Tips SEO – Cara Menggunakan SeoDigger

A-Y-I-E menulis:

Hahahaha… tapi mengapa ramai blogger mengatakan bahawa anda merupakan blogger yang selalu bermain dengan SEO dan berdamping dengan Google? 

Entahlah Ayie, saya tak percaya blog saya hebat SEO.  Itu cuma gossip dan rumors yang disebarkan tanpa fakta sebenar. Mungkin teknik keyword density yang tak nampak ketara pada tajuk post tetapi pada tags yang menyumbang trafik.  SEO bukan semata-mata datang dari keyword tetapi dari backlink blog yang lebih tinggi PRnya.

Mengikut laman web seowebtools.net , backlink blog kujie2.com berjumlah 34720.  Macam yang kita bergurau kat GB hari tu – saya cuba cari blog yang PR 5 ke atas… sebenarnya bila post thread macam tu, ada maksud tersembunyi yang ingin diberitahu kepada blogger lain.  Mungkin cara berkias tidak digermari ramai blogger sekarang kerana masing² hidup dalam kebebasan bersuara tanpa tapisan.

Saya bukan pakar SEO tetapi hanya tahu sedikit melalui pembacaan.  Tetapi teknik atau taktik yang berkesan tidak pernah saya buktikan.  Saya juga tidak mempraktikkan teknik tersebut sepenuhnya kerana sasaran dan tujuan kita berblog adalah berbeza.  Kalau saya sasarkan semata-mata kepada SEO, saya tutup blog!  Blog akan menjadi robot google dan tiada jiwa.

Ambil tahu bukannya merugikan diri sendiri, jangan sombong dengan ilmu. Jangan gelakkan ilmu.  Saya pernah membaca satu blog yang dia hentam sungguh² orang yang belajar dan ambil tahu mengenai SEO padahal dia mempertahankan prinsip ” blog aku ikut suka aku nak tulis apa”.   Kalau dia faham prinsip ‘blog aku ikut suka aku nak tulia apa’, dia mesti faham prinsip ‘ blog dia , ikut suka dia nak tulis apa’.

Dalam dunia bloggingi ada berbagai² jenis kecenderungan yang menjuruskan seseorang itu mendekati apa yang diminati, disukai, digemari .   Apa yang orang sebelah sana buat , bincang, diskus, tulis bukan semestinya  apa yang kita suka.  Itu kan perkara asas kehidupan.   Kalau  lagi banyak kita cakap, lagi banyak nampak kebodohan diri sendiri, baik diam.

Blog masakan dengan komuniti mereka, blog ibu-ibu muda dengan komuniti cerita lampin, anak demam, anak berjalan, kempen breastfeeding mereka. Blog geek dengan segala jenis infomasi teknologi  dan blog hebat akan bercerita dan mencari kekurangan dan salah silap blogger lain.

Pilih yang mana satu awak suka – tetapi jangan nak men’down’kan komuniti orang lain.  Itu tandanya awak tak pandai bawa diri.  Awak yang tak pandai mengembek tetapi nak salahkan kandang!

Tudiaaaaaaa…. mukadimah membebelnya!  Moral of the story – apa yang akan saya kongsi di sini adalah bukan untuk mereka yang sombong dengan ilmu tetapi untuk mereka yang berfikiran positif untuk mengetahui.   Tak pernah dengar pun ‘quote’ atau bidalan atau simpulan bahasa atau perumpaan yang mengatakan ‘mengetahui sesuatu’ akan membuatkan seseorang itu ‘bodoh’.

Ok, hari ini saya nak share satu tool untuk mencari dan mengetahui prestasi satu-satu keyword yang digunakan untuk meningkatkan performance sesebuah blog dalam engine carian.  Tool ini sangat sesuai bagi meraka yang dalam gelanggang Contest Hidup Seorang Blogger.

Dengan menggunakan data yang disediakan, webmaster boleh menilai dan membaiki keywords yang ditargetkan atau mengetahui keyword blog saingan.

Mula -mula , klik masuk ke web SeoDigger , taipkan domain dan klik search.

Data adalah mengenai  keyword yang ‘ada nilai’.  Dibahagian bawah sekali ada ditunjukkan keywords cloud blog tersebut.

Apa guna semua ni?

Bagi mereka yang sedang berjuang dalam Contest Hidup Seorang Blogger, inilah salah satu tool yang boleh digunakan.

Taip dan cari keywords blog saingan anda !

p.s – saya tak masuk Contest Hidup Seorang Blogger, jadi bolehlah dedahkan taknik ini.   Selamat berjuang kawan-kawan!

©kujie – sesiapa nak sembunyikan keywords dia?

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Thanks kak..hari ni belajar satu lagi teknik baru…ilmuyang bermanafaat untuk semua…
    Jom terjah post menarik dari Raudzah ..Manusia atau makhluk asing?My Profile

  2. Salam…x faham sangat laa…apa guna seo digger ni..?

  3. buat seo nie la yg malas sikit sebenarnya… huhu
    seo digger memang best.. guna gak benda nie selain buat linkwheel
    Jom terjah post menarik dari TopiJerami90 ..>Ada 10 Cara Utk Elak Gaduh : FaktaMy Profile

  4. Untuk saat ini sangat riskan bila kita sembunyikan keywordkarena algoritma google panda sudah lebih pindar dari pada yang dulu
    nice share
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Cara Mengatasi dan Keluar dari Google SandboxMy Profile

  5. woot woot says:

    hehe..tibe2 ade butthurt ( kes lame ) xD

    btw thanks for this kak kujie..salam kenal ^^
    Jom terjah post menarik dari woot woot ..Tips Dan Tutorial Asas SEO WordPressMy Profile

  6. Thedoart says:

    wah,..boleh ditiru!

  7. bee Hashim says:

    hurm bagus entry kak kujie ni nampak matang bee suka tapi perlu belajarlebih untuk hasil kan entry begini

  8. Kalau saya sasarkan semata-mata kepada SEO, saya tutup blog! Blog akan menjadi robot google dan tiada jiwa.

    ayat ni je dh cukup utk membuatkan saya teruskan berblogging tnpa mengharap apa2 blsn samada pendapatan ataupun seo 🙂

    thanks kujie!
    Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Menyusun buku adalah bakatMy Profile

  9. menarik tips nie..terima kasih kak jie

  10. salam kak
    thank u for inormation
    but i still xfaham la, pe tu SEO..can u xplain personnally(through my email) and how to increase the SEO..

    thank u kak