Penulis Jemputan : Carilah Kebaikan Jangan Keburukan

Bila blogger.com dalam ‘mode maintenance’, ramai blogger yang tidak dapat memasuki dashboard untuk mengupdate blog.  Blog cuma boleh dibaca sahaja.  Khabarnya lebih 20 jam keadaan ini berlaku .

Ramai blogger yang biasa mengupdate blog secara rutin mula keluh kesah, mula rasa tak keruan, rasa ada yang ‘tersumbing’ dalam rutin harian.

Mengambil kesempatan atas ‘percutian’ tersebut, saya mengoffer blogger di twitter untuk menjadi penulis jemputan di blog ini.

Rupa² tweet pelawaan itu menimbulkan salah faham sehingga ada yang merasa blogger selfhosted ini berlagak.  Ada blogger yang terasa hati seolah² ‘kami blogger miskin, guna host free’ tetapi kami tetap gembira.

Ya Allah……. tak terfikir pula sampai kesitu.  Kalau fikir secara positif, sepatutnya ramai yang menyahut pelawaan tersebut.  Ada banyak kelebihan sebagai penulis jemputan  sebenarnya.

Antara faedah yang diperoleh ketika menjadi penulis jemputan ialah :
  1. Anda dapat menjana trafik yang memuaskan ke dalam blog anda. Itupun jika anda menjadi penulis jemputan di dalam blog yang sudah pun popular dan sentiasa di ikuti ramai.
  2. Blog yang menjemput anda itu sentiasa mempunyai entri baru yang menarik. Maka, semakin ramai orang akan mengikuti blognya.
  3. Networking blog anda semakin luas dan jika networking luas, anda mampu memperoleh pendapatan yang lumayan.

Sumber : Apa Itu Guest Author | Firdaus Kasim

Kalaulah berfikiran positif semalam, saya yakin sesiapa yang menyahut pelawaan saya akan mendapat manfaat seperti yang diharapkan kerana untuk rekod hari ini, pelawat blog saya meningkat sehingga 200% sehingga saat ini.

Moral of the story : Berfikiranlah dengan positif, optimis dan melihat kebaikan lebih banyak dari keburukan dalam apa jua keadaan. Orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang.

46 Replies to “Penulis Jemputan : Carilah Kebaikan Jangan Keburukan”

  1. ruginya sape yang tak amik kesempatan ni. dengan buat guest posting dapat trafik, backlink dan blog orang tu boleh cepat terkenal.

    p/s: teringat ada blogger yang buat guest posting dengan blog yang baru sebulan dibuat dapat $800. :mrgreen:

  2. patut la saya tak boleh nak sign in ke blog saya. saya teringin gak nak pakai selfhosting tapi tengah memikirkan camna nak pindah isi rumah saya di blogspot ni ke selfhosting? Ada kawan-kawan kat sini yang bleh bantu saya ke? Saya memang tak tau pe2 pasal selfhosting ni. huhuhu

    saya memang berfikiran positif. Terharu jika dijemput untuk menulis di blog ini. Tapi rasanya saya belum layak untuk menulis di blog kak jie yang popular ni. 🙂
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..10 Pengomen paling tegar April 2011My Profile

  3. kalau lah…kalau lah saya tahu..saya lah yg pertama2 sahut seruan itu walaupon blog saya x ada masalah.hahaha..

    meh nk add twitter meh.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kimmy ..Makan Sayur Gigi TumbuhMy Profile

  4. laaa awt x jemput IR sbgai penulis jemputan.. nak juga berbakti kepada blog kakjie ni.. dah la trafik tggi canak3 :mrgreen:

  5. Isk… Sayangnyaa… Baru pagi ni sempat menjenguk Kujie.com(guna pc kat opis)

    Sibuk naik turun mengukur highway Utara Selatan je kebelakangan ni… Lappy pulak rosak.

    Dah memang takdak rezeki nak cuba-cuba jadi Penulis Jemputan di blog Sifu saya ni.

    Mungkin lain kali? Harap-harap ada lagi, ye Kujie…

  6. ahaa kalau sy nampak tweet semalam saya nk kak jie…walaupun blog sy pun hosting sendiri , sbb utama mcm kak jie taip tu lah membina network dan promot blog sendiri ..rugi rugi
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Tiada Lagi …My Profile

  7. apa syarat2 untuk menjadi penulis undangan nie kak jie??
    smlm petang saya bru shj bertemu dgn pemilik syarikat penerbitan novel & buku2 islamik di JB..
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Perbanyakkan Zikir…!!!My Profile

  8. Bukan rezeki la tu saya… Semalam masa online tak bertweet lah pulak. Semalam menonton utube je, melayan perasaan…. Takpe, lain kali.

    Tapi benar, segala benda perlu dilihat dari pandang positifnya….
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..kisah lama yang kusamMy Profile

  9. Ajakan Kak Jie adalah satu penghormatan untuk orang yang dijemput, tak sangka ada jugak yang boleh baca serong. Penulis tamu kat blog ni bukan perkara asing, dah selalu Kak Jie buat pon 🙄

    Teringat kisal Luqman Al Hakim dengan anak dia, naik kaldai. Entah kenapa orang suka buat spekulasi dari memikirkan manfaat 🙄

    Tapi takpe mood Kak Jie baik2 jer tuu, abang nak balik :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Apa barangMy Profile

  10. Emo…emo juga. Itulah yang dikatakan sama ada kita melihat gelas itu separuh kosong atau separuh berisi.

    Kak Jie kena buat entri kelebihan Guest Posting. Di Malaysia perkara ini belum meluas dan tidak diketahui ramai khasiat serta fadilatnya 😎

    Eh eh, rasa teringin pula nak guest posting di blog ni, boleh ?
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Sebongkah Batu &amp Akademi Seni IslamMy Profile

  11. saya suruh berfikiran positif…taknampak?
    memang semua orang tak sempurna, macam mana tahu sempurna ke tidak kalau MENCUBA PUN BELUM? 😉

  12. sebenarnya org xnmpak kebaikan yg kita nak buat kak…inisiatif baik kak psl penulis jemputan ni..dpt tolong blogger lain gak..

  13. Betul bak kata Yusri tu, setiap kejadian pasti ada ‘hikmah’ terselindung’. Memang frust dan hampa, tapi itu semua bukan kehendak kita. Itu dah kira perkara luar kawalan. Kita berbaik sangka sahajalah. Selalu didengari, Sesunggunya Allah itu adalah menurut prasangka hamba ke atasnya, sama juga kejadian yang menimpa kita.

    Jika menolak jemputan pun, biarlah dengan adab dan sopan. Mana tahu ada masa kita pula yang mahu menjemput, apa rasanya?

  14. semlm offer …. tapi tak sapa pun teringin….hari ni tup2 visitor kak jie naik hampir 200%

    kalaulah….kalaulah sesiapa yang ambil peluang tu semalam, mesti dapat rasa kesan ‘trafik’ ke blog dia juga.

    tapi , ramai yg emo…emo sebab blog down 😆

Comments are closed.