Plugin Boleh Menyebabkan Resource Limit

cpanel
Buat sementara waktu, korang jangan datang ke blog Kak Jie boleh tak? Bulan depan je datang…. Bukanlah sebab Kak Jie nak katup blog, nak pi Kemboja tapi nak menjimatkan bandwidth.  Bandwidth dah tahap nazak, nyawa-nyawa ikan.

Bulan depan datang lagi ye… janji tau!

 

 

Ehh….. Nak pergi mana tu? Duduklah sini dulu, celuih lagi ni.  Kak Jie boleh top up bandwidth sebelum bandwidth limit exceeded.

Semua warna merah kecuali Montly Bandwidth telah bertukar warna hijau.  Masih dalam keadaan terkawal kecuali bandwidth yang memang agak terdesak akibat beberapa kali diserang awal bulan ini.

Tengahari tadi saya cuba memasang plugin  Jom Niaga.  Saya telah mendaftar dengan Jom Niaga sejak awal tahun tetapi tidak pernah aktif kerana setiap kali  plugin  dipasang, blog akan dowm atau loading yang amat perlahan.

Plugin ini menyebabkan penggunaan resource yang amat tinggi sehinga beberapa kali  error message “508 Resource Limit Is Reached” terpapar di blog ini.

Rakan-rakan lain yang menggunakan plugin ini,  ada masalah yang serupa tak?

Kebiasaannya blogger yang mengalamai masalah resource limit berpunca daripada pemasangan plugin, kod skrip yang rosak atau menggunakan theme dari pihak ketiga.  Salah satu langkah awal untuk mengenal pasti masalah ini ialah dengan mengnyah aktifkan semua plugin yang ada.  Aktifkan satu persatu sambil memantau  sehingga kita berjumpa plugin yang menimbulkan masalah tersebut.

Kita boleh login Cpanel dan melihat masalah melalui error_log .

Pandang masalah-masalah yang berlaku ini bukan satu mala petaka tetapi satu pengalaman yang memberi pengetahuan.  Insya Allah, kita akan lebih gembira dan berlapang dada setiap kali berjumpa dengan beberapa rintangan dalam menguruskan sebuah blog.

 

46 Replies to “Plugin Boleh Menyebabkan Resource Limit”

  1. kalau tidak salah plugin2 adalah buatan dari develop luar wordpress dan siapaun yang bisa soal coding dapat membuat plugin wp. tidak semua plugin wp bagus bahkan ada yang digunakan untuk melakukan hack blog, nampaknya harus selalu berhati2 dqalam memilh plugin yang akan digunakan nie..
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Create Simple CSS Tooltips Using Title AttributeMy Profile

  2. ye memang betul. plugin jomniaga makan resource kuat. untuk blog satu lagi dah buang dah walaupun bila pasang je mesti ada sale dari plugin tu huhu. tapi apakan daya takkan nak restart server banyak kali. saya pakai vps tuk blog tu jd takde masalah nk restart server tu, tp tu la. tak larat nak pantau. last2 buang gak la. plugin yang agak tak berguna sangat pun saya buang. yang saya kekalkan, plugin jenis untuk seo dan untuk ruangan iklan.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Wanita : Tips Ibu BekerjaMy Profile

  3. Terima kasih kak Kujie atas penulisan artikel ni ya.

    Sangat memberi saya peluang untuk tahu ILMU tentang penggunaan plugin. 🙂

    Nanti tulis banyak-banyak lagi ya. 🙂 Siyes, suka baca. 🙂

    Kak Kujie bila nak join kontes saya?

    (p/s – teringin nak baca oenulisan kak kujie)
    Jom terjah post menarik dari Asyrof Asri ..Join Blogger Contest Tanah ArabMy Profile

    1. kak jie tak mampu nak luangkan masa masuk contest, ni ada masak sikit sementara tunggu Intan bersiap nak hantar dia ke sekolah
      baru balik dari kelas – setiap hari 8.30 – 11.30

      petang nak uruskan keluarga sambil mencelah itu ini sekejap.

      hujung minggu ni nak ke luar daerah 2 minggu , balik Kedah, rumah mak ada majlis kenduri kahwin adik ( kami org kampung masih gotong royong, jadi memang sibuk ) dah seminggu pula ke Terengganu ( suami kerja di sana, cuti sekolah je boleh ke sana )

      jadi mmg tak boleh nak fokus hal2 online lebih dari orang muda

      maaf ye

      kak jie cuma boleh share di blog, kalau ada yang bermanfaat, ambil jadikan sempadan hidup…yang lain² kak jie agak limitkan untuk urusan online.

  4. Sebelum install plugin biasanya saya akan fikir dulu benda tu boleh buat secara manual atau tidak.. Kalau boleh buat secara manual, saya takkan install plugin.. Lebih baik guna cara manual.. Kalau takleh buat secara manual baru akan guna plugin..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Komisyen Affiliate eQurban.comMy Profile

  5. dari pengalaman saya menguruskan server hosting, antara plugin yang biasanya mengganggu resource:

    1- Auto pinger
    2- Chat skrip
    3- SEO Plugin (All in One SEO Pack, platinum seo pack etc..)
    4- Enegizer
    5- Autoblog plugin (WP Robot, WPR, etc)
    6- Cache Plugin (Advanced cache, wp super cache, gt-cache))
    7- Page navi (wp-pagenavi)
    atau skrip/plugin berkaitan..
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Keputusan PRU13 Penuh LIVEMy Profile

    1. dah tau pasal plugin ni, eizil pun dah cakap
      tapi selepas balik dari SBDdB, saja nak test , mana tau plugin ni dah dibaik pulih
      sejam je pasang, tengok prestasi blog dah menurun
      terus buang lagi…

  6. Saya ada alami masalah mengunakan plugin Jom Niaga menyebabkan error kepada blog tetapi tidak ingat erro codenya. Saya mengunakan secara manual link affliates walaupun leceh.

Comments are closed.