Hari Bertemu Pelanggan

Wah tajuk macam jabatan kerajaan @ Majlis Kerajaan Tempatan – Hari bertemu pelanggan ke apa entah.  Hari ini scheduled post lagi.  Saya memang tiada di rumah @ depan pc.

Hari ini saya nak balas  ” A Letter From Heaven” .  Untuk hantar surat cinta rindu dendam pada saya, klik Hubungi Saya atau ada yang menghantar pesanan melalui MyBlogLog. Ada banyak cara untuk berhubung dengan saya, jangan cakap saya ini susah untuk diajak berbincang jika tidak langsung dihubungi.

Kita selesaikan masalah / aduan / pertanyaan rakyat jelata …he he he.

Sejak Kujie tukar blog dia ke .com tanpa blogspot.com di belakang nama Kujie2 tu, susah bebenor OD nak masuk ke dalam rumah Kujie. Memula dulu, boleh masuk bebas gitu. Boleh tinggal komen dan mesej. Lepas tu, boleh masuk tapi sekerat aje nampak. Belah chatbox tu tak nampak langsung dan bila nak komen, tak boleh komen. OD sms Kujie, komplen ler kat dia. Yalah, sebab blog Kujie penuh dengan ilmu yang berguna, tetiba aje OD yang dahagakan ilmu ni, tidak dibenarkan masuk ke dalam universiti dia… Uwaaaaaaaaaa… nak teroyak (menangis cakap orang Perak) aku dibuatnya. Jadi OD sms Kujie lagi. Kujie kata, OD tak bayar tax kat airport gamaknya… uwaaaaaa… kena bayar tax ke, Kujie, baru boleh masuk… huhu…

ODku sayang, busyuk masyam…

Saya dah lama tak guna chatbox walaupun akaun berbayar saya masih aktif.  Saya telah mencuba berbagai template dan sedaya upaya meringankan blog ketahap  gula-gula kapas dengan template simple dan sidebar paling ringkas.

Mungkin OD boleh try test cuba login blog saya melalui pc yang berbeza.

Eh…tak kan blog saya disekat oleh Kerajaan Australia?  Cik Piah kat Melbourne boleh masuk pun.

Saya mohon jasa baik sesiapa yang dapat menyelesaikan masalah ini.  Saya sedih kerana OD dok teriak sakan sebab tak boleh masuk sini.

2.   A Letter From Heaven – Zana
Zana wrote:
salam kak jie…
tikar buruk tu citer apa ek??
moga kak jie happy sokmo k! tak syiok plak kak jie sedey2 or terasa hati.. 😀

Terimakasih ye Zana. Entri itu bukanlah high protected . Zana boleh cuba beberapa password yang mudah tentang diri Kak Jie dan mesti dapat masuk. Saja letak mode protected sebab entri tersebut mengenai perasaan, pandangan dan sedikit luahan hati yang tidak sedap untuk tatapan umum. Sesiapa pun boleh mencuba masukkan password dan baca tetapi tolong hormati pandangan saya kerana ianya bersifat terlalu peribadi. Anda boleh membacanya , itu saja.

3. A Letter From Heaven – Balqis
balqis wrote:
Kak Jie, saya selalu menjengah blog akak. Rasa terhibur. terima kasih.

Terimakasih Balqis kerana sudi bertandang ke blog rojak pasembor ini . Jangan harapkan piawaian yang tinggi dari blog ini kerana Kak Jie bukan penulis yang baik. Kak Jie cuma seorang surirumah sepenuh masa.

4. A Letter From Heaven – Nazaruddin
nazaruddin wrote:
kak, saya baru 2 bulan jadi freelance ukur tanah. boleh tak akak bagi pendapat
agar mudah saya dapat projek….

Jadi freelance tak sama seperti makan gaji. Jangan banyak soal dan banyak alasan jika ditawarkan kerja. projek ciput atau projek celah gigi, terima asal kita masih ada untung. Sekali kita menolak , pelanggan tidak akan mencari lagi. Bina hubungan yang baik kerana kita perlukan kerja yang berterusan untuk jangka masa yang panjang. Jangan sesekali “kencing” atau buat “taik” dengan projek orang. Dunia ini kecil saja. Hari ini kita berurusan dengan si A di Johor , entah setahun dua kita mungkin bertemu dalam satu projek lagi di Melaka. Contohnya.

Jangan sombong untuk belajar. Kalau ada diploma  +3 pointer pun, itu adalah kelayakan diatas kertas dan belum tentu anda seorang Juruukur  Tanah yang mahir di tapak.  Bekerja sebagai Juruukur memerlukan kelasakkan dan ketangkasan anda untuk berfikir dan bergerak.  Paling utama, jangan takut jadi hitam legam berpanas terik.

5. A Letter From Heaven – Farah illa
farah illa wrote:
saya mmg mnt giler kt abg..lu pikir la sndiri..eh milah camne?chat? thn ni lek
srmbn kew?

Selepas membaca email ini, hormon estrogen saya menjadi tidak stabil seperti diserang sindrom sebelum haid atau PMS. BIla masa pula saya bertukar jantina, ada awek lagi .

6. A Letter From Heaven – Lina
Lina wrote:
Saya berminat utk berkenalan dgn Kak Jie.

Selamat berkenalan Lina. Mungkin lebih bermanfaat jika Lina sertakan link blog/web yang ada supaya saya boleh berkunjung untuk saling berkenalan.

7. A Letter From Heaven – Shah
shah wrote:
hi… saya terbaca catatan saudari mengenai ulser mulut tu.
tapi betul ke guna asam keping tu berkesan ?

Mesti Shah merujuk kepada posting tentang petua ulser mulut . Saya gunakan asam keping dan lekapkan pada tempat tersebut. Hanya secubit asam cukup² sebesar tempat yang sakit. InsyaAllah, cubalah.

8. A Letter From Heaven – Suara
Macih kak jie. Tapi tak dapat gak la.
Su tengok kat edit html tu, tapi tak tahu nak letak kat mana..bla..bla…bla…( panjang ni siap dengan copy code

<b:widget id=’LinkList2′ locked=’false’ title=’Ziarah’ type=’LinkList’>

type=’LinkList’ > step yang pertama ini Su dah salah. Kak Jie cakap, bila Add a Gadget pilih Text – jangan pilih Link List.

9. A Letter From Heaven – babah78
babah78 wrote:
saya abah kepada 4 org anak.isteri saya seorg saudara baru dlm islam.masalahnya
saya tak pakar dalam agama dan juga buta jawi.waktu saya kecik2 dulu mak ayah
hantar pegi mengaji saya ponteng.sekarang baru tahu kenapa penting nya mengaji
al-quran.macam mana saya nak mendidik mereka sedangkan saya pun tak
betul.tolonglah saya

Terimakasih babah78 kerana mempunyai keberanian seperti ini untuk mengakuinya. Bersyukurlah kerana babah78 mempunyai kesedaran untuk berhijrah dan ingin belajar menjadi yang lebih baik. Blog saya ini mungkin nanpak ‘seperti bagus’ tapi pada hakikatnya saya sendiri bukanlah serba sempurna, serba lengkap ilmu . Saya sendiri masih belajar dengan membaca dan berguru.

Babah78 boleh merapatkan diri dengan jemaah surau kerana selalunya surau² ada menganjurkan beberapa program/ kelas pengajian. Mungkin belum ada lagi kelas seperti itu tetapi jika ada permintaan saya yakin AJK surau akan cuba berbincang dan menyelesaikannya.

Yang paling penting, niat dan usaha.

Kawan²… apa lagi. Tugas anda untuk memberi komen/ saranan/maklum balas/nasihat kepada babah78.  Semoga dijadikan panduan dan pengajaran kepada kita – keutamaannya kepada lelaki yang akan menjadi khalifah rumahtangga.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. mcmana yer kak jie kalo kita nak mulakan bisnis jual authentic handbags kat internet? mungkin kak jie ada idea kan?

    maksud saye kak jie gimana jalannya..cthnya ler kalo authentic handbags dari USA. Sbbnya saye amat tertarik dengan usahawan2 online di luar sana yang buat bisnis authentic handbags ni…need help from kak jie ku sayang… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Wanita cemburu serang suamiMy Profile

  2. @Kujie, boley2.. boleh sgt. sekali enter jek.. iskh iskh.. 😆

    Zanas last blog post..Selamat Jalan…

  3. Kak Jieee!!!!….Su dah dapat buat!! Sonoknyeee… Sampai pening-pening tau, nasib tak muntah je. Akhirnya berjaya jugak. Tapi yg ‘target blank’ tu tak dapat. Malas nak pikir, Su delete je command yg tu.
    Trimas berbilion-bilion ye kak jie… Bila nak datang Shah Alam? Su belanja kak jie makan ye!

    suaras last blog post..Bertahanlah…

    • @suara, Bab makan……….lupakan dulu!
      Nak diet…dah ‘rendang tak berbuah’ lepas raya ni 😆

      bukan susah….lepas url tu letak je=”_blank”> tulis nick yg kita nak display .

      Lepas tu tutup tag dgn

  4. wah… bestnya… siap ada hari bertemu pelanggan.. ahahahahhaa…

    Lama tak masuk page kak jie… lost my passion kejap…

    Adry @ http://www.adrysabry.com

  5. :mrgreen:
    lama tak jengah blog HBS nih
    dah ketinggalan train
    😀

  6. Wah kak jie.. ramai seh peminat antar surat.. heheh.. surat cinta dari abang tersayang xde ke..?? huhuhu…

    nikillass last blog post..Adat..

  7. Mohd Hafifi says:

    @cakap kosong, aku setuju tu..

    Mohd Hafifis last blog post..Rahsia panjang Umur

  8. tanya OD guna browser apa…try gunakan firefox…maybe dia guna IE kot tuh…

    |1f34|-|1r3s last blog post..Personality Test From iPersonic

  9. bakal adun ni… 😆

    kumb@ngs last blog post..Minyak turun lagi 15 sen

  10. kak jie dah macam wakil rakyat nih…….jawap aduan rakyat 😛

    cakap kosongs last blog post..Happy Mood

  11. ooh? ada persoalan macam ni? camana saya boleh terlepas? 😥

    camner nak tolong ek? kedua-duanya kena cari mentor, itu yg paling bagus, sebab ikut ceramah secara general tak leh masuk

    Mak Sus last blog post..Top T.E.N

    • @Mak Su, mak su……pertama kali komen maksu lepas secara otometik
      kalau tidak mesti sanggup kat spam akismet 😆 😆

  12. wahhh..ada hari bertemu pelanggan kat blog nih…baguslah..I like…

    setakat ni senang jer lah masuk blog ni..semoga takder masalah apa2 pada masa hadapan…

    p/s: sampai skrang sy amat ralat sebab tak dapat buat tag dari kak jie lukis gambar family guna pyzam tu..PC sy tak support lah Kak Jie…shedih…

    Umimias last blog post..Tag from Myasefia

    • @Umimia, he he he…hari bertemu pelanggan… canggih gitu! :mrgreen:

      tag comel tu ye…hehehehe…kalo tidak dpt nengok pic anak beranak tu 😆

  13. wah..rajin bangat kak jie yerk :mrgreen:

    amans last blog post..Firefox 3.1 Beta 1 Lebih Pantas Dari Chrome

  14. Oh Kujie ku cayanggggggggggg…. entah mengapa, petang ni OD cuba, dapat lak masuk ke dalam blog Kujie ni tanpa susah payah untuk mengkerobek-kerobek… huhu… terima kasih OD ucapkan. Entah apa jampi serapah yang Jie pakai, OD tak peduli asalkan menjadik, tak gitu. Mwah mwah mwah……… :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: 😛 😛

    ODs last blog post..Tip Kesejahteraan Rumah Tangga

    • @OD, wahhhhhh……..hari ni OD dh lepas gate
      kerabat kot mana OD?
      heran sungguh..sy tak buat apa2 pun dgn blog ni :mrgreen:

  15. Extremist Thinker says:

    nk tanye. apekah pekerjaan cik Kujie?

    Extremist Thinkers last blog post..Kuda Hitam Berkokok

  16. wah jie..siap ada hari bertemu pelanggan utk blog..cayalah!!! mcm gomen pulak ye… 😆
    cantik theme baru ni..msjbox tak leh masuk ke mmg taknak letak sini? 🙁

    UncleJs last blog post..Cerita Iyan

    • @UncleJ, ada byk lagi soklan derang dok tanya..hehehe
      nntlah sy fikirkan… sy ni bkn rajin nk reply msg kt msjbox tu

  17. waaaa…ada sesi bertemu pelanggan tu

    😛

    angrianis last blog post..Ayam Penyet 😀

  18. Psst! Orang Bank Negara ada lagi ke kat bawah? Habis tu, cam maner saya dan Mahmood nak jumpa pelanggan?

    Zubli Zainordins last blog post..Lawak Lawyer – Yer ke? Volunti Non Fit Injuria

  19. Pemes sungguh kak jie nih..

    p:s kak saya dah terima email semalam.. insya_Allah minggu depan saya send kay..

    nuaemans last blog post..Jemputan ke TukangKarut.com

  20. aiyyork… keluar gak soklan cepumas ku itew… :roll: :roll:

    Zanas last blog post..Putus

  21. saya suka dengan header cool tuH !
    nampak tenang je. hehe :mrgreen:

    KNizams last blog post..History of Google Logo & Google Doodle !

  22. kepada A Letter From Heaven no:9 tu, bagusla anda sedar 🙂
    so skrg cuba2la utk improvekan diri anda.
    Mcm sy skrg, ada juga srg kawan yg esk lusa nk kawain baru nk blaja Quran,
    so nasib baik dia berani mnta tlg utk sy ajarkan. Asalkan ada nekad di hati, dan usaha bagusla.

    Peace! 🙂

    kentos last blog post..Putting Together The Coolest Gaming Desktop

  23. en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k

  24. susah jugak jadi sepemes kak jie nie.. hehe…
    :mrgreen:

    menteils last blog post..mEntEiLs Blog Contest

  25. Dah macam kolumnis dah K.Jie ni…

    Semua benda K.Jie tahu & ambil tahu. Tabik… tabik… 😀

    intans last blog post..Harga Petrol Turun!

Trackbacks

  1. […] Rupanya ada juga peminat segmen Hari Bertemu Pelanggan. […]

  2. […] : Hari bertemu pelanggan vol – 1 Hari bertemu pelanggan vol – 2 Hari bertemu pelanggan vol – […]

  3. […] Bertemu Pelanggan – Vol 2 Blogger December 14th, 2008 Seperti edisi pertama Hari Bertemu Pelanggan yang terdahulu, hari ini saya ingin menjawap beberapa surat cinta yang dihantar kepada saya melalui […]