Gembira Walau Tak Menang Acer Aspire One

Walaupun point utama dia nak ucap terimakasih, ( kak jie jawap – sama-sama ) apa yang ingin saya fokuskan pada entri ini adalah sikap positif yang ada pada diri Nanne.

Menjadi blogger bukan seperti menjadi pelajar sekolah – suka tak suka, awak kena pergi sekolah.  Undang² dah tetapkan – ibubapa , guru disiplin ada yang menjadi pengawal.

Menjadi blogger adalah pilihan diri sendiri tanpa ada paksaan.  Jadi diri sendirilah yang mempunyai kuasa untuk menjadi blogger yang seperti mana – bukan salah blogger lain tak balas komen kita, bukan silap blogger lain tak balas kunjungan kita, bukan sebab blogger lain letak lagu kat blog dia, bukan kerana blogger lain ‘sombong’ dengan kita.

Kita yang kena pilih untuk berada dalam komuniti mana – yang positif atau negatif.

kelaut berleternya………..balik pada entri asal.

Seperti yang selalu saya berpesan-pesan lima ratus juta kali, baca dan mencuba.  Jangan takut untuk DIY sambil trial and error.  Itu adalah pengalaman dan dari situlah datangkan kefahaman mengenai beberapa asas HTML yang blogger perlu tahu.

Saya selalu dapat email dan soalan di forum mengenai sesuatu tutorial yang pernah diberi – “Kak Jie, saya tak faham………”

Bila ditanya, dah cuba buat ke belum step yang diterangkan tu… ” Belum…takut nak buat….”

Kalau belum cuba tapi dah cakap tak faham, macam mana nak tahu step mana yang tak jadi, step mana yang tak faham?  Jadi…. macam mana saya nak terangkan apa yang perlu dibetulkan kalau dia sendiri tak buat salah lagi.

Nanne contoh yang baik – beliau membaca dan buat amali dan ilmu yang dia dapat, dia faham.  Ilmu yang kita dapat bukan boleh digambarkan bentuk dan rupa – tapi perasaan kepuasan yang diri sendiri saja tahu nilainya.

Seperti kata Ariff – You Can Never Please Everybody , jadi berblogginglah mengikut acuan diri sendiri selagi tidak melanggar hukum agama dan budaya.

Komen ini sungguh bermotivasi – saya bukan harap pujian tetapi sifat positif yang ditunjukkan oleh ‘pelajar’ – rasa macam dah kenyang walau belum bersarapan.  :lol:

Tahniah untuk Pemenang Top Link Referrer 2010 di blog denaihati.com

©kujie – tengah habiskan limau mandarin sekotak…. cuaca terang benderang dan hati berbunga riang….

35 Replies to “Gembira Walau Tak Menang Acer Aspire One”

  1. assalamualaikum kak jie..

    saya speechless..saya terkejut tgk email saya pada kak jie boleh jadik satu entri…kreatif, memang kreatif…

    alhamdulillah, banyak benda saya belajar..tapi semua ini memerlukan “masa yang bukan sedikit”..tahniah pada kak jie sebab tak semua blogger boleh luangkan masa macam kak jie utk buat tips dan tutorial secara khusus…kak jie, tenkiu ya utk kata2 semangat kat blog saya… 😛
    Jom terjah post menarik dari nanne ..Kegigihan aku di pagi hariMy Profile

  2. Salam,
    Semangat kak Jie “buat dulu, kalau tak faham boleh tanya” adalah semangat cikgu2 masa sekolah dulu. Dah lama hidup sikit, baru tahu kenapa kena buat dulu baru baru tanya orang kalau masih tak faham.

    Sesape pun boleh naik angin kalau sesuatu benda tu dah tulis dalam entri lepas, tapi ada jugak dok tanya benda yang sama. Rasa macam lenguh jari menaip tu tak berbaloi kan…sama macam berbuih air liur cikgu dok criter dalam kelas, tapi kita buat dekkkkk je. Dekat exam tanya semula hu hu hu —-> sib baik cikgu tak terajang je kan hu hu hu.

    Respek betul cikgu yang sabar macam kak jie ni (errrr…ini bukan ayat mamai selepas cuti CNY @ ayat ampu, seikhlas dari hati)
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Nak Letak Tajuk Apa EkMy Profile

  3. Dulu (thn lps) sya tak tahu apa tujuan sya berblog. Bila banyak benda dibuat utk blog tu tak menjadi, sya mula patah hati. Tapi sya teruskan berjalan & mcari blog2 lain sbgai panduan (cont kujie2).
    Alhamdulilah Skrg dah ada dot com sendiri. Aktiviti m’cari panduan2 bguna tetap diteruskan. Semangat pun makin membara 😉
    Jom terjah post menarik dari mekar ..Gambar Keluarga DiRaja BruneiMy Profile

  4. memang seronok tidak terkata apabila ilmu yg kita dapat dari tutorial blog lain kita cuba sendiri dan berjaya tapi selalunya kena cuba banyak kali baru berhasil. Berblog juga sama seperti kehidupan perlu kreatif dalam mencari bahan dan penampilan. Masih jauh perjalanan denaihati.com untuk mencapai bounce rate below 50% dan alexa ranking top 100 di Malaysia.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Keputusan Acer Aspire one top link referrer 2010My Profile

  5. tutorial tu hanya sekadar manual untuk kita ikuti – hasilnya tentu tak sama dengan seorang blogger dengan yang lain kerana tiap blogger ada fokus yang berbeza – prioriti yang berbeza terhadap blog dan kehidupan masing 😆

  6. blogging pada asalnya adalah luahan diri seorang pemilik blog, cumanya sekarang hala tuju makin tersasar. Ramai yang suka menilai dan melabelkan sesebuah blog mengikut citarasa masing2….sedangkan bukan keperluan pun orang tu menjadi blogger seperti acuan kita.

    Seorang blogger yang faham prinsip ‘blogging’ , dia tak akan pernah mempertikaian apa juga paparan blog orang lain kecuali sesuatu yang melanggar hukum agama dan adat. Kalau setakat template warna pelangi, tulisan kecik besar, kalerful, isi luahan hari ….. itu adalah keperbagaian dunia blogging

    tapi ada syarat2 lain nak kena diikuti kalau blogging itu telah mengubah hala tujuan – contoh nak diterima orang lain, jadi kita pun kena belajar cara menjalinkan hubungan dgn orang lain.

  7. tak faham boleh tanya, tapi kena mencuba dulu
    bila kita cuba, kita tahu kat mana yg tak fahamnya, tang mana salahnya…. baru org nak tolong selesaikan tu tahu nak bagi cadangan mcm mana…

    😆

  8. hahaha…macam sukan tahunan kat tadika…lari dalam guni
    sebenarnya tak masuk bertanding pun..mcm mana nak menang

    huhu 😆

  9. Saya banyak belajar melalui pemerhatian walaupun saya dapat rasakan tidak semua blogger mempunyai masa untuk melayan menjawab soalan-soalan di kemukakan.

    Rajin-rajin ikut tutorial dan tip yang blogger tulis didalam blog itu adalah satu cara kita berlajar. Betul kata Kak Ji apabila kita blog adalah atas pilihan diri bak kata pepatah Melayu, ‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Katil bergegar akibat main kuat sangatMy Profile

  10. salam,,

    datang ke sini setelah diperkenalkan oleh rakan, benar kata beliau, blog hidup biar sedap ni memang hebat, bayak ilmu seo yang saya belajar walaupun belum faham…

  11. Satu lagi ilmu baru dipelajari hari ni…

    Terlalu banyak lagi yang belum diketahui…

    Masih duk R & D serta trial & error benda2 yg org lain dah buat 5-6 belas tahun dulu… (inilah bahana nak ikut perkembangan dunia IT dgn zero knowledge tentangnya…ta..pi, seronok laa…)
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..JOM TERJAH – Bangku Kosong !My Profile

  12. kawan² menang, gembira – rasa tu berkembang – kita yang disekitar kawan² yang gembira pun jadi gembira…mcm pakai minyak wangi, lah kan… 😆

Comments are closed.