Mangkuk Sia Blogger Di Taman Tasik Perdana

Semalam saya ke Tasik Perdana atau Lakes Gardens atau nama barunya Taman Botani Perdana. Tak dirancang pun, kebetulan saya nak ambil barang dari Blogger Blog Orang Dewasa .  Dia ada anak kecil , lokasi ini  tempat yang paling sesuai nak bawa anak-anak kalau di Kuala Lumpur.  Taman Tasik Perdana ada  2 taman permainan kanak-kanak yang besar dan cantik.

Kemudian Blogger Umur 40 pun nak ikut bawa isteri dan anak-anak.  Pertama kali jumpa isteri dan anak-anak beliau.

Nak jadi cerita, adik saya dari Tanjung Malim pun turun KL dan ajak jumpa.  Sekali harung kami berkumpul.  Tak ada syarat apa pun, datang saja bawa perut.  Kalau ada rezeki tu adalah minum petang di taman. 🙂

mangkuk tingkat

Kami ni mak-mak… biasa kalau keluar bawa anak-anak mestilah nak bawa serba sedikit makanan.  Sambil duduk-duduk sembang sembang makan makan makan makan… Bila nak balik, pakat bungkus bawa balik macam bertukar-tukar juadah bulan puasa.

Saya suka mangkuk tingkat ni, sangat praktikal bila nak bawa.  Kat kampung saya panggil mangkuk sia ( bunyi se’a )

tren tasik perdana

Mak-mak bawa anak-anak naik tren di Tasik Perdana. Tambang untuk dewasa RM 2 dan kanak-kanak RM 1

Seronok sagat sebab kali terakhir saya masuk ke kawasan Tasik Perdana ni mungkin 21 tahun lepas.  Masa baru-baru kahwin.  Banyak sangat yang dah berubah.  Tak sabar nak ajak suami datang ke sini pula.

Tasik Perdana ini juga lokasi popular kepada pasangan pengantin kerana semalam kami kira ada 8 pasangan pengantin yang buat outdoor photography. Ada macam-macam fesyen dan warna baru – warna merah, kucing, biru dan paling banyak warna turquoise.

Bagi saya Taman Tasik Perdana ini lokasi  untuk aktiviti  hujung minggu yang murah berdekatan dengan Taman Okid Kuala Lumpur dan Taman Burung  Kuala Lumpur.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Taman yang sangat menarik anak-anak dengan aneka permainan yang ada. Memberikan pengalaman yang sangat berkesan dalam memori anak-anak.
    Jom terjah post menarik dari estri ..Perbedaan Cokelat Hitam Dan Cokelat PutihMy Profile

  2. macam cantik je baju kahwin warna ‘kucing’ hehehe
    Jom terjah post menarik dari topo ..Luahan Perasaan Barang-barang Yang Telah DibuangMy Profile

  3. Memang seronok makan secara berjemaah. Semuanya jadi sedap. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Nilai 50 sen sehingga sanggup sebegituMy Profile

  4. Wahhhh.. last pegi Tasik Perdana 20 tahun lepas. Tak de pon tren macam ni. Menarik ni. Bleh bawak anak2 next time.
    Jom terjah post menarik dari Sue ..Makanan Bakar Lemak Untuk Kurus dan Kempiskan Perut Buncit?My Profile

  5. Kak Jie kali terakhir Aina naik tram pusing2 tasik perdana tambang hanya 50 sen kanak2 dan Rm1 dewasa. Tapi memang best sangat dapat pusing dengan tram anak2 paling teruja. Tak pergi taman kancil dalam kawasan Tasik Perdana kah?
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Peluang PekerjaanMy Profile

  6. Salam kak Jie…alhamdullilah dapat juga akhirnya berjumpa akak..mmg dah lama nak jumpa:),suka baca blog akak,tp kadang x sempat nak komen sbb busy dgn anak2…insha allah ada masa&umur kita jumpa lagi ya kak…sedap mie kari akak…

  7. seronoknya akak…nak join sekali..hehe
    Jom terjah post menarik dari nabila biela ..Kuasa Instagram Yang Korang Perlu TahuMy Profile

  8. Kadang-kadang aktiviti yang spontan macam nie lebih seronok dan menjadi…. teringat dulu pak sedara penah usik saya suruh eja SIA nie dalam bahasa jawi…..pening kejap…
    Jom terjah post menarik dari Hazman Fadzil ..HAZMAN vs FOOD – Restoran PECEL LELE LELA SHAH ALAMMy Profile

  9. Bestnya bila ‘piknik’ ngn mak2 ni..mesti ada bekal =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Temuduga PPTM F29 Penolong Pegawai Teknologi MaklumatMy Profile

  10. Terik tak akak? Saya bercadang nak lepak2 di taman. Tapi macam tak kena gaya je dgn cuaca sekarang.
    Jom terjah post menarik dari NoktahHitam ..Because Riding A Superbike is Not Extreme EnoughMy Profile

  11. Intan juga yang seronok sebab dapat jumpa budak2 kecil kan..
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Disebalik Tabir Studio Pengambaran Produk HEYdotMY.My Profile

  12. tak pernah pula pegi.. tapi nampak meriah tu
    Jom terjah post menarik dari zool ..Pencapaian Februari dan Perancangan Mac 2014My Profile

  13. Senang ada mangkuk sia ni, boleh gi tapau makan kat kedai
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Top komentator Februari 2014My Profile

  14. nampak meriah…. eh hidangannya….

    Nak balik tg malim pagi nie.. tapi kereta rosak la pula
    Jom terjah post menarik dari Bro Framestone ..Kereta Rosak di MRR2My Profile

  15. Sekejap sangat rasa semalam, lenkali kena dtg awal sikit boleh melepak lelame hehehe…mee kari sedap, dinner dok pulun mee kari jer dgn anak lelaki.
    Jom terjah post menarik dari azman ..Senarai pendek pemenang # MSMW 2014My Profile

  16. memang seronok betoi la semalam. bila boleh melepak dengan kawan-kawan, lepas tu boleh lepas anak main. rasa sungguh selamat dan selesa. tapi dalam tu, dok risau gak si along tu, takut merayap jauh sangat. sekali sekala dok nak kene tengok jugak. tak boleh nak biaq sangat. hahahah taw taw la sapa yang ada anak super aktif.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..PB: LagiSatu.Com – Lagi satu portal carian hotel yang memudahkan anda.My Profile

Trackbacks

  1. […] Cerita-cerita tengang outing tak dirancang bersama blogger dan kelaurga mereka baru-batu ini, adalah yang bertanya tentang Mee Kari. Baca entri kisahnya di sini – Mangkuk Sia Blogger di Tasik Perdana […]