Justify Entri Untuk Blogspot

Blog ini telah dipasang plugin Gravatar jadi kepada kawan² yang ingin avatar mereka terpapar setiap kali meninggalkan komen di blog  ini atau blog lain yang  telah menginstall plugin gravatar, bolehlah sign up di gravatar.com

gravatar > globally recognized avatar, is quite simply an avatar image that follows you from weblog to weblog appearing beside your name when you comment on gravatar enabled sites. Avatars help identify your posts.

Saya ingin tengok avatar cun melecun kawan² saya di sini.    Account is FREE, and all that’s required is your email address.

Yang ke-2.

Saya tidak pernah menulis di blog ini mengenai blog orang lain – yang saya suka atau pun tidak.  Kadang² bila melawat blog kawan², gatal saja tangan ingin menegur itu ini tetapi saya risau takut disalahtafsir.  Memandai² nak komen.  Macam bagusss sangat!

Saya mengenali seorang blogger hanya melalui penulisan mereka di blog masing² dan saya perlukan masa untuk meneliti tahap keterbukaan seseorang terhadap kritikan atau pun teguran. Saya sentiasa sediakan ‘zon selamat’ antara saya dan kawan² blogger. Sebab itulah saya tiada kawan karib di sini.   Semua adalah dalam piawaian  yang sama.

Mungkin ada beberapa orang yang saya kenali ke luar dunia blog tetapi perhubungan itu juga hanya bersangkut paut mengenai apa yang terpapar di blog.  Kalau dia tulis A, A lah yang saya terima.   Saya jarang minta lebih dari apa yang saya perolehi dari apa yang diberitahu.

hahaha…tengok!  Saya hanya ingin tegur satu perkara tetapi mukadimah macam nak membahaskan rang undang² di Dewan Negara.

Sebenarnya saya ingin beritahu….satu perkara remeh. Untuk membuatkan entri kita cantik dan tersusun, gunalah Justify Full. Pada tab tool di entri box, highlightkan entry dan klik icon Justify Full seperti gambar di bawah.

justify entry

Nak tambah lagi satu, buatlah perenggan untuk setiap entri. Cantik, tersusun dan menambahkan minat untuk membaca.

Atau guna cara ni :

Dashboard > Layout > Edit HTML > cari code pada body text-align: center; tukar center kepada justify

Kalau tak jumpa code tu, buat cara ini  :

Layout > Edit HTML dan tambah code ini
.post-body {text-align:justify;}
sebelum
]]></b:skin>

Save

p/s – Ini untuk blogspot saja kerana ramai kawan² saya menggunakan platform tersebut.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Blog yang sangat bagus, banyak ilmu banyak pengetahuan.
    Salam dari Blogger Indonesia
    Jom terjah post menarik dari Mysterious Man ..Karya-Karya Seni Unik Yang Sangat MenakjubkanMy Profile

  2. saalm…now i know..tq
    Jom terjah post menarik dari rasma ..FAKTA NUTRISI RUMPAI LAUTMy Profile

  3. nak terai jgk lah 😀
    Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Wordless Wednesday – Mudahnya Menjemput RezekiMy Profile

  4. amacam… cun tak ai…. ekekkee…. gedikkk… 😉

    yup, setuju sgt bab letak perenggan2 tu kjie… selera nak emmbaca brbanding semuanya dlm satu perenggan.. tgk pun letihhh
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Percutian gaya bajet &#8211; Langkawi 2013My Profile

  5. salam kak , oh pasal hal mcm nih nti esok lepas dibaca , diminta nya saya tolong buat jugak ni..nanti saya pelan2 try..tima kasih kak.
    Jom terjah post menarik dari hitam keris emas ..tips pujuk isteri merajukMy Profile

  6. ajar jugak saya berblog…

  7. 💡 Dan …

    Hampir 2 tahun kemudian, abg pulak nak tulis sesuatu.

    TERIMA KASIH, CIKGU !

    Honest! ure my 2nd teacher in this blog world. Cikgu yg pertama ajar abg mcmana nak bukak account blogspot, then dia biar abg explore sendiri. 2 tahun baru abg terasa nak menaip semula dlm blog.

    Hasilnya, abg temui org seperti anda. Salute !

    Abg sentiasa terbuka utk menerima teguran yg baik dan membina.

    TERIMA KASIH, Kujie.
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..ADA APA DENGAN ANONYMOUS My Profile

    • saya pun baru berjinak-jinak dalam dunia blogger..tp s brapa pandi boleh tunjuk ajar tak???blog saya …coretanku

  8. aku pernh regster dulu…. tp ntah muka aku yg ayu nie tak keluar pun… sat nk tgk..

    kuinas last blog post..MIKAIL ; Indahnya Hari Bersama Mu

  9. izzah suka kak jie tegur itu ini..sebab org baru belajar nie memang perlukan panduan dari org senior..hehehe..saya no hal kalau kak jie tegur..saya pun selalu jer masuk kak jie punya toturial kalau nak improvekan blog saya yang tak seberapa tu.. 😀

    izzahs last blog post..Manusia,Khalifah,Amanah & Tanggungjawab

  10. Ada ketikanya, ‘zon selamat’ juga diceroboh. Ada pengunjung yang meninggalkan kata – kata kurang beradab.

    Abang Longs last blog post..MEMORI INDAH di TAIPING (8)

  11. oh, tegur pada layout atau penulisan?hehe

    kalo kak jie free tegur la blog saya, nak jgk ade blog yg best n leh snangkan hati reader2… :mrgreen:

    spatts last blog post..Ada Apa Dengan Valentines Day?

    • @spatt, tak pernah tegur theme atau layout blog
      eeemmm….
      nnt bile tergerak..hehehe :mrgreen:
      tiap org berbagai citarasa, kalau semua blog sama je tak best juga kan 😆

  12. yeahhhh setujuuuuuuuuuu…
    tapi guilty gak coz ada gak my posts yg tak ikut tuuuu… hehe

    cloudys last blog post..Emmmmuaaashhhhh….

  13. betul k.jie. saya pun suka justify tu. kekadang siap edit2 bbrp kali nak bagi n3 tu nampak cantik…kalu tak kat mata reader pun…etlis cantik kat mata saya sindri..

  14. ehem…dah ada avatar 😆

    Lan Bingkas last blog post..Award – 14 Februari 2009

  15. cam tu ke Kak Jie? rasanya neeza dah buat gitu.. tak comel ke susunan entry neeza? hehee..
    memang ada neeza nampak yang tak berperenggan.. tak pasti lah diorang sengaja atau memang tak tahu. tapi, nak tegur tak berani. Neeza ni pun baru je lagi jadi blogger..

    tapi kan.. kalau ada yang tak kena dengan blog neeza, Kak Jie tegur ya.. Insyaallah neeza boleh terima..

    Neezas last blog post..I wanna know myself better – duhhhh!!!

    • @Neeza, kalau dh comel…comel la..
      kak jie tak tegur …cuma bagi pandangan
      kalau dah buat…try tgok beza dia…mesti nampak , kan?

  16. Den suko simple jo… sesuai dgn diri den ni ha!

    hehehe

    (sebenor eah, kek Friendstert tu ha, tak do banyak pilihan …..wakakakaka)

  17. jalan² baca blog org ada jumpa pasal komplen pemilik blog tu komen pasal blog² yg tak justify entry mereka. lbh kurang mcm dlm entry mama ni. ada benar juga apa yg di kata.

    dari situ bai cuba buat apa yang disarankan. yups, mmg entry jadi lebih menarik untuk di baca. blog pon nampak kemas.hehe..(perasan la plakss..)

    apa² yg tak kena dgn blog bai mama komen je la yer.. bai sedia terima mana yang patut.hehe..

    [saya budak baru belajar]

    fiezabaiduris last blog post..Blog tak keluar gambar

    • @fiezabaiduri, mama tak komplen
      cuma bagi pendapat…sbb tu tulis kt blog sendiri….pandangan peribadi ttp kalau pemilik blog rasa hal ini tak perlu..abaikan saja :mrgreen:

      kena tanam cempedak dulu Bai..tgok buah kt dlm pagar ke tidak :mrgreen:

  18. huhu. memang lah sangat bertuah bloggers zaman sekarang. benda yang nampak remeh [tapi sangat besar impaknya] pun ada orang nak tego. go mama go! 😆

  19. Suka baca Kak Jie membebel… hahaha 🙂

  20. slm hujung minggu kak jie..
    owh,mcm best je avatar tu..nnti saye cuba,hehe

    *ttg justify entri tu next time saye check blk..hehe..tak perasan lak ape bezanya tapi dr contohnye tu mmg nampak lebih kemas dan teratur..selalu guna align left jer.. edit di html ek..?thanks!~ 🙂

    nadinezuharras last blog post..:: Besar kuali, besar juga keraknya..

    • @nadinezuharra, salam pagi minggu :mrgreen:

      tu…dah ada avatar..cantik kan?

      mmg kemas dan tersusun kalau justify….tapi mgkn tuan blog ada hak “ikut suka akulah, blog aku”
      jadi sy tak tegur kt blog…sy berckp secara umum…sesiapa yg nak buat boleh ikut, tak buat…. teruskan apa yg dia suka :mrgreen:

  21. owh vr tau mcm mana nk letak avatar. thanks kak jie. hehe. sy br je buat neh. hehe

    farah aucklands last blog post..Love songs – –

  22. kalau kak jie nak tegur menteil no hal la..
    takde masalah kalau untuk kebaikan..

    kutuk pon boleh, tapi jangan caci atau maki.. hehe..

    menteils last blog post..Tiada Hari Kekasih Bagi mEntEiL

  23. Saya ada masalah sikit justify ni. Bila dah justify, perenggan dia hilang. Then kena cancel justify baru boleh buat semula. Kadang2 tu nak cepat then lupa, tapi bila buat aggregating saya justify semula (maknanya dah publish baru betulkan) Disiplin penulis/publisher yang masih belum sempurna

    kruel74s last blog post..Cool-ness

  24. He he………memang makcik ni suka sangat menyampuk!

    Haa…..Tie juga perasan, kekadang blog yang Tie lawati nampak kucar kacir…(macamlah blog kita ni cantik sangat!)

    Tapi Tie tak berani nak komen….takut kecik ati… Dulu pernah komen kat seseorang….bukan pasal justify, tapi pasal lagu blognya yang selalu sangkut2…so Tie sarankan guna jenis ****. Dia jawab, dia suka guna yang sedia ada… Malu melopong makcik ni…he he…

    Tapi betul apa yang Jie katakan tu. Penampilan blog bagai penampilan diri blogger tu sendiri. Tie sedia menerima teguran membina. Sebab tahu, diri sendiri ni banyak yang kurangnya…hi hi…

    Ties last blog post..Urut

    • @Tie, saya suka Tie komen…semua komen Tie kt blog org lain sy baca…hahahaha

      Kadang2 newbie dia masih mencari2 panduan..kadang2 terlepas pandang apa yg nk dibuat… kita yg tak kenal sgt tiba2 tegur,t entu tersentap hati.

      Bertahun sy ada blog, tapi mmg tak pernah sy menulis secara detail mengenai blog org lain..sy sgt hormati “hak milik” seseorg terhadap blog masing².

      Dia nak guna warna pelangi ke..warna kelabu ke, tulisan bagai2 ke, ikut suka dia..dan semestinya dia akan terima sebagaimana apa yg dia paparkan.

      Kalau sy tak berkenan ( bukan benci ) mgkn sekali dua kali berkunjung, kalau sy selesa membaca…sy bertandang berkali2…walaupun sekadar silent reader :mrgreen:

      Saya ada cara utk silent reader ke blog org lain yg memasang ” mybloglog”…sy masuk bukan melalui mozilla, contoh IE…sy tak auto login dgn IE!