Kisah Sepetang Bersama Blogger Yang Tertunda

Ini kisah Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network  sebagai  siaran tertunda. Blogger lain buat live update, saya baru nak bersiaran. Apa nak buat, lepas acara saya terus bercuti ke  Gambang Waterpark, Kuantan, kemudian mak dan ayah ikut ke rumah. Semalam dah hantar mak dan ayah balik kampung, adalah masa untuk beronline.

Alasan kedua – bandwidth bulan lepas hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, dua kali down dalam sebulan adalah satu berita tragis bagi seorang blogger.  Nak berjimat bandwidth terpaksalah tunda entri ini ke bulan Februari.

Pada hari majlis berlangsung, saya dan Intan keluar dari rumah tepat jam 12.30 dengan harapan kamilah yang terawal.  Rupa-rupanya tersalah pilih jalan.  Sepatutnya saya menggelak untuk melalui Selayang ( Jalan Kuching ) kerana sambutan perayaan Thaipusam.  Terlupa dan tak ingat.  Saya tersangkut lebih 1 jam dari depan Pasar Borong Selayang hanya untuk membuat pusingan yang jaraknya kira-kira 1 Kilometer sahaja.

Pukul 2.15 saya berjaya melepasi kesesakan dengan membuat pusingan di bulatan jejantas .  Saya berpatah  balik semula ke Rawang dan memasuki Lebuhraya LATAR , kemudian ambil GCE (Guthrie Corridor Expressway ) dan ke Lebuhraya Persekutuan.  Hanya 45 minit, saya dah sampai di perkarangan Hotel Singgahsana , tempat majlis ini berlangsung.

Di pintu masuk dewan,  sudah terdengar acara telah bermula.  Melangkah saja memasuki  dewan…wow!  meriahnya.  Ramainya blogger, cantik dan kacak²nya mereka.

Kami duduk semeja dengan pemenang terbanyak acara – Cikgu Naman  dan isterinya Mrs Fiza .   Kan dah cakap , kena duduk sebelah kiri!

Belum pun duduk, kami dah mencari ruang makanan.  Lapar tau tersesak-sesak kat jalan tadi.  Filet ikan dan udang goreng sangat sedap!

Belum pun nasi tu hadam, dah dipanggil naik ke pentas untuk mini forum.

 

majlis forum blogger

Inilah satu-satunya gambar dari atas pentas… Dari jauh saya nampak dua AJK WhatsApp Kiah Propa bergurau senda.  Korang nampak?

anarm

Ini AJK yang paling sibuk sedang bertugas – Anarm .  Panel forum yang lain sopan santun saja atas pentas, saya masih nak  bertwitter dengan blogger di bawah pentas.

wpid-mini-forum.png
Serius…… saya hilang fokus.  Bayangkan di depan saya ada hampir 120 pasang mata blogger memenuhi ruang dewan.  Tu belum campur yang ‘bermata empat’, mata hazel, mata hijau, biru… BUkan saja blogger dari Malaysia, malah majlis sepetang ini juga dihadiri oleh blogger dari Indonesia dan Brunei.

Siapa tak mengigil kalau  kena jeling dengan Ustaz Effendi .   hiks… Jangan marah ye Ustaz.

Terus terang, saya kelu dan hilang semua idea nak bercakap.  Bila pegang microphone, dewan sunyi dan hening.

Ini adalah 2 soalan yang dijual oleh Moderator – Abang Ensem

1) Tips2 SEO yang Kak Jie selalu guna sampaikan cerita2 tentang keluarga pun masih boleh berada di page pertama google.
2) Rahsia Kak Jie sehingga dihormati di arena blogging tanahair walaupun jarang atau tidak pernah menyertai sebarang blogger gathering.

Sebelum pergi, dalam kepala dah ada macam-macam  point nak cakap.  Tetapi bila duduk di depan blogger hebat lain, semuanya hilang.  Saya akan jawap dua soalan ini pada entri akan datang dengan lebih tersusun.

Sepetang-bersama-Blogger-2013-23Gambar ini diambil dari blogger Pegawai Bank, suami kepada seorang guru – dia bercerita dengan cakar harimaunya di [ SINI ]   Yang comel macam panda tu blogger yang terkenal di dalam pasaran hartanah.  Baca blog ensem dia di sini –  [ Tips and thoughts.. ]

Berdiri sebelah Puan Bee tu Kak Siti, tokei Kedai Kak Siti. AJK anggun yang sibuk ke san sini dengan tugas.

Walaupun Intan adalah blogger paling muda, tetapi blogger paling kecik kemetot tu  DJ Mia dari radio online WorldWide Symphony FM.  Yang berdiri tudung pink tu Sha pemilik blog Never Ending Story

Ada seorang blogger 4 series ( sama level tu ) yang saya tak berani bergambar berdua.  Tagline dia perlu muka serius dan buat-buat masam sedangkan saya ini sentiasa manis… hiks!  Tak perlu diperkenalkan lagi kerana setahun ada 365 gambar muka dia dalam Self-Portrait Daily

Blogger lain ramai yang update kisah sepetang ini, mari kita terjah dan baca … baca… baca.!

  • Nadot – sempat lagi sesi soal jawap di meja. Tak lepas peluang, kan?
  • Blogger yang ramai anggap dia seorang  perempuan  –  laporannya di  [ SINI }
  • Bapa Abang Koneng pun siapkan juga entri  cotat coret Sepetang Bersama Blogger
  • Faizal PJ update gambar teruja pemenang bertuah di majlis #SBB2013
  • Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dari Blogger Ajumohit
  • Nak baca ulasan 10 blogger terbaik Malaysia? Sila terjah penulisan beliau di hafizmohd.com
  • Kisah dari blogger seberang – Bang Iwan dengan entri Sejuta kesan

Saya pasti, kebanyakkan blogger yang memenuhi dewan tidak terkelip mata memasang telinga mendengar cerita dari saudara Sani Araby Al-Kahery ( Malaysian Consultative Council For Islamic NGOs ( MAPPIM ) mengenai liku dan pengalaman sebenar beliau di zon perang, Gaza, Palestin.

Lebih terkejut bila nama dipanggil  ke pentas untuk dilantik sebagai Official Blogger for Gaza bersama beberapa blogger lain.

Official Blogger for Gaza

Gambar dan cerita dari Shakkido.com

 

sam serverfreak

Terimakasih Sam dari ServerFreak untuk hadiah penajaan.  Comel je senyuman  dia!

 

blogger dari indonesiaMereka datang sejauh Kemboja dan Indonesia.  Gambar dari Blogger Indonesia Dadan Darmawan .  Tanpa perlu diperkenalkan, identiti batiknya sudah kita tahu asal mereka.  Bangga sungguh kerana di dalam dewan ini terhimpun blogger dari luar negara yang sebelum ini hanya bersapa di alam maya.

Saya minta maaf kalau tak sempat bertemu beramah mesra dengan kesemua blogger di dalam dewan.  Mungkin ada yang tahu, saya hilang pendengaran total di sebelah kanan, cuma telinga kiri saja yang masih berfungsi.  Saya tidak dapat fokus kepada suara dan bunyi apabila berada di tempat terlalu ramai orang .  Mungkin ada yang memangil dan menegur tetapi tidak dipedulikan.    Kalau kita bertemu dilain kali, berdiri atau duduklah di sebelah kiri saya ye… atau bercakap dengan jelas.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ternyata yang datang di acara itu juga dari blogger Indonesia ya..
    nice share 🙂
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Menghilangkan Noda Pada Mangkuk ToiletMy Profile

  2. kak jie memang hebat…
    boleh dah sebaris dgn lisa surihani ni.. heheh
    retis fofular gitew… ahaks

    apa2 hal maza rasa terkilan lah pulak tak gi sama.. huhuhu
    harap2 next round would be able to join gitew.. uhuK!

  3. intan tu umur berapa tahun ye?
    Jom terjah post menarik dari azrijohan ..‘Quran Pen Digital Reader’ Memudahkan Pembelajaran Al Quran AndaMy Profile

  4. hahaha.. Harus.. Mana boleh lepas peluang tanya macam-macam kepada blogger hebat yang singgah di meja… hehehe
    Tq Kak Jie layan dan jawab juga soalan-soalan kitorang 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nadot ..Aku Tak Mampu Menulis LagiMy Profile

  5. rasa macam nak ulang semula masa kan?? betapa meriahnya majlis pada hari itu…
    Jom terjah post menarik dari boni kacak ..Berhenti Berblog Disebabkan #SBB2013My Profile

  6. seronok dpt jumpa kak jie, wpun sekejap.. lain kali kena duduk sebelah kiri kak jie, baru dapat ipad mini.. hehee
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013My Profile

  7. antara entri SBB terbaik..walaupun sy tak dapat hadir tapi kemeriahannya dapat juga dirasai dengan membaca entri2 SBB dari rakan rakan yang mengikuti majlis tu..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Agama hanya ibadah ?My Profile

  8. Hebat sekali, disini anda menjadi pembicara juga
    Jom terjah post menarik dari Jefri ..Manfaat & Pentingnya Minum Air Putih Bagi Kesehatan TubuhMy Profile

  9. wah kak jie

  10. Bagi saya ia adalah perkara biasa perasan gugup itu berlaku. Abang Ensem pandai bermula dengan sesi Ice Breaking @ pemanas badan dengan panel memperkenalkan diri untuk mengurangkan perasaan gugup tersebut.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013My Profile

  11. As-Salam. Program gini sekurang-kurangnya dapat kenal pasti siapa diri sebenar seorang blogger di balik blognya. Kalau tak, uhh memang habis identiti diri dalam dunia blog ni. Yelah, dunia blog ni pun bukan baik sangat … ada je jarum dan durinya.

    Harapan lain kali dapatlah datang majlis seperti ni. Tunggu masuk umur 40 kot ..hehehehe
    Jom terjah post menarik dari hasrulhassan ..“Sayang Izinkan Abang Kahwin Lain” – Kata Blogger IniMy Profile

  12. Kalau bukan Blogger yg perkasakan Blogger … siapa lagi?? Nak diharapkan orang lain rasa banyak yang ambil kesempatan .. kita tak nak seperti kata pepatah abis manis sepah dibuang.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Blogger Ensem Sangat #SBB2013My Profile

  13. Mesti nervous bila duk kat depan orang ramai kan? ehehe.. apa pun keep blogging kak jie.. 🙂

  14. mula2 gemuruh lah kan Kak Jie…lama2 ok la tuh…Kak Jie kena bersedia sebab rasanya setiap tahun Kak Jie akan naik pentas bagi talk dalam forum2 mcm tuh…;)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Bermain Air di Wet World Shah AlamMy Profile

  15. power dan memang power
    Jom terjah post menarik dari sendiriDOTnet ..Remaja SekarangMy Profile

  16. Walau ketaq Time tu tapi senyuman kak jie tak lekang di bibir…itu yg buat org x perasan tu dan itu jugalah yg buat org terpegun(senyap sebentar…hehe). Tapi mmg best lah kak Jie..blk terus semangat belajar seo…nanti boleh le Hanny belajaq dr kak Jie gak ye…;)

  17. seronoknya… takde peluang lagi nak bersama kalian…
    Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..PEMUZIK MUDA TAK GUNA AKAL SEPENUHNYAMy Profile

  18. teringin nak join tp baru lg jadi blogger pendidikan
    Jom terjah post menarik dari wan_math ..PANAS !! Tutorial cara download bahan² dari portal iniMy Profile

  19. menanti perkongsian seterusnya Kak Jie bagi 2 soalan yang ditanya.
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Pengunjung Bertuah Januari Blog My ArraziMy Profile

  20. Tak sangka first time jumpa kak jie terus duk semeja..sebelah kiri pulak tu..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..WW-Tak Perlu Pakai ‘Nametag’ di #SBB2013My Profile

  21. tak kira… lepas ni kena ambik gambar sama-sama jugak! Baahaha
    Jom terjah post menarik dari ~gedek! ..February 1, 2013My Profile

  22. ahhaaaa… kak jie memang terbaik.. khusyuk saya nak dengar walaupun si shahrol dok ajak bersembang.. hehehehe..
    Jom terjah post menarik dari KiD ..Aku RINDU lagiMy Profile

  23. intan takde ambil gambar gua kan? selamat. selamat..haha
    Jom terjah post menarik dari titan ..Mari Cuti di MalaysiaMy Profile

  24. tabik semua diam waktu kakjie berbagi ilmu SEO bahkan ahli SEO di negara kami pun mengakui biasa membaca mengenai SEO di blog kakjie
    Jom terjah post menarik dari munir ardi ..Merekam jejak kesuksesan blogger top di #SBB2013 bagian 2My Profile

  25. saya sempat juga bergambar dengan kak jie kat luar dewan… saya dengan faiz sekali masa tu 😀 hehe
    Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Ini Semua Salah Event #SBB2013 Anjuran Denaihati !My Profile

  26. Patutnya kena letak perakam suara masa kak jie time forum tue…. p/s : saya adalah jejaka sebelah UNCLE GEDEK tu…. 😉
    Jom terjah post menarik dari hazman aka species1980 ..HAZMAN vs FOOD – Mee Udang SALAK TINGGI + Limau Bali Tambun PERAKMy Profile

  27. part blogger comel macam panda tu buat zie tersenyum…. rugi sgt x dpt join… dan berharap jgk sesiapa yang ada ambil video part forum ni boleh share dgn kami2 yg xdpt join ni…
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..Anak Dara Tidur Tanpa BajuMy Profile

  28. kalau sy, mau terkucill atas pentas tu kakjie! larikk…. tamau cakapp… hahahhh…

    x sabar nak baca tips lepas ni

    p/s: amboi kemain AJK Kiah Propa yg bergurau senda itteww…
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Wordless Wednesday #64: Orang moden masih kenal telagaMy Profile

  29. Nice to know u kak jie.. Banyak perkara nak bertanya + berkongsi
    tapi masa jeles sama kita.. next time kita duduk + secawan kopi
    cicah biskut Jacob
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Awas taktik mencuri kereta cara terbaruMy Profile

  30. ehhh.. ada gambar saya dalam entri ni.. tadi macam takde.. tiba2 ada.. pelik ni.. ke tak perasan tadi..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Menang Hadiah Beg Sandang Giveaway OrendotmyMy Profile

  31. blogger yang comel macam panda.. hehehe.. masa atas stage tu suara kak jie macam ketar2.. neves kot.. tapi apa yg kak jie kongsikan dlm mini forum tu memang sangat2 memberi inspirasi buat semua.. next time bleh jadi panel forum lagi kot.. kena bagi soalan2 yg lebih mencabar utk dijawab..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Menang Hadiah Beg Sandang Giveaway OrendotmyMy Profile

  32. Ingat lagi Kak Jie masa mula2 nak bagi talk tu.. Nurul dgr suara Kak Jie macam gemuruh sikit, tapi lepas tu dah ok.. Tahniah Kak Jie.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nurul ..Blogger SpeakoutLoud Lasertag e@CurveMy Profile

  33. sempat juga saya snap picture Kak Jie dan Intan kan.

    tapi lagi terkejut sebenarnya bila Kak Jie tegur saya dulu.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..A DAN B (REZEKI TERPIJAK)My Profile

  34. terbaek entri ni!pttlah 4 jam..hehe
    Jom terjah post menarik dari Melastik bintang ..Terbongkar Sebuah Misteri – Melastik BintangMy Profile

  35. kak jie.. bile nak sain jadi mentor saya dalam dunia blog ni? hehehehe..
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Tip Suntingan: Putarkan imej potret anda secara pukal.My Profile

  36. Meriahnya!! tak sabar menanti kak Jie jawab pertanyaan yang diberi.
    Jom terjah post menarik dari Man ..Kesan Menonton Filem LucahMy Profile

  37. perasan gak suara k jie cam nerves. tp ingat mmg style cakap mcm tu…
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Terima Kasih KIDMy Profile

  38. Thank kak Jie
    Jom terjah post menarik dari Faizalpj ..Sakitnya Apabila Gusi BengkakMy Profile

  39. terbaekk Kak Jie.
    segan dengan kak jie..huhu
    Jom terjah post menarik dari Faizalpj ..Sakitnya Apabila Gusi BengkakMy Profile

  40. hehehe ingatkan lambat update sebab nak upload video forum ke.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari topo ..Teka-Teki Sempena Ulang Tahun Lego yang Ke 55My Profile

  41. ka jie memang hebatlah
    Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Janji ditepatiMy Profile

  42. Rasa rugi sgt tak dpt pi. Tahun depan mesti kena buat lg gempak! Hehe
    Jom terjah post menarik dari Faris Al-Muhandisu ..Hidup ‘Simple’My Profile

  43. pengalaman baru buat saya namun amat bermakna 😉
    Jom terjah post menarik dari ajumohit ..Selamat Mengerjakan Umrah Ibu mertuakuMy Profile

    • kak jie biasa ikut event blogger tetapi event kali ini yang paling formal…ngeri bila dok ingat kak jie merapu² atas pentas tu
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..TitanMy Profile

  44. oh ini la entrynya yang sampai 4 jam buat tu rupanya..haha..meriahnya la tengok..taksabar nak tunggu kakjie jawab soklan seo tu dalam entry nanty..

  45. Alhamdulillah. Dapat bersua ngn Kak Jie dan Intan di #SBB2013. Tak sia2 kami tunggu kat luar dewan utk jumpa Kak Jie…hehehe

    Masa sampai tu, dah carik kak jie, tapi tak jumpe2…try tanya Bro Ariff Shah, dia cakap…mesti sampai jap lagi…

    Paling kiri, eh…Kak Jie ngn Intan tgh lenggang dari meja buffet…baru nak mula makan…

    Mmg antara kenangan terindah di #SBB2013. Terima kasih Kak Jie selitkan link saya =) Terima kasih….
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Speechless Friday #1 Pagi Jumaat Malik MirzaMy Profile

  46. Masa Kak Jie berada atas pentas tu,memang semua orang diam,sebab nak fokus apa yang Kak Jie cakap.Maklumlah ramai yang pertama kali dengar suara Kak Jie,walaupun ada sedikit getaran (nervous)tapi kami boleh faham apa disampaikan.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Review Jangan Baca Buku IniMy Profile

Trackbacks

  1. […] entri ini paling lama ada dalam draft kerana saya pernah berjanji selepas balik dari majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 untuk menjawap pertanyaan Pakar Hartanah kita mengenai beberapa soalan yang pernah […]

  2. […] Sepetang Bersama Blogger […]

  3. […] Kujie2 :  Kisah Sepetang Bersama Blogger Yang Tertunda […]