Semak Blog Down Dan Kebaikan CloudFlare

Hujung minggu lepas, blog ini mengalami masalah untuk diakses.  Ada yang bertanya di twitter, ada yang sms dan ada beberapa kawan² yang membuat panggilan terus.  Sayang korang……….sanggup potong kredit semata² bertanya tentang blog.

eh…korang sayang kak jie ke sayang blog?  perasan, kan…

Masalahnya bermula apabila hanya domain kujie2.com sahaja yang tidak boleh diakses dalam server yang sama.  Ada yang boleh, ada yang tidak boleh.  Blog saya berada di dalam server yang sama dengan blog DenaiHati tetapi blog dia tidak terganggu.

Bila saya terima aduan mengenai blog yang tidak boleh diakses , perkara pertama yang saya buat adalah check sama ada blog ini down untuk semua orang .

Saya akan rujuk beberapa laman web untuk menyemak status blog. Antara yang biasa saya guna :  downorisitjustme.com

Cara yang paling mudah, masukkan url blog dan klik or just me.

Atau mencuba dari web site lain seperti :

  • downforeveryoneorjustme.com
  • isthatsitedown.com

Keputusan menunjukkan blog saya ‘online’ tak ada masalah sebenarnya untuk diakses.  Tetapi kenapa ada yang tidak boleh mengakses?

Check DNS pula di intoDNS – Work In Progress, tiada masalah juga.

Bila dah tahu masalah, baru mejerit di twitter minta bantuan, hubungi pihak web hosting bertanya status blog.

BIla berhubung dengan pihak web hosting, saya diberitahu :

Local Isp dns server is blocking your domain. You have to ask your visitor use opendns.com or google dns.

dammit!  Apa salah saya?

Pukul 9 malam, eizil contact saya untuk hulurkan pertolongan. Beliau ada menyediakan perkhidmatan bantuan percuma Khidmat Blogger setiap hari Khamis mengikut tempahan. Tapi untuk saya, perkhidmatan 24/7..hehehe..

Selesai dia tengok masterchef, baru #opskujie bermula.

Off semua setting, standard procedure untuk troubleshoot , uptade dns hampir 9:45 malam , blog dah boleh diakses.

Pakar yang buat kerja, sekejap je dah nampak jalan penyelesaian.

Sekarang dns saya menggunakan CloudFlare. Nak tahu apa itu CloudFlare , bacaan ini mungkin dapat membantu.

Saya terima pandangan beberapa blogger mengenai CloudFlare yang bermasalah. Bagi saya, tiada satu sistem pun yang sempurna untuk memenuhi setiap keperluan. Masalah CloudFlare bukanlah masalah yang tak boleh diselesaikan dan bukan juga masalah yang kritikal.

Blog ini juga telah diupgade dengan beberapa ciri-ciri keselamatan disaat negara kita sedang hangat dengan isu hacker atau script kiddies.  Terimakasih untuk Eizil.

Saya berusaha menjaga milik saya – diam², tak perlu terlampau menggelupur.

take note : Kebaikan Twitter adalah membina perhubungan atau dipanggil ‘kawan’ bukan follow semata² nak spam mention dengan entri sendiri saja.   Itu bukan cara berkawan.  Persahabatan perlu dibina terlebih dahulu.  Agak tak sopan, kalau  tidak pernah bertegur sapa, tak pernah pun bertanya khabar…..tiap kali publish entri baru, tiap kali nak mention kat twitter.  Ping kat timeline sudahlah.  Kalau 2000 follower buat cara yang sama…. cuba bayangkan!  Akaun twitter saya bukan Ping Aggregators.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Oneblogsocial says:

    Terimakasih kerana membuat post ini
    Jom terjah post menarik dari Oneblogsocial ..CloudflareMy Profile

  2. Informasi yang sangat penting, terima kasih dan izin membookmarknya
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Bekasi Telp. 021-9466-8989 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  3. terima kak jie..mamat dah cek..mamat punya online 😀
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Amaran Untuk Pengguna Facebook Malaysia Anda Mungkin Di Hack IndonesiaMy Profile

  4. kami dah share & buat entri lagi!
    Jom terjah post menarik dari alyrds ..Bagaimana melajukan paparan website/blog anda?My Profile

  5. Kamarul Azri™ says:

    selesai masalh kak jie ni..
    tahniah ramai jua yang turut bantu.. 😯
    Jom terjah post menarik dari Kamarul Azri™ ..Berapa lama tak guna public phoneMy Profile

  6. ilmu baru ni kak jie. thanks sudi share. ruginya tak start berblogging time study kat u dulu. sbb saya ni dulu 1 bandar je ngan eizil tu. heheh
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Wordless Wednesday #4My Profile

  7. Assalamualaikum,
    Minggu lepas tak dapat masukpun blog kak jie, campur kelam kabut sana sini…baru minggu ni boleh terjah
    Syukurlah cepat selesai masalahnya 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Doa Cari Jodoh, Doakan Untuk Aku JugaMy Profile

  8. Kak jie..terima kasih..
    Hari tu saya dah daftar cloudflare tapi terhenti setengah jalan..
    Ni dah complete dah semua..

  9. Herm , cloudflare … register pstu rasa mls lak nk setting

  10. Salam kak jie…
    Ishh… tiap kali lawat blog kak jie ni, mesti ada je ilmu baru. Tak terkejar la pulak…
    Jom terjah post menarik dari suara ..Dimata suara…My Profile

  11. ooo..itu masalahnya..padanlah tak dapat buka web kak jie.. 🙁
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..100% Authentic Coach PoppyMy Profile

  12. Denaihati says:

    benda yang baru ni sebab Allah SWT janjikan setiap kejadian ada HIKMAHnya… redha n sabar serta cari jalan penyelesaian.

    nota : adakah aku je yg tak nampak commentLuv ni

  13. reezluv says:

    belum pakai lagi Cloudfare ni..taktau nak guna camne…atau malas guna.. 😆

  14. Kujie,
    Bertuah dapat kenal ramai blogger yang baik hati ni.

    Pssttt…..Mak Tiri Bawang Besar tu garang erk??
    Hahaha, “Tak kenal maka tak cinta”. Nampak garang dalam blog tak apa, tapi bila jumpa, senyum sokmo. 😀
    Lagipun, makcik-makcik kalau tak membebel tak adalah pulak orang nak panggil makcik, hehehe. Silap-silap kena tukar gelaran pulak nanti. 😕

  15. singgah kakjie..

    banyak benda nak kena catch up ni… 😯
    Jom terjah post menarik dari kakyong ..ost drama Stanza CintaMy Profile

  16. Alhamdulillah masalah dah selesai. patut la malam tadi ada masalah nak buka blog kak jie
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Teknik Jualan BerpengaruhMy Profile

  17. Eichikatsu says:

    Cloudflare ok je kak Jie. Setakat minggu ni Eichi pakai memang lancar.
    Tapi untuk bandwidth tinggi macam site kak Jie, Eichi tak pasti la plak.
    Jom terjah post menarik dari Eichikatsu ..FACEBOOK KINI LEBIH MUDAH DIGODAM?My Profile

  18. Kreuger says:

    jangan cam tu makcik.. nanti dia lari bawak diri pergi batu belah batu caves. lol~
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Security Patch Vol #2 – Pendaftaran CloudFlare dan Penggunaan di WordPress.My Profile

  19. yup..akaun free

  20. Dia org memang sengaja nak suruh Kak Jie membebel…nampak lah garangnya! 😆

    Takkan benda² basic dalam berkawan pun nak kena tegur. Kata blogger, one step ahead, baca info sana sini, tips, panduan, segala bagai…kisah motivasilah, gunalah dlm kehidupan bukan sekadar post entri blog.

    Kalau makcik ni dah mula bising, nampak le jahatnya…macam mak tiri bawang besar!

  21. Kreuger says:

    “Akaun twitter saya bukan Ping Aggregators.” – ya… saya pon salah sorang mangsa keadaan.. bhahaha… erk.. kalau pakai nama kita kat twitter masa release entri tu.. laris kot.. lol~ tapi saya tak kesah sangat.. asalkan jangan dia mencarut sudah.. dah la tak kenal.. jumpe pon idak… tegur kat timeline pon jarang sekali.. tetibe guna royalti nama beta.. ape nak carik nahas.. hahaha…

    ape pon… terima kasih atas backlink. syukur.. berjaya gak selesaikan tutorial tu.. walaupon banyak bebenor tempangnye!
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Security Patch Vol #2 – Pendaftaran CloudFlare dan Penggunaan di WordPress.My Profile

  22. tahniah problem dah setel.. maknanya guna cloudflare yg free la ni kan..

Trackbacks

  1. Siapa nak beli domain dot Denaihati | Denaihati says:

    […] selepas ini boleh sesiapa memiliki alamat laman web yang berakhir dengan .denaihati contohnya Kujie2.denaihati heee saja je bagi contoh. Sumber dari GoogleTapi hakikatnya pasti ramai yang akan […]