++am…plan ke Kundasang gak…so nak ty mane seeloknye landing terus ke kundasang atau bermlm di KK dulu sok pg2 ke Kundasang & ok x smlman d kundaang atau balik hari?… Jani

Kalau landing awal pagi tu, terus saja ke Kundasang. Dulu saya landing malam sebab itulah saya bermalam di KK dulu baru bertolak ke Kundasang untuk bermalam di sana. Hari terakhir baru tinggal di KK untuk acara mengempiskan poket dan  kembung beg dengan ikan masin, udang, sotong, keropok  amplang atau pun patlima kilo  gelang  dan rantai mutiara . Jangan sesat dalam Pasar Filipine sudah , takut tertinggal flight balik!

Semua entri tentang percutian di Sabah untuk rujukan.

A Letter From Heaven 5

Jie, akak memang nak sangat calonkan jie ke Contest Weblog Popular 1 Malaysia tu, tapi x reti. Rugi betul orang x celik IT ni kan? Betul ke tarikh tutup nya 30/10/09? – Kak Ann

Saya suruh Kak Ann contact blog Kak Long….aduhai…malulah saya. Takkan saya nak ajar orang calonkan saya dan tulis tentang diri  sendiri. Saya anyam rotan buat bakul masuk angkat diri sendiri.

Tak best tau!

Kak Ann dah tau kot, saya tengok dah ada entri pencalonan blog Hidup Biar Sedap untuk Contest Weblog Popular 1Malaysia di annasakpa.blogspot.com . Saya hanya mampu ucapkan terimakasih.

Sukalah nama blog Kak Ann..comel sangat ! Ting-Ting Tus Biar Genting Jangan Putus.

  • NOTA :
    1. Hari bertemu pelanggan vol – 1
    2. Hari bertemu pelanggan vol – 2
    3. Hari bertemu pelanggan vol – 3
    4. Hari bertemu pelanggan vol- 4

    Post Lain Yang Berkaitan

    1. Life For Hire Said,

      pergh…pepagi buat dh bukak kaunter ni…mantap btol..hehe
      Life For Hire´s last blog ..Info tambahan Buka Puasa Negaraku! bahagian 2 My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @Life For Hire, lupa pula nak tulis ayat-ayat cinta

      ” ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu Puan?” :mrgreen:

      Life For Hire Reply:

      @Kujie, wahhaahhahha..sentaps !

    2. kruel74 Said,

      Saya telah kembali untuk memenuhkan ruangan komen Kak Jie n buat post2 yang tertangguh… :mrgreen:
      kruel74´s last blog ..My Budget 2010 wish My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @kruel74, nak marathon la nie… :lol:

    3. mrs azmi Said,

      ting tong….
      satu…kosong..kosong..satu…

      “saya takde pertanyaan.. nak menyibuk je… :mrgreen:
      mrs azmi´s last blog ..jam 11:08malam My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @mrs azmi, tealady lalu dpn kaunter pertanyaan la ni… :lol:

    4. zuls Said,

      customer service bagus punya.. ni nak kena follow cara ni..
      zuls´s last blog ..7 Cara untuk Integrasi Blog dan Twitter My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @zuls, visitor adalah pelanggan kita, dia pembeli bahan yg kita hasilkan, ucpakan, tampilkan.
      jadi berikan apa yg mereka mahu :lol:

    5. Jard Said,

      eh.. thanks for the info.. ku pon nk tau jugak sbnrnya.. ehehe
      Jard´s last blog ..Trip ke Cameron 14 – 15hb November 2009 (sticky mode) My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @Jard, apa yg nak tau…kena spesifik Jard…

      org lama2 , ****2 ni dah banyak yg tau :lol: dah boleh buka kaunter

    6. Azfarul Said,

      Haha suke la bace entri camni xD
      Azfarul´s last blog ..Tips Hentikan sikap Boros My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @Azfarul, Ada juga soalan yg tak dapat dijawap…sebb bukan semua Kak Jie tau

    7. tekkaus Said,

      Fuyoh ganasnya. Banyak pertanyaan kan! Kalau saya nak tanya boleh? :p
      tekkaus´s last blog ..From My Office Window My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @tekkaus, Walaupun tak kenal, hanya pengunjung sekali lalu, rasa best utk jawap pertanyaan mereka….
      :lol:

    8. suara Said,

      Errr… bila nak ada hari bertemu abg? Hehehe… kak jie mesti dah rindu sakan ni… kan? :D
      suara´s last blog ..Impian kecil… My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @suara, 11 bulan lagi..uikkkkkkk… :mrgreen:

    9. dilot Said,

      banyak giler soalan2 utk kak jie,,,nasib baik kak jie rajin menjwb..

      mmg sesuai la kak jie dicalonkan utk “Contest Weblog Popular 1Malaysia”…mcm2 ada…hehe..
      dilot´s last blog ..wallpaper untuk dekstop My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @dilot, ada folder khas untuk A Letter From Heaven tu…ada pertanyaan yg tak perlu dijawap… :lol:

    10. haritz Said,

      Jgn kafirkan orang tak baik :mrgreen: kalau mereka begitu biarkan sebab tak bertemu hidayah. Yang penting kita buat apa yang patut untuk kita..tak gitu ;-)
      haritz´s last blog ..Jangan Sentuh Kepala Aku! My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @haritz, Dia tak ckp org tu kafir, dia cakap Kem Kafir
      ayat keluar dari mulut anak yang belum akil baligh lagi…apa yg dia belajar dia tafsir terus..ustaz ckp org Islam kena sembahyang, jadi dia direct translate – tak sembahyang kafir.

      Maksud yg nak disampai di sii

      Anak-anak lihat apa yang mak bapa buat… :mrgreen:

      haritz Reply:

      @Kujie, oh gitu, sorry

    11. cheryna Said,

      amboi kak jie…lenkali sha pon nak jadi pelanggan kak jie la? Hehehe…at least kak jie dpt jawab soalan2 gini. Sha punya soalan cinta…takleh buat posting (oooppsss…)

      Mungkin betul apa yang orang2 yang undi kak jie cakap.
      Kak Jie mengutamakan pelanggan.
      Alhamdulillah…:)
      cheryna´s last blog ..sha: colour of peppers My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @cheryna, soalan pengunjung boleh di buat entri..hahaha..kalau tak de idea :lol:

      apa yg ditanya, boleh dikongsi dgn org lain..dan org lain boleh bagi pendapat juga

      Salah satu cara menghargai pengunjung, buatlah satu entri utk mereka sesekali…. :lol:

    12. kak an Said,

      mari … mari .. mari ramai2 undi kujie.
      Baik punyeeee… Mesra pelanggan. :lol:
      kak an´s last blog ..Pencalonan Weblog Popular 1Malaysia My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @kak an, bape persen bahagian kak an? :lol:

      kak an Reply:

      @Kujie, ish.. ish.. ish..sumbangan jie lebih berharga tau. ini ciput je.

    13. topo Said,

      “Customer service yang tiptop dan very friendly!” ye sokong
      topo´s last blog ..topo beli buku lagi..khas untuk character design.. My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @topo, betul..betul..dah banyak kali dibuktikan :lol:

    14. jun Said,

      salam jie..laaa, ingat pelanggan mana jie jumpe? hehe…jie, kalu ade contact kem motivasi yg bagus mcm anak jie pegi tu..leh bg kt jun..jun tgh survey2 gak ni..ingat nak anta my son…pestaim ni..last yr ingat nk hantar tp x sempat..so plan this yr…kalau ade, tolong ye jie? mwah3
      jun´s last blog ..Simple but nice cake with blueberry filling My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @jun, kalau ade, mesti lah kita share2…
      yg ni kat Bkt Belimbing tu
      skrg ni mmg kena hati2 gak dgn kem2 mcm gini
      ada yg semata2 utk biznes

    15. megat Said,

      mantop dan cun! kalau lah semua khidmat pelanggan yang berjiwa seperti akak pasti semua kerja menjadi lancar (he3).

      apa yg pasti setiap catatan akak, ada keunikannya yang tersendiri.

      ps – otak saya lagi berkarat kot kak!!?? (hu3)

      denaihati Reply:

      @megat, Setuju dengan Megat setiap tulisan Kak Jie ada uniknya … tu yg bila tak boleh masuk blog 2 hari ada kerinduan…
      denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @megat, bahasa skima gaya mak-mak
      mcm karangan budak sekolah rendah
      kadang2 baca blog org mcm ada raya santai, mcm nk ikut je
      tp udah mcm ni gaya kak jie..tak leh ubah2 lagi
      bahasa baku :lol:

      otak jarang service :lol:

      megat Reply:

      @Kujie, saya tak rasa gaya karangan budak sekolah pun kak? rasanya mecam gaya penulis novel adalah.

      tapi yang penting ramai yang suka cara penulisan akak yang bersahaja tu.

      saya sendiri masih tenggelam dalam gaya saya. nak lebih santai tetapi setiap penulisan sepertinya serius sahaja dan tidak seperti apa yang saya mahukan (hu3)
      megat´s last blog ..Busuk Hati, Boleh Musnahkan Hubungan Kekeluargaan My ComLuv Profile

    16. Mak Su Said,

      eh… sori, saya tak pernah perasan Kujie ada hari bertemu pelanggan.. wah, buatkan saya teringat kepada Pos Malaysia, JBA dan sebagainya :razz:
      Mak Su´s last blog ..dunia kecil dunia besar My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @Mak Su, ha ha ha…. Majlis Daerah pun ye mak su..kenalah cekap kaunter pelanggan tu..takut dpt penyapu :lol:

    17. denaihati Said,

      Tak tahu apa masalahnya sejak semalam saya memang tak boleh nak masuk blog kak jie …sampai saya buat note kat entri blog saya …heeee.
      denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @denaihati, iza pun..isshh…. blog kak jie berat ke?

    18. Berita Semasa Said,

      Bagus betul idea Kujie
      tahniah…..kea pasang rela lepas ini trafik kat kaunter
      pelanggan panjang berjela…
      Berita Semasa´s last blog ..Minimum Harga Rokok Pada RM6.20 Sekotak Tahun Hadapan My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @Berita Semasa, iye la tu..nk pasang rela konon
      duit nuffnang tu nk bayar g facial pun tak lepas :lol:

    19. jiji Said,

      Hehehehe. Kak Jie kalo nak wujudkan hotline, i nak apply jadi operator!
      jiji´s last blog ..Kredibiliti seorang penulis? My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @jiji, ko jgn jiji….nnt lari habis customer kak jie….

      sound tu slow..jgn lepas2..

      ha ha ha..nnt ramai yg makan cili :lol:

    20. Lan Bingka Said,

      lepas ni ada jamuan bersama pelanggan kot.. :lol:
      Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @Lan Bingka, kena cari syarikat korporat utk taja :mrgreen:

    21. haida_s_h Said,

      kak jie punya customer service pun tiptop dan friendly jugak :mrgreen: banyak info dapat. tak boleh nak tahan gelak bila baca entri lama hari bertemu pelanggan, especially yg macam salah alamat tu.. hehehe dah la baca time ofis :p

      Kujie Reply:

      @haida_s_h, :lol: rasa best dpt membantu..lagi pun menghargai pengjunung yang inginkan maklumat

    22. zool Said,

      Wah nanti nak buat pertanyaan gak lah..
      Tapi kena menyamar lah kot..
      huhuhuhu

      Kujie Reply:

      @zool, lor..ngape msti menyamar
      kak jie tau ….. nk menyamar pun :lol:

    23. chentatiku Said,

      kak jie:::best!!!
      chentatiku´s last blog ..::misi hempas pulas:: My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @chentatiku, tak nak submit pertanyaan kt kaunter ke :mrgreen:

    24. AyKay Said,

      kak jie memang dah boleh buka kaunter servis pelanggan. inilah baru dinamakan servis, bukan macam sesetengah ofis tu, nama je khidmat telus, tapi asyik ‘komputer rosak’ je
      AyKay´s last blog ..Peluang Pelaburan meningkatkan bekalan berlipat ganda My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @AyKay, kak jie bkn buka kaunter tiap hari, kadang2 kumpul baru balas…. kira tak cekap juga la :lol:

    25. denaihati Said,

      nak balik sg apong ada kenduri anak saudara…
      denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @denaihati, oooooooo balik kampung
      kita nk blk juga, mak nak pergi haji 17/12 nnt

    26. wanmus Said,

      Ingat bukak kaunter ape tadi..hehe..samelah kak kita ni, pagi2 atau sebelum tidor mesti cek email atau support sistem kot2 ada bantuan diperlukan..
      wanmus´s last blog ..Toner Mata Permata Hijrah Bukan Ubat Tapi Supplement Sahaja My ComLuv Profile

      Kujie Reply:

      @wanmus, pertanyaan ni bkn dtg sehari, ada yg terkumpul…. tak kan nk buka kaunter hari2…hehehe

      wanmus Reply:

      @Kujie, a’aa betul jugak..lebam lah nak jawab semua soalan hari2..tapi saya mesti hari2 buka kaunter..hehe

    27. samdaddycool Said,

      .. Kalau satu soalan dapat singgit… mau penuh poket sebulan ni.. kikiki :mrgreen:
      samdaddycool´s last blog ..Syukur Alhamdulillah My ComLuv Profile

    Theme Provided By: Customize Wordpress Theme - Downey, California Cash Loan