Entri Ini Tiada Perkataan Jangan

Saya suka si dia. Dia nampak  comel dan saya nampak  kejam macam mak tiri bawang besar!

Saya tak pernah halang sesiapa untuk buat apa dengan akaun Twitter mereka dan seperti itu jugalah saya mempunyai hak penuh keatas akaun Twitter saya untuk buat apa yang saya suka.  Tiap orang create akaun Twitter dengan berbagai sebab yang berbeza dan kerana itu masing² berhak untuk terima perbezaan minat, aliran, keselesaan atau penerimaan semua orang.

Saya tak kisah kalau ada yang nak main #hashtag macam budak² – go on tetapi saya berhak melindungi diri saya dengan keselesaan sendiri.  Nak unfollow atau nak block. Saya tak kisah kalau ada yang nak spam timeline dengan RT Triberr walau dia sendiri tak baca entri tersebut tetapi saya berhak untuk melindungi timeline saya mengikut sesedap mata sendiri.

Bagi saya, trafik penting tetapi membina persahabatan itu lebih penting. Saya lebih berminat bertwet dengan ‘human’ bukan ‘robot’ kerana itu tujuan akaun Twitter saya dibina.

Kalau saya nak baca entri blog seseorang, saya ada Google Reader, Rss atau Bloglist jadi saya agak terganggu bila setiap kali seseorang upadate blog mesti mention @kujie di Twitter.

Satu post entri mention 4 orang dan 3 darinya RT – 1 x 3 = 3 mention
20 orang mention – 3 x 20 = 60 di timeline
kalau 50 ? 100 ?

Majoriti kawan² Twitter saya  bukan ‘trafik hunter’ , mereka adalah blogger yang punya originality , menulis secara santai dan  kami bersosial membina persahabatan hingga pernah bertemu secara in real life.

Kawan²  Twitter saya juga  kebanyakkan orang² hebat yang   ‘down to earth’ yang sangat saya hormati. Tak kan saya yang ‘cikai²’ ni tergamak nak spam timeline mereka?  Kalau nak RT pun kebiasaannya entri itu telah dibaca terlebih dahulu dan punya nilai untuk dikongsi bersama.

Sekali lagi saya tegaskan , saya tak menghalang sesiap pun buat apa dengan akaun Twitter masing², kerana saya tidak dapat menguasai seseorang mengikut kehendak saya.  Apa yang saya mampu buat adalah menjaga diri sendiri mengikut keselesaan.

Entri ini tiada perkataan Jangan … jadi buatlah apa saja mengikut kehendak masing² , what you give, you will get back.  Saya berlagak dengan orang, siapa nak follower saya, ye tak ?   Garang je…. asyik nak menegur orang macam dia sorang je betul…

Saya terima keadaan itu kerana saya tak ganggu ruang hidup orang lain.

Tapi…saya tak de lah garang sangat pun, masih ada ramai kawan² yang berTriberr masih dalam ‘list following’ kerana mereka bijak memilih untuk  RT entri yang sesuai bukan auto.

( ……..nak juga bekup untuk nampak betul.. hihih )

saya balik kampung dan ada banyak email yang tak sempat dibalas,
maaf ye.

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Entri Ini Tiada Perkataan Jangan”

  1. haaa…kang dah kena makcik garang dah membebel sikit…hehe 😀

    atas sbb2 yg kak jie tulis ni lah, saye mmg malas sgt2 nak bukak twitter…kalau bukakpun, baca timeline org jer, macam2 depa ni tulis…macam2 ada…

    jadi, sama2 kita pelihara etika blogger, kalau bukan blogger sekalipun, etika kemanusiaan tu kenalah ada.. 😀
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..5 cara untuk belai komputer…My Profile

  2. mana butang likeeee~ eh +1~~~~ 😆

    man, ko tak mahu ke buat satu kaedah baru dalam berblog. kaedah dia. saya mengomel. apa yang ko komen kat blog orang ko jadikan entri kemudian link balik kepada entri yang ko komen tu. kehkeh. simple.

    aku rasa nak buat macam tu tapi aku jarang tulis komen panjang berjela kela mela gela tela pela zela ni. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari syafiq ..Permata HijazMy Profile

  3. paling tepat – jgn main redah je
    tengok juga ‘identiti dan peribadi ‘ orang tu sebelum nak spam
    bukan semua org suka post popular, top ten, pr , ranking semua tu…check blog ni
    ada tak hal2 gitu diheboh2kan….ada mmg ada tapi dlm keadaan yg dilimitkan.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menghadapi Perlakuan Buruk Si DiaMy Profile

  4. sebenarnya dalam blog ini tak pernah ada entri ‘jangan’ – biasanya kak jie bagi penerangan biar masing2 buka mata dan pilih jalan yang mana sesuai kerana tiap orang ‘hidup dalam talian’ dengan sebab yang berbagai
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menghadapi Perlakuan Buruk Si DiaMy Profile

  5. kalau sorang kita pejam mata juga…bagi ruang utk beliau matang
    tetapi kalau tabiat tu dah berjangkit , org lain tengok terus ikut
    pengsan tau tengok timeline kena mention benda yg tak de kaitan dgn kita
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bonus Raya Secara D’CunMy Profile

  6. hahahahaha…………..pagi2 buka blog tengok dah kena spam
    bro bro…. blog sendiri pun tunggu #ww baru nak update
    yang ni terlebih hormon ghairah ke? :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dah Baik DahMy Profile

  7. setuju!ada blogger sekian-sekian bila update entry,terus tweet,then mention blogger yang lebih berpengaruh sikit suruh retweet.Errr,memanipulasikan manusia?
    Jom terjah post menarik dari haiqal ..Minuman Pelik?My Profile

  8. dah lama sedar dengan perkara teiber ni. memang mengganggu privacy di twitter. pasal tu saya lebih selesa dengan akhbar paper.li. kalau saya rasa nak baca.. saya akan pergi bukak paper saya. most of news.. adalah dari kriteria saya sendiri. kalau saya tak suke.. saya terus remove dari menyemak kat paper saya. dah tercatat pon.. paper.li tu saya create satu page untuk saya.. saya ada hak nak baca apa yang saya suke.

    kita akur dengan pendirian masing masing. saya pon tak terlarat nak kejar trafik sebab saya bukan dari jenis orang yang macam tu. walaupon kadang-kadang berlagak agak eksen macam pandai.. tapi just untuk sharing sesuatu untuk kebaikan ramai sebelum berita sebenar dihebahkan.

    tak larat rasanya nak jadi blogger mak nenek yang penuh dengan pantang larang.. korang nak buat ape.. nkorang buatlahh.. kalau nkorang kene tangkap.. itu hak yang nkorang pilih sendiri. kat dunia internet tanpa sempadan ni tadek cikgu… so mane yang baik.. nkorang amik.. yang mane yang buruk dan boleh diperbaiki.. nkorang perbaiki jer la..

    tak perlu nak kate aku benci dia.. dia benci aku… jom kita mulakan perang tulisan… semua tu outdated. kalau tak suke.. dah cukup dengan menekan butang pangkah yang bewarna merah tu.

    berbalik masalah spamming timeline dengan berita karut marut.. ramai juga main bantai RT/copy paste…. pas tu tak bace citer sebenar.. sekejap gile fitnah siber tersebar.. so same-same RT.. same same kongsi tabung kebajikan kat akhirat besok ye. kalau orang penyebar fitnah kene sebat.. kita tolong tadahkan jugak badan ni untuk disebat bersama-sama. “kubur masing-masing… apa ada hal???”

    TRIBBER Oh TRIBBER… lebih kepada TROUBLE IN TWITTER = TRIBBER!!! Mungkin ini kesilapan pertama kaedah penyampaian berita.. apa kata aku kasik sikit kepada nkorang yang nak buat aggregator news berasaskan twitter. INI Adalah konsep PAPER.LI.
    1. Benarkan pemilik akaun memilih akaun mane nak di jadikan personal aggregator melaui twitter.
    2. Daripada link Twitter… filter post base on category RSS.
    3. If match criteria… aggregate on personal news…
    4. Owner of page.. desice how many news will be update for his/her personal read per day.
    5. If <= minimum news setting.. so release the daily news and inform to twitter/fb or G+
    6. Everybody can have their own page aggregate…
    7. Anyone can subscribe to anybody page as many as they want (maybe for premium user)

    ikut kira banyak gile kelebihan news aggregator yang diperkenalkan oleh paper.li. aku rasa disebabkan wujudnya paper.li.. maka aku bertindak untuk tidak membuat lagi aggregator blog. sebab kewujudan paper.li ni dah kire mantap fungsinya dan related dengan masa kini.

    sekarang bukan lagi musim undi sapa blog best.. sape blog yang topic cam bagus.. sapa ada topic yang boleh bawak ke neraka bersama-sama.. kita sekarang musim blogger untuk celik mata ke arah intelektual. mind set… mind set.. kene betul.. meskipon orang yang cakap ni tak pernah nak betul… but at lease satu dua mulut akan berkata… "betul jugak cakap dia"

    pikir la balik…

    P/s: nah amik kau.. lame gile aku tak bebel kat blog kak jie +__+"
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Ayam² Nara 2011 – Alhamdulillah… Semuanya berjalan lancar.My Profile

  9. Betul lah tu “what you give, you will get back”. Setiap dari kita ada prinsip dan cara sendiri. Sehingga hari ini saya belum pernah block sesiapa dan semuga tidak juga dimasa akan datang tetapi tak kecik hati kalau ada yang block akaun twitter saya.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..GaySec memohon maaf kepada Arlene TanMy Profile

  10. Paling suka ayat ni : Majoriti kawan² Twitter saya bukan ‘trafik hunter’ , mereka adalah blogger yang punya originality , menulis secara santai dan kami bersosial membina persahabatan hingga pernah bertemu secara in real life. 😉 ….
    Jom terjah post menarik dari syaffroni safar ..PERUMPAMAAN GARAM.My Profile

  11. Akak pun….org daftar akak pun daftar…lepas tu biar jer…password pun dah lupa kot…
    malas lar nak involve dgn banyak2 menda ni…takut tak sempat nak buka…
    FB pun selalu terlupa buka….
    Jom terjah post menarik dari kakza ..New AzZahra kidsMy Profile

  12. Entry ini tiada perkataan JANGAN iaitu larangan utk semua pemegang akaun Twitter buat apa saja di timeline ttapi ada satu pesanan ringkas yg simple – wht you give u get back.

    Ramai kwn2 blogger saya bkn ‘ selebriti’ entri trafik, ranking mereka tak ambil kisah tetapi saya hormati keoriginality mereka sebagai. Blogger.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Entri Ini Tiada Perkataan JanganMy Profile

  13. salam ramadhan.. lama dh x jenguk umah akak kujie ni..
    entry ni..sy tak berapa nk paham.. hehe..maklumlah tak reti bertwitter sgt..
    Jom terjah post menarik dari cikcloudy ..Tq AllahMy Profile

  14. kan dah kena! tu hari pun kena sound siang-siang gak. terbitnya entri ini dapat menyedarkan betapa seriusnya ‘mak tiri’. hehe.

    nak panjangkan lagi tak kak? dalam versi bercili pula. hehe.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Stress melampau, kisah benar!My Profile

  15. erk, pocket tak paham sangat pasal pocket tak layan twitter,
    tapi part ‘trafik penting tetapi membina persahabatan itu lebih penting’
    tu pocket setuju, apa lah kalau ada 10 ribu follower pun,
    mamat tu punya nick pun tak diingati.
    jangan tanya berapa adik beradik lagi tu .. 😀
    Jom terjah post menarik dari Pocket ..369. Belog Lis…My Profile

  16. memanglah blogger2 baru ni traffic hunter. otai blogger yang dah traffic blognya tinggi memang tak heran punya dengan trafik itu pasal bertweet pun sebab berkawan lebih penting. Cuba kalau newbie blogger dah jadi otai dengan trafik tinggi mencanak-canak takdenya dorang nak mention2 sangat entry dorang tu.
    Jom terjah post menarik dari ROJAK ..Google Adsense in Malay ?My Profile

  17. selamat balik kampung!!!!
    kadang-kadang gila trafik ni pun boleh membawa padah.
    bahaya betul. harap-harap saya tak jadi gitu la…
    buat orang sakit hati ni bukan baik pun, dapat dosa je lebih.
    Jom terjah post menarik dari piah becok ..Bodoh punya statement!My Profile

  18. ampun, ada ke spesis RT link entry tapi tak baca pun?.lepas tu asyik mention org tuk dapat trafik. phui!..mmg perangai SEPAM. haish.

    samalah kakjie, akaun twitter saya tidak bersepah dengan sejenis yang menyepam/mengarut/mencarut dan sewaktu dgn nya.

    kalau rasa terganggu dgn siapa2, terus unfollow. twitter masing2, what u give u’ll get back.
    Jom terjah post menarik dari nursarah puteri ..menu berbuka puasa 12 Ramadhan.My Profile

  19. Setiap org ada ruangan “private” mereka sendiri…paham sgt2 tu Kak Jie.Sama juga macam kita kat fb,rakan2 kita terdiri dari dr,lawyer dan orang² hebat..kalau ada yg komen macam budak2 tak cukup umur tu terasa juga malunya kita 🙂
    Jom terjah post menarik dari mankuchai ..Sketsa 12 RamadhanMy Profile

Comments are closed.