Kenapa Saya Akan Hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013

Saya terima beberapa soalan dari blogger. Ini bukan kali pertama, tetapi dulu pun dah pernah ditanya dan menjawap. Ramai yang pelik dengan diri saya sebagai seorang blogger. Mereka cakap, saya  kurang dilihat bersama komuniti blogger tetapi selalu tersenarai dalam senarai blogger popular, blogger terbaik, blogger entah apa lagi..saya pun tak pandai nak definasikan. Mereka selalu nampak blogger yang sering disenaraikan itu berada di mana-mana dan kerap muncul dalam majlis² blogger.

  • Kenapa Kak Jie tak join aktiviti blogger lain?

Ada, saya ada join juga tetapi agak memilih.  Saya seorang isteri, ibu dan ada keluarga di sebelah suami juga diri sendiri.   Saya ada anak remaja . Suami saya bekerja di luar daerah, tak tinggal bersama.  Jadi saya perlu menjaga diri supaya tidak menimbulkan fitnah atau kata-kata orang.  Kita tak boleh nak cakap ” abaikan cakap orang selagi kita buat benda betul ” sebab saya tinggal dalam komuniti manusia bukan dengan burung, ayam itik,  kura-kura atau ikan jaws ( erk..ada ke ikan jaws ).  Walau pun benda itu betul tetapi bukan keperluan, saya juga perlu elakkan.

Cuba bayangkan perasaan pasangan kita yang jauh dari segala keseronokkan ( duduk jauh dari keluarga bukan keseronokkan tambahan lagi nun di tengah hutan Tasik Kenyir ).  Cuba bayangkan perasaan pasangan melihat kita yang ditinggalkan seronok bersuka suki bersama rakan-rakan.  Ini bukan soal kepercayaan, rasanya kami telah melepasi garis saling mempercayai setelah mengharungi perkahwinan lebih 21 tahun.  Ini adalah keadaan ingin berkongsi rasa sebagaimana dia keseorangan di sana.  Menunjukkan rasa belas atas rasa kasih dan sayang.

Bila saya hanya menghadiri sesuatu perjumpaan blogger, itu bermakna ianya istimewa.

Saya akan hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013  #SBB2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada 26 Jan 2013 .   Majlis ini cukup istimewa kerana dipenuhi dengan pelbagai aturcara yang bermanfaat.  Nak tau kenpa ianya istimewa, klik untuk mengetahuinya di sini –   Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013

blog popular malaysia 2013

Senarai ini diambil dari – sumber

  •  Kenapa jarang nampak Kak Jie bersama blogger senarai popular lain?

Ini soalan susah nak jawap.  Saya selalu berhubung dengan ramai blogger tetapi mungkin tidak di blog.   Saya tak punya banyak masa untuk berblogwalking dan bersosial di talian supaya kehadiran saya dapat dilihat dan dikenali oleh ramai blogger.  Saya bukan muda, dah 40 tahun lebih.  Cuba bayangkan mak-mak korang mengadap komputer dan bersosial sana sini dalam talian?  Macam tulah saya… saya ada kehidupan yang perlu diuruskan.  Saya ada tanggungjawap Fardu Ain dan Fardu Kifayah dalam kehidupan realiti yang patut diberi keutamaan.

Kerana itulah, saya cuma menghasilkan entri dan tinggal.  Nak membalas komen pun sangat terbatas kelapangan.

SpongeBob SquarePantsNak luangkan masa tengok SpongeBob SquarePants lagiiii………… huh! Dah tak tengok Kdrama dah, bosan.  Pelakonya itu itu juga, plot drama pun itu itu juga.  Merapu meraban macam Sinetron juga, cuma beza pelakon comel lawan putih melepak saja.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. walau jarang blogwalking namun anda tetap banyak dikenal termasuk di Indonesia, hebat sekali dan jarang ini terjadi…
    kedepannya makin sukses buat anda
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Listrik PLN Secara OnlineMy Profile

  2. kak jie….ekekekekekekhuarghhuarghhuarghhahahahahaha… boleh bayangkan tak dayah gelak kuat kuat sekarang nih….org leka baca entry dia…tiba tiba ending nak tgk sponge bob…! muahahahakakakak…..betul betul dayah gelak…akak nih mmg boleh masuk super spontan tau..haha..

    dayah byk lagi nak kena belajar nih…nak jadik terbaik macam akak…!

  3. mmg dah register dah..tgh fikir nak gi ke tak..nak gi ke tak!!!. Nak gak kenal gan Kujie, HH, denaihati,dan ramai lagi lah…tapi saya ni ada penyakit sikit…penyakit malu nak jumpa org, payah kan!!…aduhaiii..

  4. Tahniah diucapkan.

  5. Sesuatu yang istimewa mampu meningkat keyakinan diri kita. Allah SWT pilih Kak Jie.

  6. wah sememangnya event ni nanti menjadi yang istimewa buat para blogger yang hadir, insyallah

  7. takde rezeki nak jumpa kak Jie kali ni. saya sendiri ada majlis lain yang perlu dihadiri atas urusan ‘saya yang menurut perintah’ – bakal bertemu Timbalan Perdana Menteri di SMK Sungai Besar.

    tapi takpe, 2 org rakan saya akan turut serta ke sana. harap2 mereka dapat bergambar dengan kak Jie nnt. hehe!

  8. mantap ranking alexa kak jie…

    PM tak berkesempatan join minum petang tuh walaupun terngin sangat…huhu

  9. tanyalah blogger mana pun, especially yang dah lama menulis blog. nak mengadap blog selalu, memang idaklah. hehehe…layan spangebob lagi da bomb! :p

  10. tak dapat ke sana kerana masih lagi belajar di Maghribi. Insya Allah, kalau ada rezeki tahun depan, insya Allah akan datang.

  11. jumpe kak jie nanti…. ramai-ramai mesti tak dan nak tengur semua….

  12. betul…bila dah berkeluarga keutamaan kita berubah arah….suami & anak2 kena difikirkan dulu.

  13. komitmen sy utk ngadap blog, komputer, dll. ni pun sebenarnya agak terhad.. tambah plak memegang jawatan “bekerja dari rumah” ni… agak mencabar, ank2 kecik2 lagi… nak join gathering2 lagi laaa x bernasib.

    dan kebetulan tarikh itu pula kami nak fly……………………………..
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Apa itu Perak dan GCPMy Profile

  14. Yalah kak jie.. bukan senang sebenarnya datang keseorang tanpa mr. hubby
    utk menyertai bersama2 sahabat2 blogger.. saya pun terasa tak syiok tapi
    keadaan kerana kebetulan ada urusan di Msia saya dapat join sekali… =)

    Jumpa kak jie nanti disana disana…
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Empat tahun beraya tanpa anak tersayang – Part 2My Profile

  15. Ada beberapa soalan yg selama ni menari2 kat kepala ada jugak terjawab =)

    Takde nak komen lain selain setuju dgn kenyataan kak jie yg ni;
    “Ini adalah keadaan ingin berkongsi rasa sebagaimana dia keseorangan di sana. Menunjukkan rasa belas atas rasa kasih dan sayang”

    Sedang berusaha utk hadirkan diri juga ke gathering ni…
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok!My Profile

  16. populariti meningkat ni kak jie.
    orang pandang cam #retis dah.
    soalan2 pun macam gosip jadinya. hehehe

  17. Nak pergi jugak. tapi selalu ada clash dgn pape yg lebih penting. byk la pulak alasan kan. haha

    InsyaAllah akan cuba cari masa utk join mana2 gathering one day 🙂
    Jom terjah post menarik dari Faris Al-Muhandisu ..4 Alat Penting Dalam Mengejar ImpianMy Profile

  18. susah nak join, sbb anak2 kecik lagi, takut terganggu pula majis..
    majlis sepetang ni pun, en suami kata nak pergi, jadi tgh fikir2 sebarang altenatif utk anak2 ni.. nak soh suami g sorang2, dia pulak tak nak..

    ** saya faham perasaan kak jie, suami dok jauh, apa pun tak kena..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Review Buku | Badiuzzaman Said NursiMy Profile

  19. Tak pernah join aktiviti blogger, antara kerana tidak tahu dan tidak berkesempatan. Patutlah sampai sekarang tak popular pun. haha
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Filem Ahad : 4 Filem UnikMy Profile

  20. heheh..dalam serius ada jugak lawak dlm entry ni kak jie….ikan jaws….
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Luahan Hati Seorang LelakiMy Profile

  21. Terasa nakl juga rasa join majlis sepetang bersama blogger, tapi aya jauh di sabah ni..huhu dan mungkin sibuk dgn kerjaya.. apa-apa pun, insyaAllah, kalo satu masa aya diberikan rezeki masa, aya nak pergi gak.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Video Tutorial & Panduan Akismet untuk WordPressMy Profile

  22. perkhh..

    saya juga begitu kak jie.. skrg ini terpaksa memperlahankan segala gerak geri dlm berblog.. terutama saya masih seorg pelajar.. uhuk! sibuk dgn assignment dan projek paper..

    baru sahaja lepas menghantar paper kursus, tetapi di dlm hati bergelora..huhuhu

    harap2 result mengancam! uhuk!…

  23. mmg Ada tertanya2 dibenak.. Dan dah dijawab. tq.
    Jom terjah post menarik dari mama maman aka yana ..DiaMy Profile

  24. blogger mmg yang paling best. sedih tidak dapat ikut.
    Jom terjah post menarik dari waireen ..Kereta Batman TV siri Terjual $ 4.2 jutaMy Profile

  25. assalamualaikum kujie….walaupun x join sekali tapi tetap femes semua kenal..:)
    Jom terjah post menarik dari maszull ..Selamat Hari Lahir MiaLianaMy Profile

  26. apa pun anda memang blogger hebat,tahniah!
    Jom terjah post menarik dari kakmahh ..Special Ride SMK BATU MUDA 2012My Profile

  27. Kita sebagai orang tua dan juga sebagai ibu khususnya memang mempunyai kewajiban baik dunia dan akherat bagi keluarga kita dan juga anak-anak kita pula.
    Jom terjah post menarik dari Blog Keperawatan ..Permohonan Maaf Untuk DenaihatiMy Profile

  28. Memang btul saperti apa yang di katakan, orang lama baanyak tanggungan kekuarga

  29. Terbaik laa kak…
    Hopefully dapat jumpa nanti.. He he…

  30. pembetulan: rasanya majlis dibuat pada 26/1/2013, bukan 29/1/2013. betulkan saya kalau salah 😀
    Jom terjah post menarik dari d0d0l.com ..Bila bateri kong… fulus pun melayang²…My Profile

  31. sy teringin juga nak hadir tapi tak lepas syarat pengajur, mungkin untuk lain kali dalam perancangan lain la pulak andai panjang umur..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Pendapatan dari blogMy Profile

  32. yer..nanti tangkap gambar ramai2 ye.

    saya join sbb saya pun blogger walaupun saya akui saya ni jenis pendiam tidak banyak cakap serta tidak punya banyak idea utk bersembang.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Dulu Tiada PTPTNMy Profile

  33. Jumpa di sana minggu depan,saya pun hadir juga.Setahun sekali berkumpul sesama blogger 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Rangup!My Profile

  34. emm..nak datang ke tidak ye..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Gua tak boleh kahwin lima..My Profile

  35. Saya sudah pergi Sepetang Bersama DenaiHati tahun 2012 dapat jumpa blogger. Kalau berpeluang untuk acara tahun 2013 pula.

    Apabila kak Jie sudah menerima cucu tentu sudah tak ada masa untuk blogging.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

    • sebenarnya hal kesihatan pun juga… kena kurangkan masa di depan komputer utk mata dan tulang. dah tak sesuai utk org berumur mcm kak jie

  36. nak tengok SpongeBob SquarePants yang tak tahan tu.. haha
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..First Time Beli Barang Online dengan SuperbuyMy Profile

  37. kalau ikutkan saya lebih kurang dgn kakjie jek … tak sempat .. nak buat cam mana huu..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Berapa harga sangkar kucing anda ?My Profile

  38. Kujie: Kenapa Saya Akan Hadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013?

    Affan: #retis 😆

Trackbacks

  1. […] jumpa para blogger sekalian yang tak pernah jumpa. Jumpa di alam internet je seperti kakak ini, kakak siti, dan juga ‘adik’ itu. Manalah tahu dapat peluang jumpa 10 blogger terbaik […]