Duit raya dari Nuffnang dan Nuaeman

Intan dah balik dan bawa satu beg jajan dari sekolah sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Tahun ini bukan McD tapi KFC. Kotak KFC dengan sudu dan tulang ayam saja yang di bawa balik.:lol:

Selain segala mak nenak jajan tu, ada juga kotak pencil dan alat tulis.  Intan longgokkan macam tu kemudian  suruh kami pilih apa yang mahu.

Walaupun hari ini tak jadi buat pasport, saya dapat 2 berita gembira.

1.  Pagi tadi baru terperasan ada cek dari Nuffnang yang lencun dalam peti surat.  Dah jemur dan cek tersebut masih elok.  Harap² tiada masalah sewaktu  nak bank-in nanti.  Kali pertama dapat cek nuffnang saya berjoli pizza hut dengan anak² sempena Hari Ibu, cek kedua saya belikan cermin mata baru untuk Along.  Yang ini bolehlah buat pasport.

2.   Saya menang !  Saya menang !  Rezeki Syawal.

Saya pernah memasuki Peraduan Pengeluaran Kwsp Untuk Membeli Emas dan mendapat hadiah saguhati berupa RM 15 ( Sebol nanti Kak Jie sms nombor akuan ye ). Hari ini saya mendapat tempat ke-2 Ramadhan Contest yang dianjurkan oleh Nuaeman .

Posting Ramadhan dalam hidup saya telah diadili oleh juri untuk mendapat tempat kedua. Malu pun ada kerana tulisan blog saya kadang² selalunya gagal menggunakan tajwid, nahu dan tatabahasa yang betul.

Ini hadiah  duit raya yang bakal saya terima :

Tempat Kedua

Satu China HandCraff, Sebuah Buku Azizi Ali-Millionaires are from a different Planet dan Wang Tunai 5 usd / RM 15.

Terimakasih Nuaeman…. erk..siapa juri ye, nak hantar hamper raya.:lol:

Semalam saya ambil kesempatan membaca kisah pemenanang pertama Samdaddycool. Perjalanan hidup yang sangat tragis dan bagaimana beliau berusaha gigih bangkit dari segala kekalutan hidup. Harapan saya semoga beliau terus berjuang, jatuh bangun , marah, menangis, ataupun murung. Bangkitlah, berdoa, berserah diri, dan hadapi… sehingga Allah menurunkan anugerah-Nya.

Jangan difikirkan menang atau kalah, berjaya atau gagal. Kita tidak tahu apa yang ada di depan, Allah menyimpannya. Sebagai hadiah.

Kemudian saya mencuri peluang yang ada membaca pula kisah pemenang ke-3 , farahaznil. Panjang karangan dan serba lengkap – top to toe dengan kisah ponteng puasa, mercun, terawih, bazzar Ramadhan dan banyak lagi. Opss..sudah pasti orang perempuan akan bercerita tentang langsir dan baju raya.:mrgreen:

p/s … pagi tadi nak buka Teratak dapat 404 Forbideen, suspen betul tapi alhamdulilah board dah kembali seperti biasa.

p/ss… Sabtu & Ahad saya ada banyak jemputan ‘open house’ ….gantung periuk dan berjalan bawa perut macam stokin…:lol:

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

58 thoughts on “Duit raya dari Nuffnang dan Nuaeman”

  1. Pingback: Bulan madu di awan biru…hanya kita berdua | Hidup Biar Sedap
    1. @samdaddycool, ada credit card tapi tunggu lepas blk bercuti lah..hehehe
      tgh mood nk pergi bercuti ni :mrgreen:
      Anniversary bulan lepas….. g honeymoon 😆

  2. Pingback: Saya jumpa harta karun | Hidup Biar Sedap
  3. Salam..

    Thaniah atas cek nuffang dan kemenangan contest nuaeman (kita sama-sama menang)..

    and thanks atas doa utk saya… Insyaallah saya akan lebih kuat dan tabah dalam mengejar cita-cita dunia akhirat… amin.

  4. sedih nyer…banyak giler dapat duit nuffnang…aku gak yg xdpt2 lg…xcukup lg haa….sedey ! 🙁

    |1f34|-|1r3s last blog post..HITB Security Conference 2008

  5. dedulu kat sekolah, hari kanak-kanak sedunia tade pong mcd mau pun kfc..best nye bebudak sekolah sekang.. 🙂

    arins last blog post..Teringin arrrrrrrrrr …

    1. @arin, budak2 skrg ni mmg beruntung..
      tapi sekolah lain tak de mcm tu
      sekolah Intan je..sejak zaman along lagi mmg tiap thn ade sambutan

  6. Waa murah rezeki… lempaq mai mamee satu kat ceQ.. 😎
    Hari tu Kak Jie masuk contest namakan mpv proton kan??
    Mana tau kot2 rezeki vroom vroom mai depan mata… :mrgreen: :mrgreen:

  7. bestnya, rezeki dtg mencurah2. 😀 Rezeki harus dikongsi kan kan kan hehhehe 😛

    yatis last blog post..Jika Masih Ada…

    1. @intan, xsen dia tau
      mentang2 semua tu dia punya
      sekolah bagi kfc, kotak pencil dgn epal je
      yg lain2 kawan2 sekelas bawa..tukar suka sama suka
      mcm pot luck la gitu..visi kanak2. :mrgreen:

  8. x pernah merasa duit nuffnang.. x pernah menang kontes apa2 pon.. huhu.. 😥 tp selalu bergembire atas kejayaan org lain..

    p/s: apsal trafik saya jatuh mendadak nih? Ada sesaper ke yg merasakan blog saya susah utk dimasuki?

    smaelzs last blog post..Kate Perry – Hot N Cold

    1. @smaelz, itu baru 2 kali masuk..dpt pula…hehehe

      a’aha….trafik mmg merosot bln syawal ni
      tak ramai yg rajin nk surf internet…dulu time lunch masing2 mengadap pc
      skrg ni time lunch pakat merayau open house sana sini

  9. Tahniah kak jie.. rasanya kak jie hantar hamper tu kat saya jee pun boleh.. hehe..

    nuaemans last blog post..Keputusan Ramadhan Contest!!

    1. @yonna, hahaha…lalalalala….. makcik kayo…makcik kayo…. kaya pandan sapu kat gardenia :mrgreen:

      open house tatau lagi, susah nak rancang kalau Sabtu/ Ahad ni..selalunya hari tu cik abe yang conquer…

    1. @NoktahHitam, Request date – 17 August, earnings skrg pun dah lebih dari cukup untuk minta baru. Tunggu hujung bulan kot..hehehe 😆

  10. Pingback: negaraku.net

Comments are closed.