Kalau Padi Katakan Padi

Walaupun theme terencat akal, tapi saya belum..haha…nak juga membebel.

Tapi pendek je lah……..

Setiap email yang saya terima, saya simpan dalam folder ‘ A Letter From Heaven ‘. Walau lambat dibalas tapi majoritinya saya balas secepat mungkin. Saya tiada masalah menolong sebab saya tahu, orang yang menghubungi saya adalah mereka yang ‘selesa’ untuk bertanya dengan saya.

Walaupun ada ketikanya saya menerima email yang dihantar pada orang yang salah seperti dibawah  – salah faham mengenai laman web dan blog peribadi kot.

Tapi….

jeng…jeng…. makcik dah nak start membebel!

Kalau yang bertanya soal blog, settinglah, komenlah, borderlah, nuffnanglah, pluginlah , seribu satu lagi tu – BOLEH TAK BALAS BALIK SELEPAS SAYA BERI JAWAPAN?

Saya bukan harap pertolongan dibalas, bukan nak harap ucapan terimakasih tetapi saya perlukan FEEDBACK ,   sama ada SOLUTION/ PENYELESAIAN tersebut berkesan atau tidak.

Kenapa penting bagi saya?

Kerana saya boleh gunakan kaedah yang saya cadangkan itu kepada orang lain yang bertanya di masa akan datang. Kalau cadangan saya terdahulu itu berjaya, saya boleh beritahu orang lain untuk mengikuti kaedah tersebut.  Kalau gagal tidak berfungsi, saya perlu cari di mana salah dan silap nya.  Saya adalah jenis manusia yang suka meneroka – mencuba dan berekperimen ( contoh : theme ini sendiri yang terencat akal )

Jangan salah faham – saya tak harap dibalas untuk dapatkan pujian atau sanjungan atas pertolongan sejemput itu.  Ada juga beberapa orang yang balas email saya – terimakasih.  Saya gembira kerana dapat mengembirakan mereka dengan mencari jalan merungkai masalah tersebut.  Itu saja.

Dah… itu saja!  Jangan berprasangka bukan-bukan.  Saya bercakap secara jelas di sini.

©kujie – tiada nota kaki!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Pasal surat rayuan :
    camne pulak surat rayuan lhdn dia antar kat blog kak jie, rasanya dia tersalah kaunter pertanyaan kot.

    Pasal feedback:
    Ye la feedback tu perlu supaya info yg kita beri tu ok ataupun tidak..

  2. mmg kadg2 itulah budaya kita kak jie.. susah nak ucap terima kasih lepas bantuan diberi.. entahla, tak tahu kat mana beratnya ucapan tu.. pada saya senang jer.. uhuuu..lain org, lain sikap die.. tapi tul gak.. lau tak jadi, mungkin kite leh cari cara lain, kan kak jie..
    .-= Post terbaru fiezaradzi ..10 Perkara Memulakan Alam Pekerjaan =-.

  3. ilmu ni ilmu…thanks..
    .-= Post terbaru blog princeduyong ..CUMA SATU AYAT =-.

  4. Amirez says:

    betul tu kak jie.
    bukan mengharapkan pujian,
    tapi sekadar nak tau ok ke tak jawapan kita.
    sama jugak dgn sy dulu,
    dh tolong, lepas tu terus senyap
    buatkan kita tertanya2…
    .-= Post terbaru blog Amirez ..Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya =-.

  5. Pasal surat rayuan :
    camne pulak surat rayuan lhdn dia antar kat blog kak jie, rasanya dia tersalah kaunter pertanyaan kot.

    Pasal feedback:
    Ye la feedback tu perlu supaya info yg kita beri tu ok ataupun tidak..

  6. etomyam says:

    seeloknya gitulah kan, org dan bantu, kena lah bagi feedback ok ke idak..hehe 😀
    .-= Post terbaru blog etomyam ..Cekati Lama Pasti Banyak Berjasa =-.

  7. alamak, maaf nama kak jie tertinggal k…:P
    .-= Post terbaru blog Kancilbiru ..Boleh Pulak Ter’Promote’ Nuffnang Masa Kelas English! =-.

  8. terima kasih ka jie kerana mengingatkan…eceh!~ apa pun, saya masuk blog ni masa theme terencat pagi tadi..hahaha…tapi keluar balik tarik nafas dulu dan masuk semula tika malam menjelma..rupanya semua sudah kembali jelita seperti tuan empunya…:)
    .-= Post terbaru blog Kancilbiru ..Boleh Pulak Ter’Promote’ Nuffnang Masa Kelas English! =-.

  9. syinrayafa says:

    betul2…kurang2 kita tahu la sedikit sebanyak apa yg kita gtahu tu berkesan atau tidak…ini buat senyap je…kadang2 naik frust gak…kita plak yg hari2 check email….hehe……..

  10. guna id intan test komen
    .-= Post terkini blog Intan ..Selamat Hari Ibu =-.

  11. test komen dari intan
    .-= Post terkini Intan blog ..Selamat Hari Ibu =-.

  12. Salam kak jie 😀 Saya setuju dgn pandapat akak. Sebagai orang melayu, kita kena la berbudi bahasa. Dah ditolong at least cakapla terima kasih. Bukan kene bayar pun hehe
    .-= edd´s last blog ..Wifi hotspot di dalam kereta? =-.

  13. ehe. bila dah setel, diorang senyap yerk kak jie? erm. kengkadang, diorang nyer tak setel lagi kot, tapi segan nak continue, so diorang senyap. hoho~
    .-= aman´s last blog ..WordCamp : Perkara Menarik Mengenai WordPress =-.

  14. Syafrizal says:

    kalau diorg bagi feedback.. sekurang2 nya kita dapat tulis tutorial..
    atau ebook ke pastu letak link kat tepi hehe
    .-= Syafrizal´s last blog ..Memasukkan kalendar Google ke dalam blogspot =-.

  15. a’a sy pun mcm tu juga lah, kadang2 nak tahu dah solve ke belum….tp ada juga yg hantar feedback..

    at least kita rasa apa yg kita bgtau tu mungkin betul
    .-= mijie´s last blog ..Saya bukanlah pakar =-.

  16. hafizmd says:

    haa..betulla kak jie..feedback tu penting..kadang2 bile dah dapat jawapan..seronok sgt sampai lupe bg feedback..kenela ‘give and take’..baru aman..hihi

    thanks juge utk peringatan ini..
    .-= hafizmd´s last blog ..Aku trauma? =-.

  17. Ya jelas Kak KUJIE. Terimakasihhh….

  18. kak jie dah marah ni. hehe… habisla korang…. lol
    .-= Amir´s last blog ..Musim Luruh di Melbourne =-.

  19. hahaah… ada jugak yg tersalah anto ya kak?
    hmmm kita pun ada soklan nak tanya ni, nanti di fikirin… apa ya nak tanya kak kujie ni.. byk nak tanya nih.. hihihi
    (suka bila ada maklumbalas dari orang yg ditanya itu.. sebab kadang kala..ada yg minta di tanya, tapi bila di tanya seperti malas di layan pula.. huh… )
    .-= kella´s last blog ..Kerana Dirimu Begitu Berharga.. 🙂 =-.

  20. Hah dah okey .. tadi terkejut tengok… cam dilanda tsunami ja hehe. Tapi kat mozilla versi tak update ni nampak sidebar kanan jatuh 1cm. Awat yer Kak Jie.. Kena clear biskut jugak kot yer 🙂
    .-= iza~de~bintang´s last blog ..Serambi Mekah, Sudikanlah Menerima Datangku… =-.

  21. blogger umur 5 tahun says:

    HAHAHAHAHHAHA lawak gila tengok blog mama semalam LOL. macam org baru merangkak nak buat blog. fone semua besar,bold,gedabak. kalau org kata tu blog kujie. kompom semua pitam tak percaya kan ma? hahaha

    ni elok dah niii. ringan gila nak loadingggg.
    .-= blogger umur 5 tahun´s last blog ..5 Tahun Sebagai Blogger =-.

  22. din3187.com says:

    salam kak…

    akak dah guna semula yer? memang betul theme ni macam lambat sikit buat perubahan. walaupun dah ubah beberapa coding tapi bila refresh masih di tahap yang sama…huhu..

    tapi nak tanya, macam mana akak buat banner (iklan produk anda) jadi 2 baris yer? guna table ker?

    • yup..guna code

      table border=”0″tr
      th width=”125″ height=”125″ align=”center” url….image

      lebih kuranglah..tanda < semua dihilangkan utk keluar kat komen ni faham kot apa yg kak jie maksudkan bila tukar theme, kalau sidebar tu saiz kecik, dia automatik sesuaikan saiz

      • din3187.com says:

        ok kak jie…dah jadi.. apa komen akak?
        .-= Post terbaru din3187.com ..Kiamat, Hanya Dia Lebih Mengetahui =-.

  23. ok theme ni kak tak payah tukar lagi..memang cantik theme ni…..apasal orang tu memohon bayaran penangguhan kak ? pelik..ahah
    .-= ishak´s last blog ..Lonely boleh menyebabkan kita menjadi loser ? =-.

  24. Ya … harapan dari Kujie tu 🙂
    kalo xde feedback akan membuat kita berjalan seperti dalam keadaan buta!
    .-= hydir´s last blog ..Membuat aplikasi Facebook khas untuk blog WordPress anda =-.

  25. rugi lah saya tak dapat tengok theme kujie yang tak sihat tu
    teringin nak gelak sama

    kat sini dari semalam theme kujie nampak comel je

    saya tak pernah bertanya kujie melalui email lagi. belum lagi.
    tapi ada baca tentang tips bubuh iklan bawah post untuk blogspot tu… memang menjadi. terima kasih daun keladi, kalau baca tips boleh ikut lagi …ya
    .-= klcitizen´s last blog ..Dok mencari kemana hilangnya.. =-.

  26. adamfaiz says:

    Wah! seminggu berapa kali Kujie tukar theme?

    Boleh tanya soklan eh? Nanti, ada banyak soklan nak tanya nih..
    .-= adamfaiz´s last blog ..Kena Rogol Atau Memang Cari Nahas? =-.

  27. Mommy Lyna says:

    alamak itu macam saya yang kadang2 lupa nak reply esp bila bukak email kat ipod. susah nak taip huhuhu
    .-= Mommy Lyna´s last blog ..London, Here We Go! =-.

  28. Shahrul says:

    Mmg majoriti rakyat Malaysia mcm tuh. Lps dpt jawapan, mmg x terfikir nak jwb blk sama ada ok ke x. Kita pun x tahu pertolongan kita membantu atau tidak.
    .-= Shahrul´s last blog ..Masukkan Iklan Nuffnang =-.

  29. denaihati says:

    Manusia ni memag bermacam-macam cuma kekadang kenapalah diaorang tak nak usaha fikir sikit…

    • hal lain tak nak cakap..

      cuma fokus entri ni hanya kak jie perlukan feeback apa yg diterangkan tu boleh tak selesaikan masalah dia org…

      yg ni sgt penting…

  30. Memang betul kata-kata kak jie.. Seelok-eloknya balas la balik Cakap terima kasih ker..Ni tak silent reader jer.. Tu pasal la tutorial blog kat blog saya tu.. saya stopkan..Huhuhuh.. majuk la konon
    .-= A-Y-I-E´s last blog ..7 perompak dicekup =-.

    • balas cakap – apa yg kak jie bagi tau tu jadi @ tak

      ok..dah cukup

      sbb nanti nak bg tau org lain cara yg sama senang…kita dah tau cara tu berjaya atau tidak

  31. ok je theme ni. takde problem pun
    .-= ariff´s last blog ..Fida Aishah Cerita Pasal Aku Ke? =-.

    • tak tgok semlm..besar gelabak
      gelak mcm budak2 baru pandai coding2

      tapi entah kenapa dia lambat capture dgn coding2 tu
      tgok2..elok pula

      • TMUkmkd says:

        cache? pernah juga jadi sebab lupa on developer mode 😀
        .-= TMUkmkd´s last blog ..Puppy + Ubuntu = Lucid Puppy =-.

  32. Uishh.. penat juga K.Jie setiap minggu bila buka kaunter bertemu pelanggan. Kalau satu soalan 10 ringgit, kayo gak.. tapi terima kasih @ feedback sudah memadai.. kita kan orang Malaysia..
    .-= samdaddycool´s last blog ..Dropship tips: item update =-.

  33. leh salah antar ke kat contact form kak jie tuh? hahaha
    .-= syahirul´s last blog ..Melihat Allah di Syurga pada Hari Kiamat =-.

    • kesian..dia hantar surat rasmi kat blog peribadi

      mgkn tak dpt nak tapis lambakan maklumat di internet hingga gagal kenal pasti mana laman web rasmi kerajaan..sedangkan dlm blog ni tak de pula info pasal LHDN tu

  34. Kujie,

    Mungkinkah , comment yg kujie letakkan kat article saya tempoh hari membantu saya mendapat kan PR1 dari pakcik google.

    Terima kasih banyak banyak sebab singgah di blog saya.

    Sebab terperanjat jugak bila blog tak berupdate dapat PR1. Lepas tu terus cari apa itu PR di goole. Lalu saya membuat kesimpulan that ada backlink dari blog yang tinggi PR nya.

    jeng jeng jeng, check punya check, ha tu dia Kujie punya comment.
    .-= Azhar´s last blog ..Want to play Golf !! But wait, there are something you need to know!! =-.

    • eh…tak pasti juga sebab tu
      tak study pula bab komen
      tapi pernah gak baca, betul tak betul tak pasti

  35. dah sihat ke theme? pesal kat cni dok besar gabak lagi font kak jie? ke laptop saye yang demam?
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..aku terharu =-.

  36. nak tanya, dah tanya dah. nak jawapan, dah juga bagi jawapan. tapi terasa tidak dihargai. paling tidak pun terima kasih pun jadilah.

    setuju dgn akak. kita perlukan feedback untuk tahu sejauh mana kita dapat membantu.

    p/s – kaunter pertanyaan akak adalah yang terbaik 😉
    .-= megat´s last blog ..Makan Kawan, Musuh Dalam Selimut! =-.

    • sebab selalu dpt soalan yg berulang2…dari org berbeza
      takut nnt jawapan yg kita bagi tu salah
      sbb biasanya membabitkan coding2 di blog

  37. masalah gak tuu… dah dapat pertolongan percuma. senyap aje… haish

    tiada nota kaki adalah nota kaki kujie kali ini kan….?

    heee

    • theme dah sihat…. tiba2 baik sendiri
      pening lalat mabuk kot..

      bkn minta balas puji pujian
      nk tau feedback yg kita bagi tu berjaya ke tak
      sbb selalu dpt soalan yg berulang2

Trackbacks

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Denaihati and neo d marco, kujie. kujie said: Kalau Padi Katakan Padi http://gengblogger.com/read/137820 […]