Tips Ariff Shah Tak Sama Petua Hazrey, Baca Tubelawak Tidak Senada Helmy Samad

Baca tajuk dengan satu nafas!


Seni blogging ada sarcasm, metafora, personafikasi , tamsil , analogi dan kadang² banyak ungkapan yang hiperbola untuk melahirkan kesungguhan perkataan dari reaksi. Kita tak boleh baca blog seperti menyelak buku Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM.

Blogger yang pertama kali singgah, blogger yang membaca dan blogger yang tak baca akan menilai sebaris ayat yang kita tulis dengan berbagai pandangan dari sudut masing².

Ada perbezaan diantara pembaca blog dan pembaca buku. Orang akan ‘membaca’ buku dan pembaca blog, mereka mereka “mengscan” blog.
Scan dan read adalah dua perkara yang sangat berbeza. Bila kita baca, kita teliti baca satu-satu, manakala bila kita scan kita tak baca satu, satu tetapi lebih kepada membacanya secara rambang..

Hanya penulisan yang kearah pencakapan sahaja yang mampu menarik pembaca untuk actually membaca dan bukan sahaja scan dari awal sampai akhir. – petikan dari Blog Bukan Buku Rujukan – Izzat Aziz


Kesian Emila yang suci murni tu terkena kejutan.   Huruf dan abjad yang kita baca boleh hidup dengan berbagai cerita bergantung siapa yang membacanya dan setakat mana kita memahami tuan punya blog.

Kita tak boleh membaca dan mentafsir huruf dan aksara blog Tubelawak sama caranya jika mendalami blog Helmy Samad . Kita tak boleh telan  tips dan tutorial bahasa teknikal Ariff Shah sama nada dan rentaknya bila memgikuti tips bahasa wiiiii di blog Hazrey. ( korang kena klik untuk memahami – ini juga gaya dan cara membaca blog yang betul )

 

hehehe..terasa juga di sini.

Saya post entri sebaris, korang komen patploh baris. Apa cer…cer lah sikit boh!

Bagi saya , inilah ‘blogging language’ yang berbeza setiap orang. Bagi pengunjung kali pertama, dia akan ‘lost’ ,  tak faham apa yang sedang berlaku. Dia  tak faham rentetan saling berkaitnya satu entri dengan entri yang lain.

‘Blogging language’ bukan boleh difahami dengan membaca satu entri.   Blogging language juga berbeza setiap blogger.  Tarikan, sentuhan dan  makna tersirat cuma boleh difahami oleh pengikut sesebuah blog itu sahaja.  Hubungan  ini bukan terbina dari satu entri tetapi proses membina karektor seorang pemilik blog.

Contoh mudah, kalau saya tulis – Nemo dan Dori tengah sun bathing. Yang pertama kali baca, tak faham. Yang selalu ikuti bebelan saya dah faham, itu kura² kesayangan saya.

Inilah penjenamaan. Saya bina penjenamaan Nemo dan Dori sehingga image mereka juga diabadikan dalam banner blog ini.

Contoh lagi – kalau entri saya wordless (hanya image yang perlu ditafsir bahasanya ceritanya ) pembaca saya faham sekarang mood dalam hati ada taman. Mereka faham dan saya tak perlu ulang patploh kali …….

Schedule encik suami dah comfirm, flight 7.30am 19hb (Khamis) Constantine – Algiers – Doha – KL 2.55pm 20hb ( Jumaat )

bile makcik dah membebel, tak de nye nag-less, word-less lagi dah!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. wohaa…best entri ni kak jie..hanya blogger yg faham blogger…sama juga bila post status kat fb..
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Tips dan Panduan Temuduga – Interview TMR&DMy Profile

  2. setiap org setiap blogger ada feel nya yg tersendiri tak sama kan
    Jom terjah post menarik dari faizalpj ..WW : Bangga Dengan 3 Insan Kerdil Ini Menghadapi Tragedi MH370My Profile

  3. Salam. Saya baru dalam dunia blogging. Bnyk tips saya nak kutip dan sedut dari blog tutorial kak jie nih. Terima kasih.

  4. kalau nka dapatkan komen banyak..kena la rajin kan diri datang komen ke blog blogger lain..baru la boleh dapat jumlah komen yang banyak
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Ceritamamat.com Dapat Tajaan Header Dari Mas Ahmad SafwanMy Profile

  5. membaca entri barangkali pembaca blog perlu ada pemikiran yang “very thoughtful” kerana saya tidak boleh tidak bersetuju yang membaca blog memang tidak sama dengan membaca buku. dan setiap blogger ade pendekatan sendiri yang tidak sama antara satu sama lain.