pandu kereta formula1

Makcik Blogger Di Gathering Blogrrr

Acara: blogrrr: Blogger Most Wanted 2013
Tarikh : 14 Dis 2013
Tempat : Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC)

Awal pagi saya dah keluar untuk ke majlis Blogrrr sebelum singgah di Kelana Jaya dulu untuk ambil cupcakes yang telah ditempah 2 hari sebelum tu. Memandu awal pagi Sabtu lebih tenang, itulah sebabnya keluar awal.

Sampai di lokasi, nak park kerete pun mudah. Belum ramai yang datang dan nombor pendaftaran blogger saya ialah 52.

event blogrr

Baru je sampai, belum register lagi dah kena bahan dengan Tekong dari atas pentas.  Masa ni tengah nak cari meja pendaftaran.  Naik dari lobby utama dalam bangunan tetapi tak jumpa meja pendaftaran.  Rupanya pintu utama melalui laluan bersambung dengan shopping komplek ( The Mines )

 

forum dari amanz

 Mula-mula tunggu AJK WhatsApp Group Kiah Propa datang . Kak Long, Yanmie dan Mijie. Makcik Nis, Pakcik Ai, Ej dan Ez tak dapat turut serta.  Kak Long datang dari Seremban bawa anak dengan bibik sekali.

bloggerlife
Inilah realiti blogger. Orang suruh makan kek, memasing keluarkan smartphone dulu.

blogger popular malaysia

Antara blogger popular yang kerap jumpa dalam beberapa event blogger.

blogger gathering

Makcik-makcik Blogger di laluan red carpet

pandu kereta formula1

Sebenarnya saya bukan datang dengan anak bongsu ( Intan ) saja, anak sulung ( Along ) pun ada.  Kesemua anak-anak saya memang biasa ikut mak dia orang join event blogger dan kenal kebanyakkan rakan blogger yang rapat.

otai blogger

Blogger Menopause terselit diantara otai-otai blogger yang masih aktif… ..jangan marah ye sifu.

Gambar blogger-blogger senior ini mungkin tak keluar kat blog lain.

blogger malaysia

Dalam dewan forum, ternampak seseorang sedang membuka blog kujie2.com!

Saya tak beli apa-apa pun….banyak memerhati event yang pertama kali diadakan ini.

Fabulous Boutique

Mother & daughter feel the faboulous dengan service manicure di Booth 103 – Fabulous Boutique

Forum semuanya bagus dan berlangsung secara santai , cuma jadual waktu yang tidak dihebahkan secara jelas.  Kertas aturcara majlis terlalu comel , rabun makcik nak baca.

Tetapi gerai-gerai jualan yang disediakan oleh blogger tidak seperti peniaga sebenar.  Blogger yang hebat berniaga di atas talian tidak mempunyai pengalaman untuk bertemu pelanggan sebenar. Kena faham juga, mereka blogger berniaga online tak sama dengan peniaga yang biasa bertemu pelanggan secara direct.  Blogger blogshop boleh tingkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dan berniaga di lain kali.

Ada beberapa pemilik blogshop yang kreatif dengan berusaha mencari pelanggan dan menawarkan produk mereka tetapi kebanyakkan yang lain hanya menunggu di kerusi masing-masing dan menanti “visitors  dari enjin carian” seperti berniaga atas talian.

Nota : kualiti gambar kurang memuaskan…huhuhu

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

67 thoughts on “Makcik Blogger Di Gathering Blogrrr”

  1. Hahahaha. Adoi. Blogger menopause katanya. Gigih kak Jie bahan saya nak suruh saya blogging balik yer. Saya blogging sbnrnya kak Jie, tp bukan kat blog sendiri. Boleh? Kekekekeke :p

  2. Saya dah baca banyak ulasan dari blogger2 lain yg pergi event ni, tapi saya nak komen kat sini je lah. Saya tak pergi, sbb takde public transport. Bila ajak kawan sambil pancing ckp korang pergilah lepak kat pesta buku tu dorang taknak sbb dah pergi atau itu hari Sabtu mesti ramai sangat orang nanti.

    Bab promo event ni, mmg kena dipertingkatkan. Nampak macam last minute sangat. Atau apa org kata sekarang sendu je gitu. Pencalonan blog, memang menarik dan calon2 lagi elok dari anugerah blog2 yang lain. Pemenang pun mmg layak, sbb blog yg kemas dan isi yg menarik.

    Utk category fashion/beauty dan food/travel, patut dipisahkan sebab 4 niche yg berbeza. tapi apa yg menarik utk kategori f/b ialah blogger lelaki yang menang. tapi dia mmg patut menang berdasarkan blog dia.

    mungkin booth jualan tak patut diadakan utk menarik org menghadiri seminar dan penganjur boleh merujuk kpd blogger conference yg dibuat di luar negara seperti dll sbg panduan utk event mendatang.
    Jom terjah post menarik dari N’war ..Filem “Marriage Blue” lakonan Taecyeon dari 2PM dijual ke 7 negara termasuk MalaysiaMy Profile

  3. Salam makcik.

    saya dah daftar dlm site blogrrr tu, tapi xda respon. ingat ada ke dpt email kata dpt nombor pendaftaran ke, atau apa2 instruction lain, tapi tunggu punya tunggu takda.
    jadi, ingatkan , xda la tu nak diapprove or maybe dah penuh, or maybe memang xda sistem auto reply.

    banner paling besar ialah di plaza tol penchala yg boleh dibaca oleh puluhan ribuhan ribu pengguna LDP.

    tak tahu berapa jumlah peserta, tp dr pix, nampak macam tak seperti yg diwar2kan sebelum event, sebab makcik x established pix yg wide.

    anyway tahniah atas penganjuran, dengan penambahbaikan di masa akan dtg dan libatkan blogger dlm pelbagai bidang sebagai ajk atau pengurusan.

    pihak penganjur juga boleh menyediakan pangkalan data blogger dan menjemput mereka secara email selain dari pendaftaran terbuka.

    rugi tak dpt datang, sebab ingat nak berkenalan dgn blogger2 otai.
    Jom terjah post menarik dari shamsul ondscene ..Isyarat Telefon Bimbit Bantu Polis Kesan Saspek Kes CulikMy Profile

  4. assalam kak kujie…
    Post ni merupakan post yg terbaik..tetapi saya perasan sedikit ‘error’ atau salah tulis di dalam ini…antaranya ialah tarikh…seperti mana kak kujie tulis 14 Disember 2014 yg sepatutunya menjad 14 Disember 2013..

  5. Semalam berborak dengan orang-orang yg buka booth. Ada yang kosong sale ada banyak. Kebiasaannya yg byk sale ni harga dari RM 3-5 sahaja. Yg mana lebih RM40, susah untuk mendapat perhatian.

    Saya tak pasti berjaya pecah rekod atau tidak. Tapi apa yang pasti, event ini agak berterabur. Diharap pihak mynic dapat mengambil iktibar dan membuat perancangan lebih awal dan lebih publisiti di masa hadapan.

    Terima kasi atas cupcake semalam. Mint cheese rasa pelik sangat. Hehehe

Comments are closed.