5 Tahun Sebagai Blogger

Sepatutnya entri ni  dipost pada 20hb September tetapi Google ‘period’ masa tu – pakai pad jenama Malware.  Teruk PMS Google kali ni, ramai yang kena slap!

5 tahun menjadi blogger!  Ada beberapa blogger yang saya kenal sejak hari tersebut masih ‘keep in touch’ hingga kini.

Saya masih seperti ini – tak ada istilah ‘kawan blogger paling rapat’ atau bahasa gediknya ‘BFF’ .     Semua yang singgah di sini, adalah kawan² saya seperti mana semua orang.  Semua email yang dihantar perlukan pertolongan, saya balas berkadar segera tanpa mengira siapa mereka.

Musuh?  Ada ke?  Kita tak berkawan tak semestinya kita bermusuh, kan?  Cuma mungkin kita berada pada dua garisan selari yang tak mungkin bertemu.  Itu saja.

Sebagai manusia biasa saya tahu dan sedar, tak mungkin sepanjang 5 tahun ini tiada sekali pun dari beribu-ribu entri saya tidak membuatkan pembaca ‘sentap’ walaupun perkara ini cuba dielakkan………saya juga kadang² terlarut dengan ego diri sendiri.  Maafkan atas kekurangan dan kesilapan ini.

Saya pernah dapat komen seperti ini.  Secara ringkas saya cuma dapat katakan – ibadat ini terbahagi kepada beberapa bahagian

  1. Fardu Ain – wajib keatas semua mukallaf – lelaki atau perempuan seperti solat, puasa, haji dsbnya
  2. Fardu Kifayah – perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tetapi kalau tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa.
  3. Sunat – dituntut dilakukan secara tidak wajib.

Secara asas dan mudahnya – pahala bukan semata² diukur dari berapa lama kita mengadap tikar sembahyang kerana mengerjakan sembahyang dan mendirikan/menunaikan sembahyang juga ada perbezaan.

nota : ini adalah asas – perbincangan mengenai Islam saling berkait antara ilmu yang wajib ada dalam diri orang Islam iaitu Fekah, Tauhid dan Tassauf ( Iman,  Islam & Ihsan )

Di blog ini tidak ada  artikel  secara terus ( direct ) membincangkan tentang Fardu Ain kerana saya masih lagi seorang pelajar, penuntut ilmu dan saya tidak menulis sesuatu yang bukan bidang kepakaran saya.  Pengetahuan saya sangat cetek dan apa yang saya kongsi di sini adalah apa yang saya yakin, jelas dan saya terima dari ustazah saya .  Belajarlah Fardu Ain yang diwajibkan itu dengan seorang guru – itu lebih baik.

Blog ini bukan blog yang lengkap tetapi saya boleh janjikan adalah blog ini tidak mempunyai entri mengumpat orang lain, bahasa kesat dan mengeji atau sengaja mengugat ketenteraman awam.

Blog ini penuh kasih sayang yang melimpah ruah seperti cokelat yang tumpah di ladang gandum kerana hidup biar sedap!

p/s – saya tak kaya dengan blogging tetapi syukur tetap ada rezeki dariNya
p/s – ‘hidup dalam talian’ saya bermula sebagai forumer sejak tahun 2003
p/s – kenal internet tahun 1998 – zaman dail up 1515 berirama
p/s – masih membaca secara senyap beberapa blog ‘senior’ sejak 2003

©kujie – Intan cuti 4 hari – nak hantar kuda pergi service.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. fuyyo…saya berblogging baru 2 tahun. itupun blog bisnes n gambar je. inysyaAllah bila berkelapangan teringin nak ada blog personel
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Alpha Lipid di Utusan MalaysiaMy Profile

  2. Wow, dah 5 tahun tu..
    Jom terjah post menarik dari Shahrul ..Hantar Laptop ke HP Service CenterMy Profile

  3. Blogger juga seperti kerjaya yang lain hanya mereka yang mempu mengharungi berbagai onak dan duri termasuk komen-komen yg menusuk kalbu sahaja yg boleh bartahan lama sehingga 5 tahun. Begitu ramai blogger baru yang lahir dan begitu ramai juga blogger yang hilang dimakan zaman.

    Sudah menjadi tabiat manusia khasnya orang Melayu lebih suka memandang buruk dengan apa yang orang lain buat sedangkan yang memang buruk tak berani di kritik seperti ramai yg sibuk mempersoalkan perkara-perkara sunat yg dilakukan oleh umat Islam tetapi mereka yg berpelisiran lansung tak buat yg sunat dan wajib tidak pulak disibukkan…manusi begitulah sentiasa sangka mereka yg terbaik dan orang lain yg terburuk.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Sayangkan Suami OrangMy Profile

  4. makin lama blog kita makin tinggi nilainya jika tahu manfaatkan blog kita

  5. Selamat ulang tahun blog Kak Jie. Teruskan menulis.
    Teguran2 tu macam leteran mak pada anak2, kadang2 degil sangat kena cubit teliga. 5 tahun penuh warna, dan progressive. Tahniah.
    Jom terjah post menarik dari iza~de~bintang ..Masih Mood AidilfitrikanMy Profile

  6. abgreds pun mula kenal internet zaman dial up 1515 tu. tapi buat blog baruuu jerk. yg abgreds akan ingat, kak ji lah pengomen pertama dalam blog abgreds. komen semangat tuh. tahniah atas pencapaian kak ji..
    Jom terjah post menarik dari abgreds ..Cikgu garang tak pernah senyumMy Profile

  7. 5 tahun.. wah wah waaaaaaah! tahniah! banyak kena belajar kan kakjie kan.. tabik spring!
    Jom terjah post menarik dari ann ..Announcement and I’m in trouble Please HELPPPPPP ME!!My Profile

  8. Lama dah rupanya kak Jie bergelar blogger . Suka ayat kak Jie yang pasal blog kak Jie tu . Memang saya sokong habis la
    Jom terjah post menarik dari Farah ..Dear –My Profile

  9. 5 thun yea kak jie?
    Lame jugak tuh..huhuhu..
    Nway, keep on berblogging kak! :mrgreen:
    biase la kan..kita berkawan dgn smua org..msti ade musuh nye`
    Jom terjah post menarik dari nabiel ..TAIWAN – Al – kisahnye di Tainan part 2My Profile

  10. salam kakjie 🙂

    tahniah 5 tahun … sepertinya baru semalam berlalu 🙂 apapun saya akan tetap membaca laman web kakjie 🙂 walaupun tidak menulis lagi hehe 🙂

    semoga kakjie bahagia bersama keluarga dan selamat hari raya 😉

    salam

  11. Ehem, lima tahun yang lepas saya tidak tahu apa itu blog hehehe.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Kisah seram datang lagi- Cari cicak jumpa pontMy Profile

  12. Salam bertandang seperti
    selalu..moga sihat la yek?
    ermmm..lama tu kak,memang tegar ni
    Jom terjah post menarik dari zulkbo ..Mesej Palsu Di Facebook Cubaan Jahat CLIKJACKERSMy Profile

  13. kalau kat sekolah menengah kena panggil senior nie.. hehe..
    Jom terjah post menarik dari menteil ..Cinta di Akhir UsiaMy Profile

  14. inamohamed says:

    Salam ta’aruf kujie2,

    Ter’eksiden’jumpa rumah kujie2 sebab tengah mencari cara2 nk berblog secara serius & profesional gitu. Tengok tajuk & header terus jatuh hati. Bila baca biodata, ada persamaan gitu. Byk benda saya kena belajar pasal blog nie. So, harap dpt tunjuk ajar dr kujie2 ye.

  15. oh, dengan membaca blog Kak Jie lah, saya belajar menulis dalam blog dengan baik. belajar mana yang transparent mana yang perlu didindingkan. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. Mari ramai-ramai nyanyi lagu Rasa Sayang. Rasa sayang hei rasa sayang sayang hei, Lihat Kak Jie jauh rasa sayang sayang hei. Terima kasih. :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Giveaway by AnaMy Profile

  16. Salam ziarah kak kujie…
    Tahniah…x sangka da begitu lama kak bercucuk tanam dalam dunia ni…

    1 the best point is kak kujie adalah blogger yg da berkeluarga..setiap artikel sentiasa menjejak…moga hal ini menjadi ikutan kami semua…

  17. sudah separuh dekad.. heheh tahniah…

    5 thn dlm dunia blog sudah boleh kira sbgi dewasa kalau tidak pun senior citizen.. erkk.. wokey tak?

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Sireh Pulang ke GagangMy Profile

  18. keep blog. love to drp by here everyday
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Benda best ada akhirnyaMy Profile

  19. hooo komen anony tu amat tak tepat. apa pun kak jie, kita kawan kan?

    oleh itu selamat ulang tahun ke 5.
    Jom terjah post menarik dari tmukmkd ..Logo Ubuntu dalam The IT CrowdMy Profile

  20. tahniah kak jie..for me,kak jie salah seorang blogger contoh,inspirasi, guru dan great..nice knowing u..hopefully one day dpt jumpa kak jie…
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Cikgu Onizuka NuffnangMy Profile

  21. saya pula mula kenal blogging 05 oktober 2005, muda skit dari kakjie

    apa2pun semoga kakjie terus berkongsi di blog ini sebab saya sukakan penyampaian kakjie, ada yg tersurat dan tersirat dan ilmu di situ

    tahniah kakjie
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Analisa pertandingan seo hidup seorang blogger part 2My Profile

  22. blogging ni setiap org lain definisinya
    setiap org rasa puas dia lain
    tak payah nak judge mana2 blogger
    tak payah la nak smpai gaduh2..rugi je

    *hhmm…dh nk 3 taun blogging rupanya

  23. Tahniah Kak Jie. Dah 5 tahun berblogging. Macam-macam cerita yang di terbitkan oleh Kak Jie. Blog kak jie yang selalu saya kunjungi sewaktu mula bertapak di dunia blogging. Kak Jie telah memberikan saya inspirasi bahawa blgging bukanlah suatu perkara yang enteng. Setiap entri yang di terbitkan sudah pasti ada suatu pengajaran di hujungnya. Kak jie adalah seorang blogger yang rileks dan cool. Tak pernah pulak keluar satu entri yang memaki hamun orang lain.
    Tetapi yang menjadi lebih respek pada kak jie adalah , entri yang di terbit bukan pasal duit internet, bukan semata-mata pasal artis atau gosip. Ianya lebih banyak kepada soal kehidupannya. Tetapi ia boleh menarik perhatian saya dan blogger lain untuk datang menjenguk ke sini.
    Kenapa?
    Itulah nilai yang di pupuk oleh Kak Jie selama ini. Jadi tak heranlah mengapa kak jie boleh bertahan sehingga 5 tahun. Thanks Kak Jie.

    P/S : sorry kak jie, terEMO pulak bila menulis komen ni. huhuhuhu

  24. tahniah kak jie.. adatlah kak jie.. manusia kan mudah lupa .. perlu diingat2kan .. ape yg baik kita ambil, yg tak elok kita buang jauh2.. jgn disimpan dalam hati.. ape2 pun lana ttp sokong kak jie.. Hidup Biar Sedap!!!!!!!!!!!!
    Jom terjah post menarik dari L@n@ ..Cerita Raya Sana Sini My Profile

  25. happy anibeseri to blog mama =p

    panjang kisah kita.
    panjang perjalanan kita.

    mana yg sentap2 dlm blog tu kita simpan dlm hati je ma. hihi. sama jugak kita penah baca blog org lain, kita pun sama sentap. (ok.tu yonna LOL) apa pun, blog mama tetap antara yg terbaik untuk yonna! :mrgreen:

    i lebyu lah mama!
    Jom terjah post menarik dari yonna ..JJCM Yonna’s Version 3My Profile

  26. Tahniah. Teruskan berblog untuk sekurang-kurangnya 5 tahun lagi 🙂
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Search engine optimize Blogger page titleMy Profile

  27. wow 5 tahun tu…
    Jom terjah post menarik dari Ayie ..Perkara yang boleh dibuat terhadap CD lamaMy Profile

  28. tak jemu kak kujie dgn blogging ye..
    tahniah..
    saya ni kejap bersemangat, kejap luntur pula..
    Jom terjah post menarik dari hamizah ..Apa yang Saya dah Makan NiMy Profile

  29. selamat ulangtahun HIDUP BIAR SEDAP! biarla ade yang tersentap pun kak.. sebab manusia ni perlu selalu diingatkan, kalau tak hanyuuuuut!
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..rayarayaraya!!My Profile

  30. TAHNiAH kakJie, sudah lima tahun? jauh beza sungguh. Betul, kita pembaca setia blog kakJie, suka sangat dengan blog ini penuh kasih sayang yang melimpah ruah seperti cokelat yang tumpah di ladang gandum kerana hidup biar sedap! teruskan kakJie. Kita menyokong penuh.
    Jom terjah post menarik dari cha ..Seronok menjadi emakMy Profile

  31. waahh..dah 5 tahun
    tahniah kak g
    n hepi 5th anniversary utk blog akak..:-)
    Jom terjah post menarik dari rose ..Gambar2 Beraya di Perak PulakMy Profile

  32. CypherHackz says:

    Tahniah sebab still teruskan menulis sehingga sekarang. Apa yang penting, kita teruskan usaha kita berkarya dan menulis di blog kita.
    Jom terjah post menarik dari CypherHackz ..Shoot Outing – Bandar Hilir- MelakaMy Profile

  33. tahniah..adat la tu..ni bukan sebab kita x tahu bawak diri kak jie, tapi dh memang lumrah manusia..tapi kalau xder orang2 mcm ni memang tak berseri hidup kita kan…

    pe pown smoga kak ji suksess sokmo
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..HujanMy Profile

  34. Tahniah kak Jie sebab dah bertahan selama 5 tahun, semoga akan berkekalan pada tahun-tahun mendatang. 🙂

    kasih sayang seperti cokelat di ladang gandung, pasti penuh dengan kemanisan…
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..IMEI no pengenalan telefonMy Profile

  35. teruskan ber-blogging kak jie sharing is caring…
    saya belum terjebak ……masa tidak mengizinkan..

  36. ye betul, tak berkawan tak semestinya bermusuh..
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Iklan raya Perodua tak habisMy Profile

  37. tahniah k jie. bukan senang nak maintain blog kan. hehe 🙂
    Jom terjah post menarik dari KNizam ..iPhone4 Launch by Maxis at the Gardens Tomorrow ! Watch this Space for the LiveBlog Ya!My Profile