Dilema Menulis Advertorial

Bagi saya ada beza mendapat imbuhan dengan menulis produk yang saya cuba dan rekemenkan kepada pengunjung blog dengan pengalaman sendiri berbanding post entri yang dibayar tanpa kita alami pengalaman tersebut.  Perbezaan juga pada menulis entri berbayar dengan iklan yang diletakkan di blog melalui syarikat pengiklanan.

Itulah prinsip sehingga saya menolak menerima satu advertorial yang ditawarkan minggu lepas walaupun dibayar mahal. Saya tidak mahu bertanggungjawap membawa kawan-kawan saya mendekati perkara-perkara yang memudaratkan.


Credit: Abe

Adakah dengan menolak tawaran tersebut membuatkan saya keterlaluan menjaga kredibiliti . Saya seolah-olah blogger yang tolol menolak tuah. Tetapi selepas difikirkan , saya langsung tidak menyesal kerana keputusan tersebut dan saya yakin inilah perasaan ‘memiliki kuasa ke atas diri sendiri ‘.

Walaupun saya bernafsu mencari keuntungan melalui blog tetapi ada sebahagian dari diri saya menghalang untuk memanipulate pengunjung demi kepentingan diri sendiri. Berlaku konflik disebalik halatuju dan minat saya menghasilkan blog ini.

Saya tahu kelemahan diri – menulis untuk memuji!   Saya tak pandai mereka cipta kata-kata hanya sekadar ucapan.  Tiap kali cuba melakukannya saya seperti kehilangan diri sendiri.  Seolah-olah tidak dapat tidur memikirkan saya telah mengambil kesempatan keuntungan ke atas kawan-kawan sendiri dikala mereka tidak sedar.

Pernah tak awak mengalami dilema seperti ini?
Adakah duit boleh mengubah prinsip yang dipegang selama ini?
Adakah awak gembira dengan keputusan yang telah dibuat selepas itu?

Nota : Saya tidak berniat mempertikaikan mereka yang menulis advertorial, kita mempunyai personal code yang berbeza. Ini adalah pandangan diri sendiri mengenai hubungan wang dan nilai peribadi.

p.s – dapat offer lagi…serba salahnya!

©kujie – dibanding dengan usia blog, dan kedudukan ranking,  saya masih ‘blogger miskin’

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “Dilema Menulis Advertorial”

  1. Cara penilian yg salah berapa banyak duit, berapa besar kereta, berapa besar rumah …eehhh berapa bini??? memang salah salah salah…saya bercampur bisnismen cina mereka very very very low profile bukan sebab baik sebab tak mau kena kejar LHDN…tapi Melayu …tak percaya tengok lah kat majalah…semua nak tunjuk.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Imam Muda program realiti Astro Oasis bermula langkah pertamaMy Profile

  2. 1. Macam mana nak terima menulis Advertorial kalau minta promosi konsert walaupun syarikat satu dunia tahu …bayangkan lah kalau seorang je pembaca yg pergi konsert …woooo ada saham tu.

    2. INsyallah rezeki dari Allah dah telah ditetapkan dan pasti ada walau di mana pun yg penting kita terus menulis ada yg sedang melihat kalau tidak di atas di bawah pun ada.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Imam Muda program realiti Astro Oasis bermula langkah pertamaMy Profile

  3. oo begitu sekali sekarang ni ya kujie?

    saya tidak berada di tempat kujie. jadi saya tidak dapat memberi pandangan yang adil.
    apa pun, kita seboleh mungkin bertindak mengikut gerak hati dahulu, kemudian baru kita rasionalkan…

    setiap tindakan ada pro dan kontranya kan, pastinya kujie lebih matang dalam hal ini
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..tidak punya maknaMy Profile

  4. sebenarnya menulis adv ni memang berisiko sikit walaupun harga bayaran yang diterima agak tinggi( memang tinggi bangat).. tapi kena igt, kalo kita tulis sekadar hendak dapat duit, takut macam tak berkat pulak. Lagi la kalau dalam adv kita terpaksa menipu.. >.<
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Kantoi mencaribukan 18sxMy Profile

  5. Saya rasa, kalau dapat trafik dan elexa yang cantik, itu satu kepuasan seorang blogger bermain dengan SEO. Rezeki boleh datang dengan iklan yang dah ada dan pelbagai cara yang lain, tak semestinya dari advertorial.

    Masing-masing ada prinsip dan etika tersendiri. Macam saya sendiri, kalau nak ikutkan masa tengah sengkek, tetiba dapat job tulis entry pasal ‘gambling’ – nak tak nak, memang kena tolak.
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Intensedebate yang mesra backlink bagi blogspotMy Profile

  6. semua tu bergantung pada kita… kalau rasa benda tak betul, takkan nak perdaya orang lainkan?… tapi benda yang buruk lah…

    setiap orang berbeza tingkat dia… sesetengahnya ada kata benda ni tak baik dan sesetengahnya kata benda ni boleh….

    macam gula putih la jugak…. doktor da kelaskan sebagai bahan racun (baca kat mana ntah) tapi pengeluar kata itu makanan…

    selebihnya terletak ditangan kita….hehehehe “kuasa ditangan anda”…
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Dunia Blog- Terima Kasih Tau…My Profile

  7. cap jempol pun berbeza, kan?
    ni kan perkara mcm ni…

    maza suka menulis di atas pengalaman sendiri…(errr setakat hari ni ler.. hehehehe)

  8. hum..betoi betoi..slalu gak jalan2 kt blog2 org lain,tgk depa buat iklan advertorial,tp mcm entah apa2..kalau kita guna produk tu,kita mmg suka betul,mmg akan promote.kalau org tak bayar pun takpa,asalkan kita dpt share kebagusan 1-1 produk tu.kalo promote tiptop,tp produk hampes,xpasal2 kita pulak disalahkan.kan?
    Jom terjah post menarik dari anis ..BaPak KeTaM Dan ANaK KeTaM Yg BerJaLaN SeNgeTMy Profile

  9. tak apa lah Kak Jie..duit hasil dapat dari iklan yang Kak Jie rasa was-was tu kalau dapat pun mungkin tak menenangkan hati Kak Jie, so dah tolak ni let go je lah..kalau kita jujur, ada rezki lain Tuhan bagi..
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..The S-wordMy Profile

  10. kepuasan diri sendiri – kadang2 terbitkan entri yg kita sendiri tak seronok… rasa mcm tak sesuai je…dgn blog peribadi

  11. saya baru dapat tawaran. apakah ianya sama dengan kak jie? beria betoi orang tu reply email. saya jugak punya prinsip. tak semua saya lakukan dengan kadar bayaran. kerana pertolongan ikhlas itu lebih tinggi nilainya.

    sekarang ni cuma saya nak tau apa yang dia nak saya tulis. sekiranya saya menulis tentang sesuatu produk, saya lebih mengambil jalan selamat seperti mencarik adakah ianya sumber sah termasuk lah kelulusan dari kementerian kesihatan. adakah produk tersebut tersenarai. berkata bagus tidak sekali kerana hidup saya tidak bergantung kepada mana-mana produk kesihatan kecuali dikenali umum semata-mata.

    P/S: Produk tak sihat saya ada banyak bleh rekemen. hehehe. kak jie pon tau rasanya. *aiyark*
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Kadang-kala bukan nak berbangga- tapi rasa puas kalau usaha berjayaMy Profile

  12. tahniah..pendirian akak teguh..jangan risau pasal rezeki…
    akak tolak yang ini..akan datang lagi yang lain…
    yang mungkin menepati citarasa akak…
    saya tunggu saat itu..apa yang menepati citarasa akak..
    Jom terjah post menarik dari anak ..Miles of smileMy Profile

  13. rezeki kak jie..tp bg saya,kalau kak jie rasa apa yang kak jie buat betul,just teruskan..sebabnya biarla hanya kita yang tahu even ada setengah orang cakap kite ni sombong ke or something like that:)
    Jom terjah post menarik dari farah ..Tajaan Domain&Hosting Untuk AndaMy Profile

  14. salute dengan pendirian kak jie.walaupun ganjarannya boleh tahan, kerana pendirian kak jie bertahan. kerana sifat gini la saya rasa ramai yang ikuti kujie2.com ni.

  15. kadang2 dapat job dari churp2 pun fikir banyak kali nk buat ke tidak…. banyak yg tak buat dari buat
    sebab tu earning belum dpt cash out…ada iklan yg tak suka nak buat…

  16. Ohh.. menulis advert tweet pun macam tu juga, ada iklan yang seronok ditulis.. ada yang tidak.. percaya atau tidak, biasanya iklan yang ditulis dengan rasa seronok biasanya perform better compared to iklan yang ditulis dengan perasan susah.
    Jom terjah post menarik dari zuls ..Sponsored Tweets – Cashout Lebih AwalMy Profile

  17. semua yg diterima bukan produk – rancangan tv dgn peraduan . Selalu menolak advertorial, kadang2 rasa betul ke cara macam ni
    habis tu kenapa nak kejar2 trafik, ranking bagai tapi bukan utk dapatkan income macam tu…

  18. emm….x pernah dpt pun… dn teringin ank mencuba.. tp x der rejeki..hehehe…

    betul..berbeza mengalami dgn hanya mempromote tp x mengalami…
    mcm bersalin la.. yg pernah dn belum..mesti lain cerita di dengar dn bercertia..hik3..

    erk… hehehe

  19. Bagi saya, saya tetap akan pegang pada prinsip, sebab andai duit yang jadi panduan, pasti suatu masa nanti akan rosak pegangan. Macam saya bukan berkaitan ngan advertorial, tapi perkara lain yang melibatkan duit, walaupun mungkin nampak mahal peluang yang diterima, namun dengan prinsip yang ada. kita akan sentiasa tenang walaupun tanpa pendapatan tersebut.

    Lain pula jika kita lupakan prinsip kita, dan lakukan juga demi pendapatan yang lumayan. Kepuasan yang dicari mungkin tidak sehebat kebiasaannya.

    -sekadar pendapat peribadi, lain padang lain belalang.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kehidupan adalah gedung ilmu yang luasMy Profile

  20. halllamak. bravo punya post ni 😆 1 nama je berlegar2 kat kapla yonna masa baca entry mama. u know i know dah la hahaha.

    betul jugak ma, kang beria2 kita promote,tempek kat kulit muka, kat bada, esok2 org lain pakai,jadi buruk, nama kita jugak busuk. so, baik lah tolak dr terima.

    p/s : last tgk adv job kt blog mama, iklan astro yg opah tu. ke ada lg?
    Jom terjah post menarik dari yonna ..Untuk Orang Pemalas Macam AkuMy Profile

Comments are closed.