Buat contact form pada blogspot

By Kujie, 12/05/2009 5:06 pm
Sepatutnya entri saya lain  tapi entah mana silapnya ,  saya terdelete bahan yang dikumpul lebih seminggu.  Sedih juga jadi saya publish saja bahan yang memang sudah ada dalam draft.

Saya ada  ramai kawan blogger yang menggunakan platfom blogspot dan sebagai bekas pengguna blogspot saya tahu blogspot tidak mempunyai plug in untuk ‘contact form’.   Contact form tu macam ” hubungi saya” yang terdapat di atas blog ini.

Apa gunanya ‘contact form ‘ ?

Untuk dihubungi – untuk pengunjung menghantar email kepada kita tanpa kita pamerkan email address di blog. Kadang-kadang saya ingin menghubungi pemilik blog mengenai sesuatu yang peribadiKalau ada ‘contact form’ kan senang.

contoh contact form

contoh contact form

1.  Klik www.emailmeform.com

2.  Atas kanan klik Sign up for free.

3.  Isi data di form yang diberikan – First Name,Last Name,Username,Password,Retype Password dan Your Email ( email yang anda akan menerima pesanan nanti )

4.  Sign up .

5. Buka email dan klik pada link yang dihantar untuk mengaktifkan (verifikasi) akaun.

6. Setelah sign in dan memasuki panel akaun, klik Create new form.

7. Isi beberapa data pada form

Web form Name : isi dengan nama yang anda inginkan seperti Hubungi Saya , atau biarkan saja (sudah tertulis Contact Webmaster).

Recipients Emails : » isi dengan alamat email yang akan menerima pesanan.

Spam Email address : » isi dengan alamat email yang di inginkan untuk menerima pesan spam (email sampah, email iklan, dll) atau kosongkan saja.

Thank you page : » isi dengan alamat URL yang memuat tulisan terima kasih atau tulis saja alamat blog anda.

Number of fields : » biarkan 4 saja.

8. Klik Next. Ada beberapa field yang boleh kita gantikan mengikut kesesuaian seperti Your Name digantikan dengan Nama.

9. Klik next, dan next sehingga akhirnya anda klik finish.

NOTA : Kalau tak mahu word verification , pada step 4 , Anti Spam – tick None

10. Klik Get the HTML codes dan copy .

Untuk diletakkan pada blog, seperti biasa .  Layout > Add a Gadget > Pilih Text dan paste code tadi.  Save pada mana²  tempat yang dikehendaki.

Contoh contact form saya di blogspot > [sini ]

Post Lain Yang Berkaitan

44 Responses to “Buat contact form pada blogspot”

  1. fazemy says:

    Nak free2 nak buatla..

    fazemys last blog post..Errr…

  2. Melayu Boleh says:

    emm, bagus ni..
    inilah satu nya kelemahan blogspot..
    tp mujur ada cara lain..

    Melayu Bolehs last blog post..Boleh Jika Fikirkan Boleh

    Jie Reply:

    @Melayu Boleh, teknologi sentiasa kedepan..kadang2 kita yg tak terkejar

  3. BAGAK says:

    ada contact form

    senang kawan2 nak hubungi dan bercerita hal2 yang rahsia

    BAGAKs last blog post..Kaedah Cuba Jaya

    Kujie Reply:

    @BAGAK, kadang2 pengunjung yang sesat ke blog ada sesuatu yg hendak di tanya atau diberitahu tapi malu atau segan nk hantar pada kotak komen

    inilah gunanya :lol:

  4. GM says:

    Ingat baru nak try letak satu kat blog.. guna kontactr pun ok gak. :D

    GMs last blog post..Kidokiller

    Kujie Reply:

    @GM, apa2 pun boleh….cuma nak bagi jalan pada kawa2..
    kalau boleh letak lah
    mana la tau ada yg nak menghubungi

  5. yonna says:

    mama ni cikgu yang bagus dan penyayang :D
    selamat hari guru,mama! :)
    i miss u!

    bila nk bukak tikar kelah2 ni? :mrgreen:

    yonnas last blog post..a . b . c

    Kujie Reply:

    @yonna, hehehe..lama dahhhhhhhhhh tak pergi acitiviti mcm tu
    tiap hujung minggu bz yg amat
    minggu ni nk p CH

    sile lah jeles :mrgreen:

  6. rbc says:

    assalamua’laikum kujie,
    Kenapa lah saya baru jumpa sekarang ni… dah penat mencarinya.Tapi tak per..nasib saya cukup baik bila dah jumapa contact form ni.Terima kasih tuan tanah yer .Selamat maju jaya.

    rbcs last blog post..Bagaimana Membuka PDF Yang Di Kunci

    Kujie Reply:

    @rbc, sama-sama…tutorial ni dah lama ada kat blog saya yang satu lagi

    hari ni pindah ke sini sebab saya ada ramai kawan2 yg menggunakan blogspot..kadang2 sy ingin menghubungi mereka untuk hal2 yg peribadi :mrgreen:

  7. sally says:

    tengkiu kak, pelajaran baru bagi saya yg masih baru..

    sallys last blog post..Happy Mother’s Day

    Kujie Reply:

    @sally, baru berblog je…
    kalau nak kita baru tu………. hehehehe dah lama dah agaknya :mrgreen:

  8. mohdisa says:

    Yes, jumpa akhirnya. Lama juga saya mencari, terima kasih.

    mohdisas last blog post..Projek Link Exchange Dilancarkan!!!

    Kujie Reply:

    @mohdisa, sama-sama..sharing is caring
    sebenarnya dah lama ada kat blog lama saya tutorial ni

    mohdisa Reply:

    @Kujie, oic. thanks kujie, anyway ada tak tutorial pasal nak wat komen from mcm ni?

    mohdisas last blog post..PERCUMA.cc Memendekkan URL?

    Jie Reply:

    @mohdisa, komen ini gunakan wordpress
    tapi utk blogspot pun ada, try guna

    js-kit.com/comments/

    mohdisa Reply:

    @Jie, oic. thanks. Nak kena cuba dl ni. hehe

    mohdisas last blog post..Mencari Template Yang Sesuai

  9. samdaddycool says:

    Terima kasih sifu!

    samdaddycools last blog post..Selamat Hari Ibu 2009

    Kujie Reply:

    @samdaddycool, tau fu fa mmg sedap..nak2 time panas2 mcm ni :mrgreen:

    samdaddycool Reply:

    @Kujie, ye la tu kak Jie….. :mrgreen:

    samdaddycools last blog post..Voucher Seng Heng Percuma RM500

  10. memang boleh wat. tapi kene hack la template tu..

    ohmelayu | Melayu Bolehs last blog post..Bola Sepak Malaysia: Semangat Melayu Boleh kian pudar..

    Kujie Reply:

    @ohmelayu | Melayu Boleh, tu masa 4&5hb Mei…The issue is fixed and our service is running at full capacity.

    dah try tadi..hntr msg , ok

    Kujie Reply:

    @ohmelayu | Melayu Boleh, baru sign in, edit form lama… dah boleh

  11. ibnmasir says:

    dulu dh buat..pakai kontactr tp x penah gune, hehe.. :mrgreen:

    ibnmasirs last blog post..Demokrasi ialah…

    Kujie Reply:

    @ibnmasir, tak de org hantar email ye
    belum masa la tu..kadang2 bila org nak guna..dia mencari2
    letak tempat yg senang dilihat dan senang digunakan

  12. TokNabe says:

    Kalau selalu ikut perkembangan hidup biar sedap ni…… baru boleh sedar banyak toturial berguna untuk kekawan…… tak payah bayar pulak tu.

    TokNabes last blog post..Minggu Yang Penat

    Kujie Reply:

    @TokNabe, kat blog lama sy ade..kt sini ikut keadaan je

  13. zamz says:

    isk takde pun org nak contact hehe ni malas nak buat nih :roll: :roll:

    zamzs last blog post..Ronaldo ke Real Madrid

    Kujie Reply:

    @zamz, sbb tak de la org tak contact
    kalau ade….mgkn ada yg akan menghubungi

  14. maza says:

    heheheh

    kalau teringin nak hubungi maza, ah! Sudah pasti Kujie tahu bagaimanakan..?

    hehehe

    sebut sahaja nama maza 200X sebelum tidur…. insyallah bisa ketemu maza…

    wakakakakkaa

    mazas last blog post..Harga Petrol Naik!

    Kujie Reply:

    @maza, amboi…………amboiiiiiiiiiiii….mentang2 dok sorang2..nk suruh kita dtg dlm mimpi dia le pula :mrgreen:

  15. iza says:

    Yeay . Tukang rumah dah buat siap2 utk Iza… best betoi :smile:

    izas last blog post..Selamat Hari Misi Sedunia…

    Kujie Reply:

    @iza, pakej lengkap…tgh rajin..hehehe :mrgreen:

  16. zino says:

    bagus juga ni nanti boleh le menerai nya..

    zinos last blog post..bahasa

    Kujie Reply:

    @zino, senang je nk buat..sekali je
    letak email kat blog agak bahaya utk dispam

  17. OD says:

    Renyah ler untuk orang tua macam opah ni, Jie. Opah SMS Jie terus. Kan senang. :grin: :evil:

    ODs last blog post..Pernahkah…

    Kujie Reply:

    @OD, paling mudah ni..tutorial lengkap setiap steps

    ikut je..tk de sesatnya

    hehehe…sms 50 sen tau :p

  18. Abang Long says:

    Salam hormat wahai Kujie.

    TERIMA KASIH Cikgu

    Abang Longs last blog post..AURA MINDA

    Kujie Reply:

    @Abang Long, sama-sama… :)

  19. Azah says:

    k.jie mmg byk buat tutorial ek?
    bagus la…

    Kujie Reply:

    @Azah, ikut permintaan kawan2..
    kebanyakkan kt blog lama kak jie

  20. topo says:

    hohoh mmg sedang me cari bnda ni.. trimas..

    topos last blog post..dapatkan trafik dengan nuffnang XChange…

    Kujie Reply:

    @topo, dah lama ada kt blog tutorial kak jie…blog lama

Panorama Theme by Themocracy