Instwogram Untuk Akaun Kedua Instagram Dalam Satu Telefon

Dulu saya tak pernah peduli pun benda ni sebab akaun Instagram saya ada satu saja. Satu akaun tu pun berkongsi dengan Intan sebelum dia ada akaun sendiri. Kemudian bila kucing saya dah ada 3 ekor, saya cuba nak asingkan akaun peribadi dan akaun kucing.  Senang kalau ada akaun kucing sendiri, senang nak follow rakan-rakan sekucing.

Followlah akaun Instagram kucing saya – Juliemolice.

instagram kucing

Saya yakin ramai juga rakan-rakan saya terutamanya pemilik InstaShop mempunyai dua akaun Instagram iaitu akaun peribadi dan akaun berniaga.  Salah satu masalah bila ada 2 akaun ialah terpaksa login dan logout setiap kali nak post gambar di Instagram.

Saya pun alami masalah serupa sehinggalah saya menginstall satu application yang dipanggil Instwogram.  Kita boleh download Instwogram di dalam telefon dan ianya berfungsi seperti Instagram.  Saya dah guna lebih 2 minggu dan tiada masalah setakat ni.

Saya gunakan Instagram untuk akaun Juliemolice dan Instwogram untuk akaun peribadi kujieins.

Download application tersebut di sini – INSTWOGRAM Two Instagram Accounts in One Device ( buka link ni terus melalui smartphone, senang )

instwogram

NOTA PENTING

  • Untuk Adroid 2.2+ sahaja, Kalau IOS, sila beli iphone sebiji lagi…hihi ( IOS pun ada, kena suruh orang IOS yang buat entri )
  • Instwogram tidak disediakan melalui Google Play, jadi sila simpan link diatas dan semak sekiranya mempunyai status kemaskini. Kena update manual dengan memuat turun sendiri setiap kemaskini terbaru. Kemaskini terbaru adalah pada Version 6.4.4 (WED, 27 August 2014) sama version terkini Instagram.
  • Kalau nak link share dengan Facebook, kena remove dulu application Instagram di FB dan buka Instwogram -> Options -> Setting -> Linked Setting -> Masukkan akaun Facebook. Maksudnya kita boleh pilih salah satu Instagram atau Instwogram yang nak di linkkan ke FB

Kalau ada apa-apa soalan, korang bolehlah tanya kat forum.xda-developers.com.  Kalau nak guna 4-5 akaun pun ada. Masuk je cari kat dalam forum tu

Kredit : piratz yang beritahu link ni.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Instwogram Untuk Akaun Kedua Instagram Dalam Satu Telefon”

Comments are closed.