Pasang Feedburner , Edit Css Tetapi Bukan Chatbox

Walaupun Giveaway yang dianjurkan belum tamat tempohnya tetapi ada beberapa perkara menarik yang ingin saya ulas di sini.

1.  Cadangan oleh saudara Mijie – letak feedburner dari google.

Ramai blogger yang mencadangkan saya meletak widget untuk difollower .  Memandangkan saya lebih meminati konsep minimalis,  pilihan yang tepat adalah dengan memasang feedburner untuk subscriber.

Untuk lebih menarik, saya memasang feedburner di bahagian bawah setiap single post.   Mula² saya letak pada single.php tetapi tak cantik.  Bantuan sifu diperlukan untuk mengedit code ini di functions.php. Terimakasih.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan entri terkini blog ini, aktifkan email anda di bahagian bawah post ini.

Kalau nak pasang feedburner, boleh ikuti tutorial :

  • Tutorial pasang feedburner di blog anda
  • Tutorial pasang feedburner di blog part 2

2. Cadangan teknikal dari ariffshah

  • Selaraskan warna background dan banner
  • Edit css.style untuk space antara text dengan gravatar
  • Letak social button di single post bukan pada front page untuk melancarkan  loading page.

Terimakasih Ariff.  Untung dapat review  teknikal percuma dari Ariff  yang mungkin selama ini kita terlepas pandang dan boleh tingkatkan keadaannya.

3.  Pasang chatbox – 95% cadangan meminta saya memasang chatbox .  Zaman saya berblogging 4-5 tahun dulu memang saya pasang chatbox.  Saya ada akaun berbayar.  Ada beberapa sebab kenapa saya tidak lagi memasang chatbox di blog:

  • Saya tak ada banyak masa untuk pantau. Ramai pengunjung blog ini adalah dari search engine dan kerap kali meninggalkan ‘sesuatu’ yang tidak bertanggungjawap.
  • Sistem komen di blog ini sangat ringkas, mudah dan ringan untuk sesiapa pun meninggalkan jejak.
  • Semakin ramai pengunjung blog menggunakan smartphone. Hati² kerana contents entri mungkin terselindung seperti ini

Nota : Ramai yang menyertai GA ini tanpa menggunakan blog utama. Saya tidak faham kenapa mereka tidak mengambil peluang ini untuk mendapatkan backlink dari saya . GA bukan semata2 hadiah yang ditawarkan, blogger perlu melihat ‘hadiah’ secara teknikal untuk blog mereka.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Thanks kak. Sebab share cara pasang feedburner. Sangat membantu!

  2. Iya nie, sepertinya kalau sudah ada kotak komentar tidak perlu memasang chatbox lagi ya..
    Lagi pula pemberian chatbox dalam blog juga bisa memperlambat loading blog
    Nice share Kak Jie..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Bagaimana Cara Mendapatkan Sitelink | Google SitelinksMy Profile

  3. syafiq_lomotech says:

    banner tu ok dah. saya nampak pun sebab dah telek detail2 (mata dah macam ni 😯 ) kalau tak tak nampak pun 😎
    Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..Soalan “Siapa Nama Nenek” Tak RelevenMy Profile

  4. malas nk edit sbb banner background sama warna, tak ketara sgt.

    kak jie bukan pandai css ape kebenda tu aih….apa yg ada pakai, ada org cadangkan, sesuai guna. 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  5. yep..sokong 100%.. 😆
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Rahsia & Khasiat Al-QuranMy Profile

  6. salah satu sebabnya , itulah….. pelawat blog kak jie ramai dari search engine…macam2 jenis orang yang tak dapat kita kawal
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  7. Letak kat bawah setiap post nampak cantik dan sesuai utk pengunjung baru yang hanya datang mencari info.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  8. Blogger kena faham – commentluv dapat backlink , tetapi kalau tinggalkan jejak di shoutbox, hilang dalam setengah hari saja – tak berbaloi untuk blogwalking dengan begitu gigih.

    komen yang ditinggalkan pada commentluv dofollow. 😉
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

  9. a’ah..saya juga tidak sokong tentang penggunaan chatbox..blog kak jie ni pakai comentluv kot, better komen diruang commentluv ini berbanding chatbox.
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..Rahsia & Khasiat Al-QuranMy Profile

  10. saya pon dah lama buang Chatbox. minta maaf cakap la, tp tanpa Chatbox ni tmpk lebih professional sesuatu blog tu
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..The Aviator Chair Oleh David Catta: Hanya Ada 5 Di DuniaMy Profile

  11. Ummi Hanie says:

    kak jie,kemas la letak feedburner bwh entri tu.rase nk buat lak sbb skrg sy letak kat sidebar @ footer jer …

    bab chatbox ni,sy on off juge . kdg letak,kdg tidak @ kdg sorok .. skrg letak dlm keadaan tersorok . oklah nak explore pasal cara letak feedburner tu..thanx 😉

  12. bagi saya la kan kakjie..xpayah pasang chatbox nie..semak dengan iklan jew n macam-macam la…bg saya xsesuai kot..juz my 2cents la..:)
    Jom terjah post menarik dari ieyka dinda ..Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20My Profile

  13. feedburner mmg penting skrg..blog femes mcm kak jie patut ada…:)nnt peminat tau cite2 terbaru…ye kot..?
    Jom terjah post menarik dari aibat ..Soalan MatematikMy Profile

  14. Feedburner memang bagus tapi bagus lagi facebook kot. Entah la…
    Jom terjah post menarik dari arena84 ..Filem Klip 3GP – Memartabat Zina di Malaysia?My Profile

  15. Feedburner nie penting kak jie untuk jangka masa panjang,bukan semua suka baca blog, tetapi email boleh dikatakan kita akan buka hari-hari,satu lagi feedburner nie bagi yang tak suka tengok iklan yang banyak bagi sesetengah blog, namun konsep white minimal nie memang patut kak jie kekalkan, ianya bersih membawa ke entry terus.
    Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..Dosa Penjawat AwamMy Profile

  16. syafiq_lomotech says:

    baru saya perasan. banner kak jie terlebih besar sikit daripada ruang header tu. tapi tak pe hal kecik :mrgreen:

    pasal css saya tak de apa nak kata sebab tak sempat nak tengok yang sebelumnya macam mana 😆

    social button jangan letak pada main page. betul. sebab kalau ada satu entri tak pe. tapi kalau ada 10 entri di main page, dia akan load 10 kali benda tu then paham2 la 😆

    chatbox …. next~ 😆
    Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..WordPress 3.3 Beta 1My Profile

  17. Akhirnya kak jie pasang juga feedburner.

    Lepas ni tak de laa terlepas post terbaru. Sebelum ni ada juga bagi email kat mana feedburner blog ni. puas cari. rupanya kak jie tak pasang. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Master Pak Pandir ..YouTube Repeat – Cara mudah untuk mengulangi video secara automatikMy Profile

  18. Ketika blogging saya akan mendaftar email dengan feedburner pemilik blog dan ke 2 yang saya paling suka adalah melanggan RSS Feed dengan Google Reader atau Feedl senang hendak notis artikel terkini blog

  19. lebih kurang seminggu lagilah.. sempat lg ni.. tp tak de lah selongkar mana pun.. cadangan simple jer.
    Jom terjah post menarik dari Azuan ..Aku Anak Malaysia MerdekaMy Profile

  20. saya pun dah buang chatbox, pada blog sbb jrg tengok. lepas baca artikel kak jie, baru check kat feedburner tadi rupanya ada subcriber, saya letak je dlu dan tak tau plak ada org subcribe. saya dah buang, nampaknya kena letak balik nih. buang sebb nak lajukan loading.

  21. owh sorry la kak jie. mungkir janji. minggu ni jadi kalut ya amat la. tak sempat nak bernapas. naik kepermukaan kejap-kejap je. so sorry bebanyak!
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Dady Day Care #vol-4My Profile

  22. saya pakai plugin sekarang ni kak jie .. jap try tengok ..org kate elok guna manual tuk ringan kan blog kan kak jie..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Lampin jejas alat kelaminMy Profile

  23. button fb tu ada mcm2 jenis..plugin pun ada
    yg kak jie pasang, guna code manual
    cari kt blog azmanishak.com
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Intipadi Hidup Belanjawan 2012 My Profile

  24. ruang komen kak jie ni punyalah ringan dan cepat load…rasanya lagi laju dari chatbox 😆 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tarikh Permohonan Matrikulasi Dilanjutkan – Entri Untuk Angah!My Profile

  25. kena tanya sifu eizil tu… :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Intipadi Hidup Belanjawan 2012 My Profile

  26. blogosphere yang berbeza :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Perbelanjaan Di Kolej – Terlebih Atau Terkurang?My Profile

  27. kadang2 diorang memang tk penting kan bab nih kak jie .. saya je kot yg berminat sgt bab2 backlink dan status blog ni
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Belajar SEO Dengan Ceritamamat.comMy Profile

  28. Pacifista says:

    setakat ni saya rasa blog kak jie ni antara blog yang paling cepat loading 😀 terbaik! 😀
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Ustaz Tak Ajar Macam Ni…My Profile

  29. kak jie register feedburner lammmmmmmmmmmmmm dulu tapi memang tak letak pun, rasa mcm tak perlu

    tapi serius, pernah dpt email dari pembaca minta feedburner.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Perbelanjaan Di Kolej – Terlebih Atau Terkurang?My Profile

  30. rasanya lambat lagi kot nak tukar..kak jie suka theme ni… 😀
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Perbelanjaan Di Kolej – Terlebih Atau Terkurang?My Profile

  31. tarikh tutup 18/10 – ada banyak hari lagi nak selongkat blog kak jie… 😆 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20My Profile

  32. kak jie pun serba salah nak tulis bab ni… tapi bila tengok ramai yg sia sia kan peluang ni, rasa perlu beritahu secara terus, direct to the point supaya mereka faham di lain kali.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20My Profile

  33. InsyaAllah kalau berkesempatan nak join juga..this week sibuk nak kena jaga delegate dari oversea
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Gelagat Alisya di JuscoMy Profile

  34. saya tak pakai chatbox kak jie…buat kata DH, ruang komen kan dah ada…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Kanak-kanak dan remaja Malaysia layari internet 19 jam semingguMy Profile

  35. lepas ni nak kena belajar ngan kakjie pula la cara nak letak dekat function.php tu
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Selamat Hari Lahir yang ke 2 Muhammad Fahim anak daddyMy Profile

  36. Zaman menyepam pakai chatbox dah berlalu….
    Jom terjah post menarik dari Piratz ..Kenali Telefon Pintar Baru Nokia – Nokia 600, Nokia 700, & Nokia 701My Profile

  37. Yg bab teknikal tu ada gak skit beberapa cadangan dari saya.. tp sempat lagi kan join GA ni?
    Jom terjah post menarik dari Azuan ..Apple iPhone 5 and the Features to ExpectMy Profile

  38. saya berminat dengan aweber sebab dapat jugak berkomunikasi secara tidak formal melalui emel. tapi keadaan masih belum memerlukan saya guna servis tu, jadi gunakan yang free jela mcm feedburner ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari afiqaiman ..Senarai RSS Yang Patut Blogger SubscribeMy Profile

  39. dah buat kotak feedbunner nak buat button fb tu pulak lah ..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Pendapatan Churp-churp yang pertamaMy Profile

  40. sbb tu saya tk guna blog contest , saya nk backlink dr sini hehehe ..chatbox tu .. ermmm kak jie.. 😳
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Keputusan Suku Akhir 1 Piala MalaysiaMy Profile

  41. Pacifista says:

    kekadang ada sesetengah pelawat yang menggunakan blogspot taknak tinggalkan komen dalam entri.tak tau kenapa.yang bagusnya otai2 yang menggunakan blogspot nak pulak tinggalkan komen 😀 musyhkil pulak :p
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Ustaz Tak Ajar Macam Ni…My Profile

  42. Pacifista says:

    kak jie,header tu dah cantik.ada simbolik kat situ.takyah tukar la 😀
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Ustaz Tak Ajar Macam Ni…My Profile

  43. Saya memang tak sokong pasang Chatbox tu kan dah ada ruangan komen yg boleh dimanafaatkan.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Kena Lempang Dengan GoogleMy Profile

  44. zaman tu dah berlalu – 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Intipadi Hidup Belanjawan 2012 My Profile

  45. Banyak lagi kekurangan yang disebabkan oleh pemasangan chatbox ni sebenarnya, saya rasa lebih baik kak jie kekalkan tidak memasang chatbox… 😀
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Limau kasturi, pencuci semulajadiMy Profile