Teknikal SEO : Kesalahan Kerap Dilakukan Oleh Blogger

SEO lagi lagi SEO.  Hidup seorang blogger yang fokus kepada apa yang dilakukan tetap perlu mengetahui perkara ini.  Walaupun kita boleh cakap buat blog saja untuk suka-suka, tapi apa salahnya kalau suka-suka tersebut kita berilmu, kita menghasilkan sebuah blog yang cantik.  Cantik pada pandanga mata dan cantik pada keperluan teknikalnya.

Blogger suka sangat dengan SEO, sampai ada pelbagai jenis ebook mengenai SEO. Ada blogger fokus kepada SEO sehingga nampak jelas dan ada yang main SEO secara diam-diam tetapi berisi.  Paling menarik, ada blogger yang keluarkan entri panduan SEO tetapi bila di semak blog dia sendiri,  SEO Score tak sampai pun 60%.

Saya sebenarnya tak berapa nak rajin menulis entri tetapi hari ini terlampau rajin pula menyemak score SEO blog beberapa blogger secara random.  Selepas busy body intai blog orang, terasa perlu juga dihighlightkan disini beberapa kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh blogger. ( saya semak blog self hosted sahaja )

 

Antara Kesalahan SEO yang dilakukan oleh blogger

check seo blog

Contoh Score SEO

1 . Heading Elements

    Heading Elements adalah tajuk blog yang membina satu jadual kandungan bagi dokumen secara automatik. <H1>  adalah yang paling penting.  Gunakan <H1> untuk tajuk blog, <H2> untuk description blog .

2. Website Description

Meta  description tag merupakan salah satu faktor penting dalam mengoptimalkan on page SEO. Masukan target keyword ke dalam meta tag description.

3. Website Keywords

    Setiap kata kunci letak tanda (,) tidak lebih dari 20 dan sebaik-baiknya letak  10. Setiap keyword yang diletakkan biarlah bersesuaian dengan kandungan blog. Jangan nak main-main guna keywords panas sensasi semata-mata nak tarik pelawat, itu mungkin ‘kejayaan’ jangka pendek.  Boleh tukar keyword mengikut kesesuaian keadaan.

 

Ini adalah perkara paling penting dan ramai blogger yang tidak memilikinya.  Ingat pesan saya, SEO adalah bentuk teknikal dan bukan teknikal.  Kalau boleh kita seimbangkan kedua-duanya secara bijak.  Boleh juga baca entri terdahulu di sini – Ciri-ciri blog yang baik

Antara kesalahan lain yang dapat dikesan adalah pengunaan iframe.

4. IFrame

    Iframe adalah satu bentuk bingkai ( frame ) yang mengandungi beberapa dokumen (html) di dalam satu website. Elakkan jika tidak perlu.

iframes

 SEO Score yang bagus bukan petanda 100% blog kita mendapat limpahan trafik yang tinggi, tetapi ini adalah salah satu perkara dari beberapa perkara yang diambil kita.  Ada blog hebat, score hancur tetapi trafik tetap tinggi.  Blog istimewa seperti  ini hanya ada beberapa sahaja.  Bagi kita blogger biasa yang berkerja keras untuk mencapai sesuatu peringkat, perlukan usaha.

Nota : Ada banyak tool untuk menyemak score SEO blog, boleh saja gunakan yang mana sesuai. Jadikan ianya sebagai rujukan atau tanda aras bukan bermaksud tool ini baik , tool itu tak baik. Saya gunakan Seo Tools, Check My SEO dan Free Seo Tools

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Thanks Kak Jie, sy nak check score blog seo sy hihi.
    Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..Takziah Kepada Mangsa Banjir dari WarisanHerba.comMy Profile

  2. Alhamdulillah, baru faham sedikit.

    InsyaAllah akan lebih faham di masa akan datang. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Asyrof Asri ..Contest SEO EridyMy Profile

  3. Terima kasih untuk perkongsian info berguna.
    Jom terjah post menarik dari Aidil ..December Promo Packages 2013 4Life MalaysiaMy Profile

Trackbacks

  1. […] 2.  Ada blogger yang secara luarannya nampak macam tak bermain dengan SEO tapi entri mereka cukup power untuk memikat hati enjin carian. Mungkin faktor entri unik dan kena dengan selera pembaca memberikan bonus terbaik buat mereka. Antara blogger dalam kelas ni ialah blogger Kak Jie. Memang kagum sungguh dengan cara dia menulis entrinya. Santai tapi berkesan! Cuba gi baca entri Kak Jie yang ni, “Teknikal SEO: Kesalahan Kerap Dilakukan oleh Blogger.” […]