Masukkan Link Jadi Spam
Blog Tutorial

Masukkan Link Jadi Spam

Saya sangat menghargai setiap komen yang ditinggalkan oleh pelawat. Saya sedar bukan sedikit masa yang diluangkan untuk membaca entri dan menulis komen. Saya akui, saya sendiri tidak mampu untuk menulis komen disetiap blog yang dilawai.

Masa dan keadaan saya tidak selapang dulu…dulu… masa mula-mula menjadi blogger. Saya semakin tua, masa perlu dibahagian untuk urusan yang lebih utama.

Kepada rakan blogger yang sering bertandang dan meninggalkan komen, terima kasih diucapkan. Tetapi saya perhatikan masih ada rakan blogger yang tidak mengetahui pantang larang cara menulis komen.

komen spam

 

Jangan masukkan link ke dalam kotak komen.

Masih ramai yang melakukan larangan ini.  Tak perlu masukkan link kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dipaparkan link ke blog pengkomen secara automatik melalui Plugin Commentluv.

Apabila meletakkan link ke dalam kotak komen, automatik komen tersebut tidak akan dilepaskan kerana sistem keselamatan blog akan menghantar komen tersebut ke dalam kotak Spam.

spam comments

 

Untuk tempoh 10 jam, ada 44 spam di dalam dashboard blog ini dan terus terang saya tak punya banyak masa untuk membelek satu persatu.

Saya akan klik button Empty Spam untuk membuang semua spam secara pukal.  Bukan senang nak mencari komen yang sebenar disebalik komen spam yang banyak seperti ini.  Sepanjang blog ini beroperasi, saya menerima 155,209 komen spam.

Hargailah masa dengan membuat sesuatu yang berfaedah.  Jangan buat sesuatu yang telah dilarang kerana ada sebabnya kenapa amaran tahap merah itu dikeluarkan.

Komen dengan betul adalah ilmu.  Semua yang kita lakukan perlu dilakukan dengan berilmu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Masukkan Link Jadi Spam

  1. Memang patut di delete pun. Aku kadang2 edit dulu komen dgn buang link yg di letakkan. Tapi blog baru macam aku mungkin masih ok. SPAM masuk pun masih sikit. Tapi kalau dah banyak sangat SPAM aku pun akan buat seperti yang Kak Jie buat juga. Bagus entri ini.
    Jom terjah post menarik dari Arman ..Review Aplikasi Android Denaihati TerbaruMy Profile

  2. setakat ni komen kat blog saya takde lah masuk banyak sangat. Jadi, ada masa untuk tapis. Tapi kalau satu entri pun 30 komen sekali masuk, memang kena ambil langkah macam kak jie. Empty spam je la.
    Jom terjah post menarik dari Fadhil ..Nasib Baik Atau Buruk?My Profile

    1. Bukan saja saja letak… sistem keselamatan plugin Akismet akan hantar komen yg ada link ke kotak spam. Bayangkan kalau tidak ditapis macam tu… sehari 24 jam ada rstus-ratus spam keluar kat komen.

  3. Ada juga terbuat kdg2…padahal dah tahu ada commentluv..

    Kadang2 bila ada autofill tu terambik yang ada permalink pun ya jugak..

    Harap2 tak pernah buat kat sini..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Contest SEO EridyMy Profile

Comments are closed.