Instagram Pertama Perdana Menteri Di Majlis #msmw2013
Blogger

Instagram Pertama Perdana Menteri Di Majlis #msmw2013

instagram PM Najib Razak

Wah !  Makcik dalam instagram Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak!  Gambar pertama yang diinstagram di majlis Malaysia Social Media Week ( MSMW 2013 ) yang berlangsung di Berjaya Times Square Hotel.

Sebenarnya, saya ke depan untuk mengambil gambar Blogger Syafiq @lomo_tech. Niat hati, sewaktu  orang lain dok kalut fokus pada PM , bolehlah candid beberapa keping gambar dia. Dia blogger yang agak rapat tetapi kami tidak pernah berjumpa dan gambar dia memang susah untuk ditemui dalam events yang membabitkan blogger.

Rupa-rupanya terbalik! Saya yang tercandid dalam kamera ipad milik Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Sedang bergerak ke depan dengan Sha , tiba-tiba terhenti bila melihat PM sedang mengfokuskan ipadnya ke arah hadapannya yang kebetulan kami berada.

instagram pm

Saya sempat candid Dato’ Seri juga!

blogger

Candid si @lomo_tech tu juga!

nota : sebenarnya yang benar dan sebenar benarnya – saya ni kurang deria pendengaran, tak dengar pun apa orang2 semua suruh ke tepi ke tepi… sebab tu menonong je pergi depan. hihi

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Instagram Pertama Perdana Menteri Di Majlis #msmw2013

Comments are closed.