Isu Yang Tak Pernah Basi

Saya malas nak menulis isu ini sebenarnya…sebab isu tak tak pernah habis. Tetapi hari ini saya kena tag 2 kali kat twitter.

Mula-mula blogger yang seawal saya kenal saya tersilap jantina, url dia macam dimiliki oleh seorang perempuan jiwang..entrinya di sini, kemudian seorang lagi blogger taman bunga yang ada kerusi untuk bersantai dengan entrinya di sini

Mereka berdua tanya  – Blogger popular tak pandang newbie. Betul ke? dan Bila Kepingin Blog Disinggahi Blogger Terkenal.

Macam dah lali kena cop sombong..dulu ada isu blogger wordpress sombong. Pelik pula…kalau kita cop seseorang tu sombong, kenapa dia ramai follower ye? Kenapa fan page dia ramai orang LIKE?

( saya tak termasuk dalam semua tu..saya tak ada widget follower, tak ada fan page sebab saya adalah saya, bukan awak bukan dia )

Saya bukan blogger mainstream atau terkenal, saya blogger indie – bergerak diam² dan fokus dengan dunia blogging yang saya mulai sejak tahun 2005.

Saya tak ada group atau komuniti tertentu, saya bebas untuk pergi dan join mana² genre blog. Saya boleh berada di mana saja blog yang ditakdirkan hari itu saya pergi. Saya selalu klik secara random link yang terdapat pada commentluv tanpa saya ambil kisah dia siapa. Benda ni adalah gerak hati semulajadi yang dipanggil ‘kimia’.

Memandangkan isu ni dah berbuih mulut saya taip kat forum, pendirian saya tak berubah, jadi saya copy paste saja apa yang pernah saya tulis di GB

Menjadi blogger bukan seperti kita ke sekolah atau pergi kerja
suka tak suka, kena pergi – kalau tidak mak bapa marah, kena pecat dengan boss

Nak jadi blogger adalah pilihan kita, bukan paksaan orang lain, bukan dari cik tipah, bukan dari mek senah atau dari farid kamil.

Jadi – jangan jadikan orang lain sebagai penghalang untuk kita berjaya ( menjadi blogger)

Orang lain nak sombong, tak nak datang blog kita, tak nak jawap pertanyaan kita, tak nak kawan dengan kita tak nak klik iklan kita tak nak komen entri kita tak nak follow bukan salah orang – tetapi datangnya dari diri kita sendiri.

Bagaimana kita membina skil perhubungan , bagaimana kita creat network, bagaimana kita berkembang dalam team. Itu adalah attitude yang datangya dari diri sendri, bukan orang lain.

Memang persekitaran juga banyak mempengaruhi feeling kita berblogging , itu juga pilihan kita untuk berada dalam cuaca, lingkungan persekitaran macam mana.

Kalau nak jadi orang yang positif, beradalah dalam grup, komuniti yang positif atau frekuensi yang betul.

Setiap di dunia ada dua sisi – baik dan buruk, cantik dan hodoh atau suka dan tidak.  Jadi untuk hidup dengan lebih positif, anggun dan awet muda , ambil saja sisi-sisi indah, yang baik untuk meneruskan kehidupan.

Blogger² terkenal yang dicemburui itu berkerja keras untuk membina penjenamaan diri , belajar berbagai teknik membina blog mengikut petatah ‘ berakit² ke hulu, berenang² ketepian… bersakit² dahulu, bersenang² kemudian’

Perlu ke kita cemburu dengan seseorang yang ingin menikmati hasil dari titik peluh dia?

Membina blog adalah seperti anda mempromosikan produk yang yang anda hasilkan kepada pengguna.  Bukan salah pengguna kalau produk anda tak laku.  Jangan sesekali gunakan cara negatif untuk menarik perhatian pengguna dengan mengkritik produk saingan anda.  Itu membuka sifat negatif yang ada dalam diri anda.

“Dia boleh canang keburukan si A pada aku…….. tak mustahil di belakang aku dia boleh cerita buruk  aku pada pada A”

Ingat jadi blogger tu seronok?  Create je blog, ada banner , bunting selamat datang intan payung …. sebab itulah orang² bijak pandai cakap ‘ buat sesuatu dengan ilmu’ .  Nak masak nasi pun kena ada ilmunya, kalau tidak nasi jadi bubur!

Kalau nak ilmu, belajar…. kalau nak belajar , pergi cari guru.  Bukan duduk tunggu guru datang macam kat sekolah.

Ini adalah stats outgoing link dari blog kujie2.com. Link yang diklik oleh pengunjung.  Saya tak buat pun backlink ini tetapi mereka yang bina backlink sendiri dengan tinggalkan komen di sini.

Nampak?  Rugi ke datang blog orang dan komen? Baca 7 Perkara Jangan Untuk Blogger Baru dari blogger  Malaysia yang sedang berentap untuk contest Famous Bloggers peringkat antarabangsa.

Saya nak tulis panjang lagi, kalau tulis nanti ada yang berasap keyboard.

Jadi……….. biarlah korang sambung kat ruangan komen.  Saya tahu ramai yang nak tambah perisa untuk entri ni….:lol:

saya sibuk dengan projek mega – rahsia..tak boleh cakap
kejutan untuk menyambut kepulangan orang jauh bulan depan

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. kak jie , kini saya belajar jadi sederhana mcm kakjie , payah juga jadi blogger sebenarnya .. secara tak sengaja terguna nama blogger lain pun dah jadi isu , padahal niat dalam hati hanya bercerita , kadang2 kita tulis dgn maksud lain org baca dengan maksud lain, dari hari ke hari saya belajar menjadi blogger yang bijak rasanya , tapi memang agak susah . dulu .. mula2 berblogging orang tak kisah apa kita tulis sekarang susah , semua apa yang kita tulis akan di nilai dan di kritik , tapi saya bukan blogger terkenal atau apa2.. cuma di cop sombong sbb menggunakan wordpres tu aje lah ..org tk kenai kita suka sgt buat spekulasi sendiri.. lama saya berfikir .. solat .. tenangkan diri selepas saya dikritk kelmarin.. sedih.. walaupun rasa tak salah sangat apa yg saya tulis… .
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Nurul Syhada Akhirnya Bergelar IsteriMy Profile

  2. Now i do understand akak… serius saya baca-baca, tapi saya tak faham maksud akak.. sangat slow.. terima kasih akak… saya memang baru lagi dalam blogging… memang blog peribadi semata…
    Jom terjah post menarik dari Amni ..SEGMEN TAK KENAL MAKA TAK CINTA : DIARI ANAK SENIMy Profile