Kunjungan mengejut

Petang tadi tanpa disangka-sangka saya mendapat panggilan dari seorang teman yang sedang melalui Pekan Serendah menuju ke Rawang.

Tanpa temujanji, tanpa aturcara, pemilik blog Warna-warni Kehidupan, DakLan dan mem besar isterinya Rozita bersama putera puteri mereka Amira , Amir dan Amirul singgah setengah jam sebelum maghrib di rumah saya. Kenalan dari dunia blog yang akhirnya menjadi teman dunia realiti.

Berpindah dari Kluang, DakLan akan meneruskan pemantapan ilmunya di UPSI, Tanjong Malim selama lebih kurang 2 tahun dan Rozita turut berpindah mengajar di SK Sungai Behrang .

Hanya teh-o dan pisang goreng santapan untuk kejutan kedatangan mereka. Semoga itu tidak mematahkan nafsu untuk bertandang lagi.


Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Kunjungan mengejut”

  1. Kak Jie adik ipar sakit apa? walaubagaimana pun sememangnya tiada sempadan perkenalan online…dari persahabatan online dah menjadi persahabatan offline….itulah kebaikan teknologi masa kini. Kak Jie, saya ada buat contest dalam blog saya…kalau kak Jie ada bakat mereka bentuk kad ucapan interaktif untuk yang berbakat dan berseni…joinlah yer..

    Cikgu Yusofs last blog post..CONTEST

  2. Terimakasih sesangat krn sudi terima kunjungan mengejut drp kami sekluarga. SEDAP & RANGUP pisang goreng tu. Lain kali nak lagi..hehhe

    Part paling mengancam:

    “Ayah, lain kali kalu nak datang lagi, cakap tau. Amir nak bawak seluar mandi!” bisik si Amir semasa nak bergerak pulang. Baik punya permintaan tu Datin Kujie oooiiii…

    azlanlins last blog post..Serendah Tempat Tinggi

  3. Nanti kalu kita org lalu kot jalan yg sama bole singgah ke ? Kita org tea o dgn goreng pisang pun tak kisah punya…

    hashim habeeds last blog post..Special Puttu for En Halym

Comments are closed.