Komen Cili Api Di Geng Blogger

By Kujie, 23/01/2010 7:34 pm

disapa sang bayu 455x182 Komen Cili Api Di Geng Blogger

Komen saya minggu ini :-

kita balik kepada asas ( kata prof. sidek baba – kembali kepada fitrah )

Tuan blog adalah DITAKTOR kepada blog dia. Dia nak buat apa pun, ternak buaya dalam tu, letak sofa antik jati – dia ada hak …..kita tak boleh cakap suka ke tak suka….Itu blog peribadi dia, dia tak menjemput kita masuk – kita yang klik masuk.

Dia ada hak sama rata seperti kita untuk create blog, tulis apa yang dia suka, letak radio sebesar redbox karaoke pun.. dia berblog diam-diam , tak kacau orang..kita yang masuk dalam ‘life ‘ dia.

OK..faham bab ni.

Yang jadi tak betul bila tuan blog nak trafik berjuta-juta lemon , nak setiap entri post di komen beratus-ratus , mempersoalkan kenapa orang tak datang blog dia, merungut kenapa earning nuffnang dia ciput, tak faham kenapa loading time dia macam siput semput..dia blogwalking letak kan link – jemput datang blog dia yang hebat, yang best. yang canggih….

Ok..kategori inilah tak digalakkan sama sekali letak lagu autoplay di blog.

Jadi, lain kali kalau jumpa blog yang tuan dia cakap ” aku tulis blog suka-suka, untuk lepaskan perasaan…untuk diri sendiri…untuk aku baca….” kita yang baca ni, diam-diam sudah… Remember, you are peering in on their life, sharing their thoughts, and though they may become quite special to you, you remain a mystery to them. It’s their weblog, they can do with it as they please.

air terjun serendah 455x214 Komen Cili Api Di Geng Blogger

Kemudian hunulaini balas – sebenarnya menyokong – ala-ala mesyuarat PIBG. Sapa sokong………..masing² angkat tangan!

salam semua….baru berkesempatan nak respon dengan topik ni….

neway, sangat setuju dengan Kak Jie….aku sendiri rasa nak letak lagu autoplay or not, its up to the blog owner….kita sendiri ni….tau nak blogwalking….set in your mind please that you will find a lot of thing that won’t please you.…kalau tau nak masuk blog orang randomly….take off your headphone/earphone or mute your speaker…..

another thing yang kita semua kena faham, tak semua blog bermatlamat untuk buat blog untuk orang lain….they make their blog for themselves….& for people who have same interest with them…..contoh mudah, blog yang ber-niche hiburan (sebagai contoh yang banyak mengulas drama jepun, korea & industri muzik korea)….salah satu elemen ‘perlu’ untuk blog-blog sebegini ialah menyediakan media berkaitan utk pembaca……can we blame these kinda blog yang sediakan ‘recommendation songs’ for their reader?

sama-sama la fikirkan (^_~)v

p/s: rasa mcm nak pasang balik lagu autoplay…..boleh guna untuk halau blogwalker yang lansung tak appreciate hasil tulisan di blog tapi hanya sekadar menyepam shoutbox & kotak komen……hahahaha

rindu kau ada di sini 455x146 Komen Cili Api Di Geng Blogger (Ruang Rindu – bilalah abang nak balik..kita sembang² )

Saya bagi ruang masa separuh hari, ingin melihat respon atau hujan yang lebih bernas mengenai isu ini…. tiada sesiapa!

Jadi saya balas lagi…

@hurulaini – sebenarnya dah lama nak reply, cuma tunggu point² penting atau hujah² untuk menilai. Kadang² kita ni nampak ‘rumah orang’ tapi tak nampak cacat cela ‘ rumah sendiri’. Bila dapat komen anonymous masing² melenting terus keluar entri comel ” aku blog ikut suka aku ” tapi bab orang lain – tak pula kita rasa ” blog dia , ikut suka dia”

Treat other people the way you would like to be treated…. what you give u’ll get back….

p/s tak pernah lagi Kak Jie jumpa tutorial cara blogger nak kalau visitor dgn lagu…kehkeh..ilmu baru ni

Ini adalah komen saya di Forum Geng Bblogger di thread KNP MST NK LETAK LAGU KT BLOT?XPHM BTL LA AKU…BT TEKEJUT JE.PATU BUFFER PN LMBT.ORG BLOGWALKING NK TGOK ENTRI.BKN NK DGR LAGU.. ( saya copy paste tajuk thread supaya awak semua dapat menilai sendiri ) .

Thread terus sunyi sepi …. sebab itulah saya malas nak mereply topik² hangat di forum – bila dah mula membebel, macam mak nenek – semua lari ! Apalagi bila baca entri Kak Jie kat [sini] , kata hari terakhir, tapi tak akhir-akhir pun lagi…:lol:

p/s – saya sangat menghargai bentuk baru persahabatan di Geng Blogger sehingga saya pernah menulis satu entri Geng Blogger : Entri Panjang Ini Untuk Kamu

Post Lain Yang Berkaitan

99 Responses to “Komen Cili Api Di Geng Blogger”

  1. shahrinabd says:

    kesimpulannya….

    1) penulis blog ada hak nak letak and type apa saja kat blog diorang asalkan tak melanggar akta ISA

    2) pembaca ada hak nak baca or kalau tak suka ada hak untuk blah

    3) lain orang lain ragam, pendapat and pilihan
    shahrinabd´s last blog ..Mungkinkah Aku Akan Menjadi Seorang Penyanyi? My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @shahrinabd, semua orang ada suka dan tak suka sebab kita semua berbeza citarasa tetapi dalam suka tak suka, kita mesti ingat – hak dia untuk suka apa yang dia suka

      :mrgreen:

  2. Nazz says:

    Maaf..

    Bagi aku adalah benar ayat yang mengatakan “Ini blog aku..suka hati akulah..” dan aku juga sependapat dengan ayat “aku pengunjung engko, suka hati akulah nak datang tidak..”
    Maksudnya.. tak perlulah kita cuba mengajar ketam yg sememangnya tidak mahu berjalan lurus.. jika tidak suka tinggalkan saja.

    Bagi blogger yang mahukan perubahan dan peningkatan tentulah ia akan mendengar, menapis, mengkaji dan membuat tindakan berdasarkan komen dan nasihat dari pembacanya. Namun jika sebaliknya.. kenapa kita perlu ada rasa marah. Bukankah dia yang akan rugi…

    salam….

    • Kujie says:

      @Nazz, semua orang ada hak , sebagai tuan blog, sebagai pengunjung dan semua orang tidak salah … yang salah kalau kita tak suka kita dok marah dia…apa hak kita?

      tak suka – dendiam sudah….buat pilihan sendiri, nak datang lagi atau tidak
      dunia blogging ini amat luas, ada berbagai komuniti – masuk dengan group yang kita boleh masuk…. tetapi adalah salah kalau kita mengata group lain kerana berbeza dengan kita

  3. panjang entry kak jie kali ni.. i like the message!
    sayahappyslalu´s last blog ..My Complaint Towards Tesco Ampang Has Been Answered… My ComLuv Profile

  4. mrdzy says:

    :razz: :lol: :mrgreen: huhu..mcm kenal je thread forum tu..haha..kak jie antara orang yang meredakan keadaan..ayat tajam tapi bermakna..harap2 ramai blogger dapat fahami isi pati post ni~
    mrdzy´s last blog ..PC World Jan 2010 [eBook] [Mediafire] My ComLuv Profile

  5. ReD says:

    camtu la gayanyer..macam2 hal..huhu
    ReD´s last blog ..~ JOM HEBOH-HEBOH! (^_^)/ ~ My ComLuv Profile

  6. penyubiru says:

    apa yg kak jie cakap tu betul. sukahati dialah blog dia. kalu kita tak suka blog dia, diam-diam suda dan tak payahlah masuk lagi blog tu.
    penyubiru´s last blog .."Maya Karin" Mengamuk Di Kuala Ibai?? My ComLuv Profile

  7. nesca says:

    saya personally tak suka orang letak autoplay kat blog dan saya takkan singgah lagi kalau blog tu heavy nak load (blog sendiri heavy gak huhu). even kalau player tu boleh Pause pun lagu tu masih akan loading, memang tak digemari ah pembaca macam kita yang guna broadband bandwidth berlimit ni. every bytes count beb!

    ada je kan player yang ada option Stop T_T
    nesca´s last blog ..New Nokia 5800XM Firmware My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @nesca, what you give, you will get back – apa yang tuan blog tu buat pada blog dia – itulah yang dia akan terima…kalau budi baik, ramah tamah – itulah juga yang akan diterima..kata orang berbahagi rasa habagia kita akan terima bahagia… :lol:

  8. ishak says:

    :mrgreen: pedas dan berapi..hahah,kalau saya agak bler sikit lah kak…kadangkala nak letak apa kat blog pun..pening,kadangkala ada jadi merapu tu
    ishak´s last blog ..Merangka karangan = Merangka keyword blog ? My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @ishak, kak jie rasa masih tak cukup cili ni… sebab kak jie baca kat blog lain lebih dasyat lagi bahasa dia orang…bahasa peringat tinggi kot

  9. aini says:

    Suka hati mereka la nak letak lagu kat blog. Kalau kita suka teruskan je la baca blognya itu,kalau tak suka, angkat kaki sahaje dari blog itu. Tak bersalah pun orang tu. Lain lah kalau dia menulis ikut suka hati tanpa menjaga hati dan sensitiviti masyarakat itu baru contoh kesalahan besar.. =).
    aini´s last blog ..Perempuan atau Lelaki Lebih Ego? My ComLuv Profile

  10. ieQa sWetLuv says:

    bagi ika terpulang la pada tuan blogger itu sndiri samada nak letak lagu ke tidak.. selera orang lain-lain jadi berfikiran terbuka dan think positif akan memudahkan semua pihak.. susah sangat mute kan jela sound kan mudah..

    Kepada tuan blogger yang enjoy dengan lagu autoplay ikutla.. bukankah blog sebenarnya bebas mengikut kehendak blogger itu sendiri selagi tak melanggar batasan.. kalau ada yang melarang itu ini jadi apa hak diri kita pada blog kita kan?? tapi pada yang rasa nak memudahkan blogger lain pasti akan menitik berat kan perkara ini.. so ikut masing2 .. alamak terlebih sudah bagi komen kat sini hehehe :mrgreen:

    • Kujie says:

      @ieQa sWetLuv, selalu dengar blogger perjuangkan ‘ jadi diri sendiri’
      tapi bila ada orang menjadi diri sendiri – ada segolongan pula yang mengeji….

      hipokrit….

  11. ezany says:

    personally mmg tak suka lagu autoplay kat blog.. tp masih boleh dimaafkan kalau boleh pause atau letak dibahagian sng org nak nampak.. siapa yg guna widget gratis muzik mmg xboleh nak pause lagu langsung.. annoying..

    p/s: perasan ade typo di sana sini dlm entri ni.. tp sket jer..
    ezany´s last blog ..Penulisan Kontroversi Membawa Padah My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @ezany, typo tu kak jie perasan lama tapi sengaja tak edit..biar original
      setahun lagi bila baca lagi…itu adalah kenangan :mrgreen:

      bab lagu ramai yang tak suka – tapi tuan blog suka
      kita tak suka – jauhkan diri sudah
      jangan dok saja2 nak mengata dia…. ‘blog aku , ikut suka aku’
      ‘blog dia , ikut suka dia’ :lol:

  12. eyra says:

    nak buang lagu… tp semua readers tak bg. sllu kena ktuk ngan kwn2 tweet jek ngomel2

  13. Melz says:

    Blogging dulu dan sekarang memang berbeza kan kak ? huhu
    Melz´s last blog ..Aku Masih Single Tanpa Cinta! My ComLuv Profile

  14. Eldy says:

    Dia akan bertaubat xD Masa dia quit dapat membuktikan bahawa dirinya salah, naif dan sebagainya :P
    Eldy´s last blog ..Contest blogspot template jejaktrend + Ang Pao My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Eldy, owh….sungguh besar salahnya sehinggaa perlu bertaubat….awk ni eldy

      eh…ari tu tanya kak jie – cek boleh lipat , dah bank in ke…tak de ke 25% utk kak jie? :lol:

  15. azizan4444 says:

    dulu dan selamanya..segar dlm ingatan…..ape die?org duk komplain psl lagu dlm blog la..kekeke
    azizan4444´s last blog ..Perempuan Memang Sempurna, Tapi …. My ComLuv Profile

  16. [...] p/s – kalau cari awek, bolehlah saya tolong… p/s – kalau nak cari kura-kura yang boleh terbang, nanti saya tanya Penyubiru..dia boleh terbang tak p/s – entri mengeji , mengutuk yang dimaksudkan  tu di [ sini ] [...]

  17. izzah says:

    saya masih baru dlm blog..huhuhu ;-)
    izzah´s last blog ..Pumping and akmal at 11 months My ComLuv Profile

  18. orang lari sebab ada kebenaran dgn apa yang kak jie cakap. perkara-perkara lain yang saya pernah jumpa orang mengomel pasal blog org lain are:

    1. bila kita blog pasal persiapan perkahwinan
    2. blog about your family espcially your children
    3. blog pasal makanan
    4. blog yang banyak widget

    macam macam lagi lah

    kalau saya mudah, dah tak suka, tak yah la blogwalk kat tempat org.
    .D.d L a L a.´s last blog ...muflis susu badan. My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @.D.d L a L a., betul tu…kalau kita tak suka sesuatu blog – jauhkan diri
      itu saja – tak perlu nak mengata dibelakang – bukan orang lain yang sakit hati..diri sendiri yang sakit :lol:

      tapi ramai orang…lagi dia tak suka blog tu..lagi kerap dia jengok
      nak tengok apa orang tu update , nak jadikan bahan utk mengutuk :lol:

      kawal diri – jgn ambil tahu – kita tak boleh kawal orang untuk tulis apa saja atau buat apa saja tetapi kita boleh kawal diri sendiri untuk mencegah diri ‘menyakiti hati sendiri ‘

  19. tekkaus says:

    Saya tak suka lagu autoplay! Kalau boleh tak nak lah saya bersinggah kat blog itu lagi. :(
    tekkaus´s last blog ..Flour Cake For Dinner My ComLuv Profile

  20. elyana says:

    wah best r kak jie! mantap2.syuke~

  21. wan perli says:

    semua ni bergantung kepada seseorang blogger manage blog dia.
    gunakan kreativiti dan kebijaksaan.
    anyway wan x suka autoplay lagu tu.

    • Kujie says:

      @wan perlis, masalah di sini adalah tentang diri kita
      macam mana kita terbuka untuk menerima dunia blog yang berbagai

  22. Salam Kak Jie.

    Lama sungguh tak singgah. Saya mulakan dengan..

    ALOHA! Kak Jie apa khabar hari ni? :grin: :grin: (sila gunakan imiginasi ada wanita2 Hawaii sedang menari berlenggang- lenguk.. Whoaho!!)

    Mula-mula agak keliru juga, tentang entri ni, siapa yang berkata apa dan apa, tapi bila dah pergi ke pautan, baru nampak gambaran sebenar.

    Isu lama yang tetap panas dan mungkin akan sentiasa panas. Rasanya, bila “blogwalking”, ni secara umumnya, Incik RestNrilekS memang nampak 3 jenis blog.

    1. Peribadi.
    2. Peribadi bersifat “inf****nment.”
    3. Aliran.

    Terus-terang, Incik RestNrilekS hanya tumpukan kepada jenis 2 dan 3 sahaja.

    Memang setuju apa yang Kak Jie terangkan, blog dia hak dia, blog kita hak kita, dan kalau tak setuju, selalunya Incik RestNrilekS tutup dan beredar sahaja.

    Tapi, rasa-rasanya, bila kita berblogging ni, tidak kira la samada suka-suka atau untuk membuat duit, sedikit banyak atau tidak memang kita mengharapkan ada pembaca.

    Semata-mata membuat blog hanya untuk luahkan hati , perasan, atau yang bahasa carut mencarut tu di dalam blog, tipulah kalau tak mengharapkan ada pembaca. Bukankan sebenarnya kita ber”blog” ni hendak berkongsi pendapat kita dengan orang lain? Kalau hanya untuk diri sendiri — baik luah di dalam diari buku sahaja.. Jimat “bandwith”, dan boleh orang lain gunakan. Tak perlu susah payah nak belajar selok belok dunia berblogging.

    Tip dan teknik berblogging memang banyak di luar sana sebagai panduan. Pilih la mana yang dirasakan sesuai dan kena dengan gaya anda ber”blogging”

    Bagi yang memasang muzik (auto), keputusan anda juga datang dengan PAKEJ pilihan anda. Kalau anda inginkan memasang muzik secara automatik di dalam blog anda, faham juga la PAKEJ anda bahawa anda akan kehilangan bloggers yang tidak gemar melawat blog2 seumpama anda. Adakah salah pilihan anda? Tidak, itu pilihan anda.

    Begitu juga kepada blog2 yang hiasannya mengerlip2 di sana-sini umpama Festival Perayaan.

    Owh! Incik RestNrilekS pun satu ketika dahulu pernah memasang lagu GWEN STEFFANI atas sebab syiok. Kuang Kuang Kuang..

    Dan bila berblogging ini juga, fahamlah kita telah mula membuka sedikit risiko untuk ditembak oleh ANON. Dan itu adalah pakej menjadi seorang blogger : )

    Kak Jie, sori yer terpanjang pulak komentar, sekali-sekala tak salahkan? Hehe

    p/s : Saya masih belum berhijrah ke WP walaupun saya faham banyak kebaikan WP berbanding Blogger. Buat masa kini itu adalah pilihan Incik RestNrilekS dan Incik RnR faham pakej menggunakan platform Blogger. :mrgreen: :mrgreen:
    Incik RestNrilekS´s last blog ..Masih Lagi Tentang Kontes My ComLuv Profile

  23. sutrajingga says:

    Yang penting ialah kualiti post yang ditulis. Itu yang akan buat saya tertarik untuk kembali ke blog tersebut. Design yang sesuai dan tak menyusahkan untuk saya baca post2 yang ditulis akan menyenangkan lagi hati saya untuk kembali. Lagu2 autoplay – takde masalah bagi saya.. :grin:
    sutrajingga´s last blog ..Hard Love My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @sutrajingga, semua orang perlu memikirkan kualiti penulisan untuk menarik trafik / visitor ke blog dari memikirkan cacat cela blog oran glain

  24. ariff says:

    terbaik la kak jie.

    Komen awal kakjie tu dah self explanatory. Kalau orang faham, maka fahamlah mereka. Kalau mereka tak nak faham, then tu memang masalah mereka lah.

    Kefahaman ni datang dari diri sendiri berfikir.. Jadi faham2 jelah. Ada orang malas nak fikir banyak2.
    ariff´s last blog ..Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 2) – Institut Pengajian Tinggi Awam Di Moscow My ComLuv Profile

  25. mohdisa says:

    tak habis2 lagi yerk pasal autoplay lagu di blog ni yerk. nampaknya ada pembankang di sini. bagus2. ini yg kita mahu, bukan sekadar ikut membuta sahaja. tp klu nak pasang gak mode autoplay tu teruskanlah. aiman tak kisah. tp jgn tyalah kami yg suka merewang ke blog org lain tak singgah di blog kamu. apa kes nak mode silent speaker aku? aku takmo dengar lagu aku ke? tak gunalah aku install winamp dalam lappy aku yg comel ni. tak gunalah aku download lagu2 ngetop di era nun kalau sekadar nak simpan dalam hard disk aku. ini macam pun ada ke? erk, boleh ke halau spammer dengan lagu autoplay korang nun? hoho
    mohdisa´s last blog ..Debaran Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL My ComLuv Profile

  26. Mr.Bintang says:

    Perghh!! topik terhangat sejak dahulu lagi.. hehe..

  27. ohmalaysia says:

    tp betul jgk. hak individu nak letak ape2 pun kt blog dorg kan. kita ni kdg2 bagi pendapat je, apa yg pembaca nak, apa yg pembaca xnak. kita kan pembaca jgk walaupun dlm masa yg sama kita seorang blogger. jadi kita tahu kehendak seorang pembaca. nasihat tu bukannya jelous, sakit hati dsb, tp nak sama2 improve kan. tak salah. maybe niat kita disalah ertikan. jadi kalau org mcm ni “blog aku, suka hati akulah”, biarkan jela. apa kita boleh buat?

    p/s: sy pun takut nak reply topik2 panas dkt GB. nti org banned susah. hehe..

  28. kingbinjai says:

    umumnya, bila kita create blog sudah tentulah 99 peratus ia untuk kita sendiri, berkenaan kita sendiri dan bercitarasa dari kita sendiri. :)

    • Kujie says:

      @kingbinjai, secara asasnya itulah…kemudian baru muncul blog yang agak khusus . Bila kita dah faham blog itu apa – kita kan terima apa saja keadaan blog orang lain

  29. Eriyza says:

    Sy takleh letak lagu autoplay kot sbb sy penggemar
    lagu Cina, kang tak pepasal org ingat tesilap masuk
    belog Amoi Taiwan. Akan tetapi sy letak vids yg boleh
    dion wal off, so tepulang pd readers. :mrgreen:
    Eriyza´s last blog ..Blogspot Memperkenalkan Mukasurat Statik My ComLuv Profile

  30. haida_s_h says:

    salam kak jie,
    sebab tu la saya lebih suka me’mute’kan speaker saya sepanjang masa. supaya tak terkejut :lol: lagipun blog depa, tak kisah la depa nak pasang autoplay ke tak, kan. kalau lagu best boleh tumpang dengar… :lol:
    haida_s_h´s last blog ..Youtube addiction My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @haida_s_h, salam kembali haida

      masing bijak untuk buat pilihan…kita boleh control diri kita, perasaan kita tapi kita tak bolehlah nak control orang lain..jadi seperti yang kita nak…

      pilihan yang kita ada- pergi ke blog itu atau tidak. :mrgreen:

  31. cik epal says:

    dulu ada autoplay..lepastu orang kata memekak..terus buang…haha…best la baca blog kak jie :)
    cik epal´s last blog ..ada apa dengan ANUGERAH JUARA LAGU 24?? My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @cik epal, zaman kak jie berblog dulu – semua orang letak autoplay…letak rama-rama terbang..letak salji..letak daun gugur…hehehe
      masa tu tak de sapa nak fikir trafik
      kebanyakkan link kawan :lol:

  32. nursarah says:

    kalau saya, tak kisah pun ape2 je style org berblog. nak letak lagu ke apa. terpulang, kalau rasa terganggu (lagu tak best), saya mute kan mode speaker. malas nak jadikan benda remeh sebagai isu dalam dunia blog. kan ke lagi elok feel free je dengan ‘jiran-jiran maya’ kita.

    dan saya juga harap, orang lain pun bleh terima style saya berblog. bukan datang dengan banyak songeh. itu je. sekian.
    nursarah´s last blog ..masjid jamek, bukan masjid india. My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @nursarah, kalau ikut blog yang baik, yang sesuai untuk umum- memang autoplay tak digalakan tapi kalau tuan blog buat blog untuk diri sendiri – kita tak boleh mengeji – menjerit2…. ‘aku benci blog autoplay’ sebab apa yg tuan blog buat – pulangannya apa yang dia dapatlah…. ;-)

  33. Anarm says:

    majoriti memang tak suke dgn blog yg ade lagu autoplay.. bg saya, bile ON laptop je, saya suke pasang mp3.. time blogwalking, bila ade blog yg lagu autoplay, berserabut la jadinya lagu di mp3 bercampur dgn lagu di blog.. memang akan terus keluar dari blog tu.. lagipon, streaming audio boleh makan bandwidth broadband.. saya taknak intenet saya slow sbb bandwidth abis gara2 streaming audio di blog..

    pendapat dari saya.. ;-)
    Anarm´s last blog ..Tips Blog Berjaya Pada Tahun 2010 My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Anarm, ini pendapat yang paling umum..semua orang akan setuju
      itu pendapat bagi diri kita
      masalah di sini , pernah kita terfikir dari pihak tuan blog?
      kita menjerit – blog aku ikut suka aku
      tapi blog dia…..tak pula kita jerit – blog dia , ikut suka dia?

      bila kita jumpa keadaan macam tu..diri kita sendiri yang kena pandai memilih..kita suka yang macam mana, kita pilih apa yang kita suka tetapi apa yang kita tak suka…kita abaikan….tak boleh kita nak mengata dia itu ini..

      dendiam sudahhhhh…………….

      • Anarm says:

        @Kujie, kakjie marah.. waaaa.. :sad:

        rasa sedikit ’sayang’ bile ada perkongsian yg menarik di blog
        tp tak dapat menarik minat org utk baca.. :roll:

        • Kujie says:

          @Anarm, baca blog kak jie yang bahasa comel macam ni pun boleh kata kak jie marah..kalau baca blog mencarut-hanjeng-babi-segala bagai tu…entah apa kategorinya.. ini bukan marah…cuma membetulkan minda supaya jangan tua sebelum waktu nya..kalau asik dok fikir yang remeh temeh…dok meroyan pasal blog orang….ada baiknya cuba memperbaiki diri sendiri :lol:

  34. yonna says:

    yonna rasa yonna maintain klik pangkah ja HAHAHAHA. tapi kalau lagu yonna suka, biarkan je. apa2 pun hormat tuan rumah :D itu ja konsepnya.

    yonna mengaku lah bab2 lagu autoplay, mmg yonna menyampah. tapi dalam hati dok munasabah diri sendiri. ” biarlah, blog dia.suka hati dia lah”, tapi kalau ada kawan2 dok gossip kat ym or twitter pasal lagu autoplay, mula naik tocang buat ketupat HAHAHHA. sengal alam betul.

    baiklah.lepas ni ignore.habis cerita :p
    yonna´s last blog ..Adnan Sempit lah,der My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @yonna, hahaha..dok buat ketupat tu kena ubah… tak dapat apa2 faedah pun..dari dok sibuk blog orang, hal remeh ..baik kita perbaiki blog sendiri

      :lol:

      kita selalu pegang falfasah – tiap orang berbeza..tapi bila timbul bab2 macam ni, mudah pula kita lupa :lol:

  35. Ayah Aiman says:

    daripada blog tu sunyi sepi mcm dlm kubur, baiklah layan dengar lagu smbil baca n3. biasanya tn punya blog akan pasang lagu ikut favorate mereka. mgkn bg dia sedap & bg blokwalking tidak…
    Ayah Aiman´s last blog ..Peristiwa 13 Mei Akan Berlaku Lagie… My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Ayah Aiman, saya akui..saya pun tak suka
      tetapi kadang2 ok juga….sebab saya tak melawat 3-4 blog sekali gus…
      saya biasanya buka blog satu2…jadi saya akan membaca secara selesa..bukan sekadar untuk blogwalking ..tak hayati pun penulisan tuan blog
      saya akan baca biodata tuan blog utk lebih mengenali tuan blog

      kalau ada lagu, layan juga.. kalau tak suka..diam je…mengata orang…tak baik
      lagi pun kita nak enjoy dengan blog – kalau dok susah hati tentang perkara remeh..nanti cepat tua..tak anggun lagi…hahahaha :lol:

  36. zati says:

    actually dulu kalo sy termasuk blog yg ada lagu, mmg otomatik je tekan pangkah..seriyes ckp..hehe..tp, skrg ni cara plg mudah sy mmg suka mute je..so, sy mmg x berapa nk ada prob sgt sape nk ltk lagu..

    tak adil lak nak soh org buat itu..jgn buat ini..kalo betul2 kita suka baca..kita msti tetap berkunjung punye kt blog tu…x kirala slow ke, ada lagu xde lagu ke kan :)
    zati´s last blog ..Ikan Bakar Teluk Tempoyak My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @zati, tak pe..kak jie pun
      masa mula2 berblog..kami dulu berblog memang untuk diri sendiri..masing2 pakat letak lagu kat blog…seronok….masa tu masih guna blogspot template klasik

      masa tu tak de sapa kisah nak letak lagu…semua orang boleh terima
      tetapi sekarang…. kita belajar dari kesilapan masa lalu

      tapi walau macam mana pun – kita kena kembali kepada asas kita create blog… blog adalah hak mutlak tuan blog..jadi ikut suka dia nak buat apa..nak tulis apa….

      kita tak leh ubah orang , tak leh control orang, apa yang boleh kita buat….kita control diri kita…..hormati orang lain dan orang akan hormat kita

      kalau tak suka, jangan mengeji… tak baik

  37. fiezaradzi says:

    Tul.. lain citer la kalau org tu wat blog utk meningkatkan traffik, utk cari duit.. tapi kalau de pun, rasa pening sgt dgr lagu.. mute kan ajer.. (yg kadg2 saya buat..)..
    ape pun, ikut suke la nak buat blog tu camner kan..
    fiezaradzi´s last blog ..trip to batu pahat My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @fiezaradzi, kalau orang tu buat blog dan nak kawan-kawan selesa berkunjung, dia kena buat blog yang memenuhi keperluan semasa , dia kena tahu apa yang sesuai apa yang tidak..apa yang orang suka apa yang orang tak suka..sebab dia berhubung dengan manusia…yang punya berbagai ragam dan kehendak

      tapi …

      kalau dia create blog, dia tulis….lepas tu dia enjoy dengan blog dia, diri dia…apa hak kita nak mengata blog dia buruk, blog dia lambat loading..blog dia ada lagu berjela2…

  38. arin says:

    kak jie adalah mak nenek yang chomel bila dah setat mengrely panjang lebar.Agreed that blog diri sendiri, diktator nya adalah diri sendiri..
    arin´s last blog ..Keberkesanan Twitter dan FB My ComLuv Profile

  39. Kita tak boleh expect sume org akan bagi ikot selera kita and puaskan hati kita. Betol tak kak jie?? :lol:
    Fathiha Zainal´s last blog ..Memburu jejaka idaman! My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Fathiha Zainal, kak jie pun ada beberapa ciri blog yang tak suka
      tetapi tetap hormati pilihan tuan blog..jadi
      sendiri2 pilih..nak baca ke tak nak baca
      lepas tu tak payah nak mengata dia…dapat dosa kering je.

      ehh..ade ke dosa basah? :lol:

  40. fana164 says:

    Lagu yg slow boleh kot terima..
    kalau bukak yg rock2 ke, secara jujurnya mmng sy trus out :)
    fana164´s last blog ..~Suara Rindu by Azad Jazmin (OST Cinta Balqis)~ My ComLuv Profile

  41. maza says:

    hmm perasan tak, hari ini tak ramai org blog hopping.. barangkali hujung minggu ini suram dek kemangkatan DYMM Sultan Johor..

    tak pun letih sbb siang tadi kena ke sekolah!
    Cuti ganti utk Tahun baru cina lorrr.. huhuhu
    maza´s last blog ..Siapa patut didahulukan?! My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @maza, betulah tu..hujung minggu
      semalam anak2 p merentas desa, sekolah..lepas tu kami keluar berfoye-foye
      mana de masa nak berfoye-foye online

      aktiviti offline pun best :lol:
      dah 5 hari mengadap blog….. hujung minggu mesti nak cuci mata dgn dunia ssebenar :lol:

  42. maza says:

    hehehehe….

    maza tak kisah kalau ada jukebox tu atau tidak..
    kalau isinya bernas, terus membaca..

    kalau tidak bernas.. pun baca gak.. leps tu sayonara!

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    maza´s last blog ..Siapa patut didahulukan?! My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @maza, kalau tak kisah tak pe
      yang susah ni……………..kalau dok kisah hal orang
      tapi bila kena kat diri sendiri..pandai pula kata
      ‘blog aku,ikut suka kau’ :grin:

  43. amirulfaiz says:

    Betul tu kak jie. Blog ni macam rumah sendiri, suka hati sendiri nak cat apa, nak letak perabot apa dan sebagainya.

    Pelawat yang datang (baik yang dijemput @ yang datang sendiri) tak payah ler nak mengata rumah orang tu buruk ker, rumah orang tu cerewet, banyak betul pintu pagar, kene tinggalkan ic kat pondok jaga, dan sebagainya. Ini analogi kepada blogger yang letak macam-macam barang widget dalam blog.

    Tuan rumah (blogger) permudahkanlah orang nak melawat rumah kamu, buka pintu pagar, kemaskan rumah seadanya supaya yang melawat tak ada rasa tak selesa.

    haaa.. pandai-pandai la, berpada-pada dalam tindakan.
    amirulfaiz´s last blog ..Semalam, Jumaat yang tenang My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @amirulfaiz, walaupun internet membenarkan kita bersuara dengan bebas tetapi kita juga perlu hadkan sempadan dan guakan akal fikiran…. dari kita sibuk tentang ‘rumah orang’, baik kita perbaiki mutu penulisan dan ‘rumah kita’ – itu lebih baik

      jadilah blogger yang membaca – dan kita akan temui berbagai lagi yang selama ini kita tidak tahu di luar lingkungan komuniti kita.

      orang yang nampak kelemahan diri sendiri tak kan nampak cacat cela orang lain..

  44. ahfat says:

    hehe
    aku 24 jam MUTE Laptop… jadi aku x kisah sangat apa org nak letak kat blog diorang. asalkan aku senang baca aku baca ler
    ahfat´s last blog ..AKU PENULIS PICISAN SEMATA-MATA My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @ahfat, dari kita dok sebok perabut kat rumah orang , tak de astro ke tak de peti ais ke..baik kita perbaiki lagi mutu penulisan..moga jadi blogger yang top..meletup2… :lol:

  45. Abang Ngah says:

    “Tuan blog adalah DITAKTOR kepada blog dia”, saya setuju ni..kita mmg xde hak nak larang, itu dia punye suke..klu kita xsuke, klik je pangkah kat belah kanan..jgn biarkan diri anda menyumpah, mencarut, membebel tak tentu pasal..

    @kak jie, nice post

  46. Aelfi says:

    ngehehehe..baru faham… :shock:
    Aelfi´s last blog ..percubaan..amaran.ini satu percubaan. My ComLuv Profile

  47. samdaddycool says:

    lagu autoplay kat sesetengah blog tu kadang-kadang masyuk gak, boleh layan (sambil mengimbau kenangan silam.. huk.. huk.. ) :cry:
    samdaddycool´s last blog ..Al-Fatihah buat Almarhum SULTAN Johor My ComLuv Profile

  48. menteil says:

    saya adalah salah seorang yang tidak suka akan lagu di blog.. huhu.. tapi tak la melenting… kan dah buat cara baik di entry menteil.net sendiri…
    menteil´s last blog ..Tawaran Live Webcam Sex Dari Pelajar UiTM My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @menteil, kak jie ada juga tak suka itu tak suka ini………… tapi berpada-padalah..dendiam sudahhhhh…..

      kita selalu bagi pendapat – jadi diri sendiri..so dia jadi diri dia sendiri..kita pula hipokrit :evil:

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Panorama Theme by Themocracy

Malaysia Web Hosting