Diet yo-yo ?

By Kujie, 14/09/2009 8:28 am

Ahli Psikologi Klinikal, Datuk Dr Mat Saat Baki menjelaskan bahawa permainan yo-yo bukan sekadar menghayun dan menangkap semula gandar roda yang disambung dengan tali. Sebaliknya bermain yo-yo akan menggunakan fungsi kiri dan kanan otak.

Terdapat empat proses utama otak semasa bermain yo-yo iaitu tumpuan, koordinasi mata-tangan, kreativiti dan ketangkasan manual.

Ketika tumpuan diberikan ke atas yo-yo, seseorang pemain boleh bertindak mengikut teknik dengan jayanya hasil daripada tindakan otak di sebelah kiri yang juga memproses mengikut lelurus, urutan dan secara logik.

Pada masa yang sama, bahagian kanan otak yang lebih dikaitkan dengan keterbukaan kepada pengalaman dan gerak hati dalam melakukan sesuatu adalah bertanggungjawab kepada kreativiti.

bermain yo-yo juga boleh memperbaiki prestasi akademi seseorang, apabila proses belajar dan berfikir itu dipertingkatkan semasa kedua-dua bahagian otak digunakan secara seimbang.

Trivia

Kelab Yo-YO Malaysia yang berusia lima tahun itu kini mempunyai lebih 200 ahli berdaftar di seluruh negara, dengan 700 anggota internet yang aktif.

Yo-yo yang paling mahal pernah dihasilkan diperbuat daripada magnesium, silikon nitrit atau bahan eksotik yang boleh mencapai harga sehingga RM1,000.

Antara teknik yang menggabungkan unsur akrobatik – “walk the dog’, ‘rock the baby’ dan ’sky rocket’

Antara teknik-teknik bermain yo-yo

  • ‘off-string’ (tali tidak diikat secara langsung kepada gandar yo-yo, dilepaskan ke udara dan ditangkap semula dengan tali tersebut)
  • ‘freehand tricks’ (yo-yo digunakan dengan satu ‘counterweight’ di satu lagi hujung tali dan bukannya dilekatkan kepada jari).
  • ‘electronic fan’ yang mana tali yo-yo tidak diikat di jari, sebaliknya digerakkan dengan dadu.

Sumber : Bernama

fantasi dan impian seorang gadis sunti
DIET ‘YO-YO’
Bersilih ganti antara tidak makan dan/atau makan terlalu banyak. Oleh sebab anda tidak makan, anda akan lebih cenderung makan terlalu banyak kemudiannya kerana berasa kelaparan.

” Jamuan Berbuka Puasa akan diadakan di Carousel Restaurant , Palace Of The Golden Horses pada hari Ahad 20.9.2009. Makanan adalah secara POYLUCK. Sekian tq ”

* Tempat dan tarikh adalah rekaan semata-mata.

Sekiranya menerima sms seperti itu, adakah ianya satu bentuk  jemputan atau pemberitahuan?

Post Lain Yang Berkaitan

22 Responses to “Diet yo-yo ?”

  1. Eddie says:

    good fact. aku sker sangat kalau cerita bab hotak ni :mrgreen:
    Eddie´s last blog ..Raya 2009 – Kemeriahan yang tidak disangka My ComLuv Profile

  2. fiezabaiduri says:

    lama sungguh dah tak main yoyo.

    diet? yo yo o jer lebih.huhu.. :lol:
    fiezabaiduri´s last blog ..Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak My ComLuv Profile

  3. BDewa says:

    Selamat Hari Raya Jie… Maaf zahir dan bathin… Harap halalkan apa jua bantuan yang telah Jie sedekahkan kat saya… hihiiii

  4. Kak Long says:

    Dulu masa masih bersekolah, suka sangat main yo-yo! :razz:
    Kak Long´s last blog ..Manusia dan Kesakitan My ComLuv Profile

  5. haritz says:

    kalau yoyo-yoyo tu boleh makan pun dia bedal gak hehe :mrgreen:
    haritz´s last blog ..Patrick Swayze dies at 57 My ComLuv Profile

  6. etomyam says:

    memang suka n minat main yoyo, …btw SMS tu ‘poyluck’ ke ‘potluck’…apa ke hal bawak makanan sendiri pegi hotel tu? nak kena halau kat hotel ke? heheheh

  7. nuaeman says:

    saya suka yo-yo yang ada lampu.. :D
    nuaeman´s last blog ..Salam Akhir buat isteri tercinta.. My ComLuv Profile

  8. imanshah says:

    Saya dulu slalu gak main yoyo..nak kater terer tu idak la

  9. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Ada juga pendapat menyatakan setiap perbuatan yang melibatkan seni pergerakan tangan boleh mencergaskan pemikiran dan jangan lupa, pergerakan kaki pula meransang perasaan, wallahualam.

    Terima kaseh salam hormat.
    pakcikli00´s last blog ..ala mak kawinkan aku My ComLuv Profile

  10. Blowie says:

    Kakjie cuba bgtau visitor eh yg kita sepatutnya tak payah menahan lapar? jom makan time zohor nnt,hehehe

    dulu saya mmg gila main yoyo,siap ade set box,minyak yoyo,sarung tangan,tali dan mcm2 lagi. hahahaha,mcm2 skill cuba buat :P
    Blowie´s last blog ..Perbezaan otak lelaki dan perempuan~~ My ComLuv Profile

  11. syukran says:

    setakat main biasa2 boleh la…

    ckp bab buka puasa, ada masjid kt kota damansara…makan mcm2…lepas tarawikh nak dgr ceramah boleh , nak kuar lepak makan cendol free pun ada…hmm..rezeki tu. sy dgn kwn2 pnggil masjid orang kaya :smile:
    syukran´s last blog ..Tip-Panduan-Info: Opera 10 vs Mozilla Firefox My ComLuv Profile

  12. safar says:

    yo-yo? saya rasa cara kuno ada berkesannya.cuma tinggal cuba sahaja.apa kata cuba jamu.orang perempuan mesti suka.

  13. Tekkaus says:

    Ya! Tak ya juga kan? Kalau main yo yo memang boleh melatih kedua-dua belah otak kan sebab kena guna dua tangan.

    Ok lar! Saya nak beli yoyo! :)
    Tekkaus´s last blog ..Foongpc’s Gift From Guilin My ComLuv Profile

  14. samdaddycool says:

    nick name sayamasa di utm dulu yoyo.. :lol:
    samdaddycool´s last blog ..Menang hadiah Periuk @ Kujie2 My ComLuv Profile

  15. baloot says:

    sebab tu buka puasa makan ala kadar je. nanti sahur tak lah rasa lapar sangat sebab ruang perut buka tak luas sangat. :mrgreen:
    baloot´s last blog ..Teknik Photo Manipulation Menggunakan Adobe Photoshop My ComLuv Profile

  16. Lan Bingka says:

    pandai cermin tu menipu..
    Lan Bingka´s last blog ..Cuti 6 hari My ComLuv Profile

  17. maza says:

    Den dah slim.. hehhehehe :mrgreen:
    maza´s last blog ..Ramadhan: Kampung Cacing # 4 My ComLuv Profile

  18. shea says:

    akak,sy ada bc post akak dlu yg psl akak dpt buku kebaya nyonya tu…erm,rs2 nye kan, kat mana ek leh sy dptkn buku tu?sy ada thesis nak kne wat…tq..
    akak kalo tau,leh x emelkan pd sy kat mana ada jual buku ni…thx!!
    purplishea@gmail.com

  19. kruel74 says:

    20.9? Bukan raya ke tu… :mrgreen: Diet memang selalu yo, yo. Bak kata orang Nogori (eden nyo nogori lah tu, Yo Yo Jo…
    kruel74´s last blog ..Beyond a Reasonable Doubt is TV on the big screen My ComLuv Profile

  20. Dr House says:

    Main yo-yo pun guna 2 belah otak ye. Kalau x silap yo-yo acrobatik dari China tu lagi besar dari biasa. Dari mana asal perkataan yo-yo? Dari rappers yo ke?
    Dr House´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin My ComLuv Profile

  21. mrs azmi says:

    erk?! yoyo tak pandai maen! diet ‘yo-yo’ adela terjebak jugak! hiks :lol: :lol:
    mrs azmi´s last blog ..healthy heart My ComLuv Profile

  22. beliamuda says:

    sms itu satu gurauan? lama dah tak main yoyo ni..
    beliamuda´s last blog ..(Wali Band) Kekasih Halal – Ku Rindukan Gadis Berkerudung Merah My ComLuv Profile

Panorama Theme by Themocracy