Hellioz – Entri Ini Untuk Kamu
Blogger

Hellioz – Entri Ini Untuk Kamu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Post ini di tulis untuk Hellioz atas permintaan.  Jadi kepada kipas susah mati beliau ,jangan terus meroyan tak hengat dunia kat blog ini seperti menjadi rebung tidak miang, bembam pula yang miang.

do comment,
i wanna hear what ur brilliant brain is thinking.
gyahahaahahaahah~

Dia ingin mendengar pendapat saya walau pun saya bukanlah bijak pandai ( baca biodata – surirumah sepenuh masa dengan sijil SPM Gred 3 ) Sebelum ada hati yang tercalar, ada jiwa yang tercedera, saya mohon maaf.  Anggap saja ini bebelan atau leteran mak-mak yang sedang mengurut belakang  anak-anaknya dengan kasih sayang.

Saya membaca semua kes yang terlibat seperti yang dimaksudkan dan sebelum ini tidak pernah memberikan pendapat secara terbuka walaupun perkara itu tidak menyenang dunia blogosphere.  Semua sengketa itu tidak sikit pun menganggu kualiti hidup saya. Dan yang lebih utama saya tidak mengenali kedua belah pihak yang bertelagah itu secara peribadi. Apa yang saya baca adalah tulisan yang pada pendapat saya tidak mengambarkan keseluruhan keadaan dengan tepat.

Tetapi untuk kali ini, post ini diterbitkan khas atas permintaan hellioz sendiri.

Manusia, dengan akalnya mampu mengetahui, secara objektif, baik atau buruknya suatu tindakan. Feedback yang berfakta yang dilakukan dengan berhemah penggunaan analogi yang cukup tepat lebih dipandang tinggi nilainya .   Itulah yang sepatutnya. Sebelum menulis kata-kata keji , fikir dulu adakah apa yang ingin kita betulkan itu akan menjadi lebih baik dengan menggunakan perkataan keji dan buruk?  Adakah betul caranya untuk menyedarkan kesilapan orang lain perlu  menulis sehingga menyakitkan hati dan ketenteraman emosi?

Dengan memulis dengan bahasa dan perkataan yang kasar dan kotor adakah taraf peribadi kita lebih tinggi?

Tidak!  Kita pun sama juga tarafnya dengan orang yang ingin kita tegur dan betulkan.

Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul.

Kepelbagaian pendapat adalah sesuatu yang lumrah dan ia wujud bersama-sama kepelbagaian bangsa, bahasa dan jenis ilmu serta pengalaman yang diperoleh.  Tabiat dan sifat manusia sama sahaja dalam menurut hawa nafsu.  Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain kerana tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.

Taksub dan fanatik adalah sikap orang-orang yang cuba mengikat pihak lain kepada dirinya dan menafikan peranan orang lain. Kejumudan fikiran, mendatar dalam fahaman, mencari yang payah dalam fatwa dan keras dalam pergaulan, juga boleh menyuburkan sikap fanatik.

Golongan melampau juga akan memperlihatkan sikap prasangka buruk kepada pihak lain. Lebih banyak menuduh dan menghukum daripada memberi nasihat dan pengajaran. Kekerasan bersenjata  ( pena @ zaman sekarang teks dari keyboard) mungkin digunakan terhadap perkara yang mereka anggap batil.

Adakah dengan mengeji atau membenci akan menaikkan satu darjat?

Kena gunakan akal dalam menapis segala maklumat dan info yang kita tidak tahu kebenarannya. Akal menjadi cukup penting dalam kehidupan,kerana itu iman secara taklid secara membuta tuli ditolak oleh Islam.  Tiap orang ada akal untuk berfikir , bergantung secara mana kita menggunakanny dan hasilnya di situlah ‘kedudukan’ kita.

Akhir kata, saya berharap  semua yang membaca entri ini  termasuk yang bersengketa tanpa mengenal sasaran sebenar (masing-masing tiada identiti jelas ) dapat menyelami kata-kata dari Prof.Dr.Hamka

“Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar,api terkurung didalamnya dan angin masuk juga mangipasnya sehingga terkumpullah didalam gua,asap dan wap,yang menambahkan panas.Kedengaran api memakan sekelilingnya,habis semuanya jadi bara.Meskipun diusahakan menyiram,maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi laksana minyak tanah,menambah kerasnya api.”

Be nice to people, and people will be nice with you too..

Nak tambah?  Tulis saja di ruangan komen tetapi berhati-hati dengan perkataan yang digunakan. Saya dibesarkan dan hidup di dalam keluarga yang tidak pernah mencaci atau mencarut.  Saya belajar rukun negara yang ke -5, kesopanan dan kesusilaan.

Terimalah ucapan hariraya in advance dari saya:

Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…selamat hari raya maaf zahir dan batin :lol:

©kujie –  macam menyimpang jauh pula entri ni… gagal mencari perkataan yang tepat untuk persoalan ini.

EDIT : Saya tidak akan jawap semua komen di entri ini kerana entri ini ditulis atas permintaan untuk mendengar pendapat saya bukan saya nak masuk campur tanpa sebab.   Selepas selesai baca entri ini dan anda semua bersetuju atau tidak, itu persoalan nombor 2.   Kalau perkara positif yang anda cari, alhamdulillah dan sekiranya sebaliknya – saya tahu setiap patah perkataan boleh menjelma menjadi negatif.


email ini  saya foward pada seseorang untuk di simpan

EDIT : Ada orang email suruh saya tutup atau delete entri ini .  Terimakasih kerana menghantar email walaupun ada beberapa fakta boleh ditafsirkan fitnah.  Saya ambil nasihat yang baik saja, yang lain tu, urusan dia sendirilah.  Memandangkan entri ini ditulis atas permintaan hellioz sendiri , jadi saya rasa semua komen orang lain yang tidak bersangkut saya delete.  Saya juga bersalah kerana membiarkan orang lain komen.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

2 thoughts on “Hellioz – Entri Ini Untuk Kamu

  1. 1st of all
    kipas susah mati
    gwa xde kipas susah mati,
    yang berdiri dengan gwa semua tau cerita hujung pangkal

    “Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul.”
    gwa stuju…

    Tapi Kalau gitu gamaknye, bende ni xkan abes…
    sebab u know how he react toward all my statement and he rage all along the way…

    Gwa buat n3 macam tu sebab nak bagi org yg kt atas n ramai follower tu sedar diri bahawasanya lu xkan duduk kat atas sampai bila2 dengan sifat bongkak n kiasu…

    Orang macam gwa ni same je macam pembangkang kt malaysia,
    sebab gwa xde follower juta2 untuk influence readers or people

    Orang yang berdiri dengan statement gwa semua tau cerita di sebalik tabir and thats the reason why dorang berdiri same dengan gwa.
    Bukan macam follower2 beribu yang xtau hujung pangkal then buat decision

    Gwa bukan typical manusia yg guna emotion to make decision.
    I JUSTIFY, a lot
    And gwa guna rational thinking to justify
    N3 gwa sume ade VALID REASON to start with..

    Entry ni patutnya kena bagi si bongkak yang lupe diri tuyh bace
    Sebab dia pernah cakap camni
    “kalau cakap cara elok mane dorang dengar”

    Cara kasar ni la yang gwa gunakan balik untuk sedarkan orang yang bongkak tuyh
    Maybe dia xsedar lagi sebab bila kita kt atas,
    memang susah nak mengaku salah,
    Yela, follower beribu
    xkan nak mengalah dengan small fry mcm gwa?
    btol x?

    gyahahahahaahahahhahahhahah~
    Jom terjah post menarik dari hellioz ..Bukan Lagi Live Blogging MengarutMy Profile

Comments are closed.