5 Cara Mendapatkan Pembaca Setia Blog

Ramai ‘newbie’ menghantar email bertanya soalan yang hampir sama setiap hari.  Bagaimana menguruskan blog dan mendapatkan pengomen yang bagus².

Wahai pengomen blog kujie2.com – anda patut tepuk tangan untuk diri sendiri!:lol: kerana anda sedang diperhatikan!

pelawat terkini

Sebenarnya saya tiada jawapan. Agak susah untuk mendapatkan jawapan tepat jika berhubung dengan ’emosi manusia’ bukan ‘robot crawler’.

Semua orang ingin blog tumbuh berkembang dan mempunyai pembaca setia . Menukar pengunjung kepada pembaca  setia bukanlah mudah kerana mereka akan membaca kisah yang sama, gaya tulisan yang sama dalam tempuh yang lama.  Mereka adalah pembaca yang konsisten secara teratur membaca blog , menyebar artikel dan meninggalkan komentar berkualiti tinggi.

Bagaimana menukarkan pengunjung blog menjadi pembaca setia? Kepuasan tidak akan sama walaupun kita punya trafik  beribu sehari tetapi mereka hanya datang dan pergi berbanding 100 pembaca berdedikasi.  Yang memahami gaya penulisan kita, walau pun hanya sekadar sebaris ayat.

Hari ini saya ingin berkongsi 5 cara untuk menukarkan pengunjung blog menjadi pembaca berdedikasi :

  1. Jadilah diri sendiri – Tak perlu menjadi seperti si dia hanya kerana dia telah berjaya.
  2. Kongsi pengalaman – Contoh jika  ke restoran. Bukan makanan yang perlu dihighlight dengan gambar diri sendiri tetapi pengalaman yang ingin pembaca ketahui.
  3. Fokus pada manfaat untuk pembaca. Artikel sekurang² boleh membantu dan memberikan nilai kepada pembaca. Focus on benefits, not features.
  4. Menulis untuk manusia, Bukan mesin carian ( search engine ) – Pembaca blog yang berdedikasi adalah seorang manusia, jadi mereka tidak mahu ‘dimanupulate’ untuk kepentingan sebelah pihak. Memang lalu lintas trafik meningkat pada carian katakunci yang hot, tetapi mereka hanya datang dan pergi, bukan sebagai pembaca berdedikasi. Jangan membiarkan katakunci mengawal penulisan . Jika pembaca suka, mereka akan  berkongsi di media sosial, blog, e-mel, malah akan disampaikan dari mulut ke mulut. Itu adalah backlink berkualiti tinggi.
  5. Bercakap dengan pengunjung – salah satu kaedah komunikasi sehingga pengunjung dapat membentuk hubungan dengan pemilik blog dan merasa seperti mereka membaca dari seseorang yang mereka kenal.  Saya gunakan gantinama diri “saya”  apabila menulis entri tetapi sekiranya membalas komen kepada pengunjung yang telah lama dikenali, tahu beza umur, saya gunakan gantinama diri “Kak Jie”.  Membalas komen adalah hubungan peribadi antara saya dan dia.
  6. Gembira dengan blog. menikmati apa yang ditulis dan pengunjung juga akan merasai perasaan kita. Have fun, and your blog will be fun – dan pembaca juga akan datang semula menjadi sebahagian dari identiti blog.

5 + 1 !

Saya melihat pengomen sesebuah blog adalah identiti blog tersebut. Dari komen² yang ditinggalkan, kita tahu tahap kemesraan antara tuan blog dan pembaca beliau… betul tak?

Ini adalah pendapat saya sebagai penulis blog, tentu pembaca punya pendapat tersendiri mengapa mereka boleh menjadi pembaca yang berdedikasi .  Mereka saja yang boleh memberi jawapan yang tepat.

Nota : entri lama dikeluarkan semula selepas saya mendapat email bertanya soalan yang sama.  Sila baca kerana saya tak buat personal coaching, guna kotak carian katakunci di sebelah sidebar blog.

©kujie – saya sendiri gagal mengikuti beberapa tips di atas…hehehe! Blogger tua – Blogger Menopause

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. terima kasih atas perkongsian ini untuk blogger baru macam saya:)
    Jom terjah post menarik dari rokiah ..Jadi Ahli Shaklee PercumaMy Profile

  2. Salam Ku Jie,
    Terima kasih byk atas perkongsian .. memang betul pun tips2 yg Ku Jie kasik tu.. saya sendiri dah berblog (secara on off sebenarnya) sejak tahun 2005, dan saya sangat bersetuju tentang menjadi diri sendiri itulah menyebabkan kita rasa seronok berblog dan mudah mendapat kawan2 dari para bloggers. Tapi memang saya tak pernah amik tau pasal kepentingan SEO, hits adn sebagainya. masa saya mula2 berblog, mmg cuma nak bercerita jek.. lepas tu mula seronok dan tak malu2 declare diri sebagai ‘blogger tegar’ sekitar tahun 2006 hingga 2008 tu hahaha.. time tu rajin giler blogwalk dan rajin jugak pergi gathering blogger.. tapi, still tak jugak terdedah tentang kelebihan blogging dari segi jumlah hits dan business.. kemudian lama-kelamaan saya mula ‘lupakan’ blog saya apalagi dengan kehadiran FB, twitter, IG dsb.. mmg blog terus saya pinggirkan.. Baru2 ni saya memulakan business sampingan dan kembali mahu mengaktifkan blog saya, dan mula mendalami ‘ saya ilmu blogging. Terasa rugi sebab ya Allah, banyaknya saya ketinggalan dek kerana sikap ‘ignorance’ saya tu.. Tapi Alhamdulillah semoga belum terlambat.. sekali lagi, tahniah buat Ku Jie kerana masih konsisten berblog dan menjadi rujukan jutaan bloggers.

    Sorry terpanjang pulak komen kat sini 🙂
    Jom terjah post menarik dari Fara ..Atasi masalah kolesterol secara semulajadiMy Profile

  3. Entri ini sangat berguna dan evergreen. Seorang blogger baru seperti saya amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar seperti ini.
    Jom terjah post menarik dari Bungkilan ..Comment on Kisah seorang jejaka sabah bernama Paken by kak ina klMy Profile

  4. Informasi yang patut diketahui oleh semua blogger yang ingin berjaya dalam dunia blog. Buat blog ni lebih kurang sama macam jadi salesman juga. Ayat kena power, servis kena baik, mesra dengan pelanggan dan sebagainya. Kalau semua ni tip top pasti ramai yang melekat jadi pembaca.
    Jom terjah post menarik dari James Sea ..Divergent (2014) HDCam RIPMy Profile

  5. Best nye bestnye,banyak tips untuk newbies..thanks kak..
    Jom terjah post menarik dari Maziah ..Set Kesuburan Shaklee : Merealisasikan Impian AndaMy Profile

  6. Hehe..Kak jie bukan blogger Menopause, masih lagi blogger yang Power bagi saya. Dari dulu suka baca blog kak jie, tapi banyak jadi silent reader sahaja. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Tips kak jie sangat-sangat bermanfaat, bolehlah ditambahkan mana-mana yang kurang. Terima kasih kak jie.
    Jom terjah post menarik dari Aini Zakaria ..Kempen virtual “SaveYarmoukCamp‬”My Profile

  7. info yang sangat berguna untuk blogger… memang agak sukar untuk mendapatkan pembaca setia..dan ia memerlukan masa.. berikan sedikit masa kepada blog anda untuk berkembang… tiada blog yang mempunyai pembaca setia dalam masa yang singkat..
    Jom terjah post menarik dari arieon ..Teknik rahsia terbaru pelaburan emas dibongkarMy Profile

  8. Salam kak jie ,
    Terima kasih atas info di atas ….
    sangat berguna kepada saya yang masih newbie … mohon tunjuk ajar lagi ya …
    Jom terjah post menarik dari azahairi ..Majlis Perkahwinan Noriah Dan Faizul,PenangMy Profile

  9. Terima kasih kerana info yang berguna ni. Saya baru berblogging dan blog saya lebih kepada my personal experience sebagai seorang emak. Tak pandai lagi bermain dengan kata kunci mahupun search engine, segala bahasa teknikal ni saya baru nak belajar. Jadi saya menulis mengikut kata hati, apa yang saya ingin kongsikan dengan semua.
    Jom terjah post menarik dari mummydearie ..Ibubapa dari sudut pandangan anak-anakMy Profile

  10. Tersentak saya baca entri ini.. Sebelum ini terkejar-kejar untuk dapatkan hasil carian yang tinggi, keyword, etc.. Hasilnya info-info yang disampaikan macam ‘robot crawler’ bak kata kak jie..

    p/s: Masih perlu mengasah skill untuk menjadi ‘manusia’..
    Jom terjah post menarik dari Moms Avenue ..Ovulasi, Persenyawaan dan PenempelanMy Profile

  11. saya baru nak start buat bussiness online. hampir setiap hari saya post info info macam macam untuk dapatkan pembaca setia.
    thanks for this info
    may be kalau x dapat any comment pun ok janji they got some knowledge

  12. sAYA menghargai tips & panduan dari kakjie ini. TQ
    Jom terjah post menarik dari Mekar ..Perkara yg Wajib Kita Tahu Mengenai YahudiMy Profile

  13. google nak cari cara untuk dapatkan baclink berkualiti,tersinggah ke entri ni…. bagus jgk tips kak jie… terima kasih..ilmu baru utk hari ni….
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Petua Mengurangkan Demam Kuning BayiMy Profile

  14. Terima kasih kak jie kerana sudi bagi tips yang cukup manfaat ini..wan baru sertai dunia blogger ni..tut2 keluar minat pada blogger..
    diharap kak jie berjaya dalam dunia blogger ini..
    salam perkenalan dari wan kepada kak jie dan semua yang sudi berkawan dengan saya 🙂
    terima kasih…
    Jom terjah post menarik dari wan ..Cara berkesan ping post blog andaMy Profile

  15. salam kakjie, hari ni saya peruntukkan untuk blogwalking blog2 senior, baca dan belek-belek entri lama mereka, termasuk blog kakjie..;)- saya memang selalu perasan satu benda ni.kalau pi blog kak jie, tak pernah keluar dengan “tangan kosonglah..” ibarat kita pi ziarah rumah teman, bila balik kita dibekalkan dgn something nice..terima kasih kak..:)
    Jom terjah post menarik dari cik matahariku ..Popular Post Yang Ada Nilai ” Entri Evergreen “My Profile

  16. Idea ni bagus saudara, tapi setelah dicuba tetap macam tu saja…

  17. Oh ya… lanjur untuk menambah soal ikhlas … saya sendiri kurang pasti akan maksud ikhlas itu. Benarkah ikhlas atau memang tulisan itu ditulis untuk menarik trafik?

    Saya fikir kadangkala tak akan terlepas seseorang blogger yang sudah tersiap pasang segala iklan hanya mahu bercerita dengan 100% kejujuran dan keikhlasan andai tiada satu benda sebagai return. Tak gitu?

    Lagi, apakah ukuran tahap nilai ikhlas itu sendiri? Bagaimana mahu tahu si penulis benar ikhlas bercerita tanpa terselit sedikit – KLIK SINI atau KLIK UNTUK TABUNG SAYA …. etc…

    Idea mengenai ikhlas itu mungkin ada, tetapi sukar nak dipastikan. Adakah perlu diakhiri dengan setulus ikhlas daripada …..??
    Jom terjah post menarik dari hasrulhassan ..Tips Trafik Blog Bulan RamadanMy Profile

  18. As-Salam K. Kujie .. sesuatu yang memang tak abis kalau nak dibincang. Tapi apa yang K. Kujie cakap tu memang ada benarnya, tidak disangkal lagi … kadangkala ramai blogger terlalu memikirkan trafik organik daripada memikirkan trafik insan ini. Kalau sesebuah blog ada nilai jiwa, dan insannya, pasti akan ramai yang suka baca berulang-ulang kali walaupun ia hanyalah cerita mengenai terjatuh dalam lubang jamban.

    Tapi itulah, bukan mudah untuk membuatkan pengunjung pertama tertarik hati dengan apa yang ditulis, lebih2 lagi soal teknikal yang kadangkala saya ceritakan dalam blog.

    Itulah antara masalah saya sejak menjadikan blog sedia ada punyai niche tersendiri.
    Jom terjah post menarik dari hasrulhassan ..Kerajaan Malaysia Henti Kemudahan dan Akses Internet?My Profile

  19. picking up some!.. kekeringan idea.. huhuhu
    Jom terjah post menarik dari Norfanil ..Hilangnya Sebutir PermataMy Profile

  20. wah blog kak kujie dh berubah wajah lama saya tak singgah ke sini dulu header gambar kartun jer hehe apapun perkongsian yang berguna 🙂
    Jom terjah post menarik dari putera izman ..Kisah Perjalanan Hidup Julia Yang MenyedihkanMy Profile

  21. Saya setuju dgn Kak Jie terutama yg no 4. Kalau kita menulis dgn ikhlas untuk berkongsi sesuatu cerita, pasti akan ada pengunjung yg menjadi pembaca setia.
    Jom terjah post menarik dari Ahmad Ijat ..Perang Badar tanggal 17 RamadhanMy Profile

  22. Dah lama x masuk blog Kak Jie. hehe. dah lama tak aktif berblogging. 😛
    Btw info yang bagus. Saya suka info point jadilah diri sendiri tu. Sebab saya pun penah ada banyak blog. Saya lagi enjoy update blog mengenai apa yang saya suka daripada sibuk nak kejar trafik mcm dulu. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Amir Said ..Cuti-cuti di Korea (Part 2)My Profile

  23. Memang susah nak dapat pembaca setia. Yang datang dan pergi banyaklah. Nak praktikkan 5 cara rasanya perlukan masa dan komitmen yang tinggi untuk berblog.
    Jom terjah post menarik dari Aarman ..Cara Asas Untuk Memulakan Perniagaan InternetMy Profile

  24. susah jugak nak tulis dengan cara sendiri sambil ikut aturan seo sebagai side element,, huhuuu,, still learning,,, tq kak jie 😀
    Jom terjah post menarik dari muja ..Natural Bamboo Corset Yang Awesome!My Profile

  25. Dalam kes saya pula berlainan, ramai pembaca setia tapi tak ada pengomen setia .. akhirnya ruang komen saya tutup kerana tidak mendapat komen. Nampaknya dalam niche teknologi ramai orang lebih suka membaca saja.

  26. betul2. nilai keikhlasan kjie sangat mantap. Tqvm.

  27. Menjadikan pembaca yang datang dan pergi ini sebagai pembaca tetap membaca setiap patah ayat dalam artikel dan memberi komen berkualiti pada setiap penulisan menghasilkan kepuasan sebagai seorang blogger.

    Apatah lagi, kalau situasi ni berlaku “Eh awak kan ……, blogger blog ….., saya selalu baca blog awak, kerana blog awak, saya sudah ……….”. Di baca dan diamalkan sebuah ilmu yang bermanfaat sebagai saham akhirat. Kita dengar dan senyum bersyukur.
    Jom terjah post menarik dari Naziman Azlye ..Wordless Wednesday #7 : Jangan Putus Asa dari Rahmat AllahMy Profile

  28. Terima kasih kak kujie atas tips….

    Sekarang ina agak buntu utk update blog.. untuk ceritakan pengalaman tu, mmg syok kalau dapat luahkan semua dengan gaya penulisan yg boleh diterima semua..tp ina masih belum mahir..

    Pokok pangkalnya ina setuju dengan semua tips yg kak kujie buat. 🙂
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..Blog UmumMy Profile

  29. bahasa ganti diri di blog juga saya rasa perlu dititikberatkan..

    saya rasa lebih mesra kalau guna saya dalam penulisan..rasanya ia di point no 5
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Melayu BolehMy Profile

  30. alhamdulillah setakat ini diblog saya saya reply semua komen yg singgah diblog saya
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Pengalaman Bersahur dan Juadah Berbuka PuasaMy Profile

  31. SA dah 4 tahun ada blog..so far alhamdulillah ada jer kunjungan..SA sekarang sedang belajar mencari bahan yang membuatkan pengunjung boleh kekal setia di blog SA..buat masa ni blog SA lebih kepada blog peribadi…dan medan untuk SA promote jualan SA…

  32. Tq kerana share info yg sgt membantu…. kelemahan saya rasanya lebih kpd no.5 tu… saya memang seboleh-bolehnya cuba bls komen walaupun yg singgah mengomen tu boleh bilang dgn jari je…. sekarang tengah mencari comment reply notification plugin yg sesuai utk dipasang ke dlm blog.
    Jom terjah post menarik dari Dja@Sishaza ..SALAH FAHAM TENTANG JOB DI RUMAHMy Profile

  33. fyna masih lagi mencari rentak dalam blogging nih.
    Jom terjah post menarik dari fyna ..Raya Moments of Closeness with SamsungMy Profile

  34. Emm kenapalah kakjie kata macam tu..blogger tua lah best..banyak pengalaman..haha..kan?emm terima kasih kerana kongsikan..sukar nak laksanakan 5 perkara tu..kena ambik masa dulu..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Adakah Ini Artikel Yang Santai?My Profile

  35. Tip 5 + 1 ni mmg terbaik. Nak buat semua sekaligus, mmg tak sempat. Jadi, ambe cuba utk jadi salah satu dulu…

    Nak menulis menjadi diri sendiri contohnya mungkin perlukan masa utk dapatkan rentak dan keserasian.

    Bab memberi komen, rasanya ia lebih kepada rasa ‘kesamaan jiwa’ kot. Sebab, bila dah rasa ada chemistry, seronoknya membaca dan berkomen tu akan datang sendiri. Pastinya, chemistry ni bukan datang sehari dua =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Carilah Cermin Yang Jujur!My Profile

  36. saya sentiasa menghargai pengunjung yang datang dengan memberi reaksi komen dan membalas balik kunjungan..kadang2 terputus juga kerana dek masa untuk berbuat begitu.
    Jom terjah post menarik dari kakiblog ..Revolusi Minda Blogger Dalam Dunia BisnesMy Profile

    • Tiap org berbeza identiti dan peribadi… kita tak boleh cakap kenapa dia layan si A begitu, si B begini.. benda ni bukan sengaja kita nak pilih², perasaan dan keadaan tu terbit dari komunikasi bertahun-tahaun

      contoh dlm keluarga pun.. ada yg kita sayang lebih walau pun kita cakap kita tak membezakan anak-anak.. kita ni manusia, tetap terselit lintasan hati perasaan tu.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Resepi Ayam Panggang Cendawan ShitakeMy Profile

Trackbacks

  1. […] bila duk terperuk kat rumah, susah sebenarnya nak cari idea untuk bercerita. Selepas baca entry 5 Cara Mendapat Pembaca Setia di blog Kak Kujie, baru rasa relief sikit otak […]

  2. […] aku di entri “Ajarkan aku menulis“. Kak Jie juga pernah berkongsi entri bertajuk “Cara Mendapat Pembaca Setia Blog” dan En. Titan juga menulis dalam entri bertajuk “Cara Mengatasi Masalah Update […]