Kenapa Nak Delete Blog? Saya Tak Marah Pun…

Bulan lepas saya kesan seseorang menggunakan image di blog saya secara ‘hotlinking’ yang boleh ditafsirkan sebagai kecurian bandwidth. Saya tak marah pun gambar peribadi itu diambil tetapi kalau boleh uploadlah di host sendiri.  Blogspot kan free.

Saya tak rasa kerana sekeping gambar ini telah menyebabkan blog saya sekali hampir-hampir mengalami Bandwidth Limit Exceeded. Mujur juga Serverfreak tambah 30GB secara percuma.  Terimakasih  Sam!  Kalau tidak , perit berblog dalam keadaan bandwidth semakin nazak. Tanya Amir bagaimana deritanya dia akibat kehabisan bandwidth.

Untuk mengelak masalah ini berlaku lagi, ( masalah kekeringan bandwidth bukan kecurian gambar ) saya telah aktifkan HotLink Protection. Secara tak langsung semua image yang dihotlinking dari blog saya akan error.

Tadi saya klik incoming link tersebut dan  agak terkejut melihat massage ” Blog has been removed “. Blog tersebut telah dipadam.

Saya rasa bersalah…. adakah kerana pemilik blog tersebut sedar saya telah mengetahui perbuatannya?   Hampir 2 minggu saya tahu tentang hotlinking tersebut tetapi saya diamkan saja.  Bukan masalah besar pun.

Kepada tuan blog tersebut ( jika membaca entri ini ) .   Tak perlulah sampai delete blog hanya kerana sekeping gambar.  Saya aktifkan HotLink Protection untuk jangka panjang kerana masalah kekeringan bandwidth .  Save gambar tersebut dan upload sendiri .

Nasihat kepada kawan-kawan yang lain, kalau teringin gambar mana-mana dari blog ini, upload pada hosting sendiri jangan copy direct dan paste di blog.  Itu dinamakan “pencuri bandwidth”.   Ada banyak keburukan hotlinking gambar dari laman web lain mengikut kata ariff.com.

Contoh image yang dihotlinking di blog saya yang lain :

Kalau image hotlinking – bila kita letak cursor ,  status bar akan display url asal dari mana image tersebut diambil. Kalau kita klik image tersebut, dia akan kembali kepada tempat asal image itu di copy.

Image yang sepatutnya seperti di atas, akan menjadi seperti di bawah ini apabila saya aktifkan Hotlink Protection:

©Kujie – saya ni bukan pandai marah orang pun… kalau marah pun saya tulis elok-elok atau berkias ‘makan dalam’ saja…kalau tak makan cili, toksahlah nak terasa ye

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Terima kasih Kak Jie. Bulan-bulan lain saya tidak berapa kisah, tapi kalau bulan Ramadhan saya terpaksa activatekan plugin itu. Baru 9 haribulan, bandwith dah keluar lampu kuning 😈 ……… sabar sajalah sesiapa yang berkenaan tu ye. Kami bukan marah, buatlah dengan cara yang tidak ‘mencederakan’ orang lain…………
    Baca panduan Kak Jie tu, kami tak marah………… 😀
    Jom terjah post menarik dari Mykrk ..Hayya Bil-Arabiah: Situasi – Kehilangan BarangMy Profile

  2. sebenarnyakan baru paham ape itu hotlinking. tq kak jie. appreciate sgt =D
    Jom terjah post menarik dari intanberlian ..Surat seorang Pelajar di Jepun tentang tsunami untuk Abang Nara Berfikirlah sebelum berkata-kata- jangan sampai memalukan diri dan melampaui sensitivitiMy Profile

  3. AmenoWorld says:

    wOrrr.. macam tue rupanya.. kalau kita copy link url gambar then letak kat belog kita utk dipanggil pencuri enh? saya selalu buat. tp saya taktahu. sekarang baru saya.. insya-Allah takbuat dah pada yg wordpress.. blogspot? entah.. ha ha ha

  4. Bagus jugak info ini. Mudah-mudahan lagi ramai yang faham. 😛
    .-= cdsite´s last blog ..Kenapa Rekabentuk Blog Penting? =-.

  5. oo.. baru saya faham maksud kak jie.. igt camner le tadi.. nasib baik, saya cari2 kat google pun, save dulu pastu upload semula kt blog.. tak tau pun pasal ni.. tq.
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Redbull Tawan Sepang =-.

  6. 😉 bagus juga buat begini. Semoga ‘dia’ akan faham selepas ini.

    Ada juga yang mengambil gambar dari blog saya, tapi saya biarkan, blogger baru, biar dia jalan-jalan dulu dalam dunia internet ni.

    Bila sudah faham nanti, pandai-pandai la dia perbaiki. hehe :mrgreen:

  7. Huhu..baru tau perkara sebegini wujud jugak ek..mungkin orang tuh tak tahu akibat perbuatan dia tu atau pun memang da biasa buat mcm tuh. Pape pun, trima kasih kak Jie atas info nih..sgt berguna bagi syng yang host banyk blog kt hosting. 😀
    .-= Jmay´s last blog ..Rezeki dikala sibuk =-.

  8. kalau delete blog takde la duit iklan!!!hehe 😛
    .-= Mr Fathi´s last blog ..Cerita Man Utd dan Selangor di FB dan Twitter =-.

  9. PakarLuahHati says:

    Wah, dapat lagi ilmu baru hari ini.
    Kebetulan saya memang mencari cara bagaimana untuk ‘protech’ gambar kat blog saya.
    So, solution nya ialah ‘HotLink Protection’ lah yer.
    Tenkiu kak Kujie atas info ini.
    .-= PakarLuahHati´s last blog ..Pekerja kedai mamak yang hebat =-.

    • Baru-baru ini saja aktifkan Hotlink Protection tu sebab nak elakkan bandwidth saya ‘kering’. Login Cpanel pada Security > Disablekan Hotlink Protection.

      Nampak macam kejam, tapi memang terpaksa letak Pak Guard untuk blog sekarang ni

  10. Azizuan says:

    saya pakai blogspot tapi guna flickr upload image..sangat seronok menyusahkan diri..haha
    tapi rasa tak best la upload pakai google punya tuh..lagi best copy paste code dari flickr..
    .-= Azizuan´s last blog ..Google Lancarkan Translate Untuk Haiwan =-.

  11. Haha… Kakjie punya ayat makan dalam. Pelik juga kenapa blogger tu nak delete blog? Sampai macam tu sekali. Mengenai hosting gambar ni, untuk blogger-blogger ni host la kat server sendiri. Kalau link kan pada wordpress dan blogger yang percuma kira ok lagi. Kesian tengok orang lain terpaksa tanggung kos disebabkan perbuatan anda.
    .-= imran´s last blog ..Vitamin B17 Penawar Kanser? =-.

    • MUngkin bukan sebab Kak Jie…. tak tahu
      tiba2 tengok blog dia dah delete, rasa bersalah kalaulah sebab gambar tu

      mungkin juga sebab lain…. bukan sebab tak nak host sendiri mungkin juga tak tahu,
      dengan cara copy dan paste image – secara tak langsung mereka ‘curi bandwidth’
      sebab itulah entri ini di tulis supaya ada yang dari ‘tak tahu’ menjadi ‘tahu’

  12. thanks for the mention kak jie =)
    .-= ariff´s last blog ..Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 7) – Kerana Passport Itu Nyawa =-.

  13. ish ish ingatkan pencuri wang jer ada rupanya pencuri bandwitdh pun ada gak.mungkin orang tu dah malas sangat latu,terus link jer.takpa ler lepas ni kujie pakai hosting unlimited pulak la..
    .-= akuchey´s last blog ..Panduan Adsense For Domain =-.

    • kerana malas nak upload dan dia tak tahu kesannya pada orang lain
      sebenarnya dua2 belah pihak ada kesan
      sebab tuan punya image boleh kesan

      unlimited…huhuhu…tunggu Advertlets ribu riban…hehehe

  14. memang ramai yang buat hotlinking dengan alasan senang tak payah nak download upload gambar. kalau hotlink dari blogspot tak apa la sebab blogspot tak ada bandwidth2 ni. tapi kalau self hosted memang terasa gak la. sebab tu digalakkan pakai plugin atau .htaccsess untuk elakkan hotlinking haram ni. hehe
    .-= zaiMi´s last blog ..Selamat Jalan Din Beramboi =-.

    • bukan selalu – kadang2 saja
      sebab tu tak de la street sgt, mungkin masa tu bandwidth cukup utk tampung ‘sumbangan’ untuk orang lain..tetapi sampai bila?

      kalau setiap bulan bandwidth tak cukup..tidur pun tk lena tau
      takut2 blog tak boleh akses

      harap2 entri ni dapat menyedarkan ramai orang

  15. Huhu…kak jie..sama faham sikit2…hehe, sama macam style “Opah Dee” pulak aku nihh…Kak Jie ni kalau marah pun mesti menten ayu kan dengan lesung pipit comeyy tuu… 😀
    .-= ah mat gebu´s last blog ..AWARD CINCIN "BERLIAN"…PAK TUA KAYO!!… =-.

  16. best aa kak ujie nih.. sopan santun aje. hahaha
    .-= eiman´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia =-.

    • tak kisah pun dia sesiapa nak ambil gambar tapi jgn ambil bandwidth sudahlah…. kak jie bayar setiap bandwidth yang digunakan di blog

  17. Zedzaidi says:

    Salam perkenalan…penyabar betul kamu…hehehe..susah nak cari org penyabar sekarang… 😉
    .-= Zedzaidi´s last blog ..Compensation Plan Vemma =-.

  18. oo itu macam ke kak jie..tapi kalau kita wat link ke entri org lain..ada masalah tak kak jie?
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Apa ada pada 310310 =-.

  19. lupa nak komen pasal hotlinking… saya pun tak faham kenapa blogger-blogger ni malas nak upload gambar sendiri. nak kerja senang je, hotlingking. saya pernah kena sekali. sekali jela setakat ni. logo JPA. bukan susah pun nak upload.

    teringat blog yg pernah copy paste artikel di oh malaysia tu. terus dia delete blog tu. saya pun tak suruh dia delete. saya pun tak sampai hati nak marah.
    .-= Amir´s last blog ..Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali =-.

    • MUla-mula kita pun tak buat apa2…bandwidth banyak..tak luak pun
      tapi blog kita sendiri makin hari makin berkembang dan bandwidth pun makin cukupcukup
      buatnya bangun pagi tak boleh akses blog………….. masa tu nak buat tindakan dah terlewat
      nampak kejam sgt letak security hotlink protection tu…mcm kedekut je
      tapi kena juga faham….kadang2 aktiviti kat blog kita sendiri pun cukup2 saja bandwidth dia

  20. memang sengsara kak jie abis bandwidth. at first saya tambah RM9 untuk 3GB lepas tu tambah lagi RM12 untuk 4GB. bagi orang lain jumlah tu tak lah besar sangat, saya pun rasa tak besar. tapi nak guna maybank nak transfer kena ada TAC no kan? kena ambil kat mesim ATM rasanya. mcm manalah nak ambil, sy kat aussie. nak guna debit card, duit dah takde… hehe…. berjimat cermatlah sekarang ni. dapat duit terus nak upgrade jadi 50GB. saya tak berani nak minta tambahan bandwidth dr serverfreak, sebab saya pun pelanggan baru.
    .-= Amir´s last blog ..Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali =-.

    • Yelah..nak transfer dari Australia…student lagi tu
      mgkn boleh minta tolong2 kawan2 di Malaysia buat payment dgn serverfreak
      Kak Jie berani juga email minta tambahan dgn bandwidth sebab 2-3 kali kak jie dapat email dari mereka
      suruh kak jie minta apa2..diskaun ke…promotion ke..tapi tak pernah guna pun kemudahan tu
      tiba2..bial kecemasan tu yang minta
      tak sangka pula sekali dapat 30GB
      ingat ke utk bulan lepas je..bukan ni blk jadi 50GB..rupa2nya dia bagi terus..skrg ni ada 80GB

      lagi pun kak jie ramai kenalkan customer baru kat SF tu…

  21. Guna byk free image hosting tapi nasiblah kalau kena tutup hosting tu…

    • macam kes photobucket kak jie la ni
      terdelete…………semua gambar
      jadi mana2 gambar yg host kt situ
      rompong je kat blog…

  22. Menyenangkan diri sendiri tp mungkin juga dlm masa yg sama menyusahkan org lain.

    Beranggapan dengan baik, mungkin ada org tak tau kesan akibat tindakkannya itu.
    .-= TokNabe´s last blog ..Terpaksa Berganti =-.

    • sebenarnya kedua2 belah pihak ada kesannya
      tuan blog dapat kesan juga gambar yg dihotlinking
      sebab tu saya tulis entri ni
      harap2 ramai yang faham , jgn buat
      kalau kena tuan blog yg main serang je..nak cakap ape…

  23. Jie… adoi… apa mende yang Jie cakap ni… he he he he. Saya satu habuk pun tak faham. Jie sihat ke?

  24. sy lak guna yang unlimited bandwith, tapi blog saya tak famous mana pun, so tak perlu risau kot pasal bandwith…

    jadi gambar tu sy upload je kat hosting sendiri, flickr, photobucket, imageshack ada akau tp malas nak upload kat sana, leceh
    .-= mijie´s last blog ..Perbezaan Hosting dan Domain =-.

    • unlimited mahai tu… kak jie ni mana kaya raya….pelawat je ramai
      tapi income dari iklan bukan byk pun
      tak ‘kejar ‘ sgt iklan2 ni…berpada2 je
      jadi income pun berpada2 je..cukup2lah nk bayar domain dan hosting

  25. Saya paling suka guna photobucket untuk semua image saya. 😀
    .-= tekkaus´s last blog ..Peri-fying Earth Hour Dinner At Nandos! =-.

    • ada akaun photobuckter..kemudian terdelete gambar
      semua hilang………….sejak tu risau pula nk host dari tempat lain

  26. saye ni baru lg dlm dunie blogging ni,tq krne bg info ni.takut nanti tersilap langkah pulak.
    .-= ct fad´s last blog ..Comel ler terung tu….best ni.. =-.

    • belajar dari kesilapan… banyak membaca
      sebab topik ini bukan baru muncul…ada banyak blogger yang menulis topik ini
      cuma blog2 teknikal2 lah..

  27. denaihati says:

    Sebenar banyak cara untuk jimat selain Flickr ada juga yg guna photobucket dan sebagainya… kita selalu belajar daripada kesilapan hidup.
    .-= denaihati´s last blog ..Suami Curang ketika Isteri Mengandung =-.

    • takut nak guna pihak ketiga…. pernah satu akaun photobucket ‘terdelete’
      semua gambar yg dihost di situ yang diletakan di blog…hilang
      image tak de….semua entri tu nampak cacat

  28. fuh…banyak jugak benda2 yang kita sebagai blogger kena ambil tahu ye kak jie..mcm bandwith ni saya tak tahu apa pon sebelom ni..kekadang memang saya main copy link location je gambar2 dari google tu, so tak payah upload lah, tak tahu pulak menyusahkan tuan gambar tu..huhu

    saya budak baru belajar
    ambil galah tolong jolokkan :mrgreen:
    .-= chekgu naman´s last blog ..Hapus Aku by Nidji Cover- Edisi Badan Masih Selim Melim =-.

    • dah tanam cempedak ke belum ni?
      boh baja…siram lek lok .. dah berbuah

      baru lah boleh jolok…

      sebenarnya kes mcm ni atau topik mcm ni ada orang tulis
      tapi dalam blog tutorial atau blog ber “niche” teknologi
      atau bahasa orang muda

      geek.

      tau maksud ‘niche’?

  29. Mungkin orang itu belum faham sebab guna hosting percuma selama ni. Kalau yang dah faham dan ariff tentang hosting sendiri, memang sangat tak patut buat camtu. Lebih-lebih lagi bagi tuan rumah yang tinggi trafik seharian.

    Saya sendiri baru terkial-kial belajar guna hostng sendiri.. byk benda yang kena belajar.
    .-= samdaddycool´s last blog ..Shawl scarf : Koleksi Selendang =-.

  30. musti tuan blog rase bersalah..
    huhu ataupun maybe tukar link url kot..blogspot kan boleh sentiasa tukar..rase2nye la:)
    .-= yoy´s last blog ..Update Contest Mudah Menang YoycullendotcoM. =-.

  31. nasib baik kak G tak buat report polis..klu tak dpt makan free dkt lokap..lain kali kalau nak mintaklah dgn tuan rumah, jangan mencuri… :mrgreen:
    .-= Nadri´s last blog ..Perginya Seorang Pelawak & Penghibur =-.

    • ishh…jgn buat lawak lah… nk repot2 ni.

      dia ambil gambar tak kisah pun, bukan disalah guna
      cuma tak upload sendiri tu yg timbulkan masalah.

      Mgkn selepas ada yg baca entri ni, mereka faham ttg cara selamat save gambar

  32. shaharil says:

    relaks sudah… nak delete blog tu,tak payah. nanti merugikan diri sendiri. kalau blog tu dah lama, kan merugikan sendiri. Yang penting minta maaf.

    • itulah yg rasa bersalah – kalaulah sebab gambar tersebut

      kalau sebab lain, tak apalah

      sebab kak jie pun best juga baca blog dia..baca dendiam 😆

  33. nuaeman says:

    masa awal2 pembabitan saya dengan blog ni dulu pernah saya kene warning dengan salah seorang blogger luar tapi bukan pasal ambil gambar tanpa hostkan di blog sendiri (masa tu guna blogspot) tapi saya ambil link download dari blog dia..
    .-= nuaeman´s last blog ..Alfatihah buat Mior Ahmad Fuad ( Din Beramboi ) =-.

    • ooo..ada pengalaman ye. Blog berself hosted ini ada ciri-ciri keselamatan untuk protect ‘hak milik’

  34. luthtextile says:

    dah salah tu buat cara salahla kan.. sebab tu dia delete blog.
    tak salah kalau nak ambil gambar sekalipun, tapi guna cara yg betul. kalau tidak jadi mcm mencuri la kan.. 😈 😈 😈 😈
    .-= luthtextile´s last blog ..6 cara atasi masalah blog tak terupdate! =-.

    • mungkin sebab lain tapi kak jie rasa bersalah juga
      selepas aktifkan ” Hotlink Protection” , tgok2 blog dah didelete
      selalu kak jie masuk jadi silent reader…. entri dia best2 juga tau

  35. mybe die terasa dan malu sendri..huhu..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Bila banyak masalah..ape nak buat??arrgghh!!!::: =-.

    • mgkn sebab lain dia delete blog kot…
      risau kalau sbb gambar tu..sbb benda tu boleh dibetulkan
      save je gambar, upload je..

  36. mungkin dia ada sebab lain kot untuk padam blog dia.

    BTW, selalunya yang curi imej nie, diorang tak perasan diorang buat tue salah. Lagi satu, masalah nie timbul, sebab ramai yang tak tau camne nak upload gambar dan sebagainya. Huhu~
    .-= aman´s last blog ..Rangkaian Sosial Lebih Mudah Dengan Maxis Connect =-.

    • setuju..
      sbb baru hari ini saye tau mende neh salah..
      baru saye tau ape itu hotlinking..
      huhuh..

      jap pikir..
      pernah buat ke tak?..
      🙂
      .-= dL´s last blog ..Dinobatkan Jadi Bibik Untuk Hari Sabtu. =-.

      • dulu kak jie pun tatau bab hotlinking ni

        rupanya isu hot..hehehe

        jadi ramai2nya kita baca dan ambil tahu… :mrgreen:

    • sebab tulah kak jie rasa bersalah kalau dia delete blog sebab gambar tu…kalau sebab lain tak apalah

      sebab benda ni terjadi dlm sehari dua ni..masa gambar tu di kesan, masa Kak Jie aktifkan protection kat blog

  37. Assalamualaikum Puan..
    pertama kali saya menulis komen di blog ini setelah sekian lama membaca segala entry yang terdapat di sini.. hehe.. puan boleh cek kut IP address saya ni..

    banyak kali juga nak meninggalkan komen, tapi saya was-was kerana bimbang terlanjur kata.. bak kata pepatah, kerana pulut santan binasa.. kerana mulut badan binasa.. tapi di sini tak dengarlah mulut berbunyi kan.. hanya jari-jemari yang menaip mewakili suara hati..

    Save pic dari web orang lain tanpa minta izin pun namanya ‘mencuri’ juga kan.. kalau kita tahu pic tu hak milik web peribadi seseorang bolehlah kita minta izin, tapi, kalau dah berlambak pic keluar di mana-mana web, pada siapa kita nak minta izin kan? Agaknya saya pun buat perkara salah kut. Ada juga saya minta kebenaran menggunakan pic dari web orang, kemudian save di lappy sendiri.. tetapi kemudian saya edit bagi nampak kelainan dan jadi lebih menarik.. dan publish semula di blog saya.. salah tak buat macam tu?

    Oh, ya, puan, blog saya set private.. sebab benar-benar blog peribadi.. saya menulis dan saya baca sendiri.. hehehe.. tak lucu..

    ok lah.. itu sahaja setakat ini.. 🙂

    • ini masalah lain – kena faham dulu.

      hotlinking adalah gambar yang diambil secara terus. Maksudnya gambar itu di copy terus dan paste di blog.

      Kalau kita save gambar , tak kiranya dari mana pun diambil, kemudian upload dalam hosting sendiri, itu lain. Tidak menjejaskan bandwidth pemilik gambar asal.

      Macam mana nak terangkan ye…

      bandwidth akan digunakan sekiranya, ada orang membaca blog ini (terimakasih), sewaktu pengujung menulis komen di blog ini (terimakasih) atau sewaktu saya menulis entri baru. Sekiranya gambar dari blog ini diambil terus dari hosting saya – bandwidth saya juga akan digunakan sewaktu di blog tersebut.

      Saya MEMBAYAR BANDWIDTH kepada pihak server hosting. Dan saya di beri space dalam jumlah yang tertentu ( contoh 50GB ) . image, contents atau segala aktiviti di blog ini akan memakan bandwidth tersebut.

      Saya tak reti nak terangkan hal2 teknikal macam ni….help!

      Tolong jangan salah faham isu curi gambar dan curi bandwidth.

      • Puan, jangan susah hati.. saya faham apa yang puan maksudkan iaitu masalah bandwidth. 🙂

        memang saya berbicara perkara yang berbeza.. ok.. ok.. it’s ok. 🙂

        • saya tak sentuh bab gambar di internet, sumber terbuka kerana saya menulis bab yang hanya menyentuh diri saya…. kalau baca blog ini, semua perkara yang saya tulis adalah hal2 yang berlaku pada diri sendiri….

          Bab sumber gambar di internet adalah perbincangan terbuka yang ada seribu satu pendapat.

          Saya adalah member berdaftar Gettyimage.com dan gambar yang digunakan di blog ini adalah dari sana , jarang gunakan gambar dari carian di google, sesekali mungkin ada. Linknya ada di sitebar.

      • Seperkara lagi kan puan, saya tak berapa setuju dengan beberapa penulis komen entry ini yang meletakkan kesalahan 100% kepada blogger yang copy terus image dari blog puan ini.. mungkin blogger tersebut memang tak tahu bahawa apa yang dia lakukan itu mendatangkan kesusahan kepada puan.. ye lah, pengguna blogspot kan tak ‘sehebat’ pengguna wordpress.. banyak lagi perkara yang mereka belum mahir dan belum faham.

  38. Dauspozi says:

    Salam ziarah,
    Dia malu kot sbb kantoi… bagus r akak ni, walaupun org curi bandwith still leh cool… kena contohi akak ni, hehehe…

    Ingat Hijau : Ingat Daus
    .-= Dauspozi´s last blog ..Tips Mencipta Identiti Tersendiri Di Dunia Blogging =-.

    • Sebab itulah entri ini ditulis… jangalah sebab gambar sekeping tu sampai delete blog…sayang tau..blog dia pun best

  39. owh,,macam tu,,
    dah dapat sikit ilmu,,
    thnx k.jie =D
    .-= ecar182´s last blog ..[update] Kronologi Din Beramboi : Dari Tweet Terakhir Hinggalah Majlis Pengkebumian =-.

  40. mestilah dia takut..dia buat salah dengan blogger hebat macam kak jie.kalau saya pun saya takut..macam dah down tw nak blogging kalau terasa kena sound dengan kak jie..
    .-= sendra´s last blog ..Why Our People Always Be Other People’s Laughing Stock. =-.

    • Kak Jie tak tegur dia , tak cakap apa pun atau tak sound apa pun.

      tapi selepas aktifkan Hotlink Protection – image yang dia save tu akan error, mungkin waktu tu dia sedar

  41. Wan Perlis says:

    sampai delete blog?
    touching gila
    image hosting yg best 666kb

    • Kak Jie tak pasti itu ke sebab nya…
      sebab benda ni berlaku serentak – tengok2 dah delete
      rasa bersalah juga…kerana gambar itu ke
      tapi kak jie tak de marah dia pun, tak cakap aap2 pun
      selalu intai blog dia…baca entri lama2..best juga 😆

  42. pnah gk jdi gini mse dlu2… fuh tkut tol..

    • apa yg jadi?

      bandwidth ke hotlinking

    • Hi Kak Jie..
      Sy rasa blog tu hilang bukan sebab kes hot linking tu.. Baru2 ni byk blog Blogger yang kena delete kalo ada infringing content. I mean kalo ada kes curi content (copy paste) yang bukan tuan blog tu sndiri yang tulis. Sy tak pasti sangat pasal ni tapi sy penah buat 2 report pasal kes copy paste ni. Yang 1st time tu Blogger delete the my article yang appear kt blog pencuri tu.. Yang 2nd time ni lepas sy wat report blog tu terus hilang. Maybe sebab memang byk sangat content copy paste dalam blog tu.. macam takde langsung yang tuan blog tu tulis sndiri..
      .-= Ridhuan´s last blog ..Vuze – My Favorite BitTorrent Client =-.

  43. Mungkin dia malu sangat2 dengan kak.. then dia pun menghukum diri sendiri dengan delete blog itu.
    .-= fahmi ibrahim´s last blog ..Yang berlalu biarlah Pergi =-.

  44. hehe mesti org tu tkt sampai nk terkencing sbb kantoi..ekekeh drpd org duk serbu blog dia nnt, baik dia delete awl2..hukhuk

    • bab gambar bukanlah serius macam kes copy paste entri secara terang dan nyata mengaku entri sendiri.

      walau gambar yg di ambil tu gambar peribadi, ttp kak jie tak marah pun
      cuma dia perlu host gambar tu sendiri
      bandwidth kak jie ni hujung bulan saja ‘paras berjaga-jaga’ 😆

  45. tu sebab saya suka sekali upload sendiri kat flickR. untung serverfreak sebab saya hanya guna 10% je server dia since semua image kat flickR
    .-= KNizam´s last blog ..Good Luck to MigDuck (MCKK) Hockey Team – Hockey U-16 North Zone Championship 2010 at Turf Pitch, Sg Petani Kedah =-.

Trackbacks

  1. […] blog saja yang kena pasang extra security – Hotlink Protection, diri sendiri juga perlu ye kawan-kawan. Berita semalam yang saya baca kes H1N1 kembali dengan 2 […]