Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay

empangan puah hulu terengganu

Empangan Hidroelektrik Sungai Puah yang sedang dalam pembinaan

Selama genap 2 minggu saya berada di beberapa lokasi di utara, timur dan tengah Semenanjung Malaysia, akhirnya pagi tadi selamat tiba di rumah selepas mengharungi perjalanan dengan bas dari Kuala Dungun.

puncak bukit bauk, dungun

Bandar Dungun dari puncak Bukit Bauk

Banyak visual-visual menarik yang terakam dalam kenangan sebagai pengalaman hidup. Suami saya seorang juru ukur tanah ( land surveyor ) yang sudah tentu bidang dan lokasi kerja bukan tetap di bilik pejabat. Juru ukur biasanya menjadi individu pertama yang menjejak ke sesuatu tempat yang sedang dirancang pembinaan. Kerana itu, kami sekeluarga biasanya menjadi antara orang yang berpeluang melihat dan mengutip pengalaman yang tak ramai orang lain perolehinya.

matahari terbenam

Perjalanan ke Empangan Hidroelektrik Sungai Tembat

Gambar ini terakam sewaktu kami menjelajah melalui jalan pembinaan berliku terumbang ambing dan bergaung dalam lebih kurang 10KM dari tapak projek Empangan Sungai Puah ke Empangan Sungai Tembat.

pemandangan laut di pantai timur

Pantai Teluk Lipat – Dungun, Terengganu

Dalam banyak-banyak kisah dan peristiwa, ada sesuatu yang sangat terkesan yang ingin saya kongsi sebagai seorang blogger yang mencatit rentetan hidup untuk perkongsian bersama.

Sewaktu di kampung, saya bertemu seorang pengusaha Homestay. Saya bertanya bagaimana keadaan dan perkembangan perniagaan yang sedang diusahakan beliau.

Menurutnya, homestay yang telah diusahakan sejak lebih setahun itu sangat memuaskan dan beliau agak terkejut kerana mendapat tempahan melalui telefon. Apabila ditanya kepada pelanggan,  beliau diberitahu bahawa mereka mendapat maklumat dan nombor telefonnya apabila membaca sebuah blog.

“peliklah… saya tak pernah pun tulis kat internet”

“sebenarnya… sayalah yang tulis tentang homestay tu kat blog dan letakkan nombor telefon Ja”

Awak nampak tak apa yang saya lihat?

  • Perkhidmatan yang baik akan menjadi ‘iklan mulut ke mulut’ – jangan berkira atau membezakan pelanggan anda kerana anda tidak tahu siapa mereka.
  • Kepada penguasaha atau perniaga online – jangan kedekut untuk mengeluarkan modal RM 300 – 400  untuk mengiklan produk/perkhidmatan anda dengan menempah satu entri post ( advertorial post )  kerana kesan positifnya akan datang untuk jangka masa yang lama.  ( Contoh email kepada pengiklan ) Carian kata kunci (keywords) yang sesuai tetap bernilai selagi laman web tersebut ‘hidup’ di atas talian.  Ramai yang takut untuk mengeluarkan modal membeli satu post entri kerana harganya lebih mahal berbanding menyewa satu ruang kecil banner.
Aurora di langit

Subhanallah, cantiknya cahaya yang terpancar dicelahan awan dengan merah, biru , hijau seperti pelangi. Adakah ini aurora?

nota : saya terlepas beberapa email pengiklan kerana berada diluar capaian internet dalam tempoh 2 minggu tetapi saya mempunyai kualiti masa yang sangat bernilai bersama keluarga.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Kuasa internet dan blog memang hebat. Sekarang ramai yg akan search informasi di Google sebelum mengembara ke destinasi yg mereka pergi.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Percutian Beijing penuh dengan penipuanMy Profile

  2. menjadi pengusaha Homestay saya rasa cukup menggiurkan, bisa untuk menambah pendapatan bulanan
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Membuat Sabun Mandi Padat NaturalMy Profile

  3. Jadi Kak Jie sangat menyenangkan, bisa bepergian melancong ke tempat mana pun yang indah2 tu..
    Terus sharing ya 😀
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Create 8 Simple CSS Image Button With Box Shadows EffectsMy Profile

  4. Betul tu saya setuju… Ada rakan-rakan yang meminta Bisnes kad Pak Ya Homestay daripada saya..

    Saya bagi tahu dekat rakan tersebut, saya tiada Bisnes Kad Pak Ya Homestay, tapi bisnes kad lain adalah…

    Lepas tu rakan saya bertanya, bagaimana saya mempromosikan pak Ya Homestay?

    Setakat ini saya hanya mempromosikan Pak ya homestay menerusi blog sahaja… Syukur Alhamdulillah… Dengan sedikit pengetahuan SEO telah membantu saya mendapatkan pelanggan menerusi hasil carian Google.. 😉
    Jom terjah post menarik dari Anuar ..Peluang menjadi Rakan Pemasaran Projek MyKad Smart Shopper (MSSP)My Profile

  5. Betul tu kak jie..pengalaman kak jie ni tak semua orang akan dapat..kadang2 saya sendiri pun jeles gak..hahaha..nak gak rasa mcm kak jie rasa..huhu
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Sekeping Nota Untuk AyahMy Profile

  6. Rumah kat penang tu macam nak buat homestay. nak jual pun boleh juga. hmmm…
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Contengan malam : kenali diri, kenali PenciptaMy Profile

  7. terus terang lah saya memang tak pernah menginap lagi dekat home stay
    Jom terjah post menarik dari onlajer ..KRR Drive Thru Setia Tropika DiLancarkanMy Profile

  8. cantik gambar-gambar yang kak jie ambil..setuju dengan pendapat kak jie tu..sekarang ni blog bagi impak yang besar dalam bayak perkara..sebab itu syarikat pengiklanan cari blogger sebab dia tahu apa kesannya.
    Jom terjah post menarik dari blackrosehunter ..NeurotoksinMy Profile

  9. dulu pernah ada homestay dan iklankan di blog & facebook….iklan memainkan peranan penting untuk memajukan projek homestay…..
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Terkurung Di Dalam ToiletMy Profile

  10. setuju dgn advertorial post tu..berdasarkan pengalaman sendiri.

    saya penah ambik slot iklan kat blog trafik tinggi..dia punya pakej, banner + entri produk. utk iklan ni, saya promote affiliate pay-per-lead (ppl).

    2-3 hari pertama, saya letak banner je dulu..dan cuma dapat tak sampai lima leads (RM2.50).

    tapi bila admin blog up je entri pasal produk, terus masuk lebih kurang 70 leads (RM35)..hanya dgn satu entri 🙂
    Jom terjah post menarik dari Amir ..Kerja Sambilan Di Rumah Untuk Kaki FacebookMy Profile

  11. Menarik, cantik, tertarik gambar yang kak kujie ambil.
    Saya sedang mencari juruukur sambilan. Suami puan ada mengambil servis tersebut?
    Senang-senang singgahla ke halaman saya di dhiaalpha.com
    Jom terjah post menarik dari Dhia ..Hello world!My Profile

  12. Salam,

    Menarik, cantik dan mengujakan gambar-gambar sis kujie. Entri yang menarik dan membantu bagi orang baru seperti saya. Suami puan mengambil kerja-kerja juruukur sambilan? Saya sedang mencari juruukur-jurukur untuk klien-klien saya yang ingin menjual tanah.
    Singgah-singgahla mengenai hartanah dan penginapan di dhiaalpha.com

  13. Setuju dengan cara begitu. Sepatutnya tuan empunya pusat peranginan wajib fikir masa depan sebab dah tahu berita dari pelanggan yang mabil info dari blogger.

    So, berilah duit dengan senang hati kepada blogger, takde masalah pun. 🙂

    Gambar memang lawa. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Asyrof – Blogger Tanah Arab ..Jangan Baca Jika Anda Tidak Mahu Hadiah!My Profile

  14. cantiknya gambar pemandangan nombor 3 dan yang terakhir tu.
    Jom terjah post menarik dari Noridah ..Lebihkan Buah Dan Sayur, Kurangkan Risiko KanserMy Profile

  15. tiada yang lebih baik dari masa bersama keluarga tanpa gangguan 🙂
    cantik permandangan dari situ 🙂
    Jom terjah post menarik dari Sop ..Berus gigi yang betul untuk penjagaan gigi sempurnaMy Profile

  16. Entry di blog yang mantap akan memberikan pulangan yang amat berkesan untuk tempoh yang lama…kerana trend pengguna sekarang mencari maklumat di internet….setuju dengan pendapat Kak Jie.
    Jom terjah post menarik dari Syarih ..Patutkah Undang-Undang Siber di Malaysia di Perketatkan?My Profile

  17. Kuasa blog memang power! Tak dinafikan lagi..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Hari Keluarga Al Ansar Group di Kalumpang ResortMy Profile

  18. Terbaik gambar2 tu k kujie. Itulah ciri2 yg saya suka pd entri k kujie
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Wordless Wednesday: Pantai Teluk ChempedakMy Profile

  19. Sangat suka dengan gambar yang diambil oleh akak. Cantik.
    Jom terjah post menarik dari halif ..Dah Nasib BadanMy Profile

  20. itulah kuasa blog. dalam bisnes mesti kena berani melabur terutama dalam pengiklanan atau promosi. part ni adalah paling penting sekali. kalau takut untuk melabur, orang pun takut nak keluar duit kat kita.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Wanita : Mama Tidak Pandai MasakMy Profile

  21. betul tu..gua setuju. hoho..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Hanya undi jika rasa aku layak untuk menang.My Profile

  22. Salam. Saya bersetuju dengan penulis tentang kesan hebat pengiklanan di internet samada melalui medium blog, facebook dan lain-lain. Ini kerana zaman ini manusia semakin sibuk dan kompleks dan medium internet sebagai penyelesaian memandangkan ianya cepat dan mudah.

  23. sy pun biasa buat review produk yg sy guna dalam entri.. pastu jual.. mmg kesan pd pembaca agak ketara.. dah lama entri tu pun still ada yg kontek bertanya… hee
    Jom terjah post menarik dari lin azlina ..Akhirnya Pasang Jua Penapis Air niMy Profile

  24. Foto-fotonya bagus, banyak pemandangan yang menarik!
    Jom terjah post menarik dari Edi – Aura Ide ..Daftar Pemilik Exchanger Liberty Reserve (LR) yang jadi buron FBI (website ditutup)My Profile

  25. Pengiklanan melalui media sosial berkesan selain kosnya rendah. Lagi bertuah kalau mendapat kedudukan indek yang baik oleh Google. Betul kata kak Jie janganlah kedekut keluar modal. Sebagai contoh pengiklanan melalui Facebook boleh bermula serendah 15sen bukan caranya spam di wall.

  26. Nampak sesuatu dlm entri ni…hehe

    thanks kak jie berkongsi..

    p.s. ayat last tu mmg best!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini BerkualitiMy Profile

  27. Tudiaaaa datin dah kembali haha 😆

    Advertorial lebih bagus untuk long term investment, lagi 3 4 tahun orang cari pun InsyaAllah akan jumpa

    Banner pula lebih kepada short investment utk kesan yang lebih cepat, disamping juga utk brand awareness.
    Jom terjah post menarik dari Affan ..#WW – Sila Tunggu 9999 saat Untuk Teruskan MembacaMy Profile

  28. setuju gila dengan entri kakjie ni… sebab tu lah entri post dicaj lebih sedikit berbanding iklan gambar kotak-kotak di sidebar blog,
    Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Kini Lebih SeniorMy Profile

  29. setuju kakjie… masih ramai yg takut/kedekut nk keluarkan modal kpd blogger sebagai salah satu pelaburan jangka panjang… jika mereka tidak tahu/tidak terlibat dgn penulisan di blog, para bloggers boleh tolong tuliskan utk mereka 😉
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..Alamak, lipstik Rihanna merbahayalah…My Profile

  30. amat setuju sekali dengan penulisan kak Jie nih. Sekarang ramai orang sikit-skit google. Jadi, apa yang terdapat dalam internet lagi mudah untuk dicapai maklumatnya.
    Jom terjah post menarik dari amirnawawi ..#amirmakan- Spageti Bolognese BajetMy Profile

  31. untungnya seo blog power ni..memang boleh tarik banyak tawaran dari pengiklaan..hehe..lamanya ka jie bercuti,mesi seronok..
    Jom terjah post menarik dari afif ..Jomniaga Bantu Menjana PendapatanMy Profile

    • seo juga point yg penting, pengiklan perlu tau gred mcm mana sesebuah blog tersebut…ada harga yg berbeza², kena faham kenapa blog tu mahal, blog yg lain tu murah.. ada sebabnya
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Screen S3 PecahMy Profile

  32. saya sendiri pon buat iklan bisnes guna entri . ramai juga yang telefon kata dapat dari blog .. haha . dari situ kita boleh nampak sendiri yang pengguna internet suka mengoogle perkataan dari klik gambar
    Jom terjah post menarik dari Zqah ..Sotong Celup Tepung TerengganuMy Profile

    • kalau guna banner, sebulan dua benda tu hilang dah… kalau dalam bentuk entri, ada selagi blog tu hidup
      lagi satu..ramai yg buat carian, gunakan ‘word’
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Screen S3 PecahMy Profile

  33. Selamat kembali Kak Jie,mmg tak dinafikan iklan melalui internet memang banyak kelebihan nya,nak pulak bile time cuti sekolah,banyak yg buat carian.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Cuti-Cuti MelakaMy Profile

  34. Sura Gate tempat saya belajaq dulu. Atas tempat utk tengok view rupanya atas bukit bauk tu. bagus la, tolong pakcik tu cari rezki.
    Semoga lebih bertambah.
    Amin..

  35. kesan positif dan ade jugak akan memberi impak negatif kalau….
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Review : D’Embassy Service Residence Suite, Kuantan, Pahang.My Profile

    • tang kalau tu….. sambung buat entri encik..hahaha

      lepas baca entri berkenaan, nak suruh rujuk no 1 point kak jie

      Perkhidmatan yang baik akan menjadi ‘iklan mulut ke mulut’ – jangan berkira atau membezakan pelanggan anda kerana anda tidak tahu siapa mereka.

  36. wah..semua gambar kak jie amik awesome….tu lah advertorial memang mahal tp hasilnya memang gempak dan bertahan utk jangka masa yg panjang…cuma saya x berani nak amik iklan advertorial ni sb mahal pastu keadaan blog saya yg x berapa nak stabil….
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Cuti-Cuti Bajet Utusan Malaysia – Menikmati Keindahan Pantai BaliMy Profile

    • gambar gunakan telefon saja, kami bercuti malas nak usung DSLR. nampak depan mata terus snap, tak sempat nak bersedia itu ini.

      iklan dengan ‘perkataan’ lebih bernilai kepada carian internet berbanding banner yang sebulan kemudian hilang. bayar mahal untuk advertorial, tetapi link dan maklumat tersebut akan kekal selagi laman web ada

  37. Memang sekarang perlu mempromosikan apa sahaja produk kita di internet, sekarang dunia tanpa sempadan, maklumat semuanya berada di hujung jari.. Search google pasti ada maklumat..
    Jom terjah post menarik dari Irwan Alessa ..Aku hairan..My Profile

    • peniaga online perlu bijak melabur untuk mendapatkan hasil yang optimum… ada pelbagai jenis iklan, jadi kena tahu yang mana akan hasilkan keputusan yang baik

  38. setuju dengan pandangan kak jie…Aritu masa balik kampung, pakcik cakap ada yang menempah online kuih bahulu/akoknya selepas search dan baca entri di blog eyriqazz….Itulah yang ramai tak nampak, entri yang muncul di google lebih bernilai dari iklan banner yang entah di klik or tidak….
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Apa Pandang-Pandang?My Profile

    • kebanyakkan pelayar internet menggunakan perkataan ( word ) untuk membuat carian maklumat. carian image pun ada tetapi carian dengan perkataan lebih meluas dan boleh dioptimumkan penggunaannya.

Trackbacks

  1. […] Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay […]

  2. […] post entri kerana harganya lebih mahal berbanding menyewa satu ruang kecil banner.” – Kesan Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay. Yup, sebab itula Blog Advertising ini adalah satu medium pengiklanan yang sesuai untuk jangka masa […]

  3. […] Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay […]

  4. […] Entri rujukan untuk kes ini , sila baca Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay […]

  5. […] Macam mana nak mendapatkan pulangan yang setimpal dari modal yang telah dilaburkan? Baca dulu  entri berkaitan di sini – Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay […]