Kejubus, Rewang Dan Tetamu Blogger

Masih awal…kerja² memanaskan badan.

Petang Sabtu , pergi kejubus. Mengikut kamus saya yang ‘orak jowo’ ni, kejubus adalah kerja² di rumah kenduri sebelum hari majlis berlangsung.

Hari ini, Ahad baru pergi rewang.  Rewang untuk hari majlis berlangsung.

Taman perumahan saya masih ada kerja kahwin yang dibuat secara gotong royong. Bermesyuarat dan sama-sama merancang sebuah majlis.

Saya suka menu masakan majlis perkahwinan secara gotong royong. Ada rasa yang tersendiri yang kita hanya jumpa pada satu² majlis sahaja. Ada kasih sayang semangat bermasyarakat di dalamnya.

Kalau kenduri secara catering, walau ditempah dari pihak berbeza, rasanya tak jauh beza.

Balik dari rewang, saya terima tetamu.

Amirul suka sangat dengan ikan guppy yang mengigit² kaki.

Pemilik  Blog Orang Dewasa sekeluarga. Saya kenal dan pernah berjumpa keluarga ini dari dia mula kahwin, dari inai masih merah dijari sampai dah beranak seorang.


Dari awal pagi Intan tak sabar menanti kedatangan mereka. Dia tahu Amirul masih kecil, dia hanya isi air kolam setakat cukup untuk berendam berdua.

Sampai kecut² jari Amirul.  Bersin tersembur² air hingus.

Bukan saja mereka sekeluarga, seperti biasa adik ipar suami isteri pun datang.  Rumah dia ( selorong dengan rumah kenduri ) dipinjamkan sebagai homestay untuk saudara mara keluarga pengantin.

Walaupun suami jauh – beribu kilometer, rumah saya masih seperti dulu.  Tak pernah surut dengan tetamu.  Mak mertua sekarang di Meru, rumah kakak ipar.  Baru telefon pujuk rayu ajak datang ke sini.

“Datanglah mak…hari Khamis nanti tolong jaga Intan……….. nak pi tengok Liverpool training ….”

………..nasiblah mak dapat menantu macam saya!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Mula-mula ingat bunyi air orang terjun kedalam kolam 🙂

  2. yang saya tau rewang. kejubus tak pernah dengar lagi. ni first time 🙂
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Bolehkah minum SD2 semasa puasa?My Profile

  3. DH, mmg tak sabar dah nie…tp bersorak kat rumah jer…hehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Masalah wp-config.php bila update wordpress 3.2…My Profile

  4. whooo…entri 3 in 1 … :mrgreen:

    tetamu dtg bawak rezeki
    moga makin murah rezki kak jie

    pssst…bestnye dapat mak mertua macam kak jie… 😆
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Masalah wp-config.php bila update wordpress 3.2…My Profile

  5. kejubus tu bukan ke rewang?.. saya biasa ngan term rewang je..kat bandar tak best la majlis kawen..sume caterer.. 😕
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2011 Telah DibukaMy Profile

  6. Susah nak cari gotong royong untuk kenduri kahwin. Di kampung pun dah mula guna catering. Meriah kalau gotong-royong memang dirasai berhari-hari sebelum dan selepas kenduri. 😛
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Sebelum BERSIH dan Selepas BERSIHMy Profile

  7. Depan rumah ni pun rewang.. hari ahad lepas akad nikah, sabtu baru2 ni sanding.. 2 kali rewangnya.. ahad nya lak belah lelaki dekat ulu langat.. saya kawin dulu pun catering je kak kujie, senang.. lagipun duk umah taman baru… kalau rewang2 ni dekat kampung memang besh…
    Jom terjah post menarik dari digolbot ..Gambar disekitar Pesta Flora Putrajaya 2011My Profile

  8. Wahhh,kolam renang tu masa nak mandi baru isi air ke apa?
    Jom terjah post menarik dari haiqal ..Log In FB dapat RM100My Profile

  9. owh, ingat kak jie orang Jawa tadi… heehe.. 😳

  10. muhammad fakhruddin says:

    Kawan saya, Jawa Johor memang takde kata kejubus ini. Mereka pakai istilah rewang.

    Kalau Jawa Selangor + Hilir Perak memang ada istilah kejubus.

    Lagi satu keistimewaan kenduri begini, tetamu yang tak sempat hadir masa hari kenduri boleh datang waktu kejubus juga 😀
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Jodi Picoult’s ‘Plain Truth’My Profile

  11. decader says:

    first time dengar istilah kejubus. ingat td keju yang direbus. 😛
    Jom terjah post menarik dari decader ..Kamikaze – Semangat Jepun Yang Menakutkan [Bhg. 01]My Profile

  12. Kreuger says:

    nak komen panjang pon tak kesampaian.. since ramai dah orang komen kat atas. ape-ape pon kami dan keluarga ucapkan terima kasih kat kak jie dengan intan sambut kami dari tepi simpang.

    bak kata kak kiah.. kalau kak jie tak balik umah.. jawabnye si Nemo la yang bukakkan pintu. hahaha.. mane kak kiah neh? tak nampak plak dia!
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Java Script: Transfering Value from main form to text input in IFRAME FORMMy Profile

  13. Kreuger says:

    toksah kate Mohd Fahmi… abah dia nak mandi pon boleh la.. bhahhaha…
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Java Script: Transfering Value from main form to text input in IFRAME FORMMy Profile

  14. kujie.. lama sudah tidak merewang..
    opsss rewang. almaklumlah asik travel saje..
    seronok rewang nih.. tolong menolong sesama jiran tetangga

    nanti anak kita dah besar diorang plak rewang rumah kita.. =)
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Bismillah 7 penawar racun berbisaMy Profile

  15. man ko gi umah kakjie tak ajak….dengki aku…em kakjie nanti kolam tu muhammad fahim boleh mandi sekali tak? hehe
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Wordless Wednesday #3 – Menulis dekat mata dengan pensilMy Profile

  16. hari ni dalam sejarah… :mrgreen: baru dgr ni perkataan kejubus dengan rewang…
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..100% Authentic Coach PoppyMy Profile

  17. oo..dia kne beli filter dia ker?agak2 mahal tak kos dia?kos utk air sentiasa jernih tu..

  18. haha memang bkn org Jawa….ganu kite aje hik3 :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari izwannizam ..Iphoneography 3My Profile

  19. Mak kat Meru tu..malam tadi call
    Kebetulan adik yang kat kampung pun nak turun stadium sabtu ni…so tengah pujuk mak jangan balik kampung lagi…duduk je sampai seminggu ni :mrgreen:

  20. Betul tu, kebetulan level rumah lebih tinggi, senang salurkan air keluar

  21. bukanlah… kolam berendam je 😆

  22. yup..lebih kurang, cuma sebelum dan selepas..hehe

  23. aktiviti yang sama, cuma orang Jawa agak teliti dan banyak perbendaharaan kata

    kejubus – hari sebelum kenduri, potong bawang, lengkuas, halia, sayur, cili dsb

    rewang – hari kenduri – sambut tetamu dan menghidang

  24. bukan orang Jawa kot..sbb tu tak pernah dengar 😆

  25. Kalau buat gotong royong, memang 2 hari bertandang ke rumah kenduri..kalau catering…rewang hari kenduri je lah.

  26. Betul betul…itulah cara tuan rumah nak pikat

  27. kalau orang Jawa, pernah dengar kot… Kak Jie bukan orang Jawa pun tau. Selalu mak mertua cakap….

    Bejaga dam memasak…kenduri gotong royong ni, sambil tetamu makan, sambil riuh kat dapur…semerbak bau ayam berempah – ayam goreng panas2 dihidangkan 😆

  28. tak pasti lagi…kemungkinan tu ada
    sebab adik yg kat kampung pun hujung minggu ni datang rumah kak jie

    tiket bola dia ada kt sini….adik beradik nk turun stadium 😆

  29. entri hujung minggu 2 dalam 1 😆

  30. Abang, Intan yg snap gambar ni..masa awai2 sampai…. kawan2 lain belum sampai

    Bila dah sibuk banyak kerja, tak dan dah aihhh nak snap gambar.

    Orang lelaki ramai gak…rumah dia lot tepi, siap buat khemah simpang tiga ( T), rumah azni, adik azmi, rumah azmi, rumah cikgu hasmah..semua dibuka ….seronok tgok jiran tetangga mcm tu…

    udah..jangan nanges lak baca ni…rindu nak balik 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kejubus, Rewang Dan Tetamu BloggerMy Profile

  31. Denaihati says:

    Ayat yang last tu power. Ni yg tak sabar nak pakai baju kuning pasukan Malaysia ni.

  32. 😉 😉 Wah..seronoknya..kolam mandi tu kak punya ker?ingat ak buat juga cam tu tapi airnya macam susah sikit nak jaga.. 😕

  33. wah.. nak pegi la umh kak jie. ada swimming pooolll…
    Jom terjah post menarik dari Effa ..Refrigerator ~My Profile

  34. kaum adam tak kejubus ker?

  35. Kejubus first time dengar kat sini.. Menarik bunyinya.. Maksud lebih kurang rewang la yer..
    Jom terjah post menarik dari Iqbal ..Polis Thailand Pakai PampersMy Profile

  36. Rewang tu biasa dengar, tapi kejubus tu memang rare Kak.
    Jom terjah post menarik dari SHIMI ..Musim-musim yang telah berlaluMy Profile

  37. masih kekal semangat kejubus ya.pertama kali dgr 😀
    Jom terjah post menarik dari izwannizam ..Iphoneography 3My Profile

  38. Depan rumah saya ni pun ada kenduri.. kenduri kawin.. rewang2 lah juga kejap.. nak pergi tengok Liverpool lawan gak lah.. YNWA bebeh!!!
    Jom terjah post menarik dari digolbot ..Gambar disekitar Pesta Flora Putrajaya 2011My Profile

  39. Rewang memang best..time kat kampung siap dapt rokok berkotak2..hehe

  40. First time dengar kejubus (baca kat google reader tadi)terus klik nak tahu lebih lanjut pasal kejubus tu :)…rindu kat kg bila ada kenduri…maka berjagalah orang penanggah sampai pagi…

  41. hehe nanti mak datang jaga intan 😀
    Jom terjah post menarik dari mamat ..Sebab Kenapa Perempuan Keluar Lambat Dari Bilik AirMy Profile

  42. whoa bestnyer! hehe 🙂

Trackbacks

  1. […] lepas  aktiviti kejubus, rewang dan tetamu blogger, minggu ini adik beradik saudara mara […]