Ben Ashaari Dalam Carta Kujie2.com
Blogger

Ben Ashaari Dalam Carta Kujie2.com

Stastistik dari Google Analytics.

Data ini memberitahu blog benashaari.com menduduki carta no# 1 dalam kagegori BLOG ( kita tolak search engine dan social media spt twitter dan gengblogger )

Nampak ? Menduduki carta no# 10 referral ke blog kujie2.com  – benashaari.com

Siapa mamat tu?

Dia adalah pengasas Kelab BLogger di facebook yang kini mempunyai keahlian 3,085 ahli hingga saat entri ini di tulis.   Saya pun dah join, anda bila lagi?  Kelab yang membenarkan anda tempek link entri terkini tanpa rasa bersalah.

Saya kenal dan ikuti blog Ben sejak Disember 2009 selepas mendaftar di Geng Blogger. Seorang blogger yang hyperactive dengan menghasilkan entri sebanyak 478 untuk bulan April saja. Kalau saya, pengsan patlima puluh kali ! Dia update apa saja isu setiap catatan di pejabat, dalam lif, stesen komuter, dalam LRT atau sambil bersenam di gym.

Dalam masa 6 bulan, Ben mengejar alexa ranking sehingga sekarang berada 188,770. Saya tahu ramai orang mempunyai berbagai tangkapan mengenai trafik , popular atau ranking tetapi ambil saja yang positif – tidak salah untuk merealisasikan target dengan idea dan cara sendiri selagi tidak melanggar norma dan rukun negara.

Saya bangga kerana Ben sentiasa berusaha memberi idea untuk blogger baru mencari jalan untuk menempatkan diri dalam dunia blogesphera ini. Banyak idea dan tips yang diperturunkan , cuma perlulah berusaha sendiri bila sudah mendapat jalan dan arah.

p/s –  ramai pengunjung blog ini adalah datangnya dari search engine – SEO

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Ben Ashaari Dalam Carta Kujie2.com

  1. kagum dengan kesungguhan ben… 🙂
    .-= student´s last blog ..Dunia senang faham susah dapat =-.

  2. banyak gila dia update..jenuh nak baca
    .-= Azizuan´s last blog ..Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.

  3. nanti nak bagi award blogger hyper aktif malaysia kat ben…..
    .-= ishak´s last blog ..Artis melayu yang plastik dan tak original =-.

  4. ini namanya blogger entri.. hari2 buat byk entri.. hahaha
    .-= syahirul´s last blog ..Senarai anime yang hadir dalam hidupku =-.

  5. 478 entri sebulan? maknanya purata 16 entri sehari. fuhh! memang hebat la ben ashaari ni.
    .-= zaiMi´s last blog ..Pembenci Pondan Sebenarnya Suka Pondan =-.

    1. terimakasih chybee…tapi kalau datang dan datang lagi, dia akan masuk group returning visitor…bukan new visitor lagi… naik satu step.

      btw..terimakasih

  6. erk! 478!! menteil nak dapat 47 pun susah, 78 lagilah.. ini 478??!! pergh!! macam tak percaya jer…
    .-= menteil´s last blog ..Merton the Chatroulette Piano Guy =-.

    1. Kak Jie pun sesekali je jejak 48 post…78 pun tak pernah
      apa lagi menteil….uikkkkkkkk…jauh panggang
      sudah le nak nampak pun susah…

      bz ye?

  7. hoho bing pun ada kak :] hebat . tapi jarang betul tengok orang pakai bing kat sekitar malaysia nie .

    Neway big applause kepada Ben coz semangat blogging dia mantap 7 ! ahaha Mel label dia sebagai blogger tegar dalam pembikinan entry .

  8. Ben Ashaari pengasas Geng Blogger jugak kan kak jie? 😕
    .-= Amir´s last blog ..(Review) T-shirt JoomlaYan Untuk Penggemar Fesyen Indie =-.

    1. Haah ek,betul ke kak jie?? ❓
      .-= Nizam6281´s last blog ..KERETA API PINK! WOW! TAPI PONDAN BOLEH MASUK KE?? =-.

Comments are closed.