Tukar Custom URL Google+
Blog Tutorial

Tukar Custom URL Google+

Assalamualaikum pembaca yang dihormati. Moga semua teman-teman saya sihat sejahtera dan dirahmati Allah SWT selalu.

Pagi tadi saya dapat email dari Google untuk tukar Google+ Custom URL. Saya cuba aktifkan url tersebut melalui telefon tapi tak berjaya. Box untuk masukkan verification code tak ada.

Balik dari kelas tadi, nampak Yanmie bercerita kat WastApp Group suruh cepat-cepat ambil url sebelum diambil orang lain. Iyalah.. Google cuma simpan bukan automatik bertukar custom url tu. Sebelum ini URL akaun Google+ ada banyak nombor macam default akaun Facebook.

custom url google +
Dari email yang diterima, klik Get URL.  Kemudian masukkan nombor telefon untuk menerima code varification.

 

verify code

Kod pengesahan yang dihantar ke telefon, masukkan di ruang yang disediakan dan klik Verify.

custom url googleSahkan akaun yang diingini.  Kalau tak setuju dengan nama profile, boleh tukar.

 

google+ url
Inilah bentuk Akaun Google+ saya.

google +kujie2
Alang-alah dah buka akaun Google+ , tukarlah cover dengan gambar profile sekali. Macam cantik je.. macam cantik je.. macam comel je..macam comel je… Nampak warna warni muda remaja pula.. hikhik.

Korang dah tukar?  Tukarlah supaya nampak lebih profesional dan urk lebih pendek senang nak ingat.

Macam mana nak letakkan banner comel macam Kak Jie punya tu? ( soalan dari pembaca )

Dapatkan banner tu dari sini – Google+ Badge , pilih nak jenis potrait atau landscape.

tukar profile google+

 

Baru je tukar, terus ada yang mention di Twitter, alert sungguh korang dengan makcik ye…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Tukar Custom URL Google+

Comments are closed.